Hari Sukan tadika.

By Cikla Shahril - June 03, 2015

Sebenarnya kejadian Hari Sukan tadika ini berlaku bulan lepas. Hujung bulan Mei. Tapi disebabkan kesibukan yang melampau (ceh, ayat tak boleh blah). 

Cikla tak sempat nak update. So, dikala inilah cikla nak share. Harap tak "basi" lagi, haha.

Oklah, memula cikla nak intro sikit tadika anak cikla ni. Wah, promote nampak. Tahun ni merupakan tahun kedua kakak Batrisyia (anak sulung cikla) dan tahun pertama kakak Farisya (anak kedua cikla) sekolah kat tadika ni. Tadika Kemas Seri Cheeding (B) nama diberi. 

Acara sukan ni memang menjadi annual program dalam kalendar tadika. Nak pulak tahun ni cikla jadi Setiausaha tadika (dilantik tiba-tiba, setiausaha bidan terjun ler katakan) kenalah cikla mengaktifkan diri ini. Hehe. 

Dah dah, mohlah kita "mencuci mata" tengok gambar-gambar berikut. Sebelum mula sukan posing dulu.

Hari Sukan tadika.

Acara lompat katak. Bersungguh-sungguh benor budak-budak ni melompat. Haha. Lompat tinggi-tinggi ye anak-anak. 

Hari Sukan tadika.

Acara lari bawak bola dengan gelung rotan. Damia bersungguh muka. Excited lah tu. Nanti lari laju-laju ok.

Hari Sukan tadika.

Acara isi air dalam botol. Kalau bab main air, memang budak-budak suka. Huhu.

Hari Sukan tadika.

Acara tiup belon sampai pecah. Ouch, yang ni ngeri sikit. Takut belon pecah terkena tangan pulak. Hati-hati ye anak-anak.

Hari Sukan tadika.

Selain itu ada juga acara untuk ibu bapa dan AJK tadika.

Hari Sukan tadika.

Cikla masuk juga acara kupas kentang tak putus. Tapi takde gambar pulak nak tunjuk. Dapat tempat pertama tu, saje tunjuk skill. Program berakhir dengan acara penyampaian hadiah. 

Pendek kata semua dapatlah. Saja nak gembira-gembirakan hati budak-budak. Memang kelakarlah tengok gelagat diaorang masa main. Macam-macam ragam, hahaha.

Hari Sukan tadika.

Hari Sukan tadika.

Untuk anak-anak cikla, inilah hasil yang diaorang dapat. Jadilah, dari takde kan, haha. 

Semangat kesukanan mereka memang berkobar-kobarlah cikla tengok masa diaorang main tu. Itu yang penting pendedahan aktiviti sukan sedari kecil, walaupun hanya sukaneka. Sukan jugak tu.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments