Jika anak kena sawan tarik.

By Cikla Shahril - June 26, 2015

Kali ni cikla nak share something yang amat penting khas untuk pengetahuan ibubapa. Yang takde anak or belum kawin lagi pun boleh amik tau jugak, just untuk info. Manalah tau kita tiba-tiba berhadapan dengan situasi sebegini.  Kadang-kadang kita ada dengar kanak-kakak yang kena sawan tarik. 

Jika anak kena sawan tarik.
Jika anak kena sawan tarik. Kredit Google. 

So, bila kita berhadapan dengan situasi camni, apa yang perlu kita buat especially ibubapa. Jangan panic, just follow langkah berikut:

  1. Baringkan dia mengiring. Buka pakaian anak. 
  2. Buka mulut dia. Kalau mulut berbuih, korek mulut dia keluarkan air liur dan buih itu. Jangan biar dia tertelan air liur dia sendiri sebab boleh menyebabkan dia mati lemas/tercekik.  
  3. Jangan biar anak ketap gigi, takut terketap lidahnya. 
  4. Jangan masukkan ubat buntut masa anak tengah kejang, biar dia sedar dulu baru basahkan kaki dia dengan air sejuk. Bila dia dah sedar/menangis.. baru masukkan ubat punggung (kalau ada simpan kat rumah). 
  5. Kalau tidak ada ubat punggung di rumah, bila anak sudah sedar cepat-cepat bawa ke klinik. Doktor akan bagi rawatan selanjutnya. 

Ingat, waktu anak kejang, seluruh badan dia kejang. Jangan goncang-goncang badan dia. Terus baringkan mengiring. Cepat-cepat sedarkan dia dengan cara mandikan dengan air sejuk. Alirkan air dari kaki dulu dan ke atas dan bawa ke klinik/ hospital berhampiran. 

Jika anak kena sawan tarik.
Jika anak kena sawan tarik. Kredit Google. 

Waktu kejang, otak dia berhenti dari menerima oksigen. Sebab itu rawatan sudah diberi di rumah, masih perlu bawa ke klinik/ hospital untuk dapat bantuan oksigen. Otak kalau tidak dapat oksigen mencukupi dalam masa singkat boleh menyebabkan kecacatan atau terencat. Sebab itu bahaya sangat-sangat kalau anak kena kejang. 

Sawan ni mungkin boleh datang balik bagi anak-anak yang pernah kena masa demam panas. Jadi, setiap kali anak demam, sentiasa pantau suhu badannya.

#copypaste

Info dari Facebook.com. (Klik SINI)

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments