Softlan Magic Moments.

By Cikla Shahril - June 25, 2015

Hai semua. Cikla harap semuanye masih gigih meneruskan puasa ye. Hari ni dah masuk hari ke-7. Seminggu sudah, sekejap je masa berlalu kan. Ermm, baiklah. Rasanya dah lama cikla tak buat review entry kan. So, hari ni cikla nak share and promote satu produk yang pada cikla. Terbaiklah! Kepada ibu-ibu yang masih tercari-cari brand softener yang bagus, haaaa ini lah dia yang terbaik, Softlan Magic Moments. Rasanya ni keluaran terbaru Softlan. Cuba tengok gambar di bawah.

Softlan Magic Moments.
Softlan Magic Moments.Sumber Google.

Sebenarnya sebelum ni cikla guna softener softlan jugak, tapi jenis biasa. Nak dijadikan cerita, satu hari tu hubby cikla balik bawak sample pek Softlan Magic Moments, and cikla try. Memang lagi wangi dari yang sebelum ni. Time sidai baju, baunya harum semerbak je. Sampai jiran sebelah boleh bau. Hehehe. Yang bestnya, bau wangi ni kekal more than a month. Katanyalah kan, memang best lah.

For your info, ia didatangkan dalam 3 jenis wangian, iaitu Violet Romance, Floral Enchantment, dan Kissess Of Flower. Tapi yang cikla guna yang color kuning, Floral Enchantment. Memang wangi tak ingat. Softlan Magic Moments ni juga ada dalam bentuk isian semula (refill). Botolnya pun comel-comel gitu. Instruction macam nak guna semua ada dinyatakan di belakang botol.

Laaaa, cerita punya cerita harga tak kasi tau pulak. Harganya cuma RM8.20 termasuk GST untuk 750ml. Cikla rasa berbaloi harganya. Lagipun kita guna bukan banyak pun, hanya dengan satu penutup, kita akan dapat wangian yang kekal lama. Wangi sokmo. Tak gitu.

Selamat mencuci.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments