31 August 2015

Kagumnya melihat keajaiban di Alive 3D Art Gallery.

August 31, 2015 0 Comments
Kagumnya melihat keajaiban di Alive 3D Art Gallery. | Assalamualaikum wbt. Hai semua. Rasanya tak terlambat untuk cikla ucapkan SALAM MERDEKA! Alhamdullilah, sudah 58 tahun negara kita yang tercinta ini bebas merdeka. Apa yang penting sekarang, kita sama-sama pertahankan apa yang kita ada sekarang.

Sebenarnya cikla nak cerita, semalam cikla sekeluarga telah berkunjung ke Alive 3D Art Gallery di Lukut, Port Dickson. Rasanya ada yang dah tau kot tempat ni. Tapi, cikla nak cerita jugak. Haha, excited la pulok. 

Rasanya galeri ni start dibuka tahun lepas kot. Memang mengujakan bila masuk sini tau. Bayarannya pun kira berpatutanlah jugak. Dewasa dikenakan bayaran rm20 dan kanak-kanak (ketinggian atas 90 cm) dikenakan bayaran rm15.

Apa kata kita cuci-cuci mata tengok gambar kat bawah. Sungguh mengujakan... 

Kagumnya melihat keajaiban di Alive 3D Art Gallery.


Kagumnya melihat keajaiban di Alive 3D Art Gallery.

Kagumnya melihat keajaiban di Alive 3D Art Gallery.





Kagumnya melihat keajaiban di Alive 3D Art Gallery.


Kagumnya melihat keajaiban di Alive 3D Art Gallery.


Kagumnya melihat keajaiban di Alive 3D Art Gallery.


Untuk pengetahuan korang, cafe juga disediakan. Bolehlah kalau nak bersantai-santai lepas penat berposing. Hehe....


Kagumnya melihat keajaiban di Alive 3D Art Gallery.


Kagumnya melihat keajaiban di Alive 3D Art Gallery.


Untuk maklumat lanjut klik je SINI


Sesiapa yang belum pergi, pergilah. Best tau.... rugi tak pergi.... ❤❤❤

29 August 2015

Losyen sejuta khasiat ANUGERAH.

August 29, 2015 0 Comments
Losyen sejuta khasiat ANUGERAH. | Assalamualaikum wbt. Wah wah, review lagi. Saja cikla nak promote barang yang baik (bagi pendapat cikla la). Mana tau, kot-kot ada yang mencari-cari losyen yang sesuai untuk diri. Baiklah, cikla nak cerita pasal satu produk bagus, iaitu losyen sejuta khasiat ANUGERAH....

Losyen sejuta khasiat ANUGERAH.
Losyen sejuta khasiat ANUGERAH.

Losyen sejuta khasiat ANUGERAH.


Cikla dan suami memang guna losyen ni. Baunya memang harum (haruman apple garden). Kalau pakai memang wangilah. Ia bukan sekadar losyen biasa (untuk kecantikan dan kesihatan) tapi ia terhasil dari 4 gabungan yang akan beri kesan terbaik kepada kita. Antara kelebihan losyen ini adalah, ia dibacakan ayat-ayat suci Al-Quran dan doa-doa pilihan bagi merawat, melindung dan mencapai hajat (dengan izin Allah).

Selain itu, haruman Apple Garden yang segar serta sesuai digunakan setiap masa, di samping herba tradisional yang terbukti berkesan untuk mencantikkan kulit dan bantu hilangkan kesakitan. Losyen ini juga mempunyai tekstur yang lembut, halus serta tak melekit. So, ia mudah meresap ke dalam kulit serta cepatkan proses pemulihan.

Losyen sejuta khasiat ANUGERAH.
Losyen sejuta khasiat ANUGERAH.

Untuk pengetahuan semua, losyen ini mengandungi ekstrak lengkuas, ekstrak serai, ekstrak limau purut, ekstrak minyak kayu putih, ekstrak halia, ekstrak daun bidara, ekstrak avokado, menthol, methyl salicate, carbomer, minyak wangi dan air.

Cara nak guna pun senang sangat, just sapu pada bahagian badan atau tempat yang sakit sambil membaca al-Fatihah serta berselawat. Tapi kena ingat, ia hanya untuk kegunaan luaran sahaja, serta pastikan losyen tak dilangkah sebab losyen dah dibaca dengan ayat Al-Quran. Harganya pun berpatutan, hanya rm26 (untuk semenanjung) dan rm31 (untuk Sabah Sarawak). Nak dapatkannya pun senang, ada dijual di kedai-kedai ubat. Losyen ni ada jugak dijual online rasanya.

Cikla memang guna losyen ni. Kalau lenguh-lenguh badan ke, sakit-sakit kaki ke, cikla sapu losyen ni, alhamdullilah hilang. Apa yang penting tawakal dan banyak berdoa... ❤❤❤

For more info, just click SINI.

Sambutan Hari MERDEKA sekolah kakak.

August 29, 2015 2 Comments
Sambutan Hari MERDEKA sekolah kakak. | Assalamualaikum wbt.... "Tanggal 31, bulan lapan lima puluh tujuh. Hari yang mulia, hari bahagia. Sambut dengan jiwa yang merdeka....." Eh eh... betul ke cikla nyanyi ni? Ke main hentam saja... haha.. jadilah, janji ada bunyi... kihkihkih.... Sekejap je dah sampai bulan merdeka kan? Rasanya baru tahun lepas kita sambut merdeka. Dah sambut lagi. Oklah, sebenarnya cikla nak share pasal sambutan hari merdeka sekolah anak cikla. Diaorang buat awal, sebab isnin ni kan cuti. So, kes terlebih excited lah ni gamaknya... hehe....


Sambutan Hari MERDEKA sekolah kakak.
Sambutan Hari MERDEKA sekolah kakak.


Sambutan Hari MERDEKA sekolah kakak.
Sambutan Hari MERDEKA sekolah kakak.

Majlis dimulai dengan acara menaikkan bendera Malaysia dan bendera tadika, sambil menyanyikan lagu kebangsaan. Bagus-bagus, semua berdiri tegak tanda menghormati bendera dan lagu kebangsaan. Tengok tu, budak-budak dipakaikan baju bendera. Cute kan?

Selepas itu, acara menanam pokok bunga raya sebagai simbolik atau gimik. Wakil bapa dan pengerusi tadika (kak Jamaliah) yang dipertanggungjawabkan menanam pokok tu... kira oklah tu, cantik jugak kawasan sekolah nanti.... Acara disambung dengan pertandingan mewarna ibu dan anak. Cikla join jugak, tapi takde rezeki menang. Hehe... biasalah budak-budak kan.. mewarna ikut suka hati dia je....

Sambutan Hari MERDEKA sekolah kakak.
Sambutan Hari MERDEKA sekolah kakak.


Sambutan Hari MERDEKA sekolah kakak.
Sambutan Hari MERDEKA sekolah kakak.

Acara penutup adalah majlis penyampai hadiah... kakak ika dapat jugak lah. Hadiah untuk pertandingan galah panjang peringkat daerah hari tu. Hadiahnya cikgu bagi lambat. Hehe...  Pada pendapat cikla, bagus jugak kita perkenalkan makna merdeka pada anak kita sejak dari kecik lagi. Budak-budak, biasalah tau nak seronok je, tapi sekurang-kurangnya mereka kenal jugaklah macam mana rupa bendera malaysia kan... Bak kata orang tua-tua. Melentur buluh, biarlah dari rebungnya....

Cikla pun nak wish, selamat menyambut merdeka. Sayangi Malaysia tanah tumpah darah tercinta..... Oklah, sekian dulu.... wassalam.....

#sehatisejiwa
#iniMALAYSIAkita

28 August 2015

Krim telon herba bayi tropika.

August 28, 2015 1 Comments
Krim telon herba bayi tropika. | Assalamualaikum wbt.  Sebagai seorang ibu, cikla memang perasan anak-anak cikla kadang-kadang mengalami kembung perut, batuk berbunyi dan selsema. Mereka-mereka ini, kalau kena selsema atau batuk memang teruk. Paling lama 2 minggu lebih baru selsema or batuk betul-betul elok. Memang kesianlah. Lebih-lebih lagi time tido malam, selalu terjaga-jaga sebab hidung tersumbat dan batuk kuat. Itu belum lagi kembung perutnya.

Sebelum ni, kalau anak cikla kembung perut or selsema, cikla hanya guna Vicks aje. Tapi, start dari baby ammar cikla diperkenalkan dengan krim telon ni. Allhamdullilah, nampaknya memang serasi dengan dia.

Krim telon herba bayi tropika.


Krim telon herba bayi tropika.
Krim telon herba bayi tropika.

Krim telon ni diperbuat dengan ramuan minyak eucalyptus (minyak kayu putih) halia dan herba tropika. Yang penting yang halal dan suci serta tiada unsur alkohol dan ia memang sesuai digunakan untuk melegakan kembung perut bayi. Lagipun, ia tak panas dan sesuai untuk kulit bayi.

Krim telon herba bayi tropika.
Krim telon herba bayi tropika.

Selain itu, krim ini mudah meresap serta tidak meleleh dan melekit bila disapu serta berfungsi seperti Vicks herba bagi mengurangkan masalah batuk dan selsema. Cara nak gunakannya pun mudah aje, just sapu krim pada dada dan belakang baby untuk menghilangkan kahak atau phlegm serta bunyi wheezing.

Selain itu, cara nak guna krim ni jugak, just sapu aje di dada dan kedua tapak kaki baby selepas mandi atau bila perlu. Baunya pun wangi tau. Krim ini bukan sahaja sesuai untuk bayi, malah kanak-kanak pun boleh menggunakannya. Mereka yang mempunyai kulit sensitif seperti ekzema, gigitan nyamuk dan serangga juga boleh guna krim ini.

Krim telon herba bayi tropika.
Krim telon herba bayi tropika.

So, para ibu yang masih mencari krim telon yang sesuai untuk bayi anda, bolehlah cuba guna krim ni. Harganya pun berpatutan, hanya rm39.90. Tak apalah berbelanja lebih sikit kan, janji anak kita sihat. Lagipun, nak dapatkan pun mudah, terutama di kedai-kedai ubat or toko jamu. Krim ni ada dijual secara online juga. 

Semoga si manja kita terhindar dari serangan batuk dan selsema. InshaAllah... ❤❤❤

For more info just klik SINI.

Dugaan : Abah excident!

August 28, 2015 5 Comments
Dugaan : Abah excident! | Assalamualaikum wbt. Ermmm, dugaan untuk kami sekeluarga. Kelmarin, abah cikla mengalami kemalangan. Motor dengan motor. Terkejut jugak cikla bila dapat berita ni. Itu pun mak cikla call bagitau.

Kisahnya bermula begini. Dalam pukul lebih kurang 5 petang kot, abah cikla keluar sebab nak pergi kedai. Lepas dah pergi kedai, dia singgah kat kedai motor sebab nak pam tayar motor yang kekurangan angin. Dah selesai pam, dia pun nak buat u-turn untuk balik rumah. Entah macam mana, tetiba ada motor dari arah yang bertentangan datang menghentam motor abah. Memang tak dan lah nak elak. Tapi, yang hairannya abah cakap memang dia dah confirm takde kenderaan. Tu la, malang tak berbau kan. Dah nak kena. Nak buat macam mana...

Dugaan : Abah excident!


Hentaman kuat menyebabkan ibu jari kanan abah cedera agak teruk. Hampir putus. Ya Allah, kesiannya. Masa kejadian abah sedar dan boleh bangun. Mujur ada orang kampung membantu menghantar abah ke hospital. Keadaan motor jangan cakaplah, agak teruk juga. Tak apalah, harta boleh dicari, tapi nyawa takde galang gantinya.


Dugaan : Abah excident!
Dugaan : Abah excident!

Gambar kat atas masa sampai di hospital Tanjung Karang kat bahagian kecemasan. Dekat situ mereka hanya cuci dan balut jari abah. Mereka cakap jari abah perlu di sambung atau kalau keadaan teruk mungkin akan dipotong. Allah, dengar je, muka abah dah cemas. Kesiannya, dugaannya sungguh.

Abah di"transfer" ke hospital Sungai Buloh sebab di hospital Tanjung Karang tak boleh nak buat. Redha ajelah. Sampai di hospital Sungai Buloh, di bahagian Trauma dan Kecemasan, abah dirawat. Doktor cakap mereka akan cuba "sambung" dulu jarinya. So, kena "admit" lah abah. Katanya, ni first time dia kena duk hospital. Takpelah bah, janji baik....


Dugaan : Abah excident!
Dugaan : Abah excident!

Semalam, jari abah di "operate". Hampir 3 jam abah kat dalam dewan bedah. Alhamdullilah, jari abah berjaya di sambung. Tapi, doktor kena buat pemantauan 24 jam dan X-ray semula sebab nak tengok sama ada penyambungan berjaya atau tidak. Cuba tengok dalam gambar bawah ni, kesian kan?


Dugaan : Abah excident!
Dugaan : Abah excident!

Hari ni masuk hari ketiga abah di wad. Memang nampak gelisah dan bosan je rupa dia. Mana taknya, kalau sebelum ni (masa sihat), dia memang tak boleh duduk diam. Ada je kerjanya. Sekarang, rehat puas-puas ye abah. Walauapapun syukurlah semuanya selamat. Semoga abah cepat baik. Amin....

Oklah korang. Thanks, sebab sudi baca kisah abah cikla ni... Korang doakan ye semoga abah cikla cepat sembuh...❤❤❤

27 August 2015

Menang giveaway : Sketch Giveaway Cikla Shahril by Eintan Nurfuzie.

August 27, 2015 4 Comments
Assalamualaikum wbt....

Menang giveaway : Sketch Giveaway Cikla Shahril by Eintan Nurfuzie. | Wahhhhhhh, excited pulak bila cikla tengok lukisan sketch ni. Sebenarnya inilah habuan untuk cikla sebab cikla masuk giveaway yang dianjurkan oleh cik. en.... memang cantik sketch ni... thanks ya!! Sorry cik.en sebab gambar yang cikla bagi kurang jelas. Tapi, kira oklah ni..... memang cun melecun.... hihi....





Oklah, sekian dulu. Cikla saja nak share.... Thanks again cik.en. Kalau ada giveaway lagi, inshaAllah cikla join okey... peace!!! Wassalam.....

Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com.

August 27, 2015 14 Comments
Assalamualaikum wbt....




Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com. | Sempena bulan Ogos, bulan kemerdekaan ini, Mia nak buat Giveaway Merdeka 2015 yang simple. Hadiahnya berupa 18 Fridge Magnet Ringgit Malaysia. Ole-ole dari Kelantan.



Tanggal 31 Ogos 1957. Merdeka!! Merdeka!!

Jom join giveaway ini... syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 31 Ogos 2015.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan akan diumumkan pada 3 September 2015.


nak join giveaway ini, sila klik pada banner..

Sekian dulu, wassalam.....

-TAMAT SUDAH-

26 August 2015

Nak tegur boleh, tapi...........

August 26, 2015 6 Comments
Assalamualaikum wbt....

Nak tegur boleh, tapi........... | Kritik, kutuk, kritik, kutuk...... memang dah lumrah kot. Ada orang suka cari salah orang lain. Tapi, salah sendiri.. harammmm tak nampak pun. Tak taulah memang tak nampak atau buat-buat tak nampak... entahlah.. waallahualam....


image ihsan google.


Sebenarnya, bagi cikla pulak bukan tak boleh nak kritik ke apa. Itu hak masing-masing. Tapi, biarlah kena pada tempatnya. Lagipun, kita semua bukanlah sempurna sangat. Setiap orang pasti ada lebih dan kurangnya. So, kalau nak kritik tu janganlah macam kau tu perfect sangat. Tak pernah buat silap or apa..... Lagi satu, kalau nak menegur biarlah kena pada tempat dan keadaannya. Walau macam mana pun, kita kena jaga jugak air muka orang yang kita tegur tu.


image ihsan google.


Bagi cikla, ada pulak sesetengahnya suka tegur di depan khayalak ramai. Dah la tegur tak kena tempat, pastu bahasanya pun bukan main cantik lagi. Amboi amboi... cuba bayangkan kalau awak kat tempat dia, apa rasa awak pulak??? Kalau betul pun dia memang salah, tapi semuanya biarlah kena gayanya. Mentang-mentanglah dia salah, awak nak tunjuk "bagus"lah tu, semua tolak tepi. Tak boleh macam tu.....

Aiseyy... teremosi pulak dah... oklah, apa yang penting menegur biarlah berhemah dan berhikmah..... sama-sama kita muhasabah diri. Semoga kita semua dirahmati dan diampunkan dosa olehNya. Amin amin amin... sekian dulu, wassalam...

Doa hari ini : Doa pembuka 12 pintu kebaikan.

August 26, 2015 2 Comments
Doa hari ini : Doa pembuka 12 pintu kebaikan. | Assalamualaikum wbt. Dah lama rasanya cikla tak share doa kan. Bukanlah nak tunjuk alim, tapi tak salahkan kita berkongsi perkara ilmu yang baik. Betul tak?

Doa hari ini : Doa pembuka 12 pintu kebaikan.


Bismillahirrahmanirrahim.....

Doa hari ini : Doa pembuka 12 pintu kebaikan.
Doa hari ini : Doa pembuka 12 pintu kebaikan.


Amin amin ya Allah. Semoga bermanfaat.


Sumber doa dari facebook.com.

25 August 2015

Astana Morocco, Putrajaya.

August 25, 2015 1 Comments
Astana Morocco, Putrajaya. | Assalamualaikum wbt. Astana Morocco? Di Morocco kah? Jangan terkejut kalau cikla kata Astana Morocco tu ada di Putrajaya, Malaysia. Rasanya ramai yang dah tau kot tempat ni. Lagi-lagi siapa yang tinggal di Putrajaya dan berhampiran dengannya. Mesti pernah dengar dan datang ke sini, kan? Inilah yang cikla nak kongsikan. Amboi, rasa macam excited pulak, sebab sejujurnya cikla memang baru tau and first time datang sini.

Sebelum tu cikla nak tepek gambar kasi intro sikit.....


Astana Morocco, Putrajaya.
Astana Morocco, Putrajaya. Welcome to Putrajaya. 

Astana Morocco, Putrajaya.


Al-kisahnya Ahad lepas hari tu, lepas cikla bawak Ammar pergi checkup kat klinik Fuziah, Olak Lempit encik asben tetiba nak pergi Putrajaya. Pusing-pusing cuci mata katanya. Memula tu memang kami just pusing-pusing naik kereta je, dengan cuaca yang agak panas terik macam malas lak nak jalan-jalan keluar.

Pusing punya pusing, kami lalu kat depan Taman Botani. Then, nampaklah sign Astana Morocco. Encik asben kata, "macam menarik je tempat tu. Jom turun sat, jalan-jalan amik gambaq sekeping dua..." Siap ada dialog lagi. Haha....

Last-last kami singgahlah sekejap. Kami masuk ikut pintu utama, ada guard dekat pintu masuk utama. Masuk je, terkagum kejap cikla tau. Ermmm, apa lagi, tempat dah cantik. Landskap pun menarik. Kita posing satu kaluuuu. So, inilah hasil ke"posing"an kami empat beranak. Kakak mia tido time tu, so takde dalam gambar.....


Astana Morocco, Putrajaya.
Astana Morocco, Putrajaya.

Ni kalau cakap kat orang yang memang tak tau tempat ni memang percayalah kalau kami cakap kami pergi Morocco. Senibina rekabentuk tempat ni memang ala-ala ke"arab"an. Memang "nice" lah tempat ni.


Astana Morocco, Putrajaya.
Astana Morocco, Putrajaya.


Di bahagian depan ada air pancut. Memang cantik. Kakak ika, biasalah kalau tengok air... excited memanjang, nak mainlah tu. Ishhh ishhhh......


Astana Morocco, Putrajaya.
Astana Morocco, Putrajaya.


Astana Morocco, Putrajaya.
Astana Morocco, Putrajaya.


Astana Morocco, Putrajaya.


Cantik kan? Kami hanya sempat posing dan tengok-tengok bahagian depan je. Memang masa kami datang tu ramai pengunjung dan kebanyakannya pak-pak arab je cikla tengok. Rasanya memang ada restoran arab kat situ kot.

Bagi pendapat cikla, tempat ni memang sesuai dijadikan lokasi untuk photoshot (tak kiralah wedding ke apa-apa event) sebab scenary memang awesome. Selain itu, tempat ni sesuai juga dijadikan kawasan untuk beriadah bersama keluarga. Kalau tak silap, cikla ada nampak orang berbasikal dalam kawasan ni. Mungkin perkhidmatan basikal ada disediakan untuk pengunjung. 

Sesiapa yang belum datang sini, datanglah kalau berkesempatan. Memang cantik dan rasa macam berada di Morocco tau. Haha. Tak apalah, janji fefeeling konon-konon holiday kat Morocco.... ❤️


Untuk more info korang klik sini.

Ada apa dengan air kelapa?

August 25, 2015 0 Comments
Ada apa dengan air kelapa? | Assalamualaikum wbt. Wah... sedapnya air kelapa. Lagi-lagi kalau buat coconut shake. Amboiii, terangkat sungguh. Segar dan menyegarkan. Kalau orang dulu-dulu pulak, guna air kelapa untuk pelbagai petua. 

Antaranya kalau budak nak kena demam campak bagi minum air kelapa supaya semua bintik-bintik merah keluar. Dari segi kecantikan pulak, memang ada sesetengah orang menggunakan air kelapa khususnya untuk kulit. 

Haaa...inilah yang cikla nak share. Macam mana air kelapa berfungsi memberikan kita kulit yang mulus dan cantik.

Ada apa dengan air kelapa?


Antara kelebihan air kelapa untuk kecantikan kulit adalah,

Ada apa dengan air kelapa?
Ada apa dengan air kelapa? Sumber Google.


Kalau korang nak tau, air kelapa dapat memudarkan parut pada wajah. Caranya mudah je, just ambil sedikit air kelapa dan sapu je kat muka yang bermasaalah. Kemudian, biarkan kering sebelum membilasnya dengan air bersih. Untuk kesan yang bagus, buat hari-hari. Cubalah! Selain ia ber kesan memudarkan parut, ia juga boleh mengecutkan jerawat. Caranya, cuci wajah dengan air kelapa setiap hari kerana khasiat yang ada dalam air kelapa dikatakan dapat mengecutkan jerawat secara natural tanpa meninggalkan kesan parut, S elain ia dapat memudarkan pigmentasi.

Di samping itu, air kelapa dapat membantu menghaluskan kulit yang kasar dan tona kulit yang tak sekata, seterusnya menjadikan kulit lebih licin dan halus. Pembersihan menggunakan air kelapa dikatakan dapat mengecilkan pori-pori, mengatasi masalah liang roma terbuka seterusnya kulit jadi lebih anjal. Untuk pengetahuan korang, air kelapa jugak boleh membantu menyeimbangkan kelembapan kulit secara semulajadi. So, ini akan menjadikan kulit tak terlalu berminyak atau terlalu kering. Balance gitu. Caranya, ambil dan campurkam kelapa parut bersama air kelapa, kemudian oles ke wajah (jadikan sebagai masker). Biar selama 20-30 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Ia boleh dilakukan dua kali seminggu. Cubalah nanti korang akan dapat hasil yang sungguh tak disangka.

Wajah yang dibasuh dengan air kelapa (yang disimpan dalam peti sejuk), akan memberikan kesegaran pada wajah yang bermasalah kulit kusam dan lesu. Biarkan seketika atau sehingga air kelapa kering di wajah sebelum dibilas. Wah... yang ni lagi best. Air kelapa boleh bertindak sebagai agen antipenuaan (awet muda). Caranya mudah je, hanya basuh wajah dengan air kelapa setiap pagi dan lakukan dengan kerap. 

Macam mana? Memang tak pernah terfikirkan banyaknya khasiat air kelapa ni. Pada yang rasa-rasa nak cuba, silakanlah. Lagipun, air kelapa kan agen semulajadi. So, kita tak perlu nak risau kalau ada effect apa-apa. 

Semoga bermanfaat dan perkongsian ni dapat memberi sedikit idea macam mana kita nak atasi masalah kulit yang kita hadapi (pada yang ada masalahlah).


*sumber Majalah Wanita. 

Rezeki.

August 25, 2015 2 Comments
Rezeki. | Assalamualaikum wbt. Rasanya dah macam banyak kali je cikla cerita pasal rezeki ni. Bukan apa, cikla rasa perkara ni memang amat penting untuk diambil tahu. Mungkin sebelum ni kita ingat rezeki tu pada duit, harta dan kekayaan saja, kita totally wrong. Sebab, konteks rezeki tu luas sangat. 

Sebenarnya, rezeki bukan hanya wang ringgit dan harta, malah nikmat sihat dan keluarga bahagia juga rezeki.

Rezeki,
Rezeki. Sumber Facebook.

Jangan sempitkan fikiran kita, berfikirlah diluar kotak dan advance sikit. Hehe. Rezeki jangan ditolak. Musuh jangan dicari. 🌸🌸🌸

Souvenirs dari Europe Giveaway Contest.

August 25, 2015 5 Comments
Assalamualaikum wbt....

Souvenirs dari Europe Giveaway Contest. | Hai semua. tak taulah semenjak dua menjak ni cikla macam rajin je, macam rajin je join giveaway. ni ha, giveaway lagi. korang nak join klik kat banner. hadiahnya memang mantoopppp.... jom klik lekasss.....



 http://jindrisska.blogspot.de/2015/08/eh-eh-raya-dah-habes-ker-giveaway.html



Oklah, join tau. Kita support kawan-kawan... good luck! Sekian dulu, wassalam.....

-TAMAT SUDAH-

24 August 2015

Macam mana nak jimat elektrik?

August 24, 2015 0 Comments
Assalamualaikum wbt....

Macam mana nak jimat elektrik? | Zaman sekarang ni semuanya dah naik. Semuanya dah mahal. Macam-macam bil nak kena bayar. Bil air lah, bil astrolah, bik telefon lah. Tak terkecuali jugak, bil elektrik. Nak-nak pulak kalau bilnya tertunggak. Lagilah pening dibuatnya...

Sebenarnya cikla nak share beberapa tips yang mungkin berguna untuk menjimatkan penggunaan elektrik, seterusnya mengurangkan bilnya.



image from internet.


(1) kalau boleh jangan guna aircond. Guna je kipas angin biasa.

(2) lampu-lampu yang tak digunakan ditutup dan guna sekadar keperluan saja.

(3) jangan set suhu aircond rendah (set sekitar 20 °C ke atas sebab ia kurang menggunakan kuasa. So, jimat sikit eletrik.

(4) timer di unit aircond di set sebab ia dimatikan pada masa-masa beberapa jam selepas di "on"...

(5) guna peralatan eletrik sekadar untuk menyiapkan tugas je macam periuk nasi. Bila nasi dah masak, tutup suis. Macam tu jugak dan peralatan lain.

(6) guna barangan eletrik yang mempunyai tenaga lebih 1 KW pada waktu malam sebab kadar penggunaan elektrik pada waktu malam lebih rendah (bukan pada waktu puncak).

(7) jangan buka pintu peti ais berulang kali. Pilih peralatan elektrik yang lebih menjimatkan tenaga.

(8) matikan peralatan elektrik yang tak digunakan. Juga penggunaan seterika iaitu dengan menggosok pakaian sekali banyak dalam satu-satu masa, ia lebih jimat.

Apa yang penting, semuanya bermula dari diri kita jugak. Kalau kita bersungguh-sungguh mahu berjimat, bak kata orang tua-tua, tepuk dada tanya selera. Lagipun, membazirkan amalan syaitan. Oklah, semoga tips ini memberi sedikit info dan mungkin boleh dipraktikkan. Sekian dulu, wassalam.....


*sumber majalah wanita.

Tips mengelakkan anak terkena sembelit.

August 24, 2015 0 Comments
Tips mengelakkan anak terkena sembelit. | Assalamualaikum wbt. Budak-budak termasuk bayi boleh mengalami sembelit. Ada sesetengahnya susah nak buang air besar sampaikan ada yang meneran sampai merah-merah muka. Kesian kan? Kita yang dewasa pun rasa "seksa" sangat kalau sembelit, ini kan pulak budak-budak. Sebenarnya banyak sebab mengapa mereka boleh mengalami sembelit. Antara sebabnya adalah, mereka kurang mengambil serat dalam menu harian mereka. Serat seperti sayuran amat penting sebab ia merupakan salah satu "agen" untuk melawaskan proses membuang.

Selain itu, bayi terutamanya diberi minum susu formula sebab biasanya bayi yang diberi minum susu ini mudah mendapat sembelit berbanding dengan bagi yang diberi minum susu ibu. Bayi yang sudah boleh makan makanan pejal juga berisiko mengalami sembelit sebab perut mereka belum boleh berfungsi sepenuhnya.

Tips mengelakkan anak terkena sembelit.


Tips mengelakkan anak terkena sembelit.
Tips mengelakkan anak terkena sembelit. Sumber Google.

Ada beberapa cara yang kita boleh guna untuk elakkan mereka dari sembelit, antaranya:

  1. Bancuhan susu anak dicairkan supaya bahan kumuh yang lebih lembut terhasil. Selain itu galakkan mereka banyak minum air masak. Ini memang sangat penting! 
  2. Dalam menu harian mereka mesti mengandungi makanan berserat, tinggi seperti buah-buahan dan sayuran kerana makanan sebegini boleh membantu melancarkan penghadaman dan elakkan sembelit.
  3. Sesetengah bayi tak serasi dengan susu formula. Tukar susu yang sesuai dengan mereka supaya masalah sembelit dapat dielakkan.
  4. Bayi yang masih memakai pempers susah untuk membuang air besar. Untuk melatih mereka membuang air besar, ajak mereka bermain air (dengan pengawasan ibu) dalam bilik air. Ajak mereka main air dalan gayung dalam so bayi tadi mencangkungdan pastikan pempers dibuka.
  5. Bagi anak minum minuman pribiotik, iaitu sejenis miniman berkultur yang melancarkan proses pembuangan Dan memudahkan penghadaman. Ia juga mengandungi bakteria baik until usus dan perut kanak-kanak.
  6. Jangan tak tau, proses penghadaman jadi slow kalau ada kandungan lemak, gula dan kanji dalam makanan. Penghadaman yang perlahan akan menyebabkan najis jadi keras dan akhirnya sembelit.
  7. Kalau boleh, masa anak mengalami proses "membuang" jangan ganggu fokus anak. Bagi meraka masa dan ruang untuk membuang.


Kita sebagai ibu bapa mesti sentiasa peka dengan anak-anak. Kalau kita nampak anak-anak macam mempunyai masalah dalam proses membuang, segeralah bertindak. 

Kesian kat mereka kan... ❤❤❤


*sumber majalah wanita. 

Merdeka Giveaway By Honeyonnee.Com.

August 24, 2015 2 Comments
Assalamualaikum wbt....

Merdeka Giveaway By Honeyonnee.Com. | Sempena nak merdeka ni, ramai betul blogger buat giveaway. Cikla pun terlebih rajin lak join.. hehe... Salah sorangnya sis kita ni.....



http://www.honeyonnee.com/2015/08/merdeka-giveaway-by-honeyonneecom.html



Kalau korang nak join, klik aje ada banner... tempoh giveaway start 15/8 - 15/9 2015. Jom join ramai-ramai. Hadiahnya pun best... oklah... sekian dulu, wassalam...

-TAMAT SUDAH-

1st GIVEAWAY by@Mawar_Assufi.

August 24, 2015 6 Comments
Assalamualaikum wbt....


 http://naurahnawwarah.blogspot.com/2015/08/1st-giveaway-by-mawarassufi.html
klik pada banner kalau nak join.


1st GIVEAWAY by@Mawar_Assufi. | Syaratnya seperti berikut:

1- Blogger menetap di Malaysia & Beralamat di Malaysia

2- Buat entry "1st GIVEAWAY by@Mawar_Assufi"

3- Letak banner which links to this page.

4- Letak link sponsor dalam entry just put a LINK.

5- Hantar your link entry dalam kotak komen by mention :
          - NAME :
          - FB NAME  :
          - BLOG NAME :


Tempoh giveaway : 15/8 - 31/8 2015.

----->>>>> link sponsor....


       FB PAGE : DwiNuri Scarfs
       IG : @dwinuriscarfs_ 


Jom kita join reramai.... dah nak dateline dah. oklah, sekian dulu, wassalam...


-TAMAT SUDAH-

Giveaway sempoi by mrsfara.

August 24, 2015 1 Comments
Assalamualaikum wbt....

Giveaway sempoi by mrsfara. | Hai hai hai... tengah santai-santai ni join giveaway lagi. Adik kita ni mengadakan giveaway sempena birthday blognya yang ke 2 tahun. Tahniah dik.... korang kalau nak join klik je kat banner tu....




 http://mrsfara.blogspot.com/2015/08/giveaway-sempoi-by-mrsfara.html



Syaratnya pun senang je....
1) Semestinya Warganegara Malaysia
2) Follow  Blog mrsfara
3) Like Page Kosmetik Murah
4) Follow instagram Oh Farra
5) Jangan lupa buat 1 entry khas bertajuk "Giveaway sempoi by mrsfara" dan backlink banner diatas ke entri GA fara.
6) Last sekali tinggalkan link URL giveaway yg korang join kat komen.

Hadiahnya memang mantopppp... apa lagi, jom kita memeriahkan giveaway ni. kita support each other. Ok laling, sekian dulu... wassalam....

-TAMAT SUDAH-

23 August 2015

GIVEAWAY VOUCHER EMEL MELINDA LOOI.

August 23, 2015 7 Comments
Assalamualaikum wbt.....

GIVEAWAY VOUCHER EMEL MELINDA LOOI. | Pergi ke hutan menjerat tempua, Singgah sebentar bertemu Tini, Mari saudara saudari semua, Kita join giveaway ini.

Hehe... berpantun pulak kita. Nak join jom klik reramai kat banner. Hadiahnya pun best belaka.



 http://jalanabadi172784.blogspot.com/2015/08/giveaway-voucher-emel-melinda-looi.html



Hadiah untuk Giveaway ini adalah

1 x Voucher RM50 dari Emel Melinda Looi  & Wang Tunai RM20 + Product from Crabtree and Evelyn.

Tarikh Tutup Giveaway adalah pada 31 Ogos 2015 jam 12 Tengah Malam. Cikla tag semua followers cikla. Sesiapa yang free joinlah... Oklah, sekian dulu....wassalam....

-TAMAT SUDAH-

Painting Potret Giveaway by Azhafizah.

August 23, 2015 4 Comments
Assalamualaikum wbt......

Painting Potret Giveaway by Azhafizah. | Jom kita join giveaway ni.. Lagi ramai lagi meriah... baru best.. nak join klik je banner kat situ....


 http://www.azhafizah.com/2015/08/painting-potret-giveaway-by-azhafizah.html


Syarat mudah aje.....

1. Buat entry bertajuk " Painting Potret Giveaway by Azhafizah"
2. Letakkan banner di atas dan linkkan ke entry ini.
3. Letakkan link blog www.azhafizah.com ke dalam bloglist blog *jika ada bloglist untuk follow up giveaway
4. Follow blog : www.azhafizah.com | instagram : azhafizahmdnor * Jika tiada instagram boleh join juga :)
5. Like fanpage : www.facebook.com/blogazhafizah 
6. Letakkan gambar [single, close up, jelas, high pixel, gambar asal tanpa edit 360]
7. Publish entry dan letakkan link blog penyertaan dalam ruangan kotak komen.



Giveaway bermula dari 22 Ogos-30 Ogos 2015, 11:59 malam.


--->>>Letakkan gambar [single, close up, jelas, high pixel, gambar asal tanpa edit 360]







Oklah, join tau. sekian dulu. wassalam....

Giveaway Anak Merdeka 2015!

August 23, 2015 8 Comments
Assalamualaikum wbt.....

Giveaway Anak Merdeka 2015! | Lagi seminggu lebih je kita nak sambut Hari Kemerdekaan... Teruja rasa kan?? Bersempena dengan itu, apa kata kita join giveaway ni... 


 http://www.mariafirdz.com/2015/08/giveaway-anak-merdeka-2015.html


Hadiahnya best-best tau. Apa yang penting support rakan blogger lain... #kipidap.... Oklah, sekian dulu. Jangan lupa join tau. Wassalam.....

22 August 2015

Tips macam mana nak jaga barang kemas.

August 22, 2015 3 Comments
Assalamualaikum wbt.....

Tips macam mana nak jaga barang kemas. | Wanita dan emas berpisah tiada. Tak dinafikan semua insan yang bernama wanita mesti sukakan barang kemas. Betul tak? Macam cikla, cikla bukanlah peminat tegar barang kemas. Sikit-sikit cukuplah, ada rantai leher/rantai tangan seutas dan beberapa bentuk cincin (itupun cincin merisik dgn cincin tunang)... itu pun dah rasa macam banyak. Lagipun nak pakai barang kemas banyak-banyak takut jugak... jenayah ada di mana-mana. Kita kena sentiasa beringat....

Sebenarnya cikla nak kongsi beberapa tips macam mana nak jaga barang kemas supaya ia tak pudar atau rosak. Nak-nak pulak kalau barang kemas yang mahal harganya. Sayang je kan kalau barang kemas dah tak sekilau dulu. Nampak pudar warnanya.... Baiklah, jom kita tengok apakah tips nya....

(1) jangan dedahkan barang kemas kepada bahan kimia/berasid seperti clorox dan klorin. Bahan ini boleh merosakkan permukaan emas dan emas mungkin boleh terputus dalam jangka masa yang panjang.

(2) jangan tak tahu, perfume juga boleh memudahkan emas. Jadi, kalau boleh elakkan emas dari semburan perfume.

(3) cuci barang kemas secara konsisten samada melakukan sendiri atau hantar ke kedai emas. Cucian yang betul dapat kekalkan kebersihan dan kilauan emas. Tapi kena ingat kalau hantar ke kedai, ia akan pengaruhi berat emas sebab permukaannya akan dikikis sedikit.

(4) kalau boleh, jangan pakai barang kemas semasa mandi sebab sabun mandian dan syampu mengandungi bahan kimia di dalamnya.





(5) emas di simpan dalam kotak khas dan elak dari terdedah terus kepada cahaya. Kalau boleh simpan emas dalam kain sebelum letak dalam kotak untuk elakkan emas tercalar. Pastikan juga emas tak berpintal atau bergeser.

(6) periksa bahagian cangkuk sebab kalau cangkuk rosak, takut emas boleh tercicir tanpa kita sedar.

Pendek kata, jangan letak barang kemas bersama dengan barang yang mungkin mengandungi bahan kimia sebab ia boleh memudarkan warna emas perlahan-lahan. Oklah, semoga bermanfaat dan selamat mencuba. Sekian dulu... wassalam.....

Sumber Majalah Wanita. Image dari Mr. Google.

21 August 2015

Segmen "AKU PUNYA BELOG ENGKAU YANG PANAS" by OmbakBergigi.

August 21, 2015 14 Comments
Assalamualaikum wbt....


*Klik Gambar Untuk Join*



Segmen "AKU PUNYA BELOG ENGKAU YANG PANAS" by OmbakBergigi. | Jom Join "Segmen' AKU PUNYA BELOG ENGKAU YANG PANAS' by OmbakBergigi. " .Kali ni korang wajib beri satu kritikan sama ada negative atau positive kepada belog OmbakBergigi. Kerana kritikan korang begitu begitu berharga. Jadi~ Apa hadiahnya? Apa syarat-syaratnya? sila klik gambar di atas untuk ke entri Segmen. :)

Firstly, salam perkenalan dari cikla. Ermmm... ada syarat plak ek... Syaratnya kena kritik blog cik OmbakBergigi ni.... so, bagi cikla blog adik kita ni comel sangat, loading pun cepat, tak crowded dan sedap mata memandanglah... by the way, #kipidap dik...

Oklah, uols pun join jugak tau.... sekian.. wassalam...

Jom Support Wahai Kawan-Kawan Blogger :)

-TAMAT SUDAH-

Jalan-jalan Melaka. (Part 2).

August 21, 2015 0 Comments
Jalan-jalan Melaka. (Part 2). | Assalamualaikum wbt. Hishhh, ada lagi rupanya story jalan-jalan ke Melaka ni. Ingatkan dah abis. Ehh, ada lagi la adik-adik sekalian. Nanti kalau tulis sekali harung kang berjela-jela lak entri ni. Korang gak yang kebosanan. Ye tak. Tu yang cikla nak story part by part ni. Kalau ada yang belum baca entri cikla sebelum ni (jalan-jalan Melaka part 1) klik sini.

Sebenarnya cikla nak share beberapa tempat lagi yang cikla sempat pergi. Maklumlah, bukan selalu sampai sana. Sekali sampai kita pusing sampai lebam, bhahahaha.

Tempat pertama ialah MELAKA RIVER CRUISE.

Jalan-jalan Melaka. (Part 2).


Jalan-jalan Melaka. (Part 2).
Jalan-jalan Melaka. (Part 2).

Ha... dalam gambar kat bawah tu tiket untuk naik bot. Bayaran dikenakan untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Harganya agak berpatutan. Bolehlah untuk sekali-sekala, bukan selalu pun. Ye tak?


Jalan-jalan Melaka. (Part 2).
Jalan-jalan Melaka. (Part 2).

Bot itu akan membawa kita menikmati keindahan dan kecantikan tempat sepanjang sungai Melaka. Berserta dengan tiket, ada jugak cenderamata untuk penumpang iaitu biskut homemade dan mineral water untuk bekalan penumpang semasa menaiki bot nanti. Cikla tak snap gambar cenderamata tu pulak gais.

Sebelum kita naik bot, ada disediakan perkhidmatan mengambil gambar kenangan. Nanti bila dah turun dari bot, mereka akan offer kita gambar yang mereka ambil sebelum kita naik bot. Kalau tak silap cikla, rm50 satu set.

Di sepanjang perjalanan menaiki bot, banyak pemandangan menarik yang kita dapat lihat. Kebanyakan bangunan di kiri dan kanan sungai dilukis (wall art) untuk menjamu mata pengunjung. Memang menarik dan kreatif. Lukisan-lukisan adalah berkaitan dengan sejarah Melaka kerana mungkin ini salah satu cara mereka nak perkenalan sejarah Melaka kepada pengunjung.


Jalan-jalan Melaka. (Part 2).
Jalan-jalan Melaka. (Part 2).

Jalan-jalan Melaka. (Part 2).
Jalan-jalan Melaka. (Part 2).

Tengok dalam gambar kat atas tu, menarik kan? Selain itu, tempat-tempat sejarah seperti Kampung Morten iaitu perkampungan yang tertua di Melaka juga dipamerkan di tebing sungai. Tapi, sekarang perkampungan tersebut dijadikan homestay.


Jalan-jalan Melaka. (Part 2).

Jalan-jalan Melaka. (Part 2).

Jalan-jalan Melaka. (Part 2).

Yang kat atas ni gambar kincir air masa zaman pemerintahan Melayu Melaka. Besarnya kan? Bertuahnya kita dapat tengok senibina orang dulu-dulu. Bak kata pepatah, takde dulu, takde sekarang. Ye tak? 


Jalan-jalan Melaka. (Part 2).


Tempat kedua PANTAI KLEBANG.

Lepas kami puas pusing-pusing bandar, perut pun dan mula menyanyikan lagu pop rock, apa lagi... laparlah. So, kami ambil keputusan nak pergi makan kat pantai klebang ajelah. Selalunya kalau kawasan pantai mesti ada gerai-gerai makan. Best apa makan tepi pantai, dengan tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa.. siyokkknyaaa..... hehe...

Kedudukan pantai tak jauh dari pusat bandar Melaka. Jalan pun dah cantik, dan kebanyakan kawasan pun sedang dinaiktaraf dengan percambahan kedai-kedai (maybe nak buat hotel baru kot) dan perumahan baru. Sampai sana kami terus cari port nak makan.


Jalan-jalan Melaka. (Part 2).

Rekabentuk gerai ni memang menarik sebab ia dibuat dari bas terpakai. Menu-menunya pun best jugaklah, kebanyakannya masakan goreng-goreng dan burger. Sebelum tunggu makanan sampai kita posing dulu....


Jalan-jalan Melaka. (Part 2).

Lepas makan, perut pun dah kenyang apa kata kita jalan-jalan pantai kejap sebelum kita balik. Cantiknya pantai, bersih dan anginnya pun sepoi-sepoi bahasa. Mendamaikan. Anak-anak cikla apa lagi. memang mereka ni pantang bila tengok pantai, nak main air la tu. isshhhh, budak-budak biasalah... excited lebih.....


Jalan-jalan Melaka. (Part 2).
Ok semua, dah tiba masanya kita pulang ye anak-anak. Dengan masa yang agak terhad (satu hari suntuk) banyak jugak tempat yang sempat kami kunjungi. Insyaallah kalau ada masa kita ke jalan lagi sini. Kita stay pulak barang semalam dua.

Baru boleh round satu Melaka. Betul tak? ❤❤❤


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.