Astana Morocco, Putrajaya.

By Cikla Shahril - August 25, 2015

Astana Morocco? Di Morocco kah? Jangan terkejut kalau cikla kata Astana Morocco tu ada di Putrajaya, Malaysia. Rasanya ramai yang dah tau kot tempat ni. Lagi-lagi siapa yang tinggal di Putrajaya dan berhampiran dengannya. Mesti pernah dengar dan datang ke sini, kan? 

Inilah yang cikla nak kongsikan. Amboi, rasa macam excited pulak, sebab sejujurnya cikla memang baru tau and first time datang sini. Sebelum tu cikla nak tepek gambar kasi intro sikit.

Astana Morocco, Putrajaya.
Astana Morocco, Putrajaya. Welcome to Putrajaya. 

Al-kisahnya Ahad lepas hari tu, lepas cikla bawak Ammar pergi checkup kat klinik Fuziah, Olak Lempit encik asben tetiba nak pergi Putrajaya. Pusing-pusing cuci mata katanya. 

Memula tu memang kami just pusing-pusing naik kereta je, dengan cuaca yang agak panas terik macam malas lak nak jalan-jalan keluar. Pusing punya pusing, kami lalu kat depan Taman Botani. 

Then, nampaklah sign Astana Morocco. Encik asben kata, "macam menarik je tempat tu. Jom turun sat, jalan-jalan amik gambaq sekeping dua." Siap ada dialog lagi. Haha.

Last-last kami singgahlah sekejap. Kami masuk ikut pintu utama, ada guard dekat pintu masuk utama. Masuk je, terkagum kejap cikla tau. Ermmm, apa lagi, tempat dah cantik. Landskap pun menarik. Kita posing satu kaluuuu. 

So, inilah hasil ke"posing"an kami empat beranak. Kakak mia tido time tu, so takde dalam gambar.

Astana Morocco, Putrajaya.
Astana Morocco, Putrajaya.

Ni kalau cakap kat orang yang memang tak tau tempat ni memang percayalah kalau kami cakap kami pergi Morocco. Senibina rekabentuk tempat ni memang ala-ala ke"arab"an. Memang "nice" lah tempat ni.

Astana Morocco, Putrajaya.
Astana Morocco, Putrajaya.

Di bahagian depan ada air pancut. Memang cantik. Kakak ika, biasalah kalau tengok air, excited memanjang, nak mainlah tu. Ishhh ishhhh.

Astana Morocco, Putrajaya.
Astana Morocco, Putrajaya.

Astana Morocco, Putrajaya.

Cantik kan? Kami hanya sempat posing dan tengok-tengok bahagian depan je. Memang masa kami datang tu ramai pengunjung dan kebanyakannya pak-pak arab je cikla tengok. Rasanya memang ada restoran arab kat situ kot.

Bagi pendapat cikla, tempat ni memang sesuai dijadikan lokasi untuk photoshot (tak kiralah wedding ke apa-apa event) sebab scenary memang awesome. 

Selain itu, tempat ni sesuai juga dijadikan kawasan untuk beriadah bersama keluarga. Kalau tak silap, cikla ada nampak orang berbasikal dalam kawasan ni. Mungkin perkhidmatan basikal ada disediakan untuk pengunjung. 

Sesiapa yang belum datang sini, datanglah kalau berkesempatan. Memang cantik dan rasa macam berada di Morocco tau. Haha. Tak apalah, janji fefeeling konon-konon holiday kat Morocco.

Untuk more info korang klik sini.

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments