Jom lepak di Cameron Valley Tea House.

By Cikla Shahril - August 13, 2015

Tempat yang cikla syorkan kat korang kalau korang pergi Cameron Highland. So, sebelum tu cikla nak story sikit la kronologi macam mana cikla boleh sampai sini. Haha, kronologilah sangat kan.

Al-kisahnya, 2 minggu lepas cikla sekeluarga pergi ke Cameron Highland tanpa dirancang. Asalnya sebelum tu kami balik kampung cikla (kuala selangor) then tetiba hubby ajak jalan ke Cameron. 

Bayangkan masa sampai kampung tu dah tengah hari. Gitu gini gitu gini kat umah mak, adalah dalam kul 2 lebih kami bertolak ke Cameron. Cikla bawak mak cikla je. Saja nak bawak mak berjalan.

Perjalanan naik ke Cameron memang sadis. Adoii, dengan jalan bengkak-bengkok. Mabuk, loya, pening-pening langau semua ada. 

Finally, kami sampai juga kat atas. Sampai dah dekat pukul 5 petang. Kedai apa yang bukak, dah lah dengan hujan lagi. Memang leceh sikit la. So, tempat inilah yang sempat kami singgah, sementara menanti hujan reda.

Jom lepak di Cameron Valley Tea House.
Jom lepak di Cameron Valley Tea House.

Bagi can ma li can la kat big boss posing sakan. Dalam hujan renyai-renyai cikla yang suruh dia posing depan signboard tu. Haha.

Jom lepak di Cameron Valley Tea House.
Jom lepak di Cameron Valley Tea House.

Yang ni pulak kaunter untuk order serta papan-papan menu apa yang ada kat sini. Kaunter pembayaran disebelahnya. 

Selain dari tea, dessert pun banyak pilihan juga, mostly cake la. Harganya boleh tahan, pepaham je la kalau dah datang kat Cameron kan.

Jom lepak di Cameron Valley Tea House.
Jom lepak di Cameron Valley Tea House.

Inilah view yang kita dapat lihat semasa kita menikmati secawan tea. Berlatar belakangkan ladang teh. Actually, tea house ni dimiliki oleh Cameron Bharat Planatation Sdn. Bhd, salah satu pengeluar daun teh bermutu.

Jom lepak di Cameron Valley Tea House.
Jom lepak di Cameron Valley Tea House.

Biasalah, kalau takde gambar candid tak sah kan. Tapi gambar cikla takde lah. Aritu cikla tukang amik gambar je, hehe.

For more info korang boleh klik link bawah ni.


  • Share:

You Might Also Like

4 Comments

  1. kadang-kadang percutian tanpa di rancang ni pun best juga kan cik La, Cameron memang tempat yang menarik untuk dikunjungi cuma kalau boleh elakkan di musim cuti sekolah sebab memang jem kan :)

    ReplyDelete
  2. Patut kalau lambat kena tidur sana.. Baru best

    ReplyDelete