Macam mana nak jimat elektrik?

By Cikla Shahril - August 24, 2015

Zaman sekarang ni semuanya dah naik. Semuanya dah mahal. Macam-macam bil nak kena bayar. Bil air lah, bil astrolah, bik telefon lah. Tak terkecuali jugak, bil elektrik. Nak-nak pulak kalau bilnya tertunggak. Lagilah pening dibuatnya. 

Sebenarnya cikla nak share beberapa tips yang mungkin berguna untuk menjimatkan penggunaan elektrik, seterusnya mengurangkan bilnya.

Macam mana nak jimat elektrik?
Macam mana nak jimat elektrik? Kredit Google.

  1. Kalau boleh jangan guna aircond. Guna je kipas angin biasa.
  2. Lampu-lampu yang tak digunakan ditutup dan guna sekadar keperluan saja.
  3. Jangan set suhu aircond rendah (set sekitar 20 °C ke atas sebab ia kurang menggunakan kuasa. So, jimat sikit eletrik.
  4. Timer di unit aircond di set sebab ia dimatikan pada masa-masa beberapa jam selepas di "on"...
  5. Guna peralatan eletrik sekadar untuk menyiapkan tugas je macam periuk nasi. Bila nasi dah masak, tutup suis. Macam tu jugak dan peralatan lain.
  6. Guna barangan eletrik yang mempunyai tenaga lebih 1 KW pada waktu malam sebab kadar penggunaan elektrik pada waktu malam lebih rendah (bukan pada waktu puncak).
  7. Jangan buka pintu peti ais berulang kali. Pilih peralatan elektrik yang lebih menjimatkan tenaga.
  8. Matikan peralatan elektrik yang tak digunakan. Juga penggunaan seterika iaitu dengan menggosok pakaian sekali banyak dalam satu-satu masa, ia lebih jimat.

Apa yang penting, semuanya bermula dari diri kita jugak. Kalau kita bersungguh-sungguh mahu berjimat, bak kata orang tua-tua, tepuk dada tanya selera. 

Lagipun, membazirkan amalan syaitan. Semoga tips ini memberi sedikit info dan mungkin boleh dipraktikkan. 

Sumber majalah wanita.
 

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments