30 September 2015

Nak bebas hutang? Cuba ni...

September 30, 2015 6 Comments
Assalamualaikum wbt.....

Nak bebas hutang? Cuba ni... | Hutang, hutang, hutang. Pada zaman sekarang ni, sana-sini orang mengeluh pasal hutang. Hutang keretalah, hutang rumahlah, hutang kawinlah, bahkan macam-macam lagi. Lebih sadis lagi, dapat je gaji, tolak tambah bahagia darab, duit gaji tinggal ciput je untuk cover sampai bulan yang akan datang... itu pun kalau ada balance. Kalau takde, licin licau lagilah haru... siap tak cukup lagi... Semua ni akan bagi effect kat kehidupan kita dan rumahtangga akan ada masalah.... (nak-nak pulak zaman sekarang ni semuanya memerlukan duuuuiiittttt... huhu).

Ada orang suka meletakkan sesuatu tempoh untuk dia melangsaikan semua hutang-hutangnya. Contohnya, dia tekad settle semua hutang dalam tempoh 5 tahun lagi. Sebenarnya semua itu tak mustahil boleh dicapai kalau kita punya azam yang kuat dan jangan lupakan amalkan prinsip berikut:






-beli barangan secara tunai | jangan membeli barangan melibatkan ansuran bulanan atau sekarang ni (lebih-lebih lagi kalau musim perayaan) kebanyakan kedai buat promosi,  pakai dulu bayar kemudian. Jangan.... jangan terpengaruh dengan tarikan sebegitu. Kalau kita mampu, its ok.  Just carry on. Tapi, kalau sebaliknya??? Dah hujung bulan garu-garu kepala yang tak gatal. Pasal apa?? Pasal pening nak pusing duit gaji nak bayar hutang. Lagi senang macam ni, simpan duit dulu, kalau dah cukup baru bali... ok kengkawan....

-hidup bawah kemampuan bukan ikut kemampuan | ha... korang paham tak? Maksudnya macam ni. Belanja ikut kemampuan maknanya, kalau gaji korang seribu, korang belanja pun seribu. Kalau gaji korang 30 ribu, belanja pun 30 ribu. Tak boleh macam tu dik, memang cari penyakitlah namanya tu. Very dangerous. Sebaiknya berbelanjalah ikut keperluan kita (beli apa yang perlu), then bakinya boleh simpan. Kan elok macam tu.....

-simpan walaupun ciput | tabiat menyimpan/menabung sepatutnya dimulakan dari kecik lagi. Ajar anak kita amalan menabung, so that mereka akan terbiasa. Tak kiralah berapa yang kita simpan. Banyak ke, sikit ke... janji ada saving.

-buat side income | zaman sekarang macam-macam lubang untuk menambah pendapatan kita. Bisnes online yang paling popular dikalangan orang sekarang... suri rumah pun boleh buat, sebab biz online ni memang dijalankan di rumah. So, duit gaji kita boleh guna untuk kegunaan seharian, settle hutang mana yang patut. Manakala, duit  hasil side income ni kita boleh simpan. Silap-silap hari bulan duit hasil income lagi high dari duit gaji kita.. Hehe..... 

Meh Cikla nak share satu doa,




Apa yang penting kita sendiri kena pandai mencorakkan corak yang bagaimana untuk duit yang kita dapat tiap-tiap bulan (duit gajilah tu) supaya kita tak rasa kesempitan wang walaupun baru di pertengahan bulan... adoiiii... pening mak nak... hehe... oklah, sekian dulu... wassalam...


Sumber dari ruangan ringgit & sen (MW). Image from internet.

29 September 2015

Senyumlah... tak luak pun!!

September 29, 2015 2 Comments
Assalamualaikum wbt....

Senyumlah... tak luak pun!! | ".......Hishhhh.... nak senyum pun susah ke? Bukan kena bayo pun. Nak-nak pulak awak tu meniaga. Mahal sangat senyum dia tu gamaknya. Dia tak tau agaknya yang dengan senyumlah dia boleh tarik lagi ramai pelanggan datang... tapi, kalau dah muka tu masam, kelat, payau semua ada, manalah ada orang nak singgah kat kedai awak tu.... kalau yang singgah pun sebab no choice kot, sebab dah takde kedai lain...."

Aisehhhh.... apakah yang cikla bebelkan petang-petang buta ni kan??? Uishhhh.... takdelah nak membebel sangat, tapi macam geram je, macam geram je tau. Al-kisahnya tadi cikla keluar kejap pergi ke sebuah kedai ni (amboi skema ayat.. hehe)... Orang yang jaga kedai ni, mukanya.... ya ampunnnn... punya masam macam cuka, agaknya kalah cuka kot tahap kemasaman dia tu. Nak kata mukanya memang serius, tapi agak-agaklah dik... Geram je tengok, mujurlah cikla ni bukan jenis orang yang ringan mulut. Kalau jenis macam tu, memang dah kena saunnnnn kot.... ishhhh.....

Kadang-kadang cikla hairan bin ajaib dengan sikap segelintir (tak semualah) peniaga yang macam tak reti nak entertain customer. Paling busuk pun, senyum. Bukannya payah bebenor....Lagipun, bukan customer nak mintak awak melayan mereka tu macam raja... begitu begini,  tapi cukuplah sekadar memberi mereka senyuman termanis. Lantaklah kalau time tu ko senyum pura-pura ke kura-kura ke kat depan customer, janji muka ko tu sweet gitu dengan senyuman.... barulah customer nak datang lagi kedai ko.....

Orang ramai cakap, lebihkan manis dalam senyuman, kurangkan manis dalam makanan... tengok betapa pentingnya aura senyum tu pada kita. Senyum memaniskan wajah kita.... sejuk je mata orang tengok kan... lagipun, senyum itu sedekah.... bukan susah pun dik..... senyummmmmm bebanyak tau....







Oklah, sekian pesanan khidmat masyarakat.... senyum jangan tak senyum... wassalam....


Image dari internet.

Resepi ayam masak ungkep.

September 29, 2015 1 Comments
Resepi ayam masak ungkep. | Assalamualaikum wbt. Hai semua. Wah, cikla nak kongsi resepi lagi. Rasanya orang jawa mestilah familiar dengan resepi ni, resepi ayam masak ungkep. Walaupun cikla bukan orang jawa, (ai melayu bugis tau), tapi macam kena amik tau jugak macam mana nak masak menu ni, sebab encik suami orang joworiansss. Hehe. Lagipun, kalau bapak mertua request menu ni, takdelah terpinga-pinga pening lalat tak tau macam mana nak buat. Ye tak? Hehe.

Cikla tak ingat cikla amik resepi ni dari mana, but thanks a lot ya pada si penulis resepi. Dah banyak kali jugaklah cikla buat. Senang je rupanya nak masak ayam masak ungkep ni. Bahan yang digunakan pun biasa-biasa je, ada kat dapur kita. Takdelah bahan pelik-pelik sangat. Dah dah, jom kita tengok bahannya dulu.

Resepi ayam masak ungkep.


Bahan-bahan:

(Cikla ubah sikit ikut kesesuaian, sebab keluarga cikla tak ramai. Hehe).

1/2 ekor ayam.
1 labu bawang besar (potong bulat).
1 batang serai (di ketuk).
1 keping asam keping.
I batang kulit kayu manis.
1 kuntum bunga lawang.
Minyak masak, garam, gula dan perasa.

Kemudian, bahan kisar pulak:

1 sudu besar ketumbar.
2 sudu besar jintan putih.
2 sudu besar jintan manis.
1 inci halia.
1 inci kunyit hidup (tapi kalau takde kunyit hidup cikla pakai serbuk kunyit je. Tapi, warna kuningnya kurang sikitlah).
1 biji bawang besar.
2-3 ulas bawang putih.

Cara nak buat pulak:

Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, serai, kulit kayu manis dan bunga lawang sampai naik bau. Lepas tu, masukkan bahan kisar dan tumis lagi sampai bahan garing. Kemudian, masukkan ayam dan kacau rata. Setelah itu, masukkan air dan asam keping, kemudian tutup kuali dan masak sampai ayam empuk. Biarkan kuah sampai pekat. Tapi kalau korang nak kuah lebih tambah air.

Bila ayam dah empuk, masukkan garam, gula serta perasa dan kacau rata. Biarkan seketika dan boleh diangkat. Dan inilah hasilnya. Nyum nyumm, sedapppp.

Resepi ayam masak ungkep.
Resepi ayam masak ungkep.

Amboi, interprem nampak kau si kulit kayu manis. Haha. Look yummyyy kan? Makan dengan nasi panas ganding dengan telur dadar letak cabai banyak-banyak dan sup sayur memang mabeles. Aiseyyy lapar pulak. Selain tu, menu mudah ni tak pedas pun, so budak-budak boleh makan. 

Oklah korang, cuba jangan tak cuba. ❤❤❤

Beli baju anak, ada tips ke?

September 29, 2015 1 Comments
Beli baju anak, ada tips ke? | Assalamualaikum wbt. Aik, nak beli baju anak pun ada tips jugak ke? Ishhh, mestilah ada, lebih-lebih lagi baby. First time mummy mesti teruja nak beli baju anak, nak-nak pulak time raya. Kat pasaran sekarang macam-macam fesyen baju kanak-kanak. Kalau baby girl, lagilah banyak yang comel-comel. Sampai rambang mata nak pilih yang mana. Silap haribulan satu kedai diborongnya. Hehe...

Dulu masa anak pertama dulu memang excited. Pantang keluar mesti shopping baju untuk anak. Satu lemari kau limah. Hehe. Macam-macam fesyen ada. Nak gaun, ada. Nak seluar, pun ada. Ghairah punya pasallah tu. Tapi, bila dapat anak kedua, dah kurang sikit keghairahan tu sebab si adik boleh pakai baju kakak. Recycle balik bak kata orang putih. Jimat pun jimat kan.


Beli baju anak, ada tips ke?
Beli baju anak, ada tips ke? Sumber Google.


Beli baju anak, ada tips ke?


Oklah, berbalik kepada tajuk kita tu, ada beberapa tips yang boleh kita guna ketika membeli baju your sweetheart, iaitu:

Elak membeli baju dari bahan sintetik (nilon dan poliester) sebab bahan ni tak serap peluh. So, kalau kulit anak (terutamanya baby) kita jenis sensitif dan alergik, yang mana tak tahan akan menyebabkan ruam/alahan selain menimbulkan bau yang kurang enak. Bahan terbaik adalah dari fabrik kapas sebab lebih mesra bayi dan yang paling penting serap peluh.
Cari baju yang longgar untuk memudahkan anak mudah beraksi. Lagipun, kalau baju ketat sangat (atau ikut saiz badan) akan sebabkan luka/iritasi sebab bergesel pada kulit. Kulit bayi terutamanya masih nipis sebab tiada lapisan lemak macam orang dewasa.
Pilih baju yang senang nak ditanggal masa nak tukar pampers. Kalau boleh jangan pilih baju berbutang besar/zip di bahagian belakang  kerana ia akan menyakitkan badan baby. Baju dengan butang di depan amat membantu masa kita nak tukar pakaian anak.
Jangan pilih baju dengan berkolar keras/tebal sebab ia akan membuatkan kulit leher baby gatal. Lagipun, ia akan menyebabkan anak berpeluh berlebihan. Kalau jugak bolehlah, masa cuaca sejuk.
Elak pilih baju yang penuh dengan kerutan di bahagian dada sebab kalau ia terlalu sempit, kerutan ini akan menekan dada anak dan anak boleh sesak nafas. Kalau nak jugak, pilih baju dengan kerutan yang longgar di bahagian dada.
Pastikan pakaian yang mempunyai getah elastik (bahagian pinggang, lengan, paha dan pergelangan tangan) tak terlalu ketat sampai meninggalkan bekas dan menyakitkan anak. Jangan tak tau, keadaan ini boleh menganggu aliran darah anak tau.
Hindari pakaian dengan adanya aksesori yang sarat dengan butang, reben atau manik. Bukan apa takut anak akan menarik atau tertelan benda tu semua... terutamanya baby....

Haaa korang. Ni cikla nak bagitau gak ni, kalau korang beli pakaian baru seeloknya basuh dulu sebelum nak pakai S ebab ia dapat mengurangkan tahap kandungan toksik pada pakaian tersebut. Lagi satu kalau boleh jangan beli pakaian yang ada corak huruf yang dihasilkan dari bahan kimia phthalates dan cari bahan yang mempunyai eco-label.


Sumber Ruangan Untukmu Mama, majalah wanita. 


Alamak... ex-Bf/Gf satu office pulak!

September 29, 2015 4 Comments
Alamak... ex-Bf/Gf satu office pulak! | Assalamualaikum wbt... Wahhhhhhhh (Ha kau. Banyak panjang punya wahhhh yang keluar tu.. hehe). Tajuknya kemain lagi ye. Ishhhhh, pehal pulaklah cikla cerita pasal ex-bf/gf ni. Ok ok. Korang rileks la. Cikla saja nak up topic ni sebab cikla saja nak share tips apa kita nak buat bila ex-bf/gf satu office pulak. Amboi, isu sensitif ek. Janganlah begitu. Pengetahuan am ni, hehe.... Dah dah... jom kita tengok apakah tipsnya...

Alamak... ex-Bf/Gf satu office pulak!



  • Tetap profesional : Dengar ni. Korang jangan sesekali campuraduk hal kerja dengan personal. No no no. Memang sangat tak baik tau. Amalkan sikap profesional kita bila berhadapan dengan ex lebih-lebih lagi melibatkan soal kerja. Memanglah sakit hati dan sedih kan sebab clash, tapi jangan tunjukkan kita lemah depan dia. Be strong. Jangan rapuh sangat ok...
  • Jangan mengelak : Maksudnya disini kalau korang terserempak dengan dia, jangan mengelak. Buat u-turn, bila nampak dia. Buat macam biasa je, sebab kalau korang asyik mengelak dari dia walaupun kena berurusan pasal kerja, nampak sangat korang tu tak profesional dan nak tunjuklah tu korang terluka sangat sebab clash dengan dia. Padahal dia ok je, macam takde apa-apa pulak.
  • Jujur jawab pertanyaan orang : Kalau ada yang tanya pasal hubungan korang, jawab jujur ajelah yang korang dah clash. Tak perlulah nak berdolak-dalih and bersedih sangat depan rakan kerja yang lain sebab kadang-kadang mereka ni bukannya pandai simpan rahsia. Buatnya dia pi canang satu opis yang korang frust menoggeng sangat sebab clash dengan ex-bf/gf korang tu, kan dah jadi isu lain pulak. So, berpada-padalah dalam bercerita sebab kadang-kadang bukan semua benda kita boleh share dengan orang lain. Betul tak?

Alamak... ex-Bf/Gf satu office pulak,
Alamak... ex-Bf/Gf satu office pulak, 

Ermmmm, cikla faham akan sakitnya bila kita putus dengan orang yang kita sayang. Nak-nak hubungan yang kita jalinkan tu lama bertahun-tahun. Tapi, percayalah setiap perkara yang berlaku, pasti ada hikmah. Allah jualah yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Apa yang penting kita mesti redha, dan berdoa supaya Allah akan memberi kita pasangan yang lebih baik...❤❤❤


Sumber Ruangan Soal Hati (Majalah Wanita).

Letih dan lesu, tanda penyakit ke?

September 29, 2015 0 Comments
Letih dan lesu, tanda penyakit ke? | Assalamualaikum wbt. Pernah tak korang tetiba rasa macam letih je, lesu je. Tapi, takdelah buat kerja berat sangat. Kalau kita buat kerja berat, mestilah rasa letih kan. Tapi, ni tak. Kadang-kadang, takde buat apa pun rasa penat je. Psstt, korang jangan ambil ringan tau kalau alami gejala macam tu. Kadang-kadang itu adalah satu petanda yang diri kita ini 'bermasalah' dan berpenyakit. 

Letih dan lesu, tanda penyakit ke?
Letih dan lesu, tanda penyakit ke? Sumber Google.



Letih dan lesu, tanda penyakit ke?


Cikla ada baca satu artikel dalam Majalah Wanitayang sebenarnya gejala letih dan lesu ni disebabkan oleh penyakit tertentu. Antaranya:


  1. Anemia, ia disebabkan oleh kekurangan zat besi. Ia biasanya dialami oleh kaum wanita sebab wanita selalu alami haid yang banyak dan jugak wanita mengandung. Tanda penyakit ni adalah mudah rasa letih/lesu, selalu sakit kepala, muka pucat, dan jantung berdebar-debar. Kalau korang alami simptom sebegini, cepat-cepat pergi buat pemeriksaan darah untuk mengetahui kadar hemoglobin korang. Bahaya tau!
  2. Hipotiroid, disebabkan oleh kekurangan hormon tiroid dan ini akan sebabkan badan kurang metabolisme, cepat letih, sakit otot, berat badan naik, kulit kering dan tak tahan sejuk. So, si penghidap perlulah ambil zat besi dan rajin buat senaman ringan untuk tingkatkan kadar metabolisme.
  3. Diabetes, ni lagi satu penyakit popular rakyat Malaysia. Antara simptom adalah cepat haus, mudah lapar, selalu kencing dan berat badan turun mendadak.
  4. Tidur berdengkur, mungkin ini adalah tanda kita menghidap Obstructive Apnea Syndrom kerana ia disebabkan oleh saluran pernafasan tersumbat oleh udara semasa bernafas, so oksigen kurang diambil. Ini akan menyebabkan tidur tidak berkualiti, so kita akan merasa letih pada waktu siang.
  5. Penyakit Celiac, merupakan penyakit saluran penghadaman, esp usus kecil. Gejalanya adalah seperti cepat letih, perut kembung, cirit-birit, muntah dan berat badan turun.
  6. Chronic Fatigue Syndrom, simptom adalah seperti lesu, sakit pada otot, gangguan memori dan konsentrasi dan isomnia. Selain itu, ia juga boleh disebabkan jangkitan virus, sistem imun terganggu dan gangguan psikologi.
  7. Kemurungan, ia merupakan gejala rasa sedih, give up, hilang minat nak melakukan apa-apa aktiviti, letih, tidur terganggu dan mempunyai fikiran untuk cederakan diri sendiri. Wah, bahaya ni, sampai nak cederakan diri pulak kan.

Ermmm, semoga info ini akan memberi sedikit ilmu dan pengetahuan kepada kita. Bukan apa, kadang-kadang perkara macam ni kita kena amik tau jugak kan... ❤❤❤

28 September 2015

Uishhh, takutlah nak mengandung lagi.

September 28, 2015 4 Comments
Uishhh, takutlah nak mengandung lagi. | Assalamualaikum wbt. Kalaulah cikla yang cakap macam tajuk kat atas tu, memang nak kenalah kan. Takutlah konon. Takut-takutlah sangat, dah tiga pun anak ko cikla. Haha. Memang tak dinafikan ada sesetengah wanita yang rasa fobia, takut dan trauma bila tahu dirinya mengandung lagi.

Macam cikla dulu, masa melahirkan anak pertama memanglah tak boleh nak lupa. First time merasa sakit kontraksi, rasa macam nak putus urat pinggang time tu. Lepas tu, bila cikla tau diri cikla mengandung lagi untuk kali kedua, memang macam-macam perasaan datang. Takut, berdebar-debarlah. Terbayang-bayang saat-saat masa melahirkan yang pertama. Mujurlah suami dan keluarga banyak bagi dorongan dan nasihat. Lega sikit hati. Haa... kau... sekarang 3 dah pun. Hehe...


Uishhh, takutlah nak mengandung lagi. Image from Google.

Setiap wanita mempunyai pengalaman bersalin yang berbeza-beza. Ada yang senang dan ada pulak yang susah. Rasanya, sebab pengalaman sebeginilah menjadikan wanita trauma untuk mengandung lagi. Begitu jugak wanita yang mengalami keguguran. Segala macam rasa bercampur baur kan?

Untuk pengetahuan korang, terdapat beberapa cara untuk mengatasi perasaan takut ni. Lagipun, siapa yang tak nak bagi zuriat untuk suami tercinta kan. Itulah anugerah terindah dalam perkahwinan dan semua orang akan ternanti-nantikan permata hati apabila mendirikan rumahtangga. Bak kata orang, tanda cinta kita. Cewaahhh.... Oklah, apa yang kita boleh buat adalah....

Uishhh, takutlah nak mengandung lagi.


  • Sibukkan diri dengan aktiviti harian, sebab kita akan kurang memikirkan tentang perkara yang tidak-tidak.....
  • Fahami apa yang terjadi ke atas diri. Wanita yang pertama kali mengalaminya (keguguran) haruslah sentiasa redha dan terima dengan hati yang terbuka. Semuanya sudah ketentuan Allah SWT.
  • Kumpul maklumat. Cari seberapa banyak info tak kira dari doktor atau search di internet (pembacaan).
  • Buat senaman ringkas. Kerana ia akan membantu kita berfikir dengan lebih jelas dan gunakan masa untuk belajar menyayangi baby baru sekaligus membantu menguatkan ikatan antara ibu dan baby.
  • Luahkan rasa bimbang. Kongsi apa yang dirasakan dengan orang sekeliling terutama suami dan keluarga rapat. So, mereka boleh memberi sokongan dan kata semangat pada kita.
  • Kerap mendapatkan nasihat doktor. Selalu berhubung dengan doktor untuk mengetahui perkembangan baby dan rasa risau atau khuatir pasti berkurangan.

So, kepada wanita diluar sama janganlah takut untuk mengandung lagi ye. Memanglah bila mengenangkan saat-saat getir kita bertarung di dewan bersalin kerana melahirkan anak tersayang membuatkan kita rasa trauma, nak-nak pulak pengalaman pertama tapi jangan kita lupa pulak betapa indahnya bila pertama kali melihat wajah anak yang kita kandung 9 bulan 10 hari. Sesungguhnya itulah kenangan terindah kerana pengalaman melahirkan setiap anak berbeza-beza.

Jangan takut-takut lagi tau...... ❤❤


Sumber dari catatan kehamilan, majalah wanita.

Segmen Blogwalking Ceria Bersama Anizz Annisa.

September 28, 2015 21 Comments
Assalamualaikum wbt....


http://adnan-daughter.blogspot.my/2015/09/segmen-blogwalking-ceria-bersama-anizz.html
Klik banner untuk join.


Segmen Blogwalking Ceria Bersama Anizz Annisa. | Syarat-syarat : 

1) Follow blog Anizz Annisa.

2) buat tajuk " Segmen Blogwalking Ceria Bersama Anizz Annisa "

3) copy banner dan baclink ke entry ini.. dah siap copy banner, tinggalkan url blog korang di entry ini sahaja.. letak link dekat tempat lain tak dilayan taw..

4) Nyatakan nama korang dan jenis blog anda contohnya blog anis adalah blog personal..

"Nama saya CIKLA SHAHRIL. Blog Cikla adalah BLOG PERSONAL, INFOTIPS DAN REVIEW.."

Oklah korang, jom join sesama.... Tarikh berlangsungnya segmen.... Sampai 30 September 2015. Tak lama lagi tu... Jom jom jom.... Sekian dulu, wassalam.....


-TAMAT SUDAH-


Santai-santai di pantai Morib.

September 28, 2015 2 Comments
Santai-santai di pantai Morib. | Assalamualaikum wbt. Sebenarnya ni semalam punya cerita. Harap tak basi lagilah kan. Semalam lepas cikla and family pergi kenduri kahwin kenalan kami, kami singgah jap ke pantai Morib. 

Kata encik suami, kat Morib ada karnival, so macam excited lak nak pergi sana. Kalau tak beli pun, jalan-jalan cuci mata sat. Sampai sana, ramai jugak orang yang datang, walaupun keadaan di Banting masih lagi jerebu. Walaupun hampir 6 tahun cikla bermastautin di Banting ini, memang jarang sesangat pergi pantai ni. Entahlah, dah encik suami tak nak bawak, nak buat macam mana kan?

Santai-santai di pantai Morib.


Santai-santai di pantai Morib.
Santai-santai di pantai Morib.


Masa sampai air belum pasang lagi, baru nak pasang. So, lepas jalan-jalan kat karnival tu, kami lepak-lepak jap kat tepi pantai tu sambil tengok dua beradik tu (kakak uci dan onye) main belon. Ramai jugak orang lepak kat sini...


Santai-santai di pantai Morib.
Santai-santai di pantai Morib.


Untuk pengetahuan korang, pantai Morib ni memang popular jugaklah di kalangan orang-orang yang gemar menghabiskan masa santai mereka di pantai. Kalau orang cakap pasal pantai Morib, mesti orang tau. Banyak kedai-kedai makan yang ada di sini di samping gerai-gerai yang menjual cenderahati untuk pengunjung.


Santai-santai di pantai Morib.
Santai-santai di pantai Morib.



Korang yang belum pernah sampai sini mailah datang. Kalau nak bermalam ada jugak homestay dan hotel disediakan berdekatan dengan pantai ni. 

Sorrylah... cikla tak dapat nak snap gambar banyak sangat, pepaham je lah.... ❤❤❤


Nak info lagi? Klik sini

27 September 2015

Alamak... muka dah ada kedutlah!

September 27, 2015 5 Comments
Alamak... muka dah ada kedutlah! | Assamualaikum wbt. Amboi... tajuk kemain lagi ye. Tapi, memang tak dinafikan memang dah ada kedutan halus di wajah. No wonder lah, macam cikla umur dah 33 tahun dah. Haruslah ada kedutan sikit kot. Hehe. Kalau korang nak tau kedutan halus ni biasanya appear di bahagian mata, dahi dan sekitar mulut. Bukannya tak bersyukur dan banyak bunyik (bak kata orang sekarang), tapi tak salah kan kalau kita cuba untuk menghindarkan diri dari cik kedut ni. Hehe.

Jangan tak tau, sebenarnya ada banyak cara tradisional yang kita boleh gunapakai untuk kurangkan kedutan ni. Tak semestinya kena pergi pusat-pusat kecantikan, operate sana sini semata-mata nak hilangkan kedutan semua ni. Haaa, inilah yang cikla nak kongsikan. Cara alami yang boleh kita guna. 

Alamak... muka dah ada kedutlah!


Alamak... muka dah ada kedutlah!
Alamak... muka dah ada kedutlah! Sumber Google.


Dengan menggunakan buih putih telur juga boleh membantu mengurangkan kedutan. Caranya adalah dengan mengasingkan bahagian kuning dan putih telur ayam. Ambil buih-buih pada putih telur  dan sapukan pada muka sebelum tidur. Biarkan semalaman, esok baru basuh dengan air sejuk. Buat daily. In shaa Allah, kedutan akan kurang dan garis halus jugak. Kedua, ini penting sangat sebenarnya, iaitu tidur dan rehat yang cukup, sebab masa tidurlah badan dan minda kita pun rehat sama. So, ini the best time untuk ganti sel kulit baru. Bukan itu je, muka dan badan kita pun segar sama dan bertenaga.

Selain itu, lagi satu yang bagus adalah teh hijau. Minum teh hijau setiap hari dan uncangnya pulak tekapkan pada bahagian mata. Biarkan selama 15-20 minit. Kemudian, bilas bersih. Jangan tak tau, uncang teh hijau jugak dapat hilangkan lingkaran gelap di bawah mata. Cubalah. Kalau korang suka makan sayuran dan buahan pun ok jugak sebab mereka Memang kaya dengan vitamin E. Vitamin E penting menjadikan kulit kita sihat dan ia merupakan rahsia awet muda sebab ia melambatkan penuaan dan kulit kita akan jadi cantik semulajadi.

Haaa... yang ni pun penting jugak. Minum air putih 2 Liter sehari nak-nak pulak ketika cuaca panas, sebab air akan menjadikan kulit kita sentiasa lembap dan sihat. Air juga dapat menyingkirkan toksin dalam badan. Kalau korang rajin buat masker homemade, boleh try fruit masker, contohnya lenyek buah betik dan sapukan pada muka. Biarkan dalam 20 minit kemudian bilas bersih. Guna buah lain, contohnya buah strawberry pun boleh, sama je cara dengan buah betik tadi. Ia akan menjadikan kulit kita segar dan yang penting ia murah dan berkesan.

Akhir sekali, pakai pelembap untuk kekalkan kelembapan kulit. Maklumlah, dengan cuaca di Malaysia ini yang panas dan kulit yang sering  terdedah kepada econ, so kulit akan jadi kering....

Senang je kan... jom kita cuba sesama nak... yang takde kedut lagi boleh cuba jugak, sebagai persediaan.. haha... ❤❤❤


Sumber majalahwanita. 

26 September 2015

Daging masak kicap hitam manis.

September 26, 2015 6 Comments
Daging masak kicap hitam manis. | Assalamualaikum wbt. Hai korang, dah lunch ke? Cikla baru siap masak ni. Hari ni menu cikla simple je. Sambal telur dengan daging masak kicap hitam manis. Biasalah kan, time raya kurban ni, mesti dapat daging korban kan? Kalau korang dah blur nak masak apa, meh try resepi ringkas cikla ni....

Oklah, jom tengok bahan-bahannya dulu.

Daging masak kicap hitam manis.


Bahan-bahan:

1 kilo daging dipotong kecil.
1/2 biji bawang besar (hiris).
3 ulas bawang putih (hiris).
1/2 inci halia tua (hiris).
1 biji bawang kuning sederhana besar (potong bulat).
2-3 biji cili merah/hijau (potong memanjang).

Lepas tu, bahan menumis pulak adalah:

1 sudu kecil serbuk jintan manis.
1 sudu kecil serbuk jintan putih.
1-2 sudu kecil serbuk lada hitam. (Kalau suka pedas boleh lebihkan).
1 batang kulit kayu manis.
1 kuntum bunga lawang.
1/2 cawan kecil kicap manis.
1 sudu besar sos tiram.
Sedikit minyak, garam, gula dan perasa.

Sekarang, macam mana nak buat pulak....

Rebus daging sampai empuk. Kemudian angkat nak ketepikan. Air rebusan daging jangan buang. Panaskan minyak dan tumis bahan hirisan bersama kulit kayu manis dan bunga lawang sampai kekuningan. Kemudian, masukkan serbuk jintan manis, jintan putih dan lada hitam. Tumis sebentar sampai naik bau.

Setelah itu, masukkan kicap manis dan sos tiram, kacau sebati. Kemudian masukkan daging, bawang kuning yang dipotong bulat dan cili merah dan sedikit air rebusan daging. Jangan banyak sangat letak air, nanti cair tak sedap. Biar pekat sikit. Biarkan kuah menggelegak. Selepas itu masukkan garam, gula dan perasa. Kacau sebati, biarkan sekejap dan bolehlah diangkat.

Macam mana? Senang je kan? Ehh, lupa pulak nak tunjuk gambarnya. Inilah hasilnya. 

Daging masak kicap hitam manis.
Daging masak kicap hitam manis.

Selamat mencuba..... ❤❤

25 September 2015

Tragedi rempuhan di Mina.

September 25, 2015 0 Comments
Tragedi rempuhan di Mina. | Assalamualaikum wbt.... Sebelum ni kita dikejutkan dengan tragedi kejadian kren tumbang di Mekah. (Baca entri sini). Semalam kita dikhabarkan pula dengan tragedi rempuhan di Mina.

Subahanallah... Allahuakbar....

Dikatakan seramai lebih dari 717 orang jemaah yang terkorban dan kira-kira 850 orang cedera. Tapi, syukurlah tiada jemaah dari Malaysia yang terlibat. Walaubagaimanapun, berita menyedihkan ni memang mengejutkan ramai pihak. Tragedi dikatakan berlaku disebabkan oleh jemaah yang berebut-rebut mengerjakan ibadat melontar pada waktu duha.

Tragedi rempuhan di Mina.


Tragedi rempuhan di Mina.


Begitu banyak tragedi yang menimpa jemaah kita... Semoga Allah memudahkan urusan jemaah kita dan dapat menyempurnakan haji mereka dengan jayanya.... Amin....


Sumber Harian Metro.

24 September 2015

Segmen Klik Iklan Bersama Encik Kidal.

September 24, 2015 4 Comments
Assalamualaikum wbt....

Segmen Klik Iklan Bersama Encik Kidal. | Hai semua... Jom kita join blog Encik Kidal ni.. (Wah... Genglah kita, Cikla pun kidal jugak.... Hehe)...  Menurut si penganjur, tujuan utama segmen ini adalah untuk blogger yang ada iklan tapi tak ada org klik*mcm zahir jugak so segmen ni membantu dari sudut yang korang boleh fikir sendiri. Dah dah, jangan cakap banyak lagi. Nak join klik je kat banner comel kat bawah tu...




http://perantaumasa96.blogspot.my/2015/09/segmen-klik-iklan-bersama-encik-kidal_25.html



Join tau korang... Oklah, sekian dulu.... Wassalam....

-TAMAT SUDAH-

23 September 2015

Salam Aidiladha semua.....

September 23, 2015 6 Comments
Salam Aidiladha semua..... | Assalamualaikum wbt.... Wah... esok kita dah nak raya la. Kejap je masa berjalan kan. Rasa macam baru je sambut raya Aidilfitri, dah raya Aidiladha pulak menyusul. Baru-baru ni ada jugak cikla dengar dj radio pasang lagu raya... hehe... maybe dj tu nak kita rasa kemeriahan kita sambut raya aidiladha macam kita sambut raya puasa.....

Salam Aidiladha semua.....


Salam Aidiladha semua.....
Salam Aidiladha semua.....

Jom kita review sikit sejarah Hari raya Aidiladha ni...

"Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik."

Cikla nak ucapkan Selamat menyambut Hari raya Aidiladha. Semoga Hari raya ini memberi kita kesedaran dan keinsafan kerana menghargai pengorbanan Nabi Ibrahim as bersama putera baginda, Nabi Ismail as. Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan rahmatNya... Amin...





Sumber klik sini Image dari Internet. 

Elak alergik, jom makan ni!

September 23, 2015 0 Comments
Assalamualaikum wbt....

Elak alergik, jom makan ni! | Alahan oh alahan.... Mungkin semua tahun selalunya alahan ni terbahagi sama ada kita alah kepada habuk atau debu... Mana taknya, setiap kali kemas rumah, nak-nak pulak kita memyapu habuk, memanglah bersin tak ingat punya. Tapi, kalau guna vakum, kurang sikit kot bersinnya (macam cikla). Lepas tu, ada pulak yang alah kepada seafood macam udang, kerang dan ketam (wah, semua feveret Cikla tu).. Kalau seafood lagi lah Cikla alah, nak-nak makan udang... Terus bibir gatal-gatal dan bengkak... Adoiiii.... Memang sadis.... Ini semua adalah reaction terhadap bendasing yang masuk ke dalam badan kita......

Haaaa, inilah yang Cikla nak kongsikan.. Apakah makanan yang boleh kita Ambil untuk elakkan alahan dari menyerang... Kira protection lah ni... Makanan itu adalah:

(1) Epal.

Elak alergik, jom makan ni!
Elak alergik, jom makan ni! Sumber Google.

Epal dipercayai mengandungi quercetin yang mana mampu mencegah pelepasan histamin (penyebab alergik) dari sel badan sekaligus menstabilkan bahan itu.

(2) Nangka.

Elak alergik, jom makan ni!
Elak alergik, jom makan ni! Sumber Google.

Buah ini kaya dengan kandungan air dan ia dipercayai dapat menghilsngkan semua racun yang disebabkan oleh alergik. Selain itu, ia kaya dengan vitamin C untuk meningkatkan kekebalan badan.

(3) Kunyit.

Elak alergik, jom makan ni!
Elak alergik, jom makan ni! Sumber Google.

Ia memiliki sifat anti inflamasi dan anti alergik sebab kaya dengan zat kurkumin. Campurkan sesudu teh kunyit dengan susu panas, dapat mencegah masalah alergik. Amalkan sekurang-kurangnya dua Kali sehari.

(4) Lemon.


Elak alergik, jom makan ni! Sumber Google.

Buah ini terkenal sebagai penawar alergik sebab kandungan vitamin C yang tinggi di dalamnya. Ia juga membantu meningkatkan kekebalan badan dan mencegah tindakbalas alergik. Selain itu, buah ini mengandungi antioksida yang membantu menyingkirkan racun serta bahan yang tak diperlukan keluar dari badan. Hanya amalkan minum 1-2 gelas jus lemon setiap pagi untuk cegah alergik.

(5) Teh hijau.

Elak alergik, jom makan ni!
Elak alergik, jom makan ni! Sumber Google.

Teh hijau mengandungi bahan antioksida iaitu epigallocatechin gallate yang dipercayai dapat mencegah tindakbalas alergik dalam badan. Minum 2 cawan teh hijau bersama lemon dapat menghindar dari masalah alergik.

(6) Bawang putih.

Elak alergik, jom makan ni!
Elak alergik, jom makan ni! Sumber Google.

Ia mampu meningkatkan sistem kekebalan badan dan melawan masalah peradangan. Selain itu, bawang putih terkenal sebagai antibiotik untuk alergik dan mencegahnya. Ambil 3 ulas bawang putih  setiap hari mampu meng elakkan alergik bermusim. 

(7) Halia.

Elak alergik, jom makan ni!
Elak alergik, jom makan ni! Sumber Google.

Halia terkenal sebagai makanan untuk membuang angin, malah ia juga dipercayai dapat mengatasi masalah alergik sebab ia mengandungi bahan antioksida yang dapat membantu mereka yang menderita penyakit asma. Minum secawan air Halia hangat dapat mencegah kita Dari masalah alergik. 

Sebenarnya bahan-bahan yang ada di dalam dapur kita tu banyak manfaatnya selain kita gunakan untuk dalam masakan. Tak salah kita nak cuba kan, masalah tau berkesan daripada kita terseksa menanggung derita akibat alergik.  

Semoga bermanfaat. 


Sumber  dari Majalah Wanita. 


22 September 2015

1st GiveAway by Ciktaman.

September 22, 2015 0 Comments
Assalamualaikum dan hai :)

1st GiveAway by Ciktaman. | Sepanjang bulan September ni, cktmn nak buat satu segmen untuk korang semua..

1st GiveAway by Ciktaman




Ok syarat penyertaan senang je!


1. Mesti follow @ like
* Blog - ciktaman + nuff click 
* Instagram - ctctraudhah | molekgilo

2. Buat satu entri [copy coding yang diberi] dan komen
pasal blog ciktaman tak lebih 15 patah perkataan..

3. Tinggalkan URL entry korang pada post ini sahaja. *link pada chatbox tak dikira

4. Tempoh GA adalah bermula 1 September sehingga 30 September 2015''

** Untuk lihat senarai peserta kat SINI
*** Untuk lihat senarai hadiah kat SINI
***Pemenang akan dipilih sepenuhnya daripada cktmn


Untuk memenuhi syarat ke2, Cikla nak koman sikit blog cik Taman kita ni.... 
"Blog awak comel, cepat loading dan menarik..." (7 patah perkataan)...

Oklah, korang pun join la sama.... Sekian dulu, wassalam.....

-TAMAT SUDAH-








--------------------------------------------------------------------------------------------------

21 September 2015

Sup cendawan bertelur.

September 21, 2015 2 Comments
Sup cendawan bertelur. | Assalamualaikum wbt. Wah wah, cikla nak kongsi resepi lagi ni. Resepi cendawan lagi. Kali ni sup pulak. Mesti ramai yang dah tau resepi ni kan? Tapi, takpelah, cikla nak share jugak. Resepi yang cikla share ni semestinya ringkas dan sedap. 

Sup cendawan bertelur.


Sup cendawan bertelur.
Sup cendawan bertelur.

Sebelum tu, jom kita tengok bahan-bahannya.

1 peket (250gm) cendawan tiram.
1/2 biji bawang merah dihiris.
1 ulas bawang putih dihiris.
1 sudu kecil serbuk lada hitam.
1 biji telur.
Minyak, garam, gula dan perasa.

Cara-caranya pulak; 

Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan yang dihiris sampai kekuningan. Kemudian masukkan telur, kacau sampai garing. Selepas itu, masukkan air dan biarkan kuah menggelegak. Masukkan juga garam, gula, serbuk lada hitam dan perasa dan biarkan sekejap. Setelah itu, masukkan cendawan dan biarkan sampai cendawan layu dan bolehlah diangkat. 

Macam mana, memang senang sesangat kan? Cubalah, sedap. Makan dengan telur dadar memang terangkatlah. Selamat mencuba.... 

Adik Ammar dah setahun dah!

September 21, 2015 2 Comments
Adik Ammar dah setahun dah! | Assalamualaikum wbt... Wah, hari ni genap setahun usia anak bujang cikla, Ahmad Ammar Rizqie. Setahun sudah berlalu, memori muncul kembali, haha... nyanyi pulak...

Nak cerita kenangan dan pengalaman cikla masa melahirkan ammar memang panjanglah... (kekonon je) tapi memang kenangan tak boleh dilupakanlah. Berkampung di hospital hampir sebulan (3 minggu) selepas melahirkan ammar memang cikla tak boleh lupa. Nak-nak pulak first time stay kat hospital, haha... klik sini untuk baca cerita selanjutnya...

Rasanya macam semalam je cikla tengok ammar dalam nicu dengan wayar kat hidung, hampir seminggu ammar berjauhan dari cikla, sebab ammar ada masalah pernafasan. Tapi, sekarang syukur alhamdullilah, ammar membesar dengan sihat cuma kena pantau dari segi pernafasan dia. Sekarang ni pun ammar kurang sihat sikit sebab batuk dan selsema.....


Adik Ammar dah setahun dah!

"Selamat hari lahir adik ahmad ammar rizqie. Semoga adik membesar dengan sihat dan jangan nakal-nakal tau. Dengar cakap ibu ayah, jangan gaduh-gaduh dengan kakak ye. Ibu sayang adik, dan kakak jugak. Semoga sentiasa berada dibawah rahmatNya. Muahhhh...."

❤❤❤

19 September 2015

Kanak-kanak maut tertusuk besi pemijak motor.

September 19, 2015 10 Comments
Kanak-kanak maut tertusuk besi pemijak motor. | Assalamualaikum wbt... Innallillah... memang orang cakap malang tak berbau. Tapi, semuanya sudah kehendak Allah. Tadi masa cikla belek-belek surat khabar hari ni, mata tetiba tertumpu kepada tajuk yang sungguh menyayat hati. Kanak-kanak maut tertusuk besi pemijak motor...


Kanak-kanak maut tertusuk besi pemijak motor.
Kanak-kanak maut tertusuk besi pemijak motor. Sumber Harian Metro.


Usia kanak-kanak malang itu berusia 2 tahun. Allahuakbar... bila cikla baca berita ni teringat yang anak cikla pun lebih kurang sebaya dengan mangsa, 3 tahun dan 5 tahun. Anak-anak cikla jugak suka panjat-panjat motor.... Sebelum tu cikla nak cerita sikit kisah ni...

".....Kejadian berlaku di Felda Pasir Besar Peringkat 3, Gemas, N9, yang mana pada kira-kira pukul 11.20 pagi, mangsa adik Mohammad Aidil Aqasha, 2 bersama abangnya dikatakan bermain-main di motor milik datuk mereka di depan rumah. Motor tersebut dipercayai tumbang dan menghempap mangsa menyebabkan besi pemijak motor itu tertusuk di kepala mangsa. Mangsa gagal diselamatkan dan meninggal dunia di tempat kejadian. Menurut pasukan penyelamat, kejadian berlaku bila besi pemijak bahagian kiri motor yang takde pelapik getah tertusuk di bahagian kiri kepala mangsa. Mangsa alami pendarahan teruk di kepala manakala abang mangsa patah tangan kiri....."

MasyaAllah, sedihnya. Pada pendapat cikla, kita tak boleh nak salahkan anak kita 100% sebab ibubapa perlu sentiasa memantau anak mereka. Nanti ada pulak yang cakap, tak kan mak bapak nak duduk je depan anak 24 jam, ada jugak kerja nak dibuat.. ye, memang betul tu. Tapi, sebagai ibubapa kita kena terapkan anak-anak supaya sentiasa menjaga diri dan ingatkan mereka perkara-perkara yang boleh mendatangkan bahaya.....

Kanak-kanak umur sebegini memanglah aktif dan sentiasa perlu diperhatikan. Anak cikla, adik ammar yang baru nak masuk 1 tahun ni pun, dah ligat yang amat.... panjat memanjat takde hal punya. Selamba dia je.... Risau jugak kalaulah jatuh. Ada sekali tu, dia panjat tangga sikit lagi nak sampai atas. Berderau darah tengok. Kalaulah jatuh..... Hishhhhh.....

Cikla harap cerita ni akan bagi pengajaran dan ikhtibar pada ibubapa di luar sana dan diri cikla dan suami supaya lebih berhati-hati dan alert dengan "kelasakan" anak-anak kita. Bak kata pepatah, cegah sebelum kena.

Al fatihah untuk mangsa dan salam takziah untuk keluarga mangsa. Semoga tabah menghadapi ujian ini... 

18 September 2015

Resepi masak kicap telur.

September 18, 2015 10 Comments
Resepi masak kicap telur. | Assalamualaikum wbt. Hai semua. Cikla nak kongsi resepi lagi. Kali ni resepi berasaskan telur pulak. Ringkas dan sedap. Sebelum itu, kita semua tau kan telur adalah salah satu sumber protein yang utama untuk tubuh kita. Ada orang cakap telur tinggi kolesterol, tapi cikla rasa apa yang penting kita ambik telur seimbang dengan menu lain, terutamanya sayuran dalam diet harian kita. Betul tak?

Resepi masak kicap telur.


Resepi masak kicap telur.
Resepi masak kicap telur.

Jomlah kita tengok apakah bahan-bahan yang diperlukan.....

Bahan-bahan:

5 biji telur ayam.
1/2 biji bawang merah (dihiris).
1 ulas bawang putih (dihiris).
1/2 inci halia (dihiris).
1/2 biji bawang holland (potong bulat).
2 biji cili merah (potong memanjang).
1 kuntum bunga lawang.
1 batang kulit kayu manis.
1 sudu kecil serbuk jintan manis.
1 sudu kecil serbuk jintan putih. 
1 sudu kecil serbuk lada hitam.
6 sudu besar kicap kipas udang. (Ikut kepekatan kuahnya).
2 sudu besar sos tiram.
Sedikit air asam jawa
Minyak, garam, gula dan perasa. 

Cara nak buatnya pulak:

Rebus telur ayam, kemudian kupas kulitnya dan goreng sehingga kekuningan. Angkat telur dan ketepikan. Selepas itu, tumis bahan yang dihiris bersama bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga naik bau. Masukkan serbuk jintan putih, jintan manis dan lada hitam dan tumis sekejap. Setelah itu, masukkan kicap manis dan sos tiram dan kacau sampai bahan-bahan jadi pekat. 

Kemudian, setelah pekat masukkan telur, bawang holland, cili merah dan air asam jawa. Kacau seketika. Kalau kuah pekat sangat, tambah air. Biarkan menggelegak, lepas tu tambah garam, gula dan perasa. Kacau lagi, dan siap. 

Sedap tau, lagipun budak-budak boleh makan sebab tak pedas sangat. Selamat mencuba. 

17 September 2015

Cara cegah kehamilan.

September 17, 2015 4 Comments
Cara cegah kehamilan. | Assalamualaikum wbt. Haaa, korang. Cikla nak tanya ni. Kalau korang yang dah pernah melahirkan baby mesti pernah kena tanya dengan cik misi kan nak amik pil perancang ke tak? Kalau macam cikla since anak first sampailah dah tiga, misi masih tanya. Tapi, cikla tak amik apa-apa pil perancang pun, pasal encik suami tak bagi amik. Dia nak suruh bininya ni tambah zuriat lagi kot. Hehe. Tiga mana cukup katanya.

Ada kajian mengatakan 60% dari kehamilan adalah tak dirancang. Sebenarnya, ada banyak cara macam mana kita nak mencegah kehamilan atau menjarakkan kehamilan. Bukan kita nak menolak 'rezeki' tapi ada sesetengah orang tu anak belum setahun lagi dah mengandung lagi.

Lagipun, ini untuk kebaikan kita jugak, orang cakap sekali kita bersalin, 3 urat kita akan putus. So, biarlah badan kita betul-betul pulih sebelum kita bersedia untuk mengandung lagi. Bukan senang ooo nak mengandung dan melahirkan ni. Menghadapi detik-detik 9 bulan dan saat melahirkan, rasanya kaum suami tak sanggup kot. Syabasss ibu-ibu sekalian.

Oklah, berbalik pada topik kita, ada 9 cara yang disyorkan untuk mencegah kehamilan, iaitu:

Cara cegah kehamilan.


(1) Pil kontraseptif.

Cara cegah kehamilan.
Cara cegah kehamilan. Sumber Google.

Ia merupakan langkah pertama kalau seseorang wanita itu nak cegah kehamilan. Pil ini ada dua jenis sama ada mengandungi hormon estrogen dan progestin atau mengandungi hanya hormon progestin.

(2) Suntikan progestin dan progesteron.

Bagi wanita yang pilih kaedah ini, anggara. 0.3% akan alami kehamilan tak dirancang dalam tahun pertama. Ia merupakan suntikan Depo Provera yang mana mengandungi hormon yang hampir serupa dengan progesteron.

(3) Implan 'norplant'.

Cara cegah kehamilan. Sumber Google.
Cara cegah kehamilan. Sumber Google.

Ia adalah hormon progestin sintetik yang terdiri dari 6 kapsul kecil yang fleksibel yang ditanam di bawah kulit lengan bahagian atas. Boleh mencegah kehamilan secara berkesan selama 5 tahun kerana anggaran kehamilan hanya 0.1% dalam tahun pertama.

(4) Alat intrauterin (IUD).

Cara cegah kehamilan. Sumber Google.
Cara cegah kehamilan. Sumber Google.

Alat berbentuk T yang dimasukkan ke dalam uterus oleh doctor. Merupakan alat yang fleksibel yang terbahagi kepada 2 jenis, iaitu Paragrad Copper T 380A yang melindungi terhadap kehamilan selama 10 tahun. Wahhhh... Lama tu... Dan lagi satu jenis Progestasert Progesterone T yang perlu diganti setiap tahun. Anggaran kehamilan tak dirancang adalah 3-5% dalam tahun pertama.

(5) Span (sponge).

Ia mengeluarkan gel spermisida yang bertindak menghalang serta membunuh sperma. Ia juga akan  merencatkan pergerakan sperma sebelum sampai ke serviks dan masuk ke uterus. Ia boleh dimasukkan beberapa jam sebelum melakukan hubungan dan boleh dibiarkan selama 12 jam selepas itu.

(6) Diaphragm.

Cara cegah kehamilan. Sumber Google.
Cara cegah kehamilan. Sumber Google.

Saiznya boleh diubah oleh doktor sesuai dengan wanita yang mana bertindak menghalang sperma masuk ke uterus. Spermisida digunakan bersamanya untuk membunuh sperma. Ia boleh dibiarkan selama 6 jam dan anggaran 6% kehamilan berlaku jika digunakan dengan konsisten dan betul.

(7) Penghalang serviks.

Rupanya macam diaphragm dan ia boleh cegah kehamilan bagi tempoh 48 jam dan dalam tempoh ini akitiviti seks boleh berulang. Anggaran 9% kehamilan akan berlaku kalau digunakan secara konsisten    dan betul.

(8) Spermisida vagina.

Ia dalam bentuk krim, aerosol atau tablet. Mengandungi bahan kimia yang mampu membunuh dan merencatkan pergerakan sperma serta kurangkan keupayaan sperma bersenyawa dengan telur. Tapi, ia     diragui kerana kurang berkesan sebab % kegagalannya agak tinggi. So, ia mesti digunakan secara kombinasi dengan cara kontraseptif lain.

(9) Natural ways.

Ini paling senang, sebab pasangan hanya pastikan tempoh subur seseorang wanita itu. Ia menganggarkan perubahan membrane mucus serviks dan suhu badan.

Semoga ini akan memberi kita sedikit info macam mana nak jarakkan kehamilan lebih-lebih lagi pada wanita yang masih trauma dengan kelahiran yang lepas. Tapi, kalau Allah dah bagi rezeki tu, syukur alhamdullilah....

Anak kan rezeki... Betul tak? ❤❤❤


Sumber Dari Majalah wanita.

16 September 2015

Giveaway : BB Cream (Nurrul's Beauty) by RianaLittleCuties.

September 16, 2015 9 Comments
Assalamualaikum wbt.....

Giveaway : BB Cream (Nurrul's Beauty) by RianaLittleCuties. | Cepat-cepat, masa dah nak tamat ni.... Korang nak join sempat lagi ni... Jom klik banner reramai... Ok.... Moh kita....


http://rianalittlecuties.blogspot.my/2015/09/giveaway-bb-cream-nurruls-beauty-by.html


Syarat-syarat DOREMI.... Haha  ;)

1- Anda mestilah blogger dari Malaysia.
2- Follow  di Google Friend Connecter Riana Little Cuties
3- Follow G+ . RianaLittleCuties
4- Follow IG  @norhafizahalwi
5- Buat Entry bertajuk "Giveaway: BB Cream (Nurrul's Beauty) by RianaLittleCuties"
6- Copy n paste gamba dlm entry nie...dan backlink ke entry ini...
7- Lepas dah buat tu...tinggalkan url anda di komen entry ini ;)
8- Syarat kepada pemenang nanti bagi feedback lepas guna BB Cream itu ;) (x kesahlah feedback di blog ke atau di Whatapps ke atau di Email penganjur ke...terpulang....feel free)


Syaratnya pun senang je kan? Harap ada rezeki... Amin... Join tau. Oklah, sekian dulu... Wassalam....

-TAMAT SUDAH-

Tudung Aidijuma Giveaway by Anies.

September 16, 2015 8 Comments
Assalamualaikum wbt...

Tudung Aidijuma Giveaway by Anies. | Wah.. Macam best je tudung adijuma ni. Macam nak try je... Hope ada rezeki Cikla nanti... Korang kalau nak join, klik je kat banner tau...


http://aniesandyou.blogspot.my/2015/09/tudung-aidijuma-giveaway-by-anies.html



Sejujurnya, Cikla takdelah pengalaman pakai tudung adijuma ni... Kalau tudung bawal crepe tu, Cikla baru berjinak-jinak nak pakai. Itu pun tengok adik Cikla pakai.... Ermmm....best jugak... Sebelum ni Cikla suka pakai tudung yang sarung terus tu je. Tudung yang ala-ala tudung fareed a tu... (Nak beli tudung fareed tak mampu. Yang ala-ala fareeda pun jadilah... Hehe)... Bukan apa, senang. Maklumlah, anak-anak kecik lagi. Nanti baru nak terkial-kial kat depan cermin nak melilit tudung, anak dah menjerit... Haha.... Tapi, sekarang ni Cikla suka pakai shawal, macam pashmina tu... Senang and sedap pakai.... Nak pakainya pun cepat.... Banyak jugak koleksi pashmina Cikla... Kalau keluar memana, mesti beli kalau dah terberkenan... Sampai kan hubby sebelah jeling-jeling manja lagi.... Mana tak, Cikla kalau dah tengok tudung memang agak "rakus" sikit. Paling tak mesti rembat selai... Kalau tak, memang tak sah ko Jemah... Haha... Aik, panjang pulak story Cikla... Walauapapun, harap Cikla ada rezekilah, boleh merasa pakai tudung adijuma pulak.... Hehe...

Oklah, korang pun joinlah.... Sekian dulu... Wassalam.....

-TAMAT SUDAH-

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.