Bila sel-sel otak berhubung.....

By Cikla Shahril - September 08, 2015

Tengok tajuk, kemain lagi. Aisey, sel-sel otak apa plak yang berhubung ni. Haha. Sebenarnya nak cerita pasal adik Ammar ni. Lagi 2 minggu nak masuk setahun. Sudah pastinya sebagai kanak-kanak yang meningkat 'dewasa', pasti ada peningkatan dalam perbuatannya. 

Bak kata orang, apabila sel-sel otak berhubung, nantikan aje apa hasilnya. Haaaa, kalau nak tau, hasilnya sungguh superb. Cuba tengok gambar kat bawah.

Bila sel-sel otak berhubung.....
Bila sel-sel otak berhubung.....

MasyaAllah, garu kepala tengok. Bertuah punya anak! Brilliant sungguh. Tak tau samada nak marah ke atau nak gelak. Sabor ajelah. Patutlah dia senyap je duduk depan drawer tu, ada keje yang dibuat rupanya. Bila cikla cerita dengan atok dan opahnya, mereka cakap apa korang nak tau.

'Biarlah, ibunya dulu kecil-kecil macam tu jugak.

Adoii, macam tu pulak. Kira keturunanlah ni ek. Haha. Tapi, kan tak apalah. Budak-Budak (saja nak hiburkan hati. Haha). Budak nak membesar, memang banyak akalnya. Ibunya redha dan bertabah ajelah. Apa yang penting Ammar aktif, tak sakit-sakit. Itu lagi penting.

  • Share:

You Might Also Like

4 Comments

  1. biasalah budak2..mmg gini...huhuhuuh... mak nya kena byk sabar... tp, inilah kenangan manis utk kita dan juga dia..nnt bile dia da besar..leh tnjukkn gmbr ni kat dia..heheheh...

    ceria2 ke blog elly... ;)
    KEPERLUAN PROTEIN DALAM TUBUH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... tp kdg2 tu fenin2 lalat jugak ibunya...

      Delete
  2. Biar je anak2 explore..jgn di.sekat ..kretif. namanya ni hehehe

    ReplyDelete