Botol.

By Cikla Shahril - September 02, 2015

Kalau diisi air mineral, harganya RM1. Kalau diisi jus buah, harganya RM8. Kalau diisi Madu Yaman, harganya RM200. Kalau diisi minyak wangi odd, harganya RM1000. 

Kalau diisi air longkang, ianya akan dibuang dalam tong sampah kerana langsung tiada harga dan tiada siapa yang suka.

Botol yang sama tetapi harganya berbeza sebab apa yang terisi di dalamnya adalah berbeza. Begitu juga kita. 

Botol.

Kita semua sama. Kita semua manusia, yang membezakan kita antara satu sama lain adalah IMAN & AMAL yang ada dalam diri kita. Yang akan menyebabkan kita berharga di sisi ALLAH atau kita dipandang hina oleh ALLAH lalu dibuang ke dalam neraka.

Sekadar renungan kita semua. Tak salah kita saling ingat-mengingati.

#sharingiscaring.

Sumber dari Whatsapp Group.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments