Macam mana nak bezakan penat bayi?

By Cikla Shahril - September 03, 2015

Lately, cikla tengok ramai kalangan bayi dan kanak-kanak yang demam, batuk serta selsema. Anak-anak cikla pun tak terkecuali. Minggu ni aje, dah 2 kali cikla ulang-alik ke klinik. Memula kakak Damia, lepas tu adik Ammar pulak. Dugaan dugaan. Masa kat klinik pun, kebanyakan patient pun bayi dan kanak-kanak. Kesian, lagi-lagi kalau bayi yang masih kecil. So, cikla nak kongsikan sesuatu yang cikla rasa ibubapa patut tahu, iaitu macam mana nak bezakan 'penat' anak kita. Bukan penat sebab main or apa, tapi penat sebab batuk yang melampau.

Macam mana nak bezakan penat bayi?
Macam mana nak bezakan penat bayi? Kredit Google. 

Penat lelah - bayi kita kelihatan penat tapi tak berkahak. Saluran pernafasannya jadi kecut, so bayi kita akan bernafas dengan cepat dan penat serta berbunyi macam seruling. Rawatan, doktor akan bagi Neubuliser dan ubat lelah.

Penat kahak - bayi kita akan bernafas penat sebab tak tau macam mana nak keluarkan kahaknya. So, dia akan telan balik kahaknya. Bila kahak ditelan, saluran pernafasan akan tersumbat dengan kahak dan jadi sempit. Kesannya, oksigen akan kurang pada bayi. Sebab tu, dia akan bernafas dengan cepat dan lama-kelamaan akan jadi penat sebab tersumbat dengan kahak.

Rawatan, doktor akan check peparu bayi dan dengar bunyi kahak. So, cara mengatasinya adalah dengan menyedut keluar kahak dulu dan kemudian bagi antibiotik. Tapi kena ingat, sebelum nak sedut kahak bayi, jangan bagi susu or makanan pada bayi 2 jam sebelum nak jumpa doktor untuk sedut kahak. Kalau kahak tak disedut keluar, lama-lama bayi akan mendapat infection pada peparu (Pneumonia).

Penat jantung - kalau bayi penat, tapi bibir dan jari kaki serta tangannya kelihatan kebiruan (blue baby) dan berat badannya menurun, ia disebabkan bayi penat kerana jantung berlubang or lain-lain penyakit berkaitan dengan jantung. So, kena bawa bayi pergi scan jantung atau buat ujian Angiogram untuk pastikan bayi sakit jantung jenis apa.

Sebelum ni, mungkin ada ibubapa yang tak tau kan. Macam cikla jugak. Kalau anak batuk or penat sikit (nafas laju) cikla suspect anak kena semput. Tapi, tak semestinya. So, cikla harap info ni berguna kepada kita sebagai panduan. Kalau berlaku, senang kita nak bertindak.

Sumber klik sini

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments