Salad kentang mudah dan senang.

By Cikla Shahril - September 01, 2015

Wah wah ewah, resepi lagi. Bukan cikla nak tunjuk yang cikla ni teror masak ke apa, tapi biasalah, cikla just nak share resepi yang mudah, simple dan semestinya nyumy. Sedap sehingga menjilat jari. Oklah, resepi yang cikla nak kongsikan kali ni adalah SALAD KENTANG. Salad kentang ni memang sedap dan nak membuatnya pun semudah 123. Haha, ayat bukan main lagi. Lagipun, cikla rasa resepi ni sesuai untuk orang yang nak diet, sebab ia memang mengenyangkan. Sebelum tu, jom kita tengok apa bahan-bahannya dulu.

Bahan-bahan (rujuk gambar):

Salad kentang mudah dan senang.
Salad kentang mudah dan senang. Bahan-bahan yang diperlukan.

Salad kentang mudah dan senang.
Salad kentang mudah dan senang. Bahan-bahan yang diperlukan.

1/2 kilo Ubi kentang (dikupas kulit, kemudian dipotong dadu dan direbus sampai empuk. Masa rebus masukkan sedikit garam).
1 peket hotdog (potong serong).
2 biji bawang besar (potong dadu).
1 biji cili benggala hijau (potong dadu).
Segenggam daun english parsley.
Mayonis (tengok pada banyaknya kentang)
1 sudu besar serbuk lada hitam.
1 sudu besar marjerin (untuk menumis).

Cara-caranya (rujuk gambar):

Salad kentang mudah dan senang.
Salad kentang mudah dan senang.

Salad kentang mudah dan senang.
Salad kentang mudah dan senang.

Step by step:

(1) Panaskan marjerin dalam kuali.
(2) Kemudian, masukkan hotdog dan gaul seketika.
(3) Setelah itu, masukkan bawang besar dan cili benggala yang telah dipotong dadu. Gaul sehingga hotdog masak dan bahan lain empuk.
(4) Selepas semua digaul rata, masukkan pula english parsley, kemudian gaul lagi.
(5) dan (6) Masukkan ubi kentang dan serbuk lada hitam. Selepas itu, gaul sampai bahan-bahan sebati dengannya.
(7) Akhir sekali, masukkan mayonis dan gaul lagi sampai kesemuanya rata dan sebati.

Dan, jeng jeng jeng. Siap!

Salad kentang mudah dan senang.

Senang kan? Orang bujang pun boleh buat. Haha. Cubalah, lagipun menu sihat ni. Selamat mencuba.

  • Share:

You Might Also Like

8 Comments

  1. hm...sedap yer....bw sini..dr www.housewifearts.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. wahh sedappp..leh jadikan menu diet tau ni...tq for sharing..

    Salam Blogwalking: www.yanieyusuf.com

    ReplyDelete
  3. Wah!!! sedapppp
    nak try buat la..

    jom join GA ni
    http://cintahawaa.blogspot.com/2015/09/shawl-giveaway-by-melodi-cinta-kita.html

    ReplyDelete
  4. Atie dah copy resepi... hehehe

    ReplyDelete