Uishhh, takutlah nak mengandung lagi.

By Cikla Shahril - September 28, 2015

Kalaulah cikla yang cakap macam tajuk kat atas tu, memang nak kenalah kan. Takutlah konon. Takut-takutlah sangat, dah tiga pun anak ko cikla. Haha. 

Memang tak dinafikan ada sesetengah wanita yang rasa fobia, takut dan trauma bila tahu dirinya mengandung lagi.

Macam cikla dulu, masa melahirkan anak pertama memanglah tak boleh nak lupa. First time merasa sakit kontraksi, rasa macam nak putus urat pinggang time tu. 

Lepas tu, bila cikla tau diri cikla mengandung lagi untuk kali kedua, memang macam-macam perasaan datang. Takut, berdebar-debarlah. Terbayang-bayang saat-saat masa melahirkan yang pertama. 

Mujurlah suami dan keluarga banyak bagi dorongan dan nasihat. Lega sikit hati. Haa kau, sekarang 3 dah pun. Hehe.

Setiap wanita mempunyai pengalaman bersalin yang berbeza-beza. Ada yang senang dan ada pulak yang susah. 

Rasanya, sebab pengalaman sebeginilah menjadikan wanita trauma untuk mengandung lagi. Begitu jugak wanita yang mengalami keguguran. Segala macam rasa bercampur baur kan?

Untuk pengetahuan korang, terdapat beberapa cara untuk mengatasi perasaan takut ni. Lagipun, siapa yang tak nak bagi zuriat untuk suami tercinta kan. 

Itulah anugerah terindah dalam perkahwinan dan semua orang akan ternanti-nantikan permata hati apabila mendirikan rumahtangga. Bak kata orang, tanda cinta kita. Cewaahhh. Oklah, apa yang kita boleh buat adalah;

  • Sibukkan diri dengan aktiviti harian, sebab kita akan kurang memikirkan tentang perkara yang tidak-tidak.
  • Fahami apa yang terjadi ke atas diri. Wanita yang pertama kali mengalaminya (keguguran) haruslah sentiasa redha dan terima dengan hati yang terbuka. Semuanya sudah ketentuan Allah SWT.
  • Kumpul maklumat. Cari seberapa banyak info tak kira dari doktor atau search di internet (pembacaan).
  • Buat senaman ringkas. Kerana ia akan membantu kita berfikir dengan lebih jelas dan gunakan masa untuk belajar menyayangi baby baru sekaligus membantu menguatkan ikatan antara ibu dan baby.
  • Luahkan rasa bimbang. Kongsi apa yang dirasakan dengan orang sekeliling terutama suami dan keluarga rapat. So, mereka boleh memberi sokongan dan kata semangat pada kita.
  • Kerap mendapatkan nasihat doktor. Selalu berhubung dengan doktor untuk mengetahui perkembangan baby dan rasa risau atau khuatir pasti berkurangan.

So, kepada wanita diluar sama janganlah takut untuk mengandung lagi ye. 

Memanglah bila mengenangkan saat-saat getir kita bertarung di dewan bersalin kerana melahirkan anak tersayang membuatkan kita rasa trauma, nak-nak pulak pengalaman pertama tapi jangan kita lupa pulak betapa indahnya bila pertama kali melihat wajah anak yang kita kandung 9 bulan 10 hari. 

Sesungguhnya itulah kenangan terindah kerana pengalaman melahirkan setiap anak berbeza-beza.

Jangan takut-takut lagi tau.

Sumber dari catatan kehamilan, majalah wanita.

  • Share:

You Might Also Like

4 Comments

  1. untunglar fitrah perempuan leh mengandung dan beranak ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersyukur dgn kelebihan yg ada.... great moment to be mama....

      Delete
  2. Yang tak pernah kawin dan mengandung ni pulak rasa macam tak sabar2 nak mengandung, haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah... setiap perempuan yg dah berkahwin mesti rasa akan bestnya mengandung dan melahirkan....

      Delete