31 October 2015

Line internet macam siput!!

October 31, 2015 2 Comments
Assalamualaikum wbt...

Line internet macam siput!! | Alahailah line... kenapa lah semenjak dua menjak ni ko lembap semacam. Nak buka blog pun ke main lama loading nya. Last-last, no internet connection. Frust sungguhlah kalau lagu ni.... Elok-elok bersemangat nak blogwalking kawan-kawan dah macam terbantut je....




Cikla perasan, dua tiga hari ni line macam up and down. Kejap ok kejap tak ok. Cikla guna maxis. Ni pun sejak internet agak suam-suam kuku ni,  cikla tukar-tukar dengan altel. Kira ok gak altel, line kuat jugak, tapi potong kredit agak laju pulak.... huhu.... Hope lepas ni line akan ok je.... Rugi pulak data nanti kalau dah sampai dateline tapi kuota masih banyak.... aiyaaa... Oklah korang, thanks sebab sudi baca luahan hati cikla yang tengah gerammmm sesangat ni.... Sekian dulu, wassalam....

30 October 2015

Alamak... blog kena boom laaa...

October 30, 2015 1 Comments
Assalamualaikum wbt....


Alamak.. blog kena boom laaa... | Ehem ehem.... Thanks pada blogger Shahida Dzulkafli sebab sudi singgah dan komen kat blog picisan ni...  Thanks jugak pada yang pernah singgah dan komen kat blog ini... Nanti cikla mesti datang berkunjung kat blog korang.





Oklah korang.... Happy blogging and blog walking ye... Sekian dulu.. Wassalam....

Sistem baru rebat kad prabayar.

October 30, 2015 6 Comments
Sistem baru rebat kad prabayar. | Assalamualaikum wbt... Mulai 1 Januari tahun depan, semua rebat kad prabayar akan dikreditkan secara automatik kepada pemilik akaun warga Malaysia, tapi bukan untuk warga asing. Ia merupakan sistem baru rebat kad prabayar.

Melalui sistem itu, pengguna akan mendapat semula rebat yang sama dengan jumlah GST dalam bentuk masa berbual secara automatik. Sistem ini juga akan membezakan pemilik warga Malaysia dan warga asing berdasarkan maklumat dan nombor telefon yang dah didaftarkan dengan syarikat telco dan SKMM.


Sistem baru rebat kad prabayar. Sumber Google.


Contohnya, kalau pengguna (warganegara) membeli kad prabayar rm10, mereka akan dapat nilai panggilan pada harga rm10. Kalau sebelum ni mereka membayar pada harga rm10.60 tapi mereka hanya dapat rm10 aje. Kalau untuk warga asing, kalau mereka beli kad prabayar rm10, mereka hanya dapat rm9.40 sebab dikenakan GST sebanyak 60 sen.

Pada cikla, syukurlah kerana kerajaan masih lagi prihatin dengan rakyat. Rentetan macam-macam yang naik di kala ini, sekurang-kurangnya ia dapat meringankan sedikit beban rakyat. Zaman sekarang ni semua orang guna hp, so nak tak nak mereka memang kena beli kad prabayar untuk kegunaan seharian...


Sumber : KOSMO!

OKTOBER GIVEAWAY BY MEKZUMBIE.

October 30, 2015 9 Comments
Assalamualaikum wbt...

OKTOBER GIVEAWAY BY MEKZUMBIE. | Di pagi yang damai ni, Cikla nak ajak korang yang belum join giveaway ni join sesama nak? Macam biasalah, kalau nak join klik aje banner tu....



http://mekzumbie.blogspot.my/2015/10/oktober-giveaway-by-mekzumbie.html


Hadiahnya best tau, meh Cikla nak kasi tau hangpa semua.... Hehe...

Cawan comel untuk 2 pemenang :

Topup RM10 untuk 3 pemenang :

Topup RM5 untuk 3 pemenang :

Magnet Fridge Vietnam untuk 2 pemenang :

Hadiah Misteri untuk 1 Pemenang (Hadiah misteri yang misteri).

Wah... Siap ada hadiah misteri.... Nervous pulak ai.... Hehe....  Nak tau syaratnya,celik banner tu jugak... So akan keluar syaratnya sekali....  untuk memenuhi syarat yang ke-3, Cikla nak komen sikit pasal blog Mek Zumbie kita ni...

Pada pendapat Cikla, blog awak ni Mek simple but nice. Nak loading pun cepat. Takdelah nak tunggu kemain lama sampai berjanggut.... Hehe... Lagi satu blog awak ni boleh dikatakan blog berinfomasi.., so, macam ilmu dan perkongsian yang boleh kita dapat kalau baca blog awak ni. Good luck and jangan berhenti menulis tau... 

Oklah korang, join tau. Dah nak tamat pun.. Cepat-cepat join tau. Pememang GA ini akan pilih melalui sistem Random.org. Harap Cikla ada rezeki. Good luck pada korang jugak. Sekian dulu, wassalam....

-TAMAT SUDAH-

Segmen : Jom Tingkatkan Followers.

October 30, 2015 24 Comments
Assalamualaikum wbt....

Segmen : Jom Tingkatkan Followers. | Jom join segmen ni nak.. Kalau nak join, klik je banner tu...



 http://leyastorymory.blogspot.my/2015/10/segmen-jom-tingkatkan-jumlah-followers.html



Lepas tu kan, Cikla nak tag dua orang aweks yang comel ni....

ANAJINGGA dan YANIE YUSUF.

Followers blog Cikla ni baru 180 orang je....

Segmen ini akan berlangsung seminggu sahaja, bermula dari sekarang, 23/10/2015 HINGGA 30/10/2015. 

Oklah, join tau... Sekian dulu... Wassalam....

Segmen Ucing Nak Url 2.

October 30, 2015 2 Comments
Assalamualaikum wbt...

Segmen Ucing Nak Url 2. |   Hi Blogger Kali ini Saya Nak Buat Segmen "Ucing Nak Url Bahagian 2" Kepada yang ketinggalan Segmen Ucing Nak Url Bahagian 1.Bolehlah Menyertai Segmen ini.


http://ucingkadayan.blogspot.com/2015/10/segmen-ucing-nak-url-2.html



Syarat-syarat nya Mudah :

1) Masukkan Email Anda Kekotak (Animasi Melalui Email Mudah) Tekan Subscribe dan Cek Email Anda   Aktifkan.
2) Buat Tajuk Post " Ucing Nak Url 2 "
3) Copy Semua Coding yang telah disediakan di box dan Paste ke dalam ruangan html dan publish.
4) Tinggalkan Url Post Anda ke Ruangan Komen Disini.

Join tau... Sekian dulu..wassalam..


-TAMAT SUDAH-

29 October 2015

Amalan rezeki melimpah tak pernah habis.

October 29, 2015 1 Comments
Amalan rezeki melimpah tak pernah habis. | Assalamualaikum wbt. Jom jadikan perkongsian ni sebagai amalan kita seharian. Semoga kita semua diberi rezeki yang melimpah ruah dan sentiasa diberkati olehNya. Apa yang penting carilah rezeki yang halal, kerana ia adalah wajib demi mendapat keredhaan Allah....

Amalan rezeki melimpah tak pernah habis.


Amalan rezeki melimpah tak pernah habis.
Amalan rezeki melimpah tak pernah habis.

Selamat beramal...❤❤


Kredit gambar : Facebook.com.

Mesin basuh menangis?

October 29, 2015 2 Comments
Mesin basuh menangis? | Assalamualaikum wbt... Wah, korang jangan marah cikla letak tajuk entry macam ni... saja nak kasi gempak sikit... hehe... Aisssshhheyyyy.... macam-macam dah sekarang ni. Kes buang baby bukanlah kes baru, ia dah lama pun. Sekarang ni pun, kes buang baby masih lagi berlaku. Terbaru ia berlaku di Yan, Kedah. Yang sadisnya, ada ke patut si polan ni letak baby tu dalam mesin basuh. Ish ish ish... memang takde hati perut langsung. Belas kasihan pun tak de. Tak pasal-pasal ingat mesin basuh menangis, huhu...


Mesin basuh menangis?
Mesin basuh menangis? Sumber Harian Metro.


Meh cikla cerita sikit pasal kisah ni.

"... seorang pemilik rumah terkejut apabila menemui seorang baby berada dalam mesin basuh di rumahnya. Ketika dia sedang leka menonton tv bersama keluarganya, mereka mendengar suara baby menangis dan hairan dari mana suara itu datang padahal rumah mereka takde baby pun. Mereka arah dari mana suara tangisan itu datang, dan mereka betul-betul terkejut bila menjumpai seorang baby perempuan di dalam mesin basuh yang terletak di dapur rumah mereka.

Baby tersebut dipercayai baru berusia sehari dan masih bertali pusat. Katanya lagi, masa kejadian pintu dapurnya tak berkunci dan mereka pun tak sedar kalau ada sesiapa yang memasuki rumah mereka melalui pintu itu. Laporan telah dibuat dan pihak polis meminta pihak hospital kerajaan mahupun swasta memberikan maklumat kalau ada sesiapa yang mencurigakan dan disyaki mendapatkan rawatan di situ...."

Aduhai... apalah pendek akal sangat orang yang letakkan baby tu dalam mesin basuh. Dah lah baby nya tak dipakaikan selimut, bogel gitu diletakkan kat dalam tu. Teruk dah manusia sekarang. Kalau ye pun dah taknak baby tu, letaklah kat rumah kebajikan ke atau tempat yang sepatutnya. Apalah yang baby tu tau... geram pulak cikla baca kisah ni.... Comel baby nya....

Cikla harap kisah ni dapat menjadi ikhtibar pada kita semua. Jangan disebabkan kaget atau buntu nak buat apa, amik keputusan macam ni. Sebelum nak buat taknak pulak fikir ke depan, fikir apa yang akan berlaku kesan dari perbuatan tu....

Semoga kita semua sentiasa dijauhkan dari perbuatan yang mungkar. ❤❤


Sumber : Harian Metro.

10 watak kartun popular di kalangan budak-budak.

October 29, 2015 3 Comments
10 watak kartun popular di kalangan budak-budak. |  Assalamualaikum wbt... Hai cikla ni dah kenapa cerita pasal kartun lak ni. Huhu. Ala, korang janganlah begitu. Cikla saja nak share 10 watak kartun  popular di kalangan budak-budak. Tapi, jangan terkejut pulak kalau bapak budak dengan mak budak pun minat tengok cerita kartun gak... ahaksssss.... Sebelum tu cikla nak tegaskan perkongsian ni hanya sebagai hiburan ringan, eceehhh... saja share suka-suka...

Ermmm... kalau cerita bab kartun ni, budak-budak dah memang kegemaran mereka. Kalau anak cikla, nak-nak pulak time cuti sekolah kan banyak rancangan kartun kat tv, haaa siaplah memang tak boleh nak tengok cerita lain. Start bangun tidur sampailah ke petang, kartun kartun kartun aje... adoi... pasrah ajelah ibunya ni...

Oklah, berbalik pada topik kita, cikla senaraikan 10 watak kartun popular di kalangan budak-budak.....


10 watak kartun popular di kalangan budak-budak.
10 watak kartun popular di kalangan budak-budak.
Tom & Jerry.


Top list, watak Tom dari rancangan Tom & Jerry. Ala kartun kucing dengan tikus yang asyik bergaduh tu. Pantang jumpa, bercerekau aje... hehe... Anak cikla pun memang suka tengok cerita ni.... Kalau korang nak tau Tom & Jerry ni mula dihasilkan pada tahun 1946, dan telah disiarkan selama 60 tahun. Wah, lamanya. Memang legend lah kartun ni. Watak si tom (kucing) yang selalu gagal nak tangkap si jerry (tikus), dan akhirnya dia yang terkena balik memang mencuit hati budak-budak dengan gelagat mereka.


10 watak kartun popular di kalangan budak-budak.
10 watak kartun popular di kalangan budak-budak.
Bugs Bunny. 


Kedua, watak kartun Bugs Bunny dari rancangan Looney Tunes. Haaa... ni pun watak kartun kesukaan anak cikla. Dialog paling popular si arnab ni adalah "what's up doc?"... Bugs Bunny adalah watak seekor arnab kelabu yang suka makan lobak dan suka menipu orang lain....


10 watak kartun popular di kalangan budak-budak.
10 watak kartun popular di kalangan budak-budak.
Scooby Doo. 


Ketiga, watak Scooby Doo dari rancangan Scooby Doo Show. Scooby Doo adalah seekor anjing yang selalu membantu rakannya, Shaggy, Fred, Daphne dan Velma. Rasanya rancangan kartun ni masa time cikla muda remaja dulu.... hehe...


10 watak kartun popular di kalangan budak-budak.
10 watak kartun popular di kalangan budak-budak.
Popeye the sailorman.  


Keempat, watak popeye dari rancangan Popeye the Sailorman. Wah, kalau kartun ni popular jugak masa cikla kecik-kecik dulu. Popeye ni seorang lelaki serba boleh yang sentiasa nak memikat hati Olive Oyl, tapi sering dihalang oleh Bluto. Kalau hadapi masalah dan jalan buntu, dia akan makan spinach dan menjadikan dia lelaki terkuat di dunia.... kelakar kan??


10 watak kartun popular di kalangan budak-budak.
10 watak kartun popular di kalangan budak-budak.
 The Flintstones. 


Kelima, watak Fred dari rancangan the flintstones. Mesti korang ingat cerita ni. Dialog paling tak boleh lupa adalah "yabadabadoooooooo...." hehe... The flintstones adalah mengisahkan kisah pengembaraan sebuah keluarga pada zaman batu, di mana Fred dan isterinya Wilma hidup berjiran dengan kawan baiknya, Barney Rubble dan Betty Rubble.


10 watak kartun popular di kalangan budak-budak.
10 watak kartun popular di kalangan budak-budak.
Mickey Mouse and friends.


Keenam, watak Mickey Mouse dari rancangan Mickey Mouse. Watak ni masih menjadi favourite sejak ia dicipta oleh Walt Disney pada tahun 1928 sampailah sekarang. Mickey Mouse adalah seekor tikus yang sentiasa happy dan mempunyai gf bernama Minnie Mouse serta beberapa kawan baik iaitu Donald Duck,  Pluto dan Goofy. Comel je Mickey ni tau....


10 watak kartun popular di kalangan budak-budak.
10 watak kartun popular di kalangan budak-budak.
Swat Kats.


Ketujuh, watak Swats Kats dari rancangan Swat Kats. Kalau kartun ni memang cikla tak pernah tau lah pulak sebab ni baru tau. Hehe... Dikatakan ia mempunyai dua watak iaitu T Bone dan Razor yang mempunyai misi untuk menegakkan keadilan yang disebabkan oleh penjenayah utama, Dark Kat. Ni kira cite lawan-lawanlah kot....


10 watak kartun popular di kalangan budak-budak.
10 watak kartun popular di kalangan budak-budak.
Dragon Ball Z. 


Kelapan, watak Goku dari rancangan Dragon Ball Z. Kalau citer ni memang adik cikla yang "tua" tu pun layan jugak. Suami cikla pun suka gak tengok (cite Conan dengan Naruto pun sama)... Rancangan anime berasal dari Jepun ni mengisahkan tentang perjuangan mendapatkan bola ajaib. Goku mahir dalam seni mempertahankan diri dan dia perlu mempertahankan bumi dalam pengembaraannya mencari bola ajaib itu.... "dragon ball ada tujuh biji semuanya..." hehe...


10 watak kartun popular di kalangan budak-budak.
10 watak kartun popular di kalangan budak-budak.
Dexter's Laboratory.


Kesembilan, watak Dexter dari rancangan Dexter's Laboratory. Kalau rancangan ni pun cikla tak pernah tengok. Dexter adalah seorang kanak-kanak yang gemarkan sains dan dia mempunyai lab sendiri di rumahnya untuk melakukan macam-macam eksperimen. Genius budak ni... hehe...


10 watak kartun popular di kalangan budak-budak.
10 watak kartun popular di kalangan budak-budak.
Choota Bheem. 


Lastly, watak Choota Bheem dari rancangan Choota Bheem. Watak ni mengisahkan karekter dari mitos india, Mahabrata dan terkenal sebagai seorang anak yang licik. Kalau kartun ni pun cikla tak tau pun....

Nampaknya watak kartun upin-ipin, dan doraemon takde dalam list... hehe... maybe ni mostly toplist untuk kanak-kanak seluruh dunia kot. tapi, kalau upin ipin memang favourite budak-budak kat Malaysia ni... bak kata si upin.. betul betul betul....

Oklah, thanks for reading. Sekian dulu, wassalam....


Sumber : Ruangan dunia top 10, (HarianMetro).
Kredit gambar : Internet.

Nak mata cantik?

October 29, 2015 1 Comments
Nak mata cantik? | Assalamualaikum wbt. Siapa yang tak nak mempunyai mata yang cantik, galak, sihat dan bersinar-sinar. Hehe. Lagipun, mata merupakan salah satu daya penarik bagi seseorang itu dan ini merupakan impian semua perempuam tau. 

Sebenarnya tak payah nak berbelanja banyak-banyak semata-mata nakkan mata yang cantik dan sihat. Ada banyak tips yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan semua tu. Tak payah nak pening-pening dah.

Nak mata cantik?


Nak mata cantik?
Nak mata cantik? Sumber Google.

Tidur secukupnya sekurang-kurangnya 6-8 jam sehari. Kalau korang nak tau, kalau kita kurang tidur akan menyebabkan mata nampak lesu, tak bermaya, sembap dan ada lingkaran hitam sekeliling mata. Dah nampak macam panda dah. Hehe. Selain itu, jangan lupa minum air kosong secukupnyasekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Ini kerana air berfungsi sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut semua nutrien ke seluruh badan. Lagipun, ia dapat mencegah kulit daripada kering dan cepat berkedut. Bak kata orang tua sebelum waktu. Huhu. Kepada yang suka bermekap, jangan lupa bersihkan mata dari solekan sebelum korang nak tidur. Lagipun, ini dapat mengelakkan bahan kimia dari alat solekan itu meresap ke dalam mata. Ingat tau!

Memakan makanan yang seimbang juga penting untuk mendapatkan mata yang sihat. Pastikan sajian harian kita mengandungi sayuran dan buahan terutama sayuran hijau (bayam dan cekur manis) yang mengandungi protein yang baik untuk mata. Lobak, keledek dan tomato pun bagus untuk dapatkan mata yang sihat. Vitamin A dan C sememangnya baik untuk mendapatkan mata yang sihat kerana ia membantu membina pigmen penglihatan yang baik (vit. A) dan membantu membentuk kolagen yang dapat menambah keanjalan kulit di sekeliling mata.

Di samping itu, kalau korang berada di luar rumah kerana melakukan aktiviti luar, jangan lupa pakai sunglasses antiultraviolet (UV) sebab kalau mata terlalu terdedah kepada UV berlebihan akan menyebabkan katarak dan boleh merosakkan kornea, kanta dan selaput retina mata (kalau UV tinggi sangat). Tapi, jangan pakai cermin mata yang murah macam kat pasar malam tu sebab kebanyakan cermin mata hitamnya tak menapis cahaya UV. Apa salahnya beli yang mahal sikit, lagipun nak gunanya pun lama (kalau jimatlah). Demi kesihatan mata kita.

Last sekali, senaman. Buat senaman ringan macam menggerakkan mata ke kanan ke kiri ke atas dan ke bawah dalam kiraan lima untuk 1 minit pun dah cukup. Ini dapat meredakan ketegangan di sekitar otot mata. Nak-nak pulak kalau korang selalu mengadap komputer atau laptop berjam-jam sehari.  Memang penatlah mata tu. Korang boleh jugak buat senaman dengan menutup mata perlahan-lahan hingga tertutup sepenuhnya sebanyak 10 kali dapat mengelakkan mata terasa kering.

Jagalah.dan sayangilah mata kita sebaiknya kerana inilah anugerah yang tak ternilai.


Sumber :  Ruangan Hati (Harian Metro).

28 October 2015

Kenapa baby tidur siang tapi berjaga malam?

October 28, 2015 2 Comments
Kenapa baby tidur siang tapi berjaga malam? | Assalamualaikum wbt. Cuba korang baca statement dalam gambar kat bawah tu.


Kenapa baby tidur siang tapi berjaga malam?
Kenapa baby tidur siang tapi berjaga malam?


Ermmm, memang ada betulnya kan? Selama 9 bulan baby dalam kandungan, mesti dia dah terbiasa dengan apa yang dia alami selama itu. Tu sebab ada sesetengah baby, walaupun suasana gamat bising yang amat, lena je tidurnya. Rupanya dia dah biasa masa dalam kandungan. Dengar bunyi perut ibunya lapar, kroooppp kraaappp haha....

Lagi satu, memang cikla perasan anak-anak cikla masa diaorang baby dulu, kalau tidur meniarap memang lena je. Pastu, kalau tidur terlentang dan dibedung pun sama. Nyenyak dan memang lama tidurnya. Rupanya semua perkara yang berlaku mesti ada sebab disebaliknya. Indahnya peraturan yang Allah tetapkan... Subahanallah....

Oklah, sekian dulu, wassalam....


Kredit gambar : Facebook.com.

Menang giveaway : Dapat hadiah giveaway lagi.

October 28, 2015 1 Comments
Assalamualaikum wbt....

Menang giveaway : Dapat hadiah giveaway lagi.  | Hai korang, cikla nak share hadiah giveaway yang cikla dapat tempoh hari. Actually dah lama dapat, baru sempat nak up entri pasal ni. Tapi cikla lupa pulak giveaway yang mana satu. Maklumlah, banyak sangat join giveaway. Hahaha.... tapi, cop setem tu dari Pulau Pinang....





Pada blogger yang anjurkan giveaway ni, thanks ya. Cikla hargai sangat pemberian kamu. Nanti buat giveaway lagi tau, cikla mesti join punya. Hehe... oklah, thanks for reading... sekian dulu, wassalam...

Anda ketagih internet??

October 28, 2015 3 Comments
Assalamualaikum wbt...

Anda ketagih internet?? | Zaman sekarang ni semua orang mesti tau melayari internet. Dengan internet apa yang kita nak akses senang je. Semuanya di hujung jari dan tanpa sempadan. Sebab tu, ia menjadi satu kemestian dan sebahagian dari hidup kita. Bayangkan budak-budak seawal 3 tahun pun dah tahu nak guna gajet (macam tablet)... kita tak ajar dia pun, tau je mana nak tekan, kena je jarinya nak touch.. hehe... silap-silap mereka lagi teror dari kita.




Ada sesetengah orang, kalau sehari tak layari internet rasa macam tak sah. Mesti nak layari internet walaupun sekejap. Mood pun boleh up and down, mana tak nya hidup rasa macam kurang je. (Haha.. boleh pulak macam tu)... Sebenarnya semua benda ada baik dan buruknya. Begitu juga dengan internet. Tak dinafikan internet memang berguna untuk memudahkan segala kerja dan kalau salah guna internet sudah tentu akan mendatangkan keburukan... semuanya di tangan kita yang menentukan....

Sebenarnya kita kena sentiasa berhati-hati dan menghadkan penggunaan internet supaya kita tak terlalu bergantung dengannya. Walaupun ada yang tak kisah pun kalau takde internet, tapi tak boleh nak nafikan ada sesetengahnya, wahhhh... memang tak boleh "hidup" lah kalau tak de internet.... Jom kita semak adakah kita ni golongan yang ketagih internet ke tidak.... oppsss....

(1) kita gembira bila bermain game online tapi bila terpaksa offline automatik kita rasa kosong. Lebih teruk lagi kalau semua perkara kita lakukan dengan internet secara online, tapi bila offline mulalah mati kutu... hehe...

(2) walaupun kita sedang buat kerja rumah (contohnya suri rumah), fokus kita terganggu sebab asyik berkira-kira waktu untuk online. Hehe... macam cikla je. Sambil buat kerja rumah, kekadang main game atau blogwalking.. tu sebab kekacang kerja lambat siap..... hahaha... pasrah...

(3) haa.. kalau ni memang obivous... zaman sekarang kalau kita duduk berkumpul satu famili pun, masing-masing dengan gajet masing-masing. Dah tentu kita kurang beri perhatian pada orang sekeliling... macam tu jugak kalau kita gathering jumpa ke kawan, setiap orang sibuk dengan hp masing-masing.. kalau macam tu baik tak payah gathering, chatting dalam talian dah cukup dah. Ye tak??




(4) alamak, kalau ni macam cikla je.... hehe... terjaga je dari tidur pada waktu malam, mesti nak tengok hp. Kadang-kadang bukan nak layari internet pun, cuma nak tengok email atau notification pun dah cukup... hehe....

(5) sentiasa bagi alasan untuk bagitau rutin harian sebenar. Kalau orang tanya, mesti cakap nak keluar dengan kawan-kawan padahal duduk lepak kat rumah je main internet.... ish ish.....
Jadi, korang ada tak ciri-ciri kat atas tu? Itu dah dikira obses dah tu. Kalaulah korang dah sampaj tahap ketagih internet, wah bahaya tu. Lebih baik korang off internet korang sekejap, luangkan masa pulak untuk bersosial di alam nyata.... jangan biarkan diri kita dikongkong oleh internet tanpa kita sedar....

Oklah, thanks for reading. Sekian dulu, wassalam....


Sumber : Ruangan Gen-Y (Harian Metro).
Kredit gambar : Internet.

27 October 2015

Penyakit anjing gila (rabies).

October 27, 2015 3 Comments
Penyakit anjing gila (rabies). | Assalamualaikum wbt. Baru-baru ni kita digemparkan dengan penularan penyakit anjing gila atau rabies. Cikla nak share beberapa info penting mengenai penyakit ini, supaya kita tau sedikit sebanyak mengenainya.

Penyakit anjing gila.
Penyakit anjing gila. Sumber Google.

Penyakit anjing gila (rabies).


Rabies adalah jangkitan yang disebabkan oleh virus Lyssavirus. Bila virus ini menjangkiti seseorang, ia akan menyerang saraf dan otak pesakit. Ini kerana, lepas virus ni masuk dalam badan pesakit, ia akan terus membiak dan bergerak dari tisu yang dijangkiti, kemudian memasuki saraf dan seterusnya bergerak di sepanjang saluran saraf menuju ke otak pesakit. Wah, bahayanya. Takut cikla dengar.

Kalau korang nak tau, virus ni menjangkiti manusia melalui air liur anjing yang mengandungi virus tersebut. Itu sebab, bila mangsa digigit oleh anjing gila, virus itu akan mula membiak pada bahagian luka gigitan pada mangsa. Selain ia bergerak menuju ke otak, virus ni juga akan menuju ke kelenjar air liur dan membiakkan dirinya di situ. Dalam kebanyakan kes, anjing adalah pembawa sebab jangkitan dari manusia ke manusia adalah tak mungkin.

Lepas kena gigit anjing gila, ia akan ambil masa 1-3 bulan sebelum simptom awal muncul. Tapi, jangan tak tau simptom juga boleh nampak seawal 4 hari walaupun ada kes yang dilaporkan simptom muncul selepas 6 tahun digigit. Ini sebab ia depends pada jumlah virus yang dipindahkan ke luka dan kawasan sekitarnya.

Penyakit anjing gila.
Penyakit anjing gila. Sumber Google.

Untuk pengetahuan korang, simptom awal keadaannya hampir sama dengan demam selsema biasa. Pesakit akan demam dan rasa kebas di sekitar tempat luka gigitan itu. Bila kuma telah merebak ke saraf manusia, mangsa akan alami pergerakan anggota badan di luar kawalan, rasa gelisah, fobia pada air, lemah atau lumpuh anggota badan, keliru, cuak, berhalusinasi dan akhirnya tak sedarkan diri. Lepas tu, pesakit akan menghasilkan air liur yang banyak dan akhirnya pesakit susah nak menelan sebab air liur menitis-nitis keluar dari mulut. 

Langkah pertama yang kita boleh buat kalau seseorang digigit anjing yang mungkin membawa virus ini, basuh luka dengan air dan sabun. Basuh luka sekurang-kurangnya 5 minit. Penggunaan antiseptik juga boleh membantu mengurangkan jumlah virus yang mungkin masuk ke dalam badan mangsa. Suntikan vaksin (imunisasi) mesti diberikan serta-merta atau paling lewat pun dalam masa 6 hari selepas digigit untuk mengurangkan risiko kematian disebabkan virus ni.

Semoga perkongsian ni dapat memberi kita sedikit ilmu dan info mengenai penyakit bahaya ni. 


Sumber  : Ruangan Sihat (harian metro).

Suka melancong? Memang banyak manfaatnya.

October 27, 2015 0 Comments
Assalamualaikum wbt....

Suka melancong? Memang banyak manfaatnya. | Korang suka melancong tak? Siapa yang tak suka,  ye tak? Lagi-lagi kalau melancong luar negara. Wow, bestnya... Sebenarnya melancong ni memang banyak manfaatnya. Selain dari ia memberi pengalaman baru pada kita, ternyata banyak lagi kebaikan yang kita boleh dapat dari melancong ni. Korang nak tau tak yang melancong ni boleh membuatkan kita rasa bahagia sangat. Lebih-lebih lagi dari segi hubungan kekeluargaan yang menjadi lebih erat. Meh cikla nak kongsi apakah sebab mengapa cikla kata melancong ni membahagiakan....

Melancong membuatkan kita rasa lebih menghargai, sebab contohnya kalau kita pergi melancong tanpa famili, kita mesti mahu menelefon famili kita untuk bagitau yang kita lakukan. Tak kiralah pengalaman manis atau pahit, mesti kita rasa tak sabar nak ceritakan dengan famili kita. Betul tak?

Inilah masanya kita "bebas" dari pengaruh internet sebentar. Tapi tak jugak kan, ada orang mesti nak update selalu apa yang dia lakukan nak-nak pulak time dia melancong. Ermmm... apa kata kita lupakan sekejap media sosial tu. Lebih baik korang ambil peluang menikmati keindahan alam semulajadi dengan tenang dan pastinya pengalaman yang tak akan dilupakan. Tapi, kalau nak amik gambar kenangan tak salah kot, tapi berpada-pada tau....


Suka melancong? Memang banyak manfaatnya.
Sumber : Google.


Selain itu, inilah masa untuk diri-sendiri. Kalau sebelum ni kita sibuk dengan hal kerja dan "orang lain", apa kata ambil peluang ni "bernafas" untuk melepaskan tekanan atau "keletihan" yang kita alami. Tenang sikit jiwa... ye tak??? Kita tau kalau dah pergi melancong, dah tentu macam-macam pengalaman yang kita dapat. Pengalaman lucu, aneh, pahit dan manis mesti ada punya lah. Nanti bila balik dari bercuti, dah tentu kita ceritakan semua pengalaman ni kat kawan-kawan atau keluarga kita.... lagipun orang cakap apabila kita membuat orang lain keluarga akan meningkatkan sikap percaya diri. So, jangan simpan pengalaman itu, ceritakan ia....

Last sekali, melancong dah tentu meninggalkan kenangan terindah pada kita. Dah tentu untuk kesan jangka masa panjang. Ini kerana, pengalaman bercuti mampu meningkatkan kemampuan dan percaya pada diri, cara pandangan yang berbeza dan semestinya kita akan mendapat kawan baru....  lepas tu, kita pun, plan nak pergi bercuti lagi.... hehe.... betul tak?

Mungkin sesetengah orang menafsirkan makna melancong ni dari sudut berbeza-beza. Tapi, apa yang pasti ia tetap akan memberikan pengalaman baru yang tak mungkin kita lupakan.... Oklah, selamat melancong....

Thanks for reading... sekian dulu... wassalam....


Sumber :  Metro.

26 October 2015

Terjun pangsapuri selepas gagal susukan anak.

October 26, 2015 0 Comments
Terjun pangsapuri selepas gagal susukan anak. | Assalamualaikum wbt... Allahuakbar, terkejut cikla bila baca satu kisah ni kat paper Metro hari ni. Seorang ibu muda yang tekad terjun pangsapuri selepas gagal susukan anak. Tingkat 26 pulak tu....


Terjun pangsapuri selepas gagal susukan anak.
Terjun pangsapuri selepas gagal susukan anak. Sumber akhbar Metro.

"......Kejadian berlaku di Kuala Lumpur, sebelum kejadian dikatakan mangsa menyerahkan pembantu rumahnya mengambil bayinya yang berusia 10 hari yang menangis untuk diberi susu dalam bilik. Lepas pembantu rumah mangsa selesai bagi bayinya susu botol, dia mendapati mangsa takde dalam rumah, dan dia mencari mangsa sekitar kawasan rumah sebelum guard di situ beritahu menemui mayat seorang wanita yang dipercayai terjatuh di aras bawah pangsapuri. Pembantu rumah mangsa mengesahkan mayat tersebut adalah majikannya.

Hasil siasatan awal suami mangsa beritahu sebelum ni isterinya pernah mengadu susah hati sebab tak dapat nak bagi susu badan pada bayi mereka kerana susu tak keluar. Selain tu, mangsa ada jugak bagitau yang dia bosan dan tertekan tinggal di rumah sebab takde kerja yang boleh dilakukan...."

SubahanAllah, kesiannya cikla dengar. Biasalah, itulah cabaran pada ibu muda yang baru melahirkan. Air susu tak keluar, kekok nak menyusukan bayi.. itu perkara biasa. Apa yang penting, kita kena sentiasa positif. Cikla ingat lagi misi yang bagi speech pasal breastfeeding cakap, nak menyusukan baby kita kena sentiasa positif. Sebab ia memang mempengaruhi. Jangan fikir "aku takde susu, aku tak boleh nak susukan baby"... asyik tak boleh, tak boleh, tak boleh.... last2 memang tak bolehlah jawabnya.

Orang yang paling dekat dengan isteri, terutamnya encik suami pun kena selalu bagi dorongan pada isteri. Cakap pada isteri kata-kata positif, so that si isteri taklah rasa itu satu kekurangan pada diri dia. Sekurang-kurangnya dia dan kita (sebagai orang yang paling dekat dengan dia) dapat terima "kekurangannya" itu.... Yang paling penting jangan biarkan isteri merasa keseorangan dan "bersendirian", so that mereka akan mudah "terbuai" oleh perasaan mereka sendiri dan mulalah fikir yang bukan-bukan. (Syaitan mula menghasut). Orang ddalam pantang ni jiwanya mudah tersentuh... Kalau boleh orang yang dalam pantang ni tak boleh sedih-sedih, kena selalu happy... sebab takut nanti meroyan.... 

Cikla share kisah ni bukan nak bukak aib sesiapa, tapi sekadar nak kongsi pengajaran dan tauladan daripada cerita ini. Semoga kisah di atas menjadi pengajaran pada kita semua... 


Sumber : Harian Metro.

Alhamdullilah, semakin ramai artis yang bertudung.

October 26, 2015 2 Comments
Assalamualaikum wbt....

Alhamdullilah, semakin ramai artis yang bertudung. | Sekarang ni kita tengok semakin ramai artis aka retis wanita yang memakai tudung. Alhamdullilah, walaupun ada sesetengahnya baru belajar-belajar nak pakai, bagi cikla itu satu perubahan yang baik. Apa yang penting sentiasa istiqamah dan ikhlas. Jangan niat bertudung sebab fesyen atau trend, tapi niat memang ikhlas dan nak tutup aurat dengan sempurna. Berikut antara retis-retis comel yang sudah bertudung....


Erra Fazira.

Ziana Zain.

Neolofar.


Elfira Loy

Wawa Zainal.


Cikla harap lebih ramai lagi retis yang berhijrah mengenakan hijab. Semoga Allah merahmati niat mereka dan terus kekal dengan imej ni sampai bila-bila. InshaAllah. Yang tak retis pun, semoga kita juga akan terus istiqamah dalam melakukan kebaikan...  Amin..... Oklah, thank for reading. Sekian dulu. Wassalam....


Kredit gambar : Internet.

Resepi mudah masak paprik ayam.

October 26, 2015 0 Comments
Resepi mudah masak paprik ayam. | Assalamualaikum wbt. Hai korang, pepagi lagi cikla dah up resepi. Mana tau kot-kot bagi idea kat korang nak masak lunch nanti. Kali ni cikla nak share resepi mudah masak paprik ayam.. Memang senang resepi ni, main campak-campak je. Kejap je nak buat, sedap pun sedap. 

Dah-dah, jom kita tengok bahan-bahannya dulu. Bahan-bahan ni ikut cikla sebab cikla kan tak ramai.

Resepi mudah masak paprik ayam.


Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam (potong kecil).
1 biji bawang merah (dihiris).
2-3 ulas bawang putih. (dihiris).
2-3 sudu besar cili giling.
1/2 cawan sos cili.
1/2 cawan sos tiram.
1 mangkuk kacang panjang.
1 mangkuk carrot.
2 batang serai (diketuk).
1 helai daun limau purut ( optional).
Minyak, garam, gula dan perasa.

Cara nak buat pulak:

Panaskan minyak dan tumis bahan dihiris sampai kekuningan. Masukkan cili giling dan tumis sampai garing. Selepas itu, masukkan sos cili dan sos tiram, kacau dan biar sampai pecah minyak, lepas tu masukkan serai dan daun limau purut. Kemudian, masukkan ayam dan sedikit air. Biar sampai menggelegak. 

Bila ayam separuh masak, masukkan sayuran dan tutup kuali sekejap. Kalau korang nak tambah sayuran lain macam baby corn dan kacang peas. Bila sayuran empuk, masukkan garam, gula dan perasa. Biarkan seketika. Bila kuah dah pekat, tutup api dan bolehlah diangkat. 

Inilah hasilnya. Nampak menyelerakan kan?

Resepi mudah masak paprik ayam.

Macam mana? Senang kan.. makan dengan nasi putih dan telur dadar.. perghhh memang terangkatlah. Selamat mencuba. 

24 October 2015

segmen: saya sayang blog saya

October 24, 2015 3 Comments
Assalamualaikum wbt.....

segmen: saya sayang blog saya | Jom join segmen ni.. Nak join klik banner...



 http://www.ayuinsyirah.my/2015/09/segmen-saya-sayang-blog-saya.html


Syaratnya pun senang je....

1. macam biasa mana yg belum jadi follower ayu ...sudi2kan la jadi follower ayu yer...takde paksaan..
2. kalau nak like pages ayu pun di alu2kan..
3. buat tajuk " segmen: saya sayang blog saya "
4. macam biasa... letakkan banner diatas yer...simple je..hehee..nanti backlink kan ke entry ni yer..
5. dah siap...boleh hantar...hehehe....letakkan link entry kawan2 kat ruangan komen dibawah yer...


Oklah, join tau.... Kita support Adik Ayu kita ni... Sekian dulu, wassalam......

-TAMAT SUDAH-

Jerebu datang lagi...

October 24, 2015 0 Comments
Assalamualaikum wbt....

Jerebu datang lagi... | Hai lah jerebu... datang lagi kau ya... ermmm... minggu ni je 4 hari budak-budak bercuti sekolah... semalam baru sekolah. Hari ni cikla tengok jerebu macam dah tebal balik... tadi siang cikla pergi kenduri kawin kat tempat cikla, baru kejap kat luar dah macam sesak ni nafas.. huhu... nak buat macam mana, kenduri kena pergi jugak, dah jiran kan.... kang tak kenal jiran haru pulak dibuatnya... hehe...








Gambar tu masa cikla bawak kakak ika dengan adik ammar pergi klinik tempoh hari. Biasalah dua beradik tu batuk selsema and macam nak semput. Dengan cuaca berjerebu sekarang ni.. memanglah mudah kanak-kanak nak kena batuk... itu pun cikla tak bagi diaorang main kat luar rumah....








Gambar yang ni pulak (dua gambar tu masa berbeza, rasanya selang dua minggu) masa kakak ika terpaksa amik gas sebab batuk kuat sangat. Kakak ika ni kalau batuk kuat sangat, mulalah macam nak semput. Lagipun, dia memang ada asma...

Korang kalau nak keluar dari rumah jangan lupa pakai mask. Lagi elok duduk rumah je kalau betul-betul takde urusan yang memerlukan kita keluar rumah. Bahaya tau. Tapi, dekat indonesia lagi kesian. Dengan ipu yang memang tinggi giler (latest yang cikla tau kalau tak silap >2000), macam manalah diorang nak bernafas kan? Syukurlah, walaupun negara kita ni berjerebu, tapi belum sampai tahap macam diaorang... Apa yang penting kita kena sentiasa peka dan prihatian dengan mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan kesan jerebu yang teruk....

Oklah, thanks for reading. Sekian dulu, wassalam.....

23 October 2015

Wabak kepialu...

October 23, 2015 2 Comments
Wabak kepialu... | Assalamualaikum wbt. Sekarang ni heboh dikatakan wabak kepialu melanda kawasan lembah klang. Saban hari ada saja berita pasal ni di dalam paper. Berikutan dengan penularan wabak ni, pegawai dari jabatan kesihatan telah mempergiatkan lagi usaha membanteras kedai-kedai makan untuk memeriksa tahap kebersihan kedai termasuklah dalam pengurusan makanan.

Untuk pengetahuan korang, demam kepialu yang tak diubati akan sembuh dalam masa 4 minggu. Pesakit yang dijangkiti wabak ni akan menunjukkan tanda jangkitan dalam 3 - 56 hari selepas dijangkiti oleh bakteria tersebut.

Wabak kepialu...


Bakteria apaan tu sih? Itu adalah bakteria Salmonella thypi. Ia biasanya terdapat dalam air yang kotor termasuklah dalam penyediaan makan yang tak bersih. Antara tanda-tanda demam kepialu adalah:-

  1. Mengalami demam dengan suhu yang tinggi iaitu 39°C - 40°C.
  2. Mengalami sakit kepala, sakit bahagian otot, dan sakit seluruh badan.
  3. Mengalami cirit-birit dengan najis berwarna hijau macam sup kacang hijau.
  4. Timbul ruam pada kulit.


Selepas beberapa hari, cirit-birit akan hilang dan pesakit dan berhenti terus dari membuang air besar. Walaupun demam ini akan sembuh, kita tak boleh pandang ringan jugak. Apa yang penting kesedaran kita terhadap kebersihan makanan yang akan kita makan dan tempat kita dapatkan makanan tersebut. Jangan sambil lewa kerana mungkin kita juga akan menjadi mangsa. Beringat sebelum kena.

Berikut merupakan langkah-langkah pencegahan terhadap penyakit ini....

Wabak kepialu...
Wabak kepialu... 

Kepada para peniaga makanan tak kiralah yang menjaga di kedai-kedai, warung-warung malah gerai-gerai sekalipun, jangan fikir nak untung aje. Sepatutnya tahap kebersihan makanan dan persekitaran tempat korang menyediakan makanan dan berjualan mestilah bersih. Jangan nak sambil lewa je, lagipun mereka bayar kan, bukannya free. Patutnya layanan semestinya baik, baru pendapatan tu berkat.

Pada korang semua berhati-hati kalau nak makan kat luar tu. Pastikan kedai yang kita nak masuk tu betul-betul bersih. Kalau cikla, sebelum cikla nak makan kat sesebuah kedai tu cikla tengok keadaan singkinya dan lantai kedai. Kalau singkinya bersih berkilat-kilat putih-putih melati, confirm bersih kedai tu. Lagi satu kalau lantainya bersih, sampah pun takde pun menunjukkan pemilik kedai tu pembersih. Itu cara cikla lah. Tapi, kalau korang rajin boleh jugak korang jenguk kat dapur diaorang bersih ke tak. Hehehe.


Kredit gambar : facebook Kementerian Kesihatan Malaysia.

Drama pilihan : Dhia Sofea (Slot Samarinda TV3).

October 23, 2015 0 Comments
Assalamualaikum wbt....

Drama pilihan : Dhia Sofea (Slot Samarinda TV3). | Hai hai.... rasanya untuk entri pertama mengenai drama pilihan ni yang cikla nak share dengan korang ni adalah drama Dhia Sofea, menggantikan drama sebelum ni, Bukan Isteri Sempurna. (Cerita ni pun best gak). Ini bolehlah dikatakan drama best pilihan cikla... Drama ni adalah dari slot Samarinda TV3 yang bersiaran pada pukul 10 malam setiap hari Rabu dan Khamis.

Memang best drama ni. Episod awal yang cikla tengok pun dah suspen dah dan setiap adegan memang sentiasa membuatkan penonton tertanya-tanya apa yang akan berlaku seterusnya. Para pelakonnya pun best jugak... Gandingan pelakon lama dan baru memang mantaplah.... Oklah, jom kita review sikit drama ni....




Tajuk Drama : Dhia Sofea (15 Episod).
Pengarah : Rashid Sihir.
Pelakon : Amyra Rosli (Dhia Sofea), Fadlan Hazim (JJ), Syafiq Kyle (Din), Syarifah Haslinda (Dolly), Maria Farida (Lorena), Datuk Eizlan Yusof (Mahadi), Norlia Ghani (Mak Yam), Raja Ema (Cik Non).

Ringkasan drama :

Ia mengisahkan tentang Dhia Sofea yang mencari ibu dan bapa kandungnya selepas dia mengetahui yang dia hanya anak angkat kepada Mak Yam. Mak Yam membesarkan Dhia macam anak sendiri di samping Din seorang pemuda yatim piatu yang turut menumpang kasih Mak Yam. Din sebenarnya menyimpan perasaan terhadap Dhia tapi tak meluahkan rasa hatinya kerana Dhia balik ke kampung bersama teman lelakinya, JJ. Sebagai bukti untuk mencari ibu dan bapa kandungnya, Dhia hanya mempunyai seutas rantai berhuruf "M" yang ditinggalkan bersamanya semasa dia masih bayi dulu. Sehinggalah dia terjumpa sekeping gambar lama di rumah JJ semasa hadir ke parti hari jadi JJ. Sejak itu, Dhia mula mencari alasan untuk mendekati Lorena kerana JJ memberitahu Lorena adalah ibunya. Berjayakah Dhia mencari siapa ibu bapa kandungnya??? Tak sabar nak tau ending nya kan...Jengg jenggg jennggg....

Wah... memang suspen kan?? Lagipun, cerita ni best sebab cikla rasa ada Sharifah Haslinda... Dah lama tak tengok dia berlakon.... tetap macam dulu..  mantap... pelakon lain pun best jugak...

Oklah korang, kalau korang ada masa, tengoklah drama ni... best gitu.... (dah berapa kali cikla cakap best kan... hehe)... Thanks for reading.... sekian dulu, wassalam.....


Sumber : KOSMO!
Kredit gambar : sini

Pelancong berbogel lagi?

October 23, 2015 0 Comments
Pelancong berbogel lagi? | Assalamualaikum wbt... Huh, biadap sungguh mereka ni. Kalau sebelum ni isu 10 orang pelancong Eropah yang berbogel di South Peak, Gunung Kinabalu pada 30 Mei lepas. Kesemua mereka dah pun dihadapkan ke mahkamah dan diusir keluar dari Sabah setelah membayar denda. Sekarang ni pulak dah. Apa nak jadilah dengan diaorang ni. Dah lah datang negara orang, pastu tak beradab. Berkelakuan tak senonoh macam ni.

Ceritanya begini, ia dipercayai berlaku di sebuah pulau di Semporna, Sabah. Perkara ni dah jadi viral pun. Mereka (lelaki dan perempuan) didakwa berbogel di tepi pantai pulau itu. Berdasarkan siasatan awal oleh pihak berkuasa, gambar tersebut mungkin di rakam sekitar tahun 2014 sehingga 2 minggu lepas. Dan ia dipercayai dilakukan oleh pelancong dari China untuk simpanan peribadi katanya...


Pelancong berbogel lagi?
Pelancong berbogel lagi. Sumber KOSMO!


Haiyoooo.... kalau ia pun untuk simpanan peribadi, agak-agaklah sikit. Ambil gambar di khayalak ramai kot. Walaupun maybe time tu memang geng-geng diaorang aje kat situ, tapi itu kan kat tengah tempat terbuka. Kalau tempat tertutup lainlah ceritanya kan... Entah apa-apa entah tabiat macam ni.

Sepatutnya mereka yang datang melancong ke negara kita patut tahu adab-adab bila berada di tempat orang. Macam tu jugak kalau kita pergi melancong ke tempat orang. Tata susila dan perilaku tu kena jaga. Lagipun, kalau kita ke tempat orang, kita bawak sekali identiti negara. Kalau dah macam ni gayanya, memang ke "cop" je la... pelancong lain yang ok pun kena tempias gak dek kerana perangai segelintir mereka yang berperangai tak senonoh....

Pringatan dan pengajaran untuk kita semua... 


Sumber : KOSMO!

Segmen Blogwalking YanieYusuf.com.

October 23, 2015 5 Comments
Assalamualaikum wbt....

Segmen Blogwalking YanieYusuf.com. | Jom join segmen ni. Boleh kita blog walking sesama rakan blog... Di samping kita dapat baca entry best, boleh merapatkan ukhwah jugak... Macam biasa, nak join klik je banner comel tu....



 http://www.yanieyusuf.com/2015/10/segmen-blogwalking-yanieyusufcom.html


Syarat pun senang je...
  1. Follow blog YanieYusuf
  2. Add google+ YanieYusuf
  3. Buat satu entry bertajuk : Segmen Blogwalking YanieYusuf.com
  4. Copy banner diatas dan backlink kan ke entry segmen ini
  5. Copy url entry korang dan pastekan di ruangan komen entry ini.
Selamat bersegmen semua... Happy blog walking... Oklah, sekian dulu.... Wassalam....

-TAMAT SUDAH-

22 October 2015

Ketagih makan span pinggan?

October 22, 2015 2 Comments
Ketagih makan span pinggan? | Assalamualaikum wbt... Apa? Makan span pinggan. MasyaAllah, dah tak benda lain ke nak makan? Span pinggan dimakannya. Macam-macam perangai manusia ni. Sebenar cerita ni cikla baca di akhbar KOSMO! keluaran isnin lalu. Tergerak pulak nak belek-belek paper lama... tu yang baca kisah ni tu...


Ketagih makan span pinggan?
Ketagih makan span pinggan. Sumber KOSMO!


"Al-kisahnya ia berlaku di Britain. Seorang wanita dikatakan mempunyai tabiat makan yang pelik iaitu suka memakan span pinggan yang direndam bersama cecair pencuci pinggan....." 

Hahaha.... Hambik kau... satu package lagi, span pinggan bersama pencucinya.... Dah la span tu dah tentu-tentu bahan takde khasiat (sapa aje nak makan span kan?), pastu add-on pulak cecair pencuci pinggan yang sememangnya chemical.. adoiii... bahaya betul....

Menurut wanita ni jugak, span itu akan direndam semalaman bersama cecair pencuci tersebut (perisa epal lagi.. haha). Sebelum dia nak membaham span tu, yang bahagian atas hijau tu dia buang dulu (Tau pulak dia buang yang keras tu, ingat di makannya sekali... huhu). Lepas tu, apa lagi di kunyahnya macam makan kepsi lagi. Kruuppp kraaappp kruuuuppp kraaapppp.... huhuhu.... 

Apa dia tak tau ke yang perbuatan dia tu boleh mengundang bahaya, iaitu tekaknya mungkin boleh dijangkiti kuman dan perutnya terdedah kepada penyakit lain.... ish ish ish.... Pelik jugak kan, katanya wanita ni dah start makan span ni since dia 3 years old.... Sekarang ni dia berumur 23 tahun... Apakah??? Mungkin sekarang dia belum dapat kesan lagi, tengoklah dalam jangka masa panjang nanti... macam-macam penyakit yang timbul.... huhu.....

Macam-macam hal kan? Pelik sungguh.... 


Sumber : KOSMO!

20 October 2015

Masak tumis betik muda remaja...

October 20, 2015 4 Comments
Masak tumis betik muda remaja... | Assalamualaikum wbt. Amboi, nama resepi kemain lagi. Yang belakang tu cikla saja tambah sendiri. Hehe. Sebelum tu nak tanya, korang pernah tak makan menu ni. Selain dari masak ni, betik jugak sesuai dimasak rebus je. Macam masak bening la kata orang jawa. Resepi ni cikla dapat dari biras cikla. Oklah, kita terus ke bahan-bahannya dulu. 

Masak tumis betik muda remaja...


Bahan-bahan :

1 biji betik sederhana besar.
1 biji bawang merah (dihiris).
1-2 ulas bawang putih (dihiris).
1 sudu cili giling. Lagi bagus cili kering ditumbuk. Kepedasan ikut suka. Nak pedas lebihkan cili kering.
Sedikit ikan bilis/udang kering (ditumbuk).
Sedikit belacan (optional).
Santan pekat.
Minyak untuk menumis.
Garam, gula dan perasa.

Sekarang caranya pulak....

Kupas betik dan bersihkan. Kemudian, sagat betik, jangan halus sangat. Dah siap ketepikan. Panaskan minyak dan tumis bahan dihiris sampai kekuningan. Lepas tu, masukkan ikan bilis/udang kering dan belacan, biar sampai garing. Then, masukkan cili kemudian masak sampai cili garing. Lepas tu masukkan betik tadi dan santan pekat. Kalau pekat sangat, masukkan sedikit air. Biarkan sekejap, dan masukkan garam, gula dan perasa. Gaul sebati dan biarkan sampai masak. Jangan masak lama sangat sebab nanti betik jadi lembik sangat tak sedap.

Dah siap, inilah hasilnya.... 

Masak tumis betik muda remaja...
Masak tumis betik muda.

  Selamat mencuba... ❤❤❤


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.