10 watak kartun popular di kalangan budak-budak.

By Cikla Shahril - October 29, 2015

Cikla ni dah kenapa cerita pasal kartun lak ni. Huhu. Ala, korang janganlah begitu. Cikla saja nak share 10 watak kartun  popular di kalangan budak-budak. 

Tapi, jangan terkejut pulak kalau bapak budak dengan mak budak pun minat tengok cerita kartun gak, ahaksssss. 

Sebelum tu cikla nak tegaskan perkongsian ni hanya sebagai hiburan ringan, eceehhh. Saja share suka-suka.

Ermmm, kalau cerita bab kartun ni, budak-budak dah memang kegemaran mereka. Kalau anak cikla, nak-nak pulak time cuti sekolah kan banyak rancangan kartun kat tv, haaa siaplah memang tak boleh nak tengok cerita lain. 

Start bangun tidur sampailah ke petang, kartun kartun kartun aje. Adoi, pasrah ajelah ibunya ni.

Oklah, berbalik pada topik kita, cikla senaraikan 10 watak kartun popular di kalangan budak-budak.

Top list, watak Tom dari rancangan Tom & Jerry. 

Ala kartun kucing dengan tikus yang asyik bergaduh tu. Pantang jumpa, bercerekau aje, hehe. Anak cikla pun memang suka tengok cerita ni. 

Kalau korang nak tau Tom & Jerry ni mula dihasilkan pada tahun 1946, dan telah disiarkan selama 60 tahun. Wah, lamanya. Memang legend lah kartun ni. 

Watak si tom (kucing) yang selalu gagal nak tangkap si jerry (tikus), dan akhirnya dia yang terkena balik memang mencuit hati budak-budak dengan gelagat mereka.

Kedua, watak kartun Bugs Bunny dari rancangan Looney Tunes. 

Haaa, ni pun watak kartun kesukaan anak cikla. Dialog paling popular si arnab ni adalah "what's up doc?" Bugs Bunny adalah watak seekor arnab kelabu yang suka makan lobak dan suka menipu orang lain.

Ketiga, watak Scooby Doo dari rancangan Scooby Doo Show. 

Scooby Doo adalah seekor anjing yang selalu membantu rakannya, Shaggy, Fred, Daphne dan Velma. Rasanya rancangan kartun ni masa time cikla muda remaja dulu, hehe.

10 watak kartun popular di kalangan budak-budak.
10 watak kartun popular di kalangan budak-budak.
Popeye the sailorman.  

Keempat, watak popeye dari rancangan Popeye the Sailorman. 

Wah, kalau kartun ni popular jugak masa cikla kecik-kecik dulu. Popeye ni seorang lelaki serba boleh yang sentiasa nak memikat hati Olive Oyl, tapi sering dihalang oleh Bluto. 

Kalau hadapi masalah dan jalan buntu, dia akan makan spinach dan menjadikan dia lelaki terkuat di dunia. kelakar kan?

10 watak kartun popular di kalangan budak-budak.
10 watak kartun popular di kalangan budak-budak.
 The Flintstones. 

Kelima, watak Fred dari rancangan the flintstones. 

Mesti korang ingat cerita ni. Dialog paling tak boleh lupa adalah "yabadabadoooooooo", hehe. The flintstones adalah mengisahkan kisah pengembaraan sebuah keluarga pada zaman batu, di mana Fred dan isterinya Wilma hidup berjiran dengan kawan baiknya, Barney Rubble dan Betty Rubble.

10 watak kartun popular di kalangan budak-budak.
10 watak kartun popular di kalangan budak-budak.
Mickey Mouse and friends.

Keenam, watak Mickey Mouse dari rancangan Mickey Mouse. 

Watak ni masih menjadi favourite sejak ia dicipta oleh Walt Disney pada tahun 1928 sampailah sekarang. Mickey Mouse adalah seekor tikus yang sentiasa happy dan mempunyai gf bernama Minnie Mouse serta beberapa kawan baik iaitu Donald Duck,  Pluto dan Goofy. Comel je Mickey ni tau.

Ketujuh, watak Swats Kats dari rancangan Swat Kats. 

Kalau kartun ni memang cikla tak pernah tau lah pulak sebab ni baru tau. Hehe. Dikatakan ia mempunyai dua watak iaitu T Bone dan Razor yang mempunyai misi untuk menegakkan keadilan yang disebabkan oleh penjenayah utama, Dark Kat. Ni kira cite lawan-lawanlah kot.

10 watak kartun popular di kalangan budak-budak.
10 watak kartun popular di kalangan budak-budak.
Dragon Ball Z. 

Kelapan, watak Goku dari rancangan Dragon Ball Z. 

Kalau citer ni memang adik cikla yang "tua" tu pun layan jugak. Suami cikla pun suka gak tengok (cite Conan dengan Naruto pun sama). Rancangan anime berasal dari Jepun ni mengisahkan tentang perjuangan mendapatkan bola ajaib. Goku mahir dalam seni mempertahankan diri dan dia perlu mempertahankan bumi dalam pengembaraannya mencari bola ajaib itu "dragon ball ada tujuh biji semuanya", hehe.

Kesembilan, watak Dexter dari rancangan Dexter's Laboratory. 

Kalau rancangan ni pun cikla tak pernah tengok. Dexter adalah seorang kanak-kanak yang gemarkan sains dan dia mempunyai lab sendiri di rumahnya untuk melakukan macam-macam eksperimen. Genius budak ni, hehe.

Lastly, watak Choota Bheem dari rancangan Choota Bheem. 

Watak ni mengisahkan karekter dari mitos india, Mahabrata dan terkenal sebagai seorang anak yang licik. Kalau kartun ni pun cikla tak tau pun.

Nampaknya watak kartun upin-ipin, dan doraemon takde dalam list. Maybe ni mostly toplist untuk kanak-kanak seluruh dunia kot. Tapi, kalau upin ipin memang favourite budak-budak kat Malaysia ni. Bak kata si upin, "betul betul betul".

Sumber : Ruangan dunia top 10, (HarianMetro). Kredit gambar : Internet.

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. sy minat popeye kot..haha

    ReplyDelete
  2. Semua sha minat kecuali Swats Kats, Dexter ngn Choota Bheem.. Nie x pernah tengok..

    ReplyDelete