Nyah kau perut buncit!

By Cikla Shahril - October 02, 2015

Antara perkara yang ditakuti oleh perempuan ada perut buncit (kalau lelaki no hal punya. Hehe). Kalau korang nak tau, biasanyalah kan perempuan yang pernah melahirkan anak berisiko (amboi risiko lagi, haha) mengalami perut buncit. Tapi, jangan tak tau, single women pun boleh alaminya jugak tau.

Selain dari ubat-ubatan dan teknologi moden yang boleh digunakan untuk mengempiskan perut, sebenarnya banyak petua yang boleh kita guna pakai untuk mengatasi masalah ni.  Apa yang penting, kita amalkan secara konsisten dan kerap. InshaAllah, hasilnya pasti tak mengecewakan. Hanya dengan menggunakan bahan-bahan alami kita boleh dapat perut yang diimpikan.

Nyah kau perut buncit!
Nyah kau perut buncit! Kredit Google. 

1. Kapur dan limau nipis. Kalau petua ni memang cikla ada buat masa dalam pantang ketiga-tiga anak cikla. Biasalah berpantang dekat umah mak, apalagi kenalah buat. Caranya pun senang je, hanya campurkan kapur dengan perahan air limau nipis dan sapukan pada seluruh perut. Bila ia agak kering,  baru pakai bengkung. Buat setiap hari, inshaAllah perut cepat kempis, malah kesan strechmark juga turut berkurangan. Kulit pun makin cerah. Cikla akui memang berkesan.

2. Lemon dan pudina. Caranya amat mudah iaitu lemon dipotong nipis bersama kulitnya. Kemudian, perap lemon bersama daun pudina semalaman. Minum air campuran ni pada keesokkan paginya. Ia juga merupakan natural detoks yang dapat menyingkirkan toksin dan extra lemak, so that sistem percernaan jadi bagus.

3. Teh halia. Caranya yang mudah iaitu, rendam teh dan letak gula perang. Kemudian, hiris halia (atau tumbuk kasar) dan campurkan ke dalam air rendaman teh. Tutup bekas teh dan biarkan sekejap untuk mixed all the ingredients. Amalkan setiap hari kerana ia dapat membantu membuang angin, membakar lemak dan semestinya mengempiskan perut. Kalau korang mengalami sembelit pun elok amalkan teh halia ni. Ohsem.

4. JANGAN tidur lepas makan. Tabiat ni bukan saja buat kita lagi gemuk dan perut pun buncit. Ia juga membuatkan wajah jadi kusam dan badan jadi lesu/letih. Lagi satu, sebelum nak tidur (malam) jangan makan. Ingat tau. 

5. Kurangkan makanan/minuman manis. Gantikan makanan manis dengan snek sihat macam buah-buahan dan banyakan minum sky juice (air putih laaa. Hihi).

6. Air asam jawa. Air asam jawa dididihkan bersama lidah buaya (alo vera) dengan api kecil. Bila pekat, matikan api dan biarkan ramuan sejuk. Dah sejuk, sapukan ramuan perut dan amalkan 3 kali seminggu dan lihatlah hasilnya.

7. Minyak kelapa. Pati santan dimasak sampai jadi minyak. Biarkan sejuk dan simpan dalam botol, dan sapukan minyak pada perut sekerap yang boleh, kemudian biarkan selama 10-15 minit. Selepas itu, bolehlah dibilas dengan air bersih.

Tapi kan pada pendapat cikla, apa yang penting semuanya mestilah dilakukan secara konsisten. Jangan nanti kejap buat kejap tak buat. Memanglah tak akan dapat hasil yang kita nak. Betul? Selamat menjalani diet sihat. Sama-samalah kita mengempiskan perut. 

Sumber dari MW (ruangan tips cantik). 

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments