Petua lembutkan isi ayam tua/kampung.

By Cikla Shahril - October 01, 2015

Hai korang, cikla nak up entri yang berkaitan dengan petua-petua tak kira petua di dapur, petua kecantikan atau kesihatan. Tak salah kan kita  share info yang bagus, sekurang-kurangnya dapat tambah ilmu jugak. Petua-petua ni cikla dapat dari pembacaan dan ada jugak petua dari keluarga cikla sendiri terutama emak cikla tersayang. So, cikla nak share petua macam mana nak lembutkan isi ayam tua/kampung.

Ada orang lebih suka makan ayam kampung dari ayam enjit ni (bak kata abah cikla). Tapi, nak memasak ayam ni perlu kesabaran yang tinggi nak-nak pulak kena tunggu masa yang agak lama untuk mengempukkan isi ayam.

Petua lembutkan isi ayam tua/kampung.
Petua lembutkan isi ayam tua/kampung. Sumber Google.

Sebenarnya banyak petua yang cikla dengar kalau nak lembutkan isi ayam tua/kampung ni, tapi apa kata korang cuba petua ni pulak. Petuanya adalah, ambil 4 biji buah kurma dan rebuskan kurma tersebut bersama ayam tadi sampai isi ayam lembut.

Senang kan petuanya? Lagipun, buah kurma pun senang nak dapat. Selamat mencuba.

  • Share:

You Might Also Like

7 Comments

  1. salam,akak tag cikla dalam giveaway .jom join..

    http://mamadarwiish.blogspot.my/2015/09/fuyooo-giveaway-by-mama-darwiish.html

    ReplyDelete
  2. petua yang bagus. Yelah ayam kampung ni rasa dia lebih sedap. Mak saya banyak bela ayam kampung. Perasan kat biodata cikla ni kita sama tarikh lahir..

    ReplyDelete