Resepi daging masak serai ala emak.

By Cikla Shahril - October 03, 2015

Masih mood raya korban lagi ke? Bila bukak peti ais, masih ada lagi baki daging korban yang belum dimasak lagi. Puas fikir nak masak apa. Ermmm, nak masak daging ni bukan apa, kena amik masa sikit nak mengempukkan dagingnya. Kang liat daging patah pulak gigi. Hehe.

Kebetulan, hari ni cikla balik umah mak. So, cikla bawak la sekali daging mentah yang belum dimasak. Apa lagi, nak suruh mak masak la. Air tangan maklah yang paling sedap di semesta alam. Amboi, ni bodek ke apa ni? Tapi, betullah. Memang air tangan maklah yang paling sedap walaupun hanya telur dadar. Nyummmmy. Oklah, cikla nak share satu resepi sedap dan yang penting mudah disediakan.

Bahan-bahan:

1 kilo daging.
1 kotak santan pekat.
3 helai daun limau purut. (buang tulang tengah).
2 helai daun kunyit (buang tulang tengah dan disiat-siat).
Minyak untuk menumis.
Garam, gula dan perasa.

Bahan kisar: 

20 tangkai cili kering.
2 biji bawang besar.
3 ulas bawang putih.
1 inci halia.
10 batang serai. (Kalau untuk ayam, 10 batang untuk seekor ayam).

Cara-cara: 

Potong daging kecik-kecik, kemudian rebus sampai empuk. Air rebusan daging jangan dibuang. Perap daging dengan kunyit sekejap, dan ketepikan. Kemudian, panaskan minyak, tumis bahan kisar sampai garing dan naik bau. Masukkan daging, gaul dan biarkan kecut. Selepas tu, masukkan air rebusan daging dengan santan, daun kunyit dan daun limau purut, kemudian biarkan kering. Kalau tak nak kering sangat, nak berkuah sikit pun boleh. Masukkan garam, gula dan perasa. Kacau sekejap, dan angkat. Inilah hasilnya.

Resepi daging masak serai ala emak.
Resepi daging masak serai ala emak.

Tengok, senang kan. Cikla tak taulah kalau resepi ni popular atau tak, tapi ni memang resepi kegemaran keluarga kami. Selamat mencuba. 

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments