Suka melancong? Memang banyak manfaatnya.

By Cikla Shahril - October 27, 2015

Korang suka melancong tak? Siapa yang tak suka, ye tak? Lagi-lagi kalau melancong luar negara. Wow, bestnya. Sebenarnya melancong ni memang banyak manfaatnya. 

Selain dari ia memberi pengalaman baru pada kita, ternyata banyak lagi kebaikan yang kita boleh dapat dari melancong ni. Korang nak tau tak yang melancong ni boleh membuatkan kita rasa bahagia sangat. 

Lebih-lebih lagi dari segi hubungan kekeluargaan yang menjadi lebih erat. Meh cikla nak kongsi apakah sebab mengapa cikla kata melancong ni membahagiakan.

Suka melancong? Memang banyak manfaatnya.
Suka melancong? Memang banyak manfaatnya. Kredit Google. 

Melancong membuatkan kita rasa lebih menghargai, sebab contohnya kalau kita pergi melancong tanpa famili, kita mesti mahu menelefon famili kita untuk bagitau yang kita lakukan. 

Tak kiralah pengalaman manis atau pahit, mesti kita rasa tak sabar nak ceritakan dengan famili kita. Betul tak?

Inilah masanya kita "bebas" dari pengaruh internet sebentar. Tapi tak jugak kan, ada orang mesti nak update selalu apa yang dia lakukan nak-nak pulak time dia melancong. 

Ermm, apa kata kita lupakan sekejap media sosial tu. Lebih baik korang ambil peluang menikmati keindahan alam semulajadi dengan tenang dan pastinya pengalaman yang tak akan dilupakan. Tapi, kalau nak amik gambar kenangan tak salah kot, tapi berpada-pada tau.

Selain itu, inilah masa untuk diri-sendiri. Kalau sebelum ni kita sibuk dengan hal kerja dan "orang lain", apa kata ambil peluang ni "bernafas" untuk melepaskan tekanan atau "keletihan" yang kita alami. Tenang sikit jiwa, ye tak? 

Kita tau kalau dah pergi melancong, dah tentu macam-macam pengalaman yang kita dapat. Pengalaman lucu, aneh, pahit dan manis mesti ada punya lah. Nanti bila balik dari bercuti, dah tentu kita ceritakan semua pengalaman ni kat kawan-kawan atau keluarga kita. 

Lagipun orang cakap apabila kita membuat orang lain keluarga akan meningkatkan sikap percaya diri. So, jangan simpan pengalaman itu, ceritakan ia.

Last sekali, melancong dah tentu meninggalkan kenangan terindah pada kita. Dah tentu untuk kesan jangka masa panjang. 

Ini kerana, pengalaman bercuti mampu meningkatkan kemampuan dan percaya pada diri, cara pandangan yang berbeza dan semestinya kita akan mendapat kawan baru. 

Lepas tu, kita pun, plan nak pergi bercuti lagi, betul tak?

Mungkin sesetengah orang menafsirkan makna melancong ni dari sudut berbeza-beza. Tapi, apa yang pasti ia tetap akan memberikan pengalaman baru yang tak mungkin kita lupakan.

Selamat melancong.

Sumber :  Metro.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments