Jangan ingat semua perempuan malas ye!

By Cikla Shahril - November 03, 2015

Sebelum tu cikla nak tanya, korang setuju tak dengan statement seorang hamba Allah ni.

Jangan ingat semua perempuan malas ye!
Jangan ingat semua perempuan malas ye! Kredit gambar : Facebook.com.

"Lelaki yang pandai masak pandai mengemas rumah pandai basuh baju pandai, pandai lipat baju adalah idaman perempuan malas." 

Helloooooo, tak baik tau buat statement macam tu. Bagi cikla, cikla memang tak setuju dengan apa yang dikatakan oleh dia. 

Dalam rumah tangga, seharusnya suami isteri haruslah saling bantu membantu. Sebenarnya ada suami yang tau serba sini ni bagus sebab kita boleh menggunakan kemahiran mereka ni di masa-masa kecemasan. 

Sebab apa cikla cakap masa kecemasan kan, contohnya, kalau isterinya bersalin dan berpantang, si suami tak kekok nak menggantikan tempat isteri dengan melakukan semua kerja rumah sepanjang isteri berpantang. 

Cuba bayangkan kalau suami goreng telur pun hangus, masak nasi hangit, kan dah payah. Tak kan nak harapkan orang lain kot. 

AwayCuba kalau suami tau semuanya, walaupun takdelah bagus mana, kan senang sikit kerja isteri, sekurang-kurangnya dia berusaha nak membantu apa yang patut.

Lagi satu, kalau yang pasangan ni ada anak ramai, nak-nak pulak setahun sorang, berderet gitu, tak mustahil nanti dalam masa yang sama, ada yang menangis yang susu, ada yang menangis nak makan, ada yang menangis nak tidur dan macam-macamlah. Takdelah si isteri tunggang-langgang nak buat semuanya tu sorang-sorang.

Itu sebab kalau ada suami yang tau serba-serbi, sekurang-kurangnya dia dapat membantu isterinya. 

Tak dapat bantu semua, bantu separuh kerja pun dah ok. time tu jugak kita boleh tengok si suami ni pandai uruskan anak atau tak, betul tak? 

Jangan sebelum ni asyik harapkan isteri yang buat semua, nah sekarang tengok suami pulak buat, apa macam? Hehehe.

Cikla pun tak paham kenapa hamba Allah ni boleh terpikir macam tu sekali. Macam lelaki, dah tentu dia nakkan isteri yang tau buat itu ini, pandai masak, pandai kemas rumah, pandai jaga anak. 

So, samalah macam perempuan. Tapi kalau dah suaminya tak pandai nak buat, sekurang-kurangnya si suami tu berusahalah nak belajar buat. Isteri pun dengan senang hati nak tunjuk, betul tak?

Walau apa pun, kesimpulannya, jangan cepat menuduh dan bersangka buruk, jadikan ni sebagai pengajaran dan ingatan pada kita semua.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments