Resepi pepahat goreng bercili.

By Cikla Shahril - November 16, 2015

Hari ni cerita pasal si pepahat ni je kan. Korang jangan bosan pulak. Haha. Sebelum ni cikla ada post entri pasal pepahat ni. (Klik SINI untuk baca entri tersebut). Sekarang, cikla nak share pulak resepi ringkas yang cikla masak tengah hari tadi. Jom kita tengok bahan-bahannya dulu.

Resepi pepahat goreng bercili.
Resepi pepahat goreng bercili.

Bahan-bahan:

1/2 kilo pepahat (dibersihkan dan toskan).
1 biji bawang besar (dihiris).
1-2 ulas bawang putih (dihiris).
1/2 inci halia (dihiris).
1 batang serai (diketuk) - optional.
2-3 sudu besar cili giling (ikut kepedasan masing-masing).
Sedikit minyak untuk menumis.
Garam, gula dan perasa.

Caranya pulak:

Panaskan minyak dan tumis bahan dihiris. Bila kekuningan, masukkan cili giling dan serai. Tumis sampai garing. Kemudian, masukkan pepahat dan sedikit air. Jangan masuk banyak air sebab pepahat nanti akan keluar air. Tutup kuali dan biarkan sampai pepahat terbuka. Selepas itu, masukkan garam, gula dan perasa. Kacau rata dan bolehlah diangkat. Inilah hasilnya.

Macam mana, senang kan? Cikla pun baru pertama kali masak dan makan pepahat ni. Rasanya oklah, macam lala. Tapi ada orang cakap macam siput sungai. Cikla tak taulah macam mana rasa siput sungai tu, tu sebab cikla pun tak pernah makan siput sungai. Itu sebab cikla cakap rasanya lebih kurang macam lala. Tapi, isi lala lebih manis. Bapak mertua cikla cakap sedap. Hehe. 

Tapi, anak-anak cikla tak suka pulak. Biasalah budak-budak. Yang pelik-pelik sikit mulalah buat muka pelik. Hehe. Selamat mencuba.

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. rasanya lebih kurang lala agaknya cik La kan, kak ana tak pernah makan lagi ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kak ana.. lebih kurang lala. Tp isinya agak liat...

      Delete
  2. sedapny. terbaca entri time tghri plk. terus lpr

    ReplyDelete