Tips penjagaan mata untuk si rabun.

By Cikla Shahril - November 24, 2015

Rabun, kalau korang nak tau cikla jugak rabun. Rabun jauh. Cikla memang pakai spek tapi kat rumah je. Bila keluar mostly cikla akan pakai contact lens, kadang-kadang je guna spek sebab malas nak manage contact lens dan sebab faktor masa jugak, (nak cepat punya pasal), hehe. Cikla start pakai spek since form 3 sampailah sekarang.

Sebenarnya cikla nak share beberapa tips penjagaan mata untuk orang yang memakai spek. Jangan ingat orang yang pakai spek ni tak perlu nak jaga mata mereka sebab mereka dah pakai spek. 

Tips penjagaan mata untuk si rabun.
Tips penjagaan mata untuk si rabun. Kredit Google. 

Tips itu adalah:

- Elakkan membaca terlalu lama. Ambil masa 10-15 minit untuk merehatkan mata. Jangan terus-terusan membaca dalam tempoh 2-3 jam sebab mata akan menjadi penat.

- Kawal kolestrol dalam darah sebab ia boleh menyebabkan mata cepat rosak kalau tekanan darah terlalu tinggi. Jangan ingat kolestrol hanya dikaitkan dengan jantung, tapi ia boleh bagi kesan buruk pada mata jugak.

- Elakkan mendekatkan objek tajam pada mata sebab tanpa sedar ia boleh mendatangkan kecederaan pada mata. Mata yang telah tercedera memang susah nak sembuh dan risiko menjadi buta. Nauzubillah.

- Ada orang suka membaca dalam kenderaan yang bergerak, kalau boleh elakkan. Mesti korang pernah melakukannya. Kalau korang membaca dalam kenderaan bergerak, mesti korang akan rasa pening, mual dan loya kan? Itu adalah kesan mata yang tak sesuai dengan 'kesan berat' seperti itu. So, elakkan ye. Kan lebih baik korang tengok pokok-pokok menghijau kat luar sana sebab ia merupakan terapi terbaik untuk mata kita.

- Lastly, rajin-rajinlah membuat pemeriksaan mata secara rutin. Paling tak pun setahun sekali. Bolehlah kita check tahap kesihatan mata kita, kesan pertambahan 'power' pada spek yang kita gunakan tu.

Tips penjagaan mata untuk si rabun.
Tips penjagaan mata untuk si rabun. Kredit Google. 

Apa yang penting adalah usaha dan inisiatif kita dalam menjaga dan memelihara anugerah yang satu ni. Jangan ingat bila kita dah ber'spek' kita tak perlu lagi nak jaga mata kita ni, salah ye kawan-kawan. 

Kita kena jaga juga tau, dan yang paling penting kita kena ingat mata kita memerlukan rehat yang secukupnya demi mendapatkan penglihatan yang baik. Sayangi mata kita.

Sumber :  Harian Metro.

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. Tips yg berguna sbb abam pun pakai spek sejak 1995... tq.

    ReplyDelete
  2. hai cikla, sy pun speky girl. thanks sharing. ramai yg tidak titik beratkan penjagaan mata kan..

    ReplyDelete