10 December 2015

# contest

#SiapaAku? SEGMEN 2015 Kalia.

Assalamualaikum wbt...

#SiapaAku? SEGMEN 2015 Kalia. | Hai, tadi masa Cikla scrol dashboard, terpandang pulak yang cik Shikin Razali join segmen ni. Klik la sebab nak tau jugak segmen apaan ni. Lain dari yang lain je... Ermmm... Belek punya belek, Cikla nak join jugaklah. Korang pun jom arrrr join, kasi support sama kawan kita ni.... Macam biasa, klik je kat banner tu..... Ok...



 http://kaliaofficial.blogspot.my/2015/12/siapaaku-segmen-2015-kalia_9.html
Klik banner untuk join.


Syarat;
  1. Macam biasa, follow blog aku.
  2. Create new post about #SiapaAku? SEGMEN 2015 Kalia.
  3. Copy banner di atas dan re-link banner tersebut ke link post ini.
  4. Isi post juga mestilah menceritakan atau menerangkan SiapaKau?
  5. Tinggalkan comment besertakan link entry di bawah.
  6. Segmen ini terbatal jika penyertaan kurang daripada 20 orang.
  7. Pemilihan pemenang berdasarkan ke-menarik-kan isi post.
  8. Segmen berlangsung sehingga 30 December 2015 [1159 AM]
+ Tolong tekan link 8share kat sidebar. Tunggu sampai habis loading...

Untuk memenuhi syarat 4, Cikla nak cerita sikit about myself....

....."Hai, nama yang mak abah bagi Shahila binti Shahril. Tapi, korang boleh panggil Cikla je. Cikla dilahirkan pada 28 Ogos 1982 (Kira anak merdeka lah ni sebab lahir bulan Merdeka... Keh keh keh...). Dilahirkan dan dibesarkan di Selangor, anak jati Selangor. Keturunan melayu bugis (melayu perak belah mak, bugis belah abah). Tapi, tak pandai cakap bugis pun... Hehe.... (Lupa daratan ke apa ni... Hihihi...)

Cikla sudah berkahwin (Alhamdullilah dah nak masuk tahun ke-6), anak 3 orang, 2 perempuan, 1 lelaki. Dulu.. Cikla ex-student kolej matrikulasi Melaka dan graduate from UKM (batch 2002-2006)... Manalah tau kot kot ada junior Cikla kan... Hihihi... Lepas grade, Cikla keje kejap, lepas tu get married and terus tak keje.... So, sekarang ni suri rumah tangga lah... 

Ramai yang tanya, kenapa tak keje.. Rugi je ada degree.. Entahlah, mungkin takde rezeki Cikla makan gaji dengan orang. Rezeki Cikla dalam bidang lain barangkali. Jangan pandang sebelah mata tau dengan suri rumah macam kami ni... Banyak cara lain kan. Yang penting usaha dan jangan mudah  putus asa... Betul tak?? Lagipun anak-anak cikla boleh bangga sikit yang mak dia ni ada degree...keh keh keh.... 

Cikla start blogging since 2013 sampai sekarang. Masa awal-awal buat blog, memang suam-suam susu, sebab kekangan masa. Tapi, sejak tahun lepas, Cikla dah aktif semula. Walaupun blog ni blog peribadi, tapi Cikla takdelah cerita "semuanya" di sini. Semuanya ada batas dan had.... Ada sesetengah hal yang kita kena "privasikan" kan?? Oklah, Salam kenal semua..... Jangan berhenti menulis tau.... Kipidap...

Oklah, selamat bersegmen semua.....Sekian dulu, wassalam......



8 comments:

  1. Wahh, Cik La, rupa2nya bukan setakat sebaya tapi bulan kelahiran pun sama, cuma saya lahir beberapa hari daripada Cik La.. Masha Allah, sungguh kecik dunia nie.. hihi.. anyway, good luck.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. boleh celebrate sama ni.. hehe.. btw, thanks..

      Delete
  2. holla cikla!....jenguk2 segmen sama...tumpang baca isi post cikla..takde idea tetiba.huhuhu

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, saya singgah dari segmen yang sama :)

    http://ash-tsukidate.blogspot.my/2015/12/siapaaku-segmen-2015-kalia.html

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, saya singgah dari segmen yang sama :)

    http://wzalehawismail.blogspot.my/2015/12/siapaaku-segmen-2015-kalia.html

    ReplyDelete
  5. Singgah sini cikLa :D

    http://theonlygirl98.blogspot.my/2015/12/siapaaku-segmen-2015-kalia.html

    ReplyDelete


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.