30 January 2016

My pregnancy story : Bila keloyaan melanda....

January 30, 2016 4 Comments
Assalamualaikum wbt....

My pregnancy story : Bila keloyaan melanda.... | Adoii... entah kenapa hari ni rasa "down" sangat. Tak larat. Ni asyik baring je. Bila bangun, rasa macam mabuk dan loya nak uwekkk.... Ya Allah, dugaan sungguh cikla mengandung kali ni. Tadi pun lepas breakfast, itu pun makan sikit je. Terus baring. Nurse datang tadi buat home checkup pun kepala macam pening pening lalat... bangun buat kerja sikit, sidai kain masak nasi uruskan anak cikla, then baring lagi. Takde tenaga langsung rasanya. Mungkin sebab cikla kurang makan kot.


Gambar hiasan credited to Internet.


Memang since malam tadi, cikla dah tak selera nak makan. Permintaan nak makan itu ini bukan main, tapi bila makanan ada depan mata, jamah sikit je, pastu, dah tolak tepi. Memang rasa nak makan tapi tekak macam tak boleh telan.... kelmarin first checkup dengan doktor, berat turun 100 g... (52.9 kg). Risau jugak kalau berat turun ni... sebab nanti mesti kena jumpa doktor untuk pantau berat. Bab nak pergi jumpa doktor tu yang agak malas... huhu... Scan baby,  nampak dah baby.. kecik je.. rasa nervous pulak..  hehe...

Semoga cikla tabah menghadapi detik detik pertama awal trimester ni... doakan cikla ye.... Oklah, thanks sebab sudi baca luahan hatiku ini... sekian dulu... wassalam....

29 January 2016

Menang giveaway : Hoorey... dapat hadiah giveaway lagi!

January 29, 2016 6 Comments
Assalamualaikum wbt....

Menang giveaway : Hoorey... dapat hadiah giveaway lagi! | Semalam abang posmen datang umah bawak hadiah giveaway yang cikla menang aritu. Aritu cikla ada join giveaway anjuran blogger Shikin Razali. Syukurlah, cikla dapat hadiah cenderamata darinya. Inilah hadiahnya, comel tak??







Di kesempatan ini, cikla nak say thanks sebab sudi bagi cikla hadiah yang comel ni. Boleh tambah koleksi cawan cawan comel yang cikla ada. Thanks shikin. Semoga murah rezeki awak.. amin... Nanti buatlah giveaway lagi, inshaAllah cikla akan join. I support you. Oklah, thanks for reading. Sekian dulu, wassalam...

Salam Jumaat semua....

January 29, 2016 2 Comments
Salam Jumaat semua.... | Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah... Jumaat datang lagi. Syukurlah kerana kita masih diberi peluang menikmati kelebihan penghulu segala hari ni....

Salam Jumaat semua....


Salam Jumaat semua....
Salam Jumaat semua....

Semoga kita semua sentiasa diberi kesihatan yang baik dan selalu berada di bawah lindungan rahmat Yang Maha Esa. Amin....


Image credited to facebook.com.

28 January 2016

Alamak, tumit pecah!

January 28, 2016 2 Comments
Alamak, tumit pecah! | Assalamualaikum wbt. Hai, dah lama cikla tak share petua kan. So, cikla nak share dua petua macam mana nak hilangkan tumit pecah. Selalunya mak-mak kita yang selalu alami tumit pecah ni. Kalau tumit dah pecah, aiyokk sudah tidak cantik masa. Sedih kan dah tak secantik masa zaman anak dara dulu. Dah dah, jom kita tengok apa petuanya tu...

Alamak, tumit pecah!
Alamak, tumit pecah! Sumber Google.

Alamak, tumit pecah!


Petua pertama untuk merawat tumit kaki pecah.

Potong betik muda di bahagian kepala untuk mendapatkan getahnya. Ambil getah betik tu, kemudian sapukan pada tumit yang pecah tu. Amalkan selalu. InshaAllah, tumit pecah itu akan sembuh.

Petua kedua untuk merawat tumit kaki pecah.

Ambil buah belimbing buluh dan gosok pada tumit yang pecah. Kemudian, bilas sampai bersih. Kalau nak tau, belimbing buluh boleh bertindak sebagai skrub yang berkesan. Cubalah...

Semoga masalah-masalah yang dihadapi dapat diatasi dengan petua di atas. Cubalah dulu, baru tau berkesan ke tak kan?

Selamat mencuba. ❤❤


Sumber dari ruangan Aneka petua (majalah wanita).

Tips dan panduan penyusuan bayi.

January 28, 2016 0 Comments
Tips dan panduan penyusuan bayi. | Assalamualaikum wbt. Boleh cikla katakan, semua ibu mesti nak menyusukan bayi mereka sejak dari mereka lahir hinggalah ke usia 2 tahun. Akan tetapi, kadang kala terdapat beberapa halangan yang boleh menghalang dari hasrat si ibu itu tercapai. Apa yang cikla boleh katakan, cubalah atasi semua halangan ini demi anak yang tersayang.

Semua pakar kesihatan memang menyarankan ibu ibu memberi bayi mereka susu ibu sebab ia merupakan cara paling sihat untuk bagi bayi mereka makan. Bayi yang diberi susu ibu sejak lahir juga akan kurang jatuh sakit dal tahun pertama kelahirannya. Si ibu pulak kena tau, memberi bayi susu akan dapat mengurangkan risiko si ibu kena kanser payudara (sebelum menopaus), di samping dapat mengurangkan risiko terkena kanser ovari dan osteoporosis.


Tips dan panduan penyusuan bayi.
Tips dan panduan penyusuan bayi. Sumber Google.


Tips dan panduan penyusuan bayi. 


Tips pertama; pilih tempat yang sesuai dan selesa untuksi ibu dan anak. Biasanya si anak akan menyusu selama 7-40 minit bergantung kepada bayi itu jugak. So, pemilihan tempat memang penting. Seeloknya, cari yang bersih, tak mudah diganggu, senyap dan tak membosankan. 

Tips kedua; semasa menyusukan bayi, pastikan ibu memegang bayi dengan betul dan si ibu tak rasa sakit pada lengan dan bahagian belakang badan. Kalau nak lagi selesa, letakkan bantal umtuk sokong badan ibu. Pendek kata, si ibu dan si anak perlulah berada dalam keadaan selesa.

Tips ketiga; pastikan keadaan payudara ibu baik. Masalah masalah yang biasa dihadapi oleh ibu adalah puting yang agak pendek atau melecet, air susu sikit atau payudara ibu yang bengkak. Selain itu, pastikan bayi menghisap dengan betul. Cara yang betul adalah, bayi sepatutnya menghisap mulut penuh dan bukan pada hujung puting je.

Tips keempat; pakai pakaian khas semasa menyusukan bayi, seperti baju atau coli khas untuk menyusu. Ini penting lebih-lebih lagi kalau si ibu terpaksa menyusukan bayi mereka di tempat awam. Seeloknya pakai baju yang boleh diregangkan sebab baju sebegini tidak begitu mendedahkan tubuh si   ibu.

Tips kelima; proses mengepam susu penting lebih-lebih lagi bagi ibu yang berkerja. Susu dipam ikut tempoh masa supaya ia tidak akan menyebabkan payudara terlalu penuh. Setiap kali payudara dikosongkan, susu baru akan dihasilakan semula, dan simpan susu yang dipam di tempat yang sesuai supaya susu tahan lama.

Bagi pendapat cikla, sebaiknya jangan beri alasan untuk kita tak menyusukan bayi kita. Apa yang cikla tahu, penghasilan susu yang banyak hubung kaitnya dengan self-thinking si ibu gak. Si ibu mesti sentiasa fikir positif yang susunya sentiasa ada dan sentiasa bersemangat untuk menyusukan bayi mereka. Jangan mudah putus asa, dan cuba sedaya yang boleh untuk menyusukan anak kita. Be positive, think positive.

Selamat menyusukan anak-anak ya. Marilah sama-sama kita melengkapkan penyusuan esklusif seperti yang disarankan. ❤❤


Sumber dari Ruangan panduan ibu muda (majalah wanita).

27 January 2016

Doa hari ini : Doa menghindari rasa malas dan mengelakkan dari cengkaman hutang.

January 27, 2016 1 Comments
Doa hari ini : Doa menghindari rasa malas dan mengelakkan dari cengkaman hutang. | Assalamualaikum wbt. Rasanya sifat malas memang dah jadi fitrah manusia kot. Kalau dah tiba rasa malas tu, aduhai memang malas sungguh. Nak buat itu ini pun memang tak semangat. Setuju tak kalau cikla cakap rasa malas ni boleh hadir disebabkan dari hasutan syaitan. *syaitan memang tak habis habis nak menghasut manusia kan? Kalau hutang pulak, rasanya ada kalanya kita tak boleh mengelakkan dari berhutang kan. Kalau bukan berhutang duit pun, mungkin berhutang 'budi' atau kebaikan orang.

Jom kita amalkan doa ni. Mudah-mudahan kita akan sentiasa terhindar dari rasa malas dan mengelakkan diri dari cengkaman hutang. InshaAllah.... 

Doa hari ini : Doa menghindari rasa malas dan mengelakkan dari cengkaman hutang.  


Bismillahirrahmanirrahim......

Doa hari ini : Doa menghindari rasa malas dan mengelakkan dari cengkaman hutang.
Doa hari ini : Doa menghindari rasa malas dan mengelakkan dari cengkaman hutang.  

Amin amin ya rabbal a'lamin....

Semoga ia akan menjadi salah satu doa tetap kita sehari-hari. 


Sumber doa credited to facebook.com.

Masak asam pedas ikan kerisi.

January 27, 2016 0 Comments
Masak asam pedas ikan kerisi. | Assalamualaikum wbt. Hai, dah lunch belum? Masak apa arini Kalau yang suri rumah tu, bangun lagi je dah fikir nak masak apa untuk tengah hari kan. Betul tak? Mesti punya, jangan nak tipulah, haha. 

Kali ni cikla nak share resepi mudah lagi. Masak asam pedas ikan kerisi. Tapi, kalau korang nak pakai ikan lain pun boleh. Step sama je. Resepi ni adalah resepi mak cikla tau. Tapi, cikla ada olah sikit-sikit ikut kesesuaian. Tapi, setuju tak kalau cikla cakap, walaupun bahan dan cara buat sejibik macam mak buat, tapi rasa tetap tak sama kan? Takde siapa yang boleh lawan air tangan mak, yang paling sedap di dunia. 

Walaupun mak masak telur goreng mata sekalipun, pun tetap sedap dan makan sampai menjilat jari. Dah-dah, jom tengok bahan-bahannya dulu.

Masak asam pedas ikan kerisi.


Masak asam pedas ikan kerisi.
Masak asam pedas ikan kerisi.

Bahan bahannya adalah;

5 ekor ikan kerisi. (Dibersihkan dan perap sekejap dengan garam dan kunyit).
1 biji bawang besar.
1-2 ulas bawang putih.
Sedikit halia.
1 sudu kecil halba.
1 sudu kecil serbuk jintan manis.
1 sudu kecil serbuk jintan putih.
1 sudu kecil serbuk ketumbar.
1-2 tangkai daun kari.
1/2 cawan cili giling (ikut kepekatan kuah. Kalau korang nak pekat, lebihkan cili).
1 mangkuk air asam jawa. (Lagi masam lagi sedap).
Garam, gula, perasa, air dan minyak untuk menumis.
Bendi dan tomato (optional kalau korang nak letak boleh).

Cara nak buat pulak

Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih, dan halia. Panaskan minyak dalam kuali. (Cikla lebih suka masak dalam kuali daripada masak dalam periuk sebab senang nak kacau nanti). Bila minyak panas, masukkan halba dan daun kari dulu, jangan sampai hangus pulak. Kemudian, masukkan bahan yang ditumbuk dan tumis sampai kekuningan. 

Selepas itu, masukkan segala jenis serbuk tadi (serbuk jintan manis, jintan putih, dan ketumbar), dan tumis sekejap. Bila naik bau, masukkan cili giling dan tumis sampai cili garing. Bila cili nampak garing, masukkan air asam jawa dan biar cili sampai cili masak. 

Kemudian, masukkan ikan dan air untuk kuah. Jangan banyak sangat air, sebab nanti kalau kuah cair tak sedap. Biar sampai kuah menggelegak. Setelah itu, garam, gula, bendi dan tomato. Biarkan kuah menggelegak lagi dan ikan masak. Jangan kacau sangat sebab ikan kerisi kan lembut. Nanti hancur pulak isinya. Dah menggelegak, tutup api. Siap!

Senang kan? Aritu masa balik kampung tak, sedar sampai tiga kali cikla makan, disebabkan penangan asam pedas ni. Sejak pregnant ni macam selera menu pedas-pedas pulak. Yang lemak-lemak, kari-kari macam tak jalan. Kalau ikan tenggiri ke, ikan parang, terubuk,  pari. Lagi terangkat tau.  

Selamat mencuba. 

Cuti persekolahan tahun 2016.

January 27, 2016 4 Comments
Cuti persekolahan tahun 2016. | Assalamualaikum wbt. Wah, bila cerita pasal cuti, jangankan budak budak mak budak dengan bapak budak pun seronok tau.

So, cikla share tarikh cuti persekolahan pada tahun 2016.....

Cuti persekolahan tahun 2016.



Cuti persekolahan tahun 2016.
Cuti persekolahan tahun 2016.


Nasihat cikla, manfaatkan cuti dengan aktiviti berfaedah tau... 



Nasi lemak buah bidara.

January 27, 2016 2 Comments
Assalamualaikum wbt...

Nasi lemak buah bidara. | Nasi lemak buah bidara, daun selasih hamba lurutkan, buang emak buang saudara, kerana kasih aku turutkan....

Amboi... berpantun pantun pulak cikla pepagi ni... korang sihat hari ni? Cikla harap sihatlah ye... Alhamdullilah masih diberi nikmat hidup hari ni oleh Allah SWT.... Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan rahmatNya. AMIN...




Sarapan jom... pagi ni cikla layan nasik lemak ayam goreng berempah je. Amboi selera mak buyong sekarang kemain lagi ye... haha... oklah, have a great day today.. thanks for reading. Take care.... sekian dulu, wassalam....

26 January 2016

SEGMEN BLOGWALKING & BLOGLIST BY AINA AKMAL.

January 26, 2016 16 Comments
Assalamualaikum wbt...

SEGMEN BLOGWALKING & BLOGLIST BY AINA AKMAL. | Hai hai hai... Join segmen lagi. Moh join reramai. Syarat pun sonang jo... 



http://nurainahanis.blogspot.my/2016/01/segmen-blogwalking-bloglist-by-aina.html
Klik banner untuk join segmen.


Tarikh tamat pada 10 FEBRUARI 2016 (Abakan tarikh pada banner). So, Cikla nak share apa memori yang paling bahagia yang Cikla alami tahun 2015; Cikla dapat adik ipar baru. Nak tau cerita klik SINI

Oklah, Cikla nak tag AISYAH NYAIS dan SHIKIN RAZALI untuk join jugak. Sudi sudikanlah ye... Aummmm.... 

Happy blogwalking semua. Sekian dulu, wassalam.....


-TAMAT SUDAH-i


Pencarian Mega Bloglist Aisyhah Nyais.

January 26, 2016 7 Comments
Assalamualaikum wbt....

Pencarian Mega Bloglist Aisyhah Nyais. | Jom join segmen ni. Kita support adik ecah kita ni...



http://apple-crunchh.blogspot.my/2016/01/pencarian-mega-bloglist-aisyhah-nyais.html
Klik banner untuk join.

Cikla nak tag; ANAJINGGAENCIK KIDAL, ROS.

So, Cikla harap sudi sudikanlah join tau..... Syarat pun senang. Segmen start 25/1/2016 hingga 30/1/2016. Sempat lagi ni kalau nak join. Oklah, selamat bersegmen semua. Sekian dulu. Wassalam.....

-TAMAT SUDAH-

Makan buah delima untuk sihat!

January 26, 2016 0 Comments
Makan buah delima untuk sihat! | Assalamualaikum wbt. Sebelum ni cikla ada share betapa khasiatnya buah delima untuk kecantikan. Kalau yang belum baca entri mengenai itu, boleh klik SINI.

Kali ni, cikla nak share khasiat buah ini untuk kesihatan kita pulak. Mungkin semua tahu buah ini mengandungi kualiti antioksidan yang terbaik berbanding dengan buah beri biru, kranberi dan oren.


Makan buah delima untuk sihat!
Makan buah delima untuk sihat! Sumber Google.

Apa kebaikan buah delima ni?


Antara khasiat buah delima untuk kesihatan adalah;

  1. Menurunkan kadar kolestrol dalam darah. Menurut kajian yang dijalankan, antidoksidan yang ada dalam buah ini dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolestrol jahat) pada tikus. So, ini bermakna ia dapat menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolestrol baik).
  2. Mencegah dan mengubati barah, sebab dikatakan jus delima dapat menghancurkan sel barah payudara dan mengaktifkan sel sihat. Selain itu, estrak biji buah delima (kaya dengan polifenol) dikatakan berupaya memulihkan leukemia. 
  3. Merencatkan barah paru-paru dan prostat. 
  4. Mencegah dan melambatkan penyakit Alzheimer.
  5. Dapat menghilangkan kejang kaki terutamanya wanita mengandung. 
  6. Bagus untuk wanita mengandung sebab buah ni mengandung asid folik yang tinggi yang mana ia dapat mencegah kecacatan tiub saraf. Keadaan ini boleh menyebabkan kerosakan pada sum sum tulang dan langit bibir sumbing pada bayi.

Inilah di antara kelebihan buah delima ni. Sebenarnya ada beberapa 'petua' ketika membeli buah ni iaitu pilih buah yang berat dan mempunyai kulit yang bersih tanpa sebarang cela dan tak merekah.

Kalau korang nak tau, buah delima ni boleh dibeli dalam kuantiti yang banyak sebab ia boleh tahan selama 6 bulan kalau disimpan dalam peti sejuk.

Cikla harap perkongsian ni akan memberi kita sedikit ilmu dan inshaAllah kita akan mula mengamalkan memakan buah berkhasiat ni... ❤️❤️❤️


Sumber dari ruangan SIHAT, harian metro.

Assalamualaikum dunia!

January 26, 2016 0 Comments
Assalamualaikum dunia| Assalamualaikum wbt. Hai morning everyone... Dah bangun ke? Aiikkk... cuti lagi ke? Hehehe.... Dah dah bangun.... Sebelum tu, alhamdulillah syukur kerana masih diberi peluang bernafas dan menikmati nikmat Allah SWT....

Korang dah breakfast ke? Cikla baru je ni. Lepas hantar kakak batrisyia dengan kakak damia pergi sekolah, singgah jap beli sarapan.... usha punya usha, teringin pulak makan lontong buatan akak ni... memang top lah kat kampung ni. Selalu belikan untuk bapak mertuaku aje.. ni baru nak try.. sedap ke idak ye... hehe...

Assalamualaikum dunia!


Assalamualaikum dunia!
Assalamualaikum dunia!

Ermmm... dah rasa sikit tadi. Not bad la.. sedap jugak. Nasi impitnya lembut, kuah kacangnya sedap.. kuah lemaknya pun ok. Pendek kata, kenalah dengan tekak ku yang mengada ada semenaj kdua menjak ni.. haha *pembawakan kot... Lepas tu, singgah beli air dengan kuih. Kepingin pulak tengok kuih karipap dengan ketayap tadi. Tu yang rembat 2-3 ketul pulak. Ish ish.. melampau betullah nafsu makan ibu mengandung ni... haha... kuat makan sungguh.... keh keh keh...

Oklah korang. Have a good day ye... 

25 January 2016

Yang mana jadi pilihan; berpantang cara tradisional atau moden?

January 25, 2016 0 Comments
Yang mana jadi pilihan; berpantang cara tradisional atau moden? | Assalamualaikum wbt. Selepas melahirkan, seseorang wanita itu perlulah berpantang demi mendapatkan kembali kesihatan dan 'kewanitaan'. Kalau orang dulu dulu, memang amat menitikberatkan amalan berpantang ni. Cikla ingat lagi mak cikla cakap, kalau taknak suami lari, rajin-rajinkanlah diri tu berpantang. Bukan apa, badan nak pakai lama kan. Sendiri mau ingatlah. Huhu.

Rasanya, setiap bangsa pasti ada cara mereka tersendiri dalam menjalani amalan berpantang ni. Ada orang berpantang sampai 100 hari. Ada pulak yang berpantang 44 hari je, dan tak kurang jugak ada yang berpantang selama 30 hari je. Itupun bergantung kepada fizikal dan keperluan wanita itu.

Cikla rasa zaman sekarang ni ada 'option' time nak berpantang. Maksud cikla, kita boleh pilih sama ada nak berpantang secara tradisional atau moden. Rasanya, kedua-duanya sudah tentu ada bezanya. Betul tak? Kalau berpantang secara tradisional, terlalu banyak pantang larang yang kita tak boleh buat seperti wanita berpantang tak dibenarkan minum air terlalu banyak dan tak digalakkan bergerak terlalu banyak, sebab dikhuatiri bimbang luka bersalin akan tertetas kedudukan rahim yang tak mengecut dengan sempurna. Itu belum lagi dengan segala jenis herba dan ubatan yang digunakan lagi.

Tapi, berpantang secara moden pulak menyebabkan mereka rasa lebih mudah dan relevan dengan zaman kini. Pada masa kini terdapat banyak buku-buku yang mengajar ibu moden cara berpantang dan ada banyak buku-buku masakan yang mengajar kaedah penyediaan makanan untuk ibu dalam pantang. Itu belum lagi, macam-macam jenis set herba, mandian dan ubatan untuk penjagaan dalaman ibu-ibu yang berpantang. Cuma nak cari mana yang sesuai je dengan diri. Betul tak?

Yang mana jadi pilihan; berpantang cara tradisional atau moden?


Sebenarnya, cikla nak share mengenai amalan berpantang secara tradisional yang memang disarankan oleh orang tua tua dahulu kala. Amalan itu adalah;


Yang mana jadi pilihan; berpantang cara tradisional atau moden?
Yang mana jadi pilihan; berpantang cara tradisional atau moden? Sumber Google.

Bertungku; wah, part ni yang cikla paling suka kalau berpantang. Kalau korang nak tau, amalan inilah yang paling ditekankan oleh orang lama. Kalau cikla, masa berpantang dulu mak cikla guna batu sungai sebagai alat untuk bertungku. Tapi, sekarang ada jugak orang guna besi padu. Batu itu akan dipanaskan di atas api dalam tempoh masa 1/2-1 jam. Kemudian, batu itu akan dibungkus sama ada dengan daun mengkudu, daun sireh atau daun lengkuas sebab nak bagi aromaterapi yang menenangkan untuk ibu tadi. Tapi, kalau mak cikla, dia bungkus dengan kain yang tahan panas. Lapislah ikut kesesuaian dan kepanasan yang kita nak. Kalau korang nak tau, bertungku ni dapat menghangatkan badan dan rahim si ibu, di samping membuang angin dalam badan, mengecutkan urat yang kembang semasa bersalin dan semestinya melancarkan peredaran darah. Cikla selalu bertungku lepas subuh dan malam sebelum tidur malam. Tapi, tengok jugaklah, kalau baby tidur, curi masa bertungku. Manja-manjakan badan. Hehe.


Yang mana jadi pilihan; berpantang cara tradisional atau moden?
Yang mana jadi pilihan; berpantang cara tradisional atau moden? Sumber Google.

Berurut; yang ni pun best. Sedap je badan diurut kan. Lepas urut rasa ringan je badan. Urutan dilakukan selalunya pada setiap pagi sebelum mandi atau selepas bertungku. Tapi, kalau cikla pulak, cikla berurut selepas mandi pagi. Biasanya, aktiviti berurut dilakukan selepas seminggu bersalin selama 3 hari berturut turut (min). Ada orang yang berurut 5 -7 hari berturut-turut, dan menyambung urutan pada penghujung waktu berpantang. Berurut ni banyak kebaikannya, sebab ia akan memulihkan kesegaran badan, melancarkan peredaran darah, membersihkan kulit mati dan memperkemaskan bahagian perut, di samping mempercepatkan pengeluaran darah nifas dan kekotoran.


Yang mana jadi pilihan; berpantang cara tradisional atau moden?
Yang mana jadi pilihan; berpantang cara tradisional atau moden? Sumber Google.

Mandian herba semasa berpantang; dedaun herba (seperti daun pandan, daun kunyit, daun lengkuas, daun serai wangi dan daun limau purut) akan direbus dan air rebusan daun daun ini akan dibuat mandi. Kalau yang ni memang cikla buat masa berpantang. Segar je badan lepas mandi, dengan bau bau yang harum dapat menenangkan kita. Selain itu, ia  bertujuan mengeluarkan angin, mengendurkan otot, menghaluskan kulit dan tentunya awet muda.... hoyeeeee.... hehe..


Yang mana jadi pilihan; berpantang cara tradisional atau moden?
Yang mana jadi pilihan; berpantang cara tradisional atau moden? Sumber Google. 

Pakai bengkung; bengkung bengkung bengkung. Penting ke? Jawapannya, ye. Memang penting kepada sesiapa yang nak mengembalikan 'kerampingan' badan. Sapa yang tak nak kurus ramping cantik menawan kan? Biasanya, sebelum pakai bengkung, perut akan disapu dengan campuran minyak kayu putih, kapur sireh dan perahan limau nipis. Pemakaian bengkung memang penting, kalau boleh pakailah sampai habis pantang sebab mak cikla cakap untuk mengelakkan rahim kita dari 'bergoyang' dan yang paling penting dapat mengempiskan perut. Tak percaya? Cubalah....


Yang mana jadi pilihan; berpantang cara tradisional atau moden?
Yang mana jadi pilihan; berpantang cara tradisional atau moden? Sumber Google.

Pemakanan; macam kita tau, awal awal bersalin mak mak kita suruh kita makan makanan kering je sebab nak cepatkan rahim kecut. Makanan pedas, gatal, berlemak dan berminyak memang tak boleh amik langsung. Ada sesetengah ikan yang ibu tak boleh makan masa berpantang. Dulu, masa cikla berpantang mak cikla cuma bagi cikla makan nasi putih dengan ikan panggang cicah air asam jawa dengan lada hitam. Minum pulak air rempah periuk. Nak minum air b banyak memang taklah, kalau boleh kurangkan minum air. Mungkin ada sebabnya kan mak mak kita menyarankan cara berpantang begitu. Cuma, zaman yang moden kini ia lebih dilihat dari segi perubatan. Kalau tak silap cikla, masa berpantang doktor menyarankan ibu makan makanan berprotein, makan lebih sayur dan buah utnuk elakkan sembelit dan minum banyak air. Ia agak bertentangan dengan amalan tradisional dulu kan..

Wah.. panjang pulak entri cikla kali ni. Harap korang tak mengantuk membacanya, sebab cikla rasa macam penting je cikla nak share benda ni semua. Kalau ada yang dah tau pun, takpe. Boleh refresh balik kan.

Semoga bermanfaat. ❤❤❤


Sumber dari ruangan ISU MINGGU INI, harian metro.

24 January 2016

Masak kicap sotong.

January 24, 2016 6 Comments
Masak kicap sotong. | Assalamualaikum wbt. Hai korang, petang-petang ni cikla nak share satu resepi ringkas dan semestinya sedap dengan korang semua. Resepi kali ni teraju utamanya adalah En. Sotong. Masak kicap sotong. Sebenarnya, resepinya cikla ambil dari blog AZIE KITCHEN. Cuma ada beberapa bahan yang cikla takde, so cikla suaipadankan dengan bahan yang ada. Kalau korang nak tau resepi asal, klik je kat SINI.

Dah dah, jom kita tengok apa bahan bahannya dulu. 

Masak kicap sotong. 


Masak kicap sotong.

Masak kicap sotong. 


Bahan bahannya;

1 kilo sotong (dibersihkan. Tak payah potong biarkan je sekor sekor).
1 labu bawang holland. (potong bulat).
1-2 biji cili merah (potong serong).
Kicap manis secukupnya. 
Air asam jawa secukupnya.
Garam, gula, perasa dan serbuk kunyit.
Minyak untuk menggoreng. 

Cara nak buat pulak;

Gaulkan sotong yang telah dibersihkan dengan garam, perasa, dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan masukkan sotong yang telah diperap. Goreng sotong sampai air sotong kering. Tutup kuali dan kacau sekali-sekali untuk elakkan sotong hangus. Bila air sotong dah hampir kering, masukkan air asam jawa dan kacau rata.

Setelah itu, masukkan kicap manis dan sedikit gula. Sesuaikan rasa, kemudian biar sekejap. Kemudian, masukkan bawang yang dipotong bulat dan cili merah. Biarkan sampai bawang dan cili kelihatan layu. Selepas itu, tutup api dan bolehlah diangkat.

Sedap jugak, tak pedas sangat dan budak-budak boleh makan. Selamat mencuba.

Happy holiday everyone!

January 24, 2016 2 Comments
Happy holiday everyone! | Assalamualaikum wbt. Hai semua. Dah bangun ke belum tu? Mentang mentanglah cuti kan.... tarik selimut lagi ye.. hehe... dah dah, bangun cepat.... tak elok bangun tinggi hari tau, nanti rezeki tak masuk bak kata orang tua tua... hehe..

Happy holiday everyone!


Happy holiday everyone!
Happy holiday everyone!

Cikla macam biasalah, cuti ke tak cuti ke, rutin tetap sama... bangun pagi, siapkan itu ini.. pastu terus masak untuk lunch. Cikla harap semoga hari hari korang akan sentiasa cerah dan dirahmati olehNya.. Amin. Thanks for reading. 


Image credited to facebook.com.

Birthday Giveaway by Finurz Creations 2016.

January 24, 2016 5 Comments
Assalamualaikum wbt...

Birthday Giveaway by Finurz Creations 2016. | Jom join giveaway ni. Klik di banner kalau nak join tau....



http://finurzcreations.blogspot.my/2016/01/birthday-giveaway-by-finurz-creations.html
Klik banner untuk join.



GiveAway ni berlangsung selama 2 minggu sahaja (19 Jan - 2 Feb 2016). 5 mystery gift untuk 5 orang pemenang yang bertuah. Pemenang akan dipilih secara random dan yang penting memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Apa lagi, jom join ramai ramai. Persaingan sihat takpe. Hihi. Di kesempatan ini, Cikla nak wish kat adik fa kita ni...

HAPPY BELATED BORNDAY. MOGA SUKSES DUNIA AKHIRAT. MAY ALLAH BLESS YOU ALL THE TIME.. AMIN....

Oklah, good pada semua yang join. Sekian dulu, wassalam.....

-TAMAT SUDAH-


23 January 2016

Khasiat buah delima untuk cantik.

January 23, 2016 0 Comments
Khasiat buah delima untuk cantik. | Assalamualaikum wbt. Siapa kat sini tak kenal buah delima? Takkanlah kot. Kalau korang nak tau, buah delima sebenarnya berasal dari negara Timur Tengah. Pokok hanya berketinggian sekitar 4-9 meter.

Delima memang buah yang sedap dan manfaatnya pun banyak, sebab ia kaya dengan pelbagai vitamin seperti C, A, dan E serta mengandungi antioksidan dan zat besi yang mana ia mampu melambatkan proses penuaan dan beri kebaikan pada kulit kita. Dulu, kat rumah wan cikla di kampung ada pokok ni. Tapi, sayangnya dah mati pulak pokoknya... huhu...


Khasiat buah delima untuk cantik.
Khasiat buah delima untuk cantik. Sumber Google.


Berkhasiat sangat ke buah delima ni?

Ya, macam yang cikla cakap sebelum ni memang banyak khasiatnya buah ni, iaitu;

  1. Membantu atasi masalah kulit, contohnya pigmentasi dan bintik hitam kerana ia mampu melindungi lapisan luar kulit dan memperbaikinya dari dalam di samping ia boleh menyembuhkan luka.
  2. Nyah kau jerawat! Delima juga dikatakan dapat mengatasi masalah jerawat sebab ia mengandungi vitamin C yang boleh mengatur pengeluaran zat berminyak yang diserap kulit. Ia juga mampu atasi masalah pencernaan dan tingkatkan peredaran darah supaya jadi lebih sihat. Keadaan ini dapat membantu menghilangkan jerawat juga. 
  3. Atasi kulit kering sebab delima mengandungi struktur molekul kecil dan mampu meresap ke dalam kulit, sekaligus atasi masalah kulit kering, dengan memberikan kelembapan semulajadi kepada kulit. 
  4. Atasi kulit berminyak, sebab delima mengandungi minyak delima yang berguna untuk atasi kulit yang berminyak dan atasi kedutan pada kulit. 
  5. Cegah proses penuaan dengan mengambil buahnya atau jusnya secara konsisten. Ia dapat meremajakan kulit kita dan melambatkan proses penuaan kulit wajah kita. 
  6. Lindungi kulit dari sinaran matahari kerana ia mengandungi antioksidan yang tinggi yang mana ia penting dalam mencegah kerosakan kulit disebabkan radikal bebas dari sinaran matahari.

Wah, banyaknya khasiat buah ni kan? Dalam Al Quran pun ada disebut tentang kebaikan buah delima ni. Cikla pernah jugak dengar orang cakap yang ibu mengandung pun elok makan buah ni. Baik untuk perkembangan baby. 

Jom makan buah delima...❤❤


Sumber dari ruangan HATI (harian metro).

22 January 2016

Salam Jumaat semua!

January 22, 2016 3 Comments
Salam Jumaat semua! | Assalamualaikum wbt. Jumaat datang lagi. Sejuk je rasa pagi ni. Pagi Jumaat yang penuh rahmat. Semoga kita semua sentiasa diberi hidayah dan berada di bawah lindungan rahmat Allah SWT... Amin....

Salam Jumaat semua!


Salam Jumaat semua!
Salam Jumaat semua!

Thanks for reading. 


Image credited to facebook.com.

21 January 2016

Doa hari ini : Doa di dalam sujud terakhir.

January 21, 2016 4 Comments
Doa hari ini : Doa di dalam sujud terakhir. | Assalamualaikum wbt. Hai korang, dah lama rasanya cikla tak share doa kan. Semoga perkongsian ni akan menjadi amalan kita sehari hari. 

Doa hari ini : Doa di dalam sujud terakhir.


Bismillahirrahmanirrahim.....

Doa hari ini : Doa di dalam sujud terakhir.
Doa hari ini : Doa di dalam sujud terakhir. Image credited to facebook.com. 

Amin ya rabb.... ❤️❤️❤️

My pregnancy story : Trimester pertama; alahan demi alahan.

January 21, 2016 6 Comments
Assalamualaikum wbt.....

My pregnancy story : Trimester pertama; alahan demi alahan. | Sebelum ni cikla ada share di SINI mengenai kehamilan awal cikla. Alhamdullilah, memang Allah telah memberikan rezeki ni kepada cikla dan suami. Disebabkan tak confident sebab dua kali check guna pregnancy test, dua dua bagi keputusan samar samar (satu garis clear, satu garis kabur), so cikla nekad nak check untuk kali ketiga. Konon konon last check lah tu. Check punya check, berdebar jugak tengok dua dua garis tu memunculkan dirinya. Akhirnya sah cikla hamil. Diri tak berhenti ucap syukur padanya sebab berikan rezeki ini kepada kami.




Sebenarnya cikla nak kongsikan apa simptom yang cikla alami bila mengandung kali ni. Maklumlah, cikla mengandung sebelum ni tak berkesempatan untuk share ni semua. Niat bukanlah nak menunjuk menunjuk tapi mungkin perkongsian cikla ni boleh dijadikan panduan jugak untuk ibu ibu yang pertama kali mengandung... kadang kadang kita tak perasan yang kita ni mengandung kan, sebab ada orang yang mengandung memang steady je.. tak mabuk, tak loya.

Masa cikla mengandung dua kali (batrisyia dan damia) sebelum ni, memang steady je. Tak mabuk tak loya. Takdelah lemah dan letih sangat. Makan pun selera je. Tapi, bila mengandung anak ketiga (ammar), wah dah pandai mabuk loya. Pernah masa awal mengandung ammar dua tahun lepas, ada satu hari tu cikla demam sampai tak boleh bangun. Mujurlah ada incik suami time tu dia cuti, dialah yang menguruskan anak anak kami. Alhamdullilah, masuk 4 bulan, dah segar balik dah. Dah takde rasa loya, selera makan pun bertambah. Tapi, mengandung yang ni lain pulak cikla rasa. Antara perubahan yang cikla alaminya sendiri adalah;

(1) rasa loya dan mual. Cium bau ikan dan makanan (sesetengahnya) memang tak boleh. Perut lapar, tapi tekak tak selera.

(2) rasa macam separa mabuk. Maknanya macam fenin fenin lalatlah. Rasa nak landing je.... huhu....

(3) bila tidur malam tekak kering sangat. Boleh dikatakan kering ayak lioq lah kata orang utara. Tadi cikla bagitau misi, beliau cakap kena minum air masak 3L satu hari. Nak nak pulak, musim panas sekarang ni....

(4) asyik nak terkucil je. Kejap kejap pergi toilet. Kejap kejap pergi toilet. Adoiii..... bertabahlah.

(5) cepat letih dan penat. Biasalah ibu mengandung memang macam ni kan. Awal awal mengandung semua kena jaga, sebab masih peringkat awal....

(6) teringin nak makan itu ini. Haha... part ni memang best. Cakap je nak makan apa, inshaAllah incik suami dapatkannya. Tapi, kan bila dah dapat tu makannya sikit je. Geram tak? Hahaha.. takpelah kan. Layankan ajelah kerenah mak buyong ni kan... hehe...

(7) emosi macam up and down. Biasalah kan, anak anak dah meningkat besar ni makin banyak akalnya. Itu belum lagi bab sepahkan rumah. Memang win.. haa, time tu apa lagi, mamanya terjadi "tarzan" lah kejap.... huhu... tapi betul ke orang tua tua cakap kalau nak dapat adik, yang kakak atau abangnya akan meragam dan buat perangai? Entahlah... wallahualam....




So, pagi tadi cikla dah selamat buat buku merah. Seeloknya ibu ibu semua, kalau kita dah tau diri mengandung tu, cepat cepatlah buat buku merah (nak nak pulak kalau kita mengandung umur 30 ke atas). Bukan apa, takut kalau ada apa apa masalah, senang nak detect dan pantau dari awal. Biasalah, kadang kadang masalah ibu mengandung ni macam macam..... Tadi pun misi sempatlah jugak bagi advice, peringkat awal ni kena jaga betul betul. Sebab kandungan masih belum kuat. Jangan angkat benda berat berat, amik makanan seimbang dan berkhasiat termasuk buah dan sayuran, dan part yang paling 'best' kena minum susu... hehe... haruslah minum susu kan... kalau nak dapatkan gigi dan tulang yang kuat. Baik untuk baby jugak. Lagi satu, jangan stress. Kena happy happy je tau...




Dah selesai daftar semua, apa lagi mulalah 'aktiviti' makan pil obimin. Pil ni memang penting dan ibu mengandung memang kena ambil. So, jangan ngelat makannya tau mak mak semua. Demi kesihatan baby jugak.... Minggu depan, kena check up ke doktor pulak. Kena scan bagai... back tu routine masa mengandung sebelum tu.... nice....

Sebenarnya, bila cikla tau cikla mengandung, dah start nervous dah...walaupun dah nak masuk empat. Biasalah kan, kerenah mengandung ni lain lain. Setuju tak cikla cakap, tak kan sama pengalaman kita mengandungkan anak pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya.... setiap satu tu menyimpan kenangan yang berbeza beza.

Oklah, thanks for reading. Korang doakan yang terbaik ye. Semoga semuanya berjalan lancar dan baik sehingga cikla melahirkan baby ni... inshaAllah.... Sekian dulu, wassalam....

Sambal udang cik mek molek.

January 21, 2016 12 Comments
Sambal udang cik mek molek. | Assalamualaikum wbt. Hai korang, dah lunch ke? Apa menu arini? So jom cikla nak share satu lagi menu mudah. Sambal udang cik mek molek. Amboi nama, kemain lagi. Molek ke? Hahaha, kalah chef wan gitu. Keh keh keh. Jom tengok bahannya dulu.

Sambal udang cik mek molek.


Sambal udang cik mek molek.
Sambal udang cik mek molek.

Bahan bahan.

1 kilo udang sederhana besar.
1 biji bawang merah (dihiris).
1-2 ulas bawang putih (dihiris).
1/2 inci halia (dihiris).
1 biji bawang holland (potong bulat).
5-6 sudu besar cili giling.
Sedikit santan pekat.
Minyak untuk menumis.
Garam, gula, perasa dan asam keping.

Macam mana nak buat pulak?

Nak buatnya macam ni dik. Senang je. Memula, udang dibuang kulitnya, bersihkan, toskan dan ketepikan dulu. Tumis bahan hiris sampai kekuningan dan masukkan cili giling. Biarkan cili masak dan garing. Selepas itu, masukkan santan dan sedikit air, biarkan seketika kemudian barulah masukkan garam, gula dan perasa. Sesuaikan rasa. 

Bila cili nampak masak dan menggelegak, masukkan udang, bawang besar dan asam keping. Biar sekejap. Udang tak perlu masak lama lama sebab nanti isinya keras. Bila udang nampak masak, tutup api dan bolehlah dihidangkan. 

Senang kan? Selamat mencuba. 

20 January 2016

Jangan menilai...

January 20, 2016 2 Comments
Jangan menilai... | Assalamualaikum wbt. Cikla setuju, jangan cepat menilai orang lain hanya sebab kita mendengar desas desus dari orang lain. Kadang-kadang betul, tapi sebenarnya banyak yang tak betulnya. So, fikir-fikirkanlah sebelum mempercayainya... 

Jangan menilai...


Jangan menilai...
Jangan menilai... Image creadited to Google.

Don't judge a book from it's cover... ❤❤❤



HOODPATH Travel Blog Giveaway 1.0.

January 20, 2016 13 Comments
Assalamualaikum wbt.....

HOODPATH Travel Blog Giveaway 1.0. | Jom join giveaway ni. Syarat mudah dan hadiahnya dah semestinya menarik. Macam biasa nak join, klik banner di bawah.


 http://missdae.blogspot.my/2016/01/hoodpath-travel-blog-giveaway-10.html
Klik banner untuk join.


Giveaway berlangsung pada 12/1/2016 hingga 23.59 p.m. 25/1/2016 sahaja. Oklah, selamat berjaya semua. Sekian dulu, wassalam......

-TAMAT SUDAH-

18 January 2016

GIVEAWAY January 2016 By Mezquitalifestyle.

January 18, 2016 10 Comments
Assalamualaikum wbt....

GIVEAWAY January 2016 By Mezquitalifestyle. | Jom join giveaway ni. Nak join klik kat banner...


 http://mezquitalifestyle.blogspot.my/2016/01/giveaway-january-2016-by.html


So, bagi Cikla blog awak ni dah ok dah. Simple, menarik, warna pun ok. 

GiveAway adalah bermula dari 17 / 01 / 2016 sehingga 23 / 01 / 2016 (11.59pm). Pengumuman pemenang berdasarkan Random.Org pada 25 / 01 /2016. 

Oklah, good luck untuk semua yang join. Yang belum join, jom join ramai ramai. Kasi meriah sikit... Sekian dulu, wassalam....

-TAMAT SUDAH-

Giveaway Cash RM500 Jan 2016 by Emas Putih.

January 18, 2016 22 Comments
Assalamualaikum wbt....

Giveaway Cash RM500 Jan 2016 by Emas Putih. | Morning semua. Pagi ni Cikla nak ajak semua join giveaway ni. Hadiahnya pun best....

Giveway January Cash RM500 by Emas Putih|  Salam. Dijemput join GA uzu ni. GA pertama untuk tahun 2016.  Sila tekan banner kalau nak join GA ini. Terima kasih.


[Tekan Banner Di Atas Untuk Join]




Ini ada satu produk baru yang membantu menghilangkan jerawat dalam masa 24 jam iaitu REFINITY Acne Hydrogel ! Ada 6 sebab kenapa anda perlu mencuba hilangkan jerawat anda dengan cepat iaitu :

1. PANTAS BERTINDAK
Formulasi Acne Hydrogel FOKUS pada rawatan jerawat dan bekas jerawat bagi menjadikan wajah anda kembali licin bersih berseri.

2. SENANG & MUDAH
Hanya sapu 2 kali sehari dan tunggu hasilnya. Cepat meresap dan kering tanpa rasa kesan minyak.
3. SESUAI UNTUK KULIT SENSITIF
Tidak seperti produk lain di pasaran, Acne Hydrogel diperbuat dari bahan herba Asli yang sangat efektif dalam rawatan jerawat dan bebas dari bahan kimia. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

4. PENGIKTIRAFAN
Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT151105679K) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PO-BMF-PPIM01407). Diyakini halal dan dijamin keberkesanannya.

5. 98% PENGGUNA BERPUAS HATI
Hampir 10,000 botol dijual setiap bulan dan hampir kesemua pengguna berpuas hati dengan kesannya. Setiap hari kami menerima testimoni positif dari pengguna.




Sesiapa yang berminat boleh dapatkan REFINITY Acne Hydrogel di http://refinity.com.my/ . Hilangkan jerawat anda semudah A B C dan sepantas kilat dalam masa 24 jam !! 


Harga  : RM70 sebotol / 2 botol RM130 *hargapromosi*
SMS / WhatsApp : ‘CLEAR’ ke  019-544 3000


Giveaway January2016 Cash RM500 by Emas Putih disponser oleh Emas Putih , dan Refinity Malaysia. Terima kasih kerana join GA ini :)


Oklah, join tau.... Sekian dulu, wassalam.....


-TAMAT SUDAH-

17 January 2016

Menang giveaway : Hadiah giveaway dari impianacikyanie.blgospot.my.

January 17, 2016 1 Comments
Assalamualaikum wbt....

Menang giveaway : Hadiah giveaway dari impianacikyanie.blgospot.my. | Kelmarin (kalau tak silap) cikla terima hadiah dari cik yanie sebab cikla diberi rezeki masa join giveaway anjuran beliau. Hadiahnya adalah satu key chain comel iaitu burung enggang (betul ke burung enggang?) yang berwarna hijau. Key chain tu dah selamat digantung bersama key chain yang lain di kunci motor cikla. Hehehe......







By the way, thanks ye cik yanie untuk hadiah yang cute tu. Cikla hargainya.... Nanti buatlah giveaway lagi ye, inshaAllah cikla join. Cikla support awak tau... Oklah, thanks for reading. Sekian dulu, wassalam......

Resepi cucuq bilis setiaku di sini.

January 17, 2016 0 Comments
Resepi cucuq bilis setiaku di sini. | Assalamualaikum wbt. Hai semua, dah breakfast ke? Mestilah dah kot. Dah pukul 9 lebih pun kan. Hari ni cikla breakfast cucuq bilis je. Nama yang hujung saja tambah, sebab peminat tegar kak Ziana Zain. Keh keh keh.

Korang mesti cakap, ek eleh cucuq bilis pun nak share resepi. Senang gile. Haha. Memanglah senang, tapi cikla nak share cucuq bilis versi cikla. Boleh gitu, hahaha.

Resepi cucuq bilis setiaku di sini.


Resepi cucuq bilis setiaku di sini.
Resepi cucuq bilis setiaku di sini.

Apa bahan bahan ye tu?

Bahannya senang yang amat. Cari cari kat dapur, semua ada. Jom kita tengok.....

Tepung gandum (ikut suka berapa banyak korang nak buat).
1 biji bawang besar (hiris halus).
Segenggam ikan bilis jepun (yang halus tu).
Segenggam daun sup atau daun kucai (dihiris kasar).
1 sudu teh serbuk bikarbonat. 
Garam, serbuk kunyit, perasa dan air untuk membancuh. 
Minyak untuk menggoreng.

Cara nak buat pulak?

Senang je. Letak semua bahan dalam satu mangkuk besar (yang senang korang nak gaulkan bahan-bahan tu nanti). Agak-agak tau bila masukkan air, jangan banyak sangat nanti terlembik dan jangan kurang sangat nanti keras pulak. Yang sedang-sedang saja tau. Masa korang nak bancuh adunan, masukkan sedikit air panas dalam adunan lepas tu baru air biasa. Nanti cucuq kita lembut gebu je. Kalau cucuq kita dah sejuk pun masih lagi lembut. Dah kacau rata. Ketepikan.

Panaskan minyak dalam kuali, dan bila minyak panas bentukkan tepung aduanan tadi guna sudu senang. Goreng sampai kekuningan, lepas tu angkat dan toskan minyak. Bolehlah dihidangkan. Kalau bilis tu korang nak ganti dengan udang boleh jugak, tapi dah tak jadi cucuq bilis dah, jadi cucuq udanglah pulak.

Macam mana, senang kan? Yang bujang-bujang pun boleh buat apa. Hehe. Selamat mencuba.

16 January 2016

Strok haba kesan dari El Nino.

January 16, 2016 0 Comments
Strok haba kesan dari El Nino. | Assalamualaikum wbt... Biasalah kan, cikla rasa setiap tahun kot kalau awal tahun mesti keadaan panas melanda negara kan. Macam tahun tahun lepas jugak, awal tahun je cuaca panas kering datang memunculkan dirinya. Keadaan ni sering dikaitkan dengan fenomena El Nino. Kita sebagai hambanya, redha dan terima keadaan ni dengan hati yang lapang dan anggap ini sebagai ujian dari Allah SWT. Walau apapun, kita kena ambil langkah langkah untuk mengelakkan diri kita daripada mengalami risiko strok haba yang boleh dikatakan bahaya jugaklah....

Strok haba adalah keadaan di mana badan seseorang mengalami kekurangan air menyebabkan suhu badan meningkat dan orang itu berpeluh lebih daripada biasa. Ada sesetengah orang yang kurang meminum air masak, lepas tu suka pulak mengambil minuman berkafein, bergula dan beralkohol. Kalau nak tau, tabiat ini akan mendedahkan mereka diserang strok haba kalau terdedah kepada cuaca panas.

Strok haba kesan dari El Nino.


Strok haba kesan dari El Nino.
Strok haba kesan dari El Nino. Sumber Google.

Pekerja di tapak pembinaan yang sentiasa terdedah kepada cahaya matahari, warga emas, pesakit jantung, kencing manis dan darah tinggi juga berisiko diserang strok haba. Kanak kanak juga dan mereka yabg mengalami demam (selain cirit birit) juga kena selalu peka dengan perubahan pada suhu badan mereka untuk elakkan strok haba menyerang....

Sebenarnya, kalau kita terdedah terlalu lama kepada cuaca panas, keadaan ini akan menyebabkan sakit kepala, berpeluh lebih dari biasa, loya, muntah, cepat letih dan lebih teruk lagi berlaku kekejangan. Yang paling ditakuti adalah, kesan strok haba juga boleh membawa maut.

So, marilah kita semua mengambil langkah langkah yang sepatutnya supaya diri kita terhindar dari strok haba....❤❤


~alhamdulillah, 2 hari ni hujan. Sejuk sikit.

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.