Makan buah delima untuk sihat!

By Cikla Shahril - January 26, 2016

Sebelum ni cikla ada share betapa khasiatnya buah delima untuk kecantikan. Kalau yang belum baca entri mengenai itu, boleh klik SINI

Kali ni, cikla nak share khasiat buah ini untuk kesihatan kita pulak. Mungkin semua tahu buah ini mengandungi kualiti antioksidan yang terbaik berbanding dengan buah beri biru, kranberi dan oren.

Antara khasiat buah delima untuk kesihatan adalah;

  1. Menurunkan kadar kolestrol dalam darah. Menurut kajian yang dijalankan, antidoksidan yang ada dalam buah ini dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolestrol jahat) pada tikus. So, ini bermakna ia dapat menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolestrol baik).
  2. Mencegah dan mengubati barah, sebab dikatakan jus delima dapat menghancurkan sel barah payudara dan mengaktifkan sel sihat. Selain itu, estrak biji buah delima (kaya dengan polifenol) dikatakan berupaya memulihkan leukemia. 
  3. Merencatkan barah paru-paru dan prostat. 
  4. Mencegah dan melambatkan penyakit Alzheimer.
  5. Dapat menghilangkan kejang kaki terutamanya wanita mengandung. 
  6. Bagus untuk wanita mengandung sebab buah ni mengandung asid folik yang tinggi yang mana ia dapat mencegah kecacatan tiub saraf. Keadaan ini boleh menyebabkan kerosakan pada sum sum tulang dan langit bibir sumbing pada bayi.

Makan buah delima untuk sihat!
Makan buah delima untuk sihat! Gambar sumber Google.

Inilah di antara kelebihan buah delima ni. Sebenarnya ada beberapa 'petua' ketika membeli buah ni iaitu pilih buah yang berat dan mempunyai kulit yang bersih tanpa sebarang cela dan tak merekah.

Kalau korang nak tau, buah delima ni boleh dibeli dalam kuantiti yang banyak sebab ia boleh tahan selama 6 bulan kalau disimpan dalam peti sejuk. 

Cikla harap perkongsian ni akan memberi kita sedikit ilmu dan inshaAllah kita akan mula mengamalkan memakan buah berkhasiat ni. 

Sumber dari ruangan SIHAT, harian metro.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments