Masak kicap sotong.

By Cikla Shahril - January 24, 2016

Petang-petang ni cikla nak share satu resepi ringkas dan semestinya sedap dengan korang semua. Resepi kali ni teraju utamanya adalah En. Sotong. Masak kicap sotong. Sebenarnya, resepinya cikla ambil dari blog AZIE KITCHEN

Cuma ada beberapa bahan yang cikla takde, so cikla suaipadankan dengan bahan yang ada. Kalau korang nak tau resepi asal, klik je kat SINI. Dah dah, jom kita tengok apa bahan bahannya dulu. 

Masak kicap sotong.

Masak kicap sotong. 

Bahan bahannya;

1 kilo sotong (dibersihkan. Tak payah potong biarkan je sekor sekor).
1 labu bawang holland. (potong bulat).
1-2 biji cili merah (potong serong).
Kicap manis secukupnya. 
Air asam jawa secukupnya.
Garam, gula, perasa dan serbuk kunyit.
Minyak untuk menggoreng. 

Cara nak buat pulak;
  1. Gaulkan sotong yang telah dibersihkan dengan garam, perasa, dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan masukkan sotong yang telah diperap. Goreng sotong sampai air sotong kering. Tutup kuali dan kacau sekali-sekali untuk elakkan sotong hangus. Bila air sotong dah hampir kering, masukkan air asam jawa dan kacau rata.
  2. Setelah itu, masukkan kicap manis dan sedikit gula. Sesuaikan rasa, kemudian biar sekejap. Kemudian, masukkan bawang yang dipotong bulat dan cili merah. Biarkan sampai bawang dan cili kelihatan layu. Selepas itu, tutup api dan bolehlah diangkat.

Sedap jugak, tak pedas sangat dan budak-budak boleh makan. Selamat mencuba.

  • Share:

You Might Also Like

6 Comments

  1. eh... sotong masak kicap.... akak tak pernah buat tau... nice idea... thnks sis

    ReplyDelete
  2. bila tengok gambar sotong masak kicap cikla nih, tetiba perut rasa lapar...

    ReplyDelete
  3. anis suka sotong.. sedapnyeee...

    ReplyDelete