29 February 2016

2nd Mini Giveaway by Tashira.

February 29, 2016 3 Comments
Assalamualaikum wbt....

2nd Mini Giveaway by Tashira. | Jom join giveaway ni. Hadiah best best tau.... Jom join ramai ramai....


 http://ohthrillers.blogspot.my/2016/02/2nd-mini-giveaway-by-tashira.html
Klik banner untuk join.


Syaratnya:

1. Buat satu entry yang bertajuk "2nd Mini Giveaway by Tashira". Letakkan banner buruk kat atas tu & backlink ke post giveaway ni.

2. Tinggalkan link kat entry ini plus nyatakan sekali sama ada anda menggunakan celcom/maxis/digi. (ur comment will be publish,so hantar sekali je ok)

3. Follow blog

Tashira  |  Izyan  |  Nad Dea  | Amira  | Eintan | Atiera*new


4. Follow twitter (jika ada)



5. Like FB Page

One  |  Two  |  Three  |  Four | Five *new


6. Follow Instagram (jika ada)

One  |  Two  | Three  |  Four  |  Five  |  Six  | Seven | Eight *new


Tarikh mula : 26 February 2016
Tarikh tamat : 20 March 2016

 Jom join.... Oklah, sekian dulu, wassalam....


-TAMAT SUDAH-





SegmenBloglists azlindaalin.com Mac 2016.

February 29, 2016 5 Comments
Assalamualaikum wbt...

SegmenBloglists azlindaalin.com Mac 2016. | Jom join segmen Kak Lin ni...


http://www.azlindaalin.com/2016/02/segmen-bloglists-azlindaalincom-mac-2016.html
Klik banner untuk join.


Syarat-syaratnya : Follow blog azlindaalinAdd To Circle Google+ Azlindaalin ,Follow Instagram Azlinda Alin , Like Fanpage azlindaalin.com 

*Masukkan blog www.azlindaalin.com ke dalam bloglist anda.
*Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen DI SINI

*10 bloglists akan di pilih. Keputusan pemenang akan di beritahu pada 1 Mac 2016. Akan di masukkan dalam bloglists www.azlindaalin.com dan InsyaAllah Azlinda Alin akan blogwalking setiap hari. 
**Tarikh mula dari 26 Februari 2016(Jumaat) sehingga 29 Februari 2016 (Isnin, Jam 11 Malam)

Senang je... So, join bagi meriah... Oklah selamat bersegmen semua.... Sekian dulu, wassalam.......

-TAMAT SUDAH-

28 February 2016

MINI GIVEAWAY 2016 BY HANI RAHMAN.

February 28, 2016 8 Comments
Assalamualaikum wbt....

MINI GIVEAWAY 2016 BY HANI RAHMAN. | Kak Hani buat giveaway. Nak joinlah... Korang pun Jom join... Klik banner bawah tu untuk join....


http://jombercontest.blogspot.my/2016/02/mini-giveaway-2016-by-hani-rahman.html


Hadiah :-



Top up  RM10 × 2
Top up  RM5 × 2
Review Blog x 2



Pemilihan pemenang melalui random.org. Oklah, all the best semua... Good luck... Sekian dulu, wassalam....

-TAMAT SUDAH-

Suami... tunjukkan keprihatinanmu....

February 28, 2016 0 Comments
Assalamualaikum wbt....

Suami... tunjukkan keprihatinanmu.... | Hai korang... kali ni cikla macam nak cerita pasal tanggungjawab. Cerita lebih kepada tanggungjawab rumahtangga, suami isteri, keluarga dan anak anak.... Kadang kadang cikla pelik dengan sesetengah orang yang sibuk nak kawin, tapi dah sedia pikul tanggungjawab ke? Jangan ingat kawin tu best dan syok dari satu segi je, ia sebenarnya merangkumi semua. Tanggungjawab zahir dan batin... keperluan menyediakan semua keperluan untuk keluarga, iaitu tanggungjawab lebih dipikul oleh si suami.


Image credited to google.


Memanglah isteri digalakkan untuk membantu suami tapi suami jangan amik kesempatan. Itu memang dah jadi tugas suami cari nafkah, so kalau isteri nak bantu untuk meringankan 'beban' suami, itu dibolehkan.... cikla rasa ada spesis suami yang malas kerja, banyak alasan dan yang lebih menyedihkan... taknak usaha.... semuanya mengharap orang bantu.... Orang, kalau nak bantu sekali sekali bolehlah, tapi kalau dah selalu orang pun dah naik jelak... Nampak sangat tak usaha dan mengharap orang menyuap 'nasi' ke mulut dia.... mana boleh macam tu.....

Cikla bukan nak condem semua suami suami (sebab bukan semua yang macam tu), tapi memang ada. Suami yang tau tidur berlingkar atas katil, time makan tau pulak selak tudung saji cari makan... Nak makan tau, tapi nak sediakan makan tak reti.... hishhh, memang cikla geram dengan orang macam ni.....

"Ala... ko tak tau masalah sebenar.. ko nak judge pulak..... "

Memang... memang semua orang ada masalah, tapi itu guna adik beradik dan teman rapat. Share... walaupun mungkin mereka tak dapat bantu tapi sekurang kurangnya, ringan sikit beban yang ditanggung. Jangan bila ada masalah je, lari.. buat derk buat tak tau.... lagilah tambah masalah. Isteri pun akan tensen dan stress.... tunjukkan yang awak tu mampu jadi pemimpin keluarga..... baru orang nak respect awk... nak cakap masalah, semua orang ada masalah.. takde manusia yang takde masalah. Cuma kita je yang kena hadap masalah tu, bukan orang lain. Orang hanya boleh 'tolong' bagi pendapat je. Yang bertindak tu... awak....


Image credited to google.






Lagi satu, ingat pengorbanan isteri. Bukan nak cakap suami takde pengorbanan, tapi rasanya isteri lebih lagi kot. Menghadapi susah senang bersama, itu belum lagi dugaan dan cabaran masa mengandungkan zuriat start dari awal mengandung sampailah melahirkan. Bila dah sarat, bayangkanlah... nak bawak perut lagi ke sana sini.... tolonglah hargai isteri. Janganlah sakiti dia..... Mood orang mengandung, tau jelah.. kejap ke darat.. kejap ke laut.... so, suami kena pandai amik hati dan peranan. Paling tak pun, jangan sakitkan hati dia... itupun dah cukup....

Cikla bukan nak cakap my husband perfect.. terbaik... tak, dia jugak ada kekurangan dan kelemahan. Tapi, apa yang penting niat dah tekad untuk atasi kelemahan.... jangan hanya duduk menongkat dagu, mintak orang datang hulur bantuan... tak bolehlah macam tu. lagipun kudrat masih mampu, muda remaja gagah perkasa lagi... malu orang tengok.... apa yang penting ingat....

"tanggungjawab... tanggungjawab...& tanggungjawab .... "

Oklah, maaf kalau ada yang terasa dengan entri ni. Cikla cuma luahkan pendapat dan berkongsi rasa. Thanks for reading. Sekian dulu, wassalam.....

27 February 2016

Nak pergi temuduga? Nah, tips.

February 27, 2016 6 Comments
Nak pergi temuduga? Nah, tips. | Assalamualaikum wbt... Kebanyakan orang yang baru lepas habis belajar atau graduate mesti dah tercari-cari kerja yang sesuai dengan kelulusan yang ada. Nak cari kerja sekarang memang mencabar, tak macam dulu. Rasanya kelambakan graduan yang baru habis belajar memang ramai, tapi peluang kerja pulak nampak macam terhad. So, pada cikla memang tak boleh nak memilih sangatlah nak cari kerja zaman sekarang. Nak cari kerja yang sesuai dengan jiwa? Haha... Pada cikla tak salah kot kalau kita perlu bermula dari bawah, sebab bagi cikla pengalaman itu lebih bernilai dari segulung ijazah/diploma. Sebenarnya cikla nak share beberapa tips yang mungkin korang boleh jadikan panduan untuk menghadiri temuduga nanti. Mana tau berguna kan... hihi... oklah jom kita baca...


Nak pergi temuduga? Nah, tips.
Nak pergi temuduga? Nah, tips.

  1. Persiapan sebelum pergi temuduga. PENTING! Kajian pasal syarikat dan jawatan yang kita nak mohon tu penting sebab ia akan menjadikan kita lebih yakin semasa menjawab soalan yang diajukan si penemuduga kelak. Penampilan diri jugak penting, pastikan wajah yang tenang dan senyum. Tapi, jangan lebih lebih senyum pulak, nanti macam kerang busuk. Hehe...
  2. Bawa semua dokumen yang diperlukan semasa temuduga seperti resume dan sijil sijil berkaitan sahaja.
  3. Pakaian semasa pergi temuduga juga penting. Pakai pakaian yang sesuai dan sopan. Ketika bercakap jugak, guna bahasa yang sopan dan jawab soalan dengan yakin tanpa teragak agak. Tutup rasa gementar kita dengan senyuman dan ingat! Kawal pergerakan mata. Jangan melilau sana sini.
  4. Jawab soalan dengan ringkas tapi padat dan seeloknya tumpukan pada kelebihan kita dan jawab apa yang ditanya. Jangan bagi jawapan yang melalut-lalut, dan keluar topik. Memang fail lah jawabnya. Lagipun, kalau jawapan dah terlampau meleret tu, dah macam over confident pulak nanti.

Macam cikla cakap tadi, zaman sekarang ni tak boleh nak pilih-pilih kerja sangat. Dahlah memilih, lepas tu nak harap gaji yang tinggi pulak tu, tak sedar diri lagi tu, awak tu dahlah fresh graduate, pengalaman pun zero. Selain itu, kita kena amik tau jugak apa harapan majikan kita iaitu dengan berkomunikasi dengan baik, boleh dipercayai dan berfikiran kreatif dan kritis.

Show your ability tapi jangan terlalu berlebihan, berpada-pada...❤❤


Sumber : Bersama Kaunselor (Harian Metro).

26 February 2016

Kurus sangat? Nak tips tambah berat badan?

February 26, 2016 1 Comments
Kurus sangat? Nak tips tambah berat badan| Assalamualaikum wbt. Aiseh, orang selalu nak tau atau share tips macam mana nak kurus. Tapi, cikla terbalik pulak dah. Share tips nak tambah berat badan. Haha... Betul ke ni? Eh eh... Betullah. Jom-jom kita cerita...

Siapa yang tak nak berat badan yang ideal. Kurus langsing cantik gitu. Kalau korang nak tau, badan yang terlalu gemuk atau terlalu kurus boleh menjadi ancaman psikologi pada seseorang itu. Apalah kan. Gemuk salah, kurus pun salah. Pening pening. Tapi, kalau dah kurus sangat tak elok jugak kan. So, nak yang sedang-sedang gitu. Betul tak? Hehe...

Kurus sangat? Nak tips tambah berat badan?


Perkara pertama yang kita kena tahu apakah yang menyebabkan badan kurus. Sebenarnya, kalau korang nak tau, ada beberapa sebab yang mungkin mempengaruhi, iaitu;

• Faktor keturunan. Ia tak mungkin dapat dihindar (dah keturunan kan), tapi mungkin boleh diatasi dengan mengambil vitamin tambahan untuk tambah berat.
• Faktor kekurangan gizi adalah yang paling menpengaruhi sebab kalau badan kurang mendapat gizi yang cukup, of course lah berat tak naik-naik kan. Betul tak?
• Jangan ingat orang gemuk ke kena bersenam. Orang kurus pun kena jugak. Kalau malas senam badan menjadi tak sihat.
• Faktor kurang tidur (insomia) juga mempengaruhi berat badan sebab kurang tidur akan mengganggu pola hidup kita.
• Kurang minum air juga boleh menjadi sebab. Kita disarankan meminum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari.
• Terlalu banyak berfikir dan tertekan juga boleh menyebabkan berat badan tak naik-naik. Ada orang kalau terlalu sangat berfikir atau stress akan kehilangan nafsu makan. So, macam mana badan nak berisi. Ish ish...

Kepada yang kurus sangat tu, jangan risau. Kat sini cikla nak share macam mana nak tambah berat badan korang. Jom kita semak apakah tips itu...


Kurus sangat? Nak tips tambah berat badan?
Kurus sangat? Nak tips tambah berat badan? Image credited to google.

Kurus sangat? Nak tips tambah berat badan?


Pertama, pentingnya gizi atau kandungan nutrisi yang kita makan. Maknanya, kita kena tambah pengambilan kalori dalam makanan yang kita makan. Pastikan pengambilan kalori seharian melebihi pembakaran. Lepas tu, elak dari makan makanan yang kurang khasiat/nutrisi. Pastikan makanan yang kita ambil itu seimbang dari segi karbohidrat, lemak, protein dan lain lain, sebab protein penting dalam pembinaan otot dan jumlaah pengambilan protein ni adalah 30%. So, jangan abaikan cik protein ni ye.

Kedua, makan dengan kerap. Kalau sebelum ni kita makan 3 kali sehari, haaa lepas ni kita kasi up sikit. 5 kali sehari. Boleh tak? Lagi kerap lagi bagus sebenarnya. Selain itu, ambil pengambilan suplemen atau multivitamin pun penting jugak terutama dalam usaha, nak tingkatkan kecerdasan diri sekaligus nak tambah berat badan.

Ketiga, keinginan dan azam yang kuat untuk mencapainya. Maknanya, kalau kita nak naikkan berat badan, so tindakannya kenalah seiring dengan azam tersebut. Jangan hanya berangan-angan, bak kata orang cakap tak serupa bikin. Cakap je, buat tak. Hehe. Lagi satu, lakukan ia dengan rela bukan terpaksa. Apa yang terbaik, lakukan secara konsisten dan teratur. Ok!

Bagi cikla, apa yang penting lakukan secara sihat. Tak kiralah samaada kita nak kurus langsing atau sebaliknya, buat dengan berdisiplin dan terancang. Pilih cara yang selamat, bukan apa nanti berat naik pun tak, penyakit lain pulak dapat. Tak naklah macam tu kan.

Semoga bermanfaat. 


Sumber : Ruangan Bestari bersama kaunselor (Harian Metro).

25 February 2016

Tomato dan kecantikan.

February 25, 2016 2 Comments
Tomato dan kecantikan. | Assalamualaikum wbt. Tomato oh tomato. Jangan cakap korang tak kenal tomato pulak ye. Hehe. Biasanya kita jumpa tomato ni dalam masakan tomyam. Tapi, sebenarnya tomato mentah lebih banyak khasiatnya, lebih-lebih lagi untuk kesihatan kulit.

Ada banyak kebaikan tomato ni tau, meh cikla nak kongsikan dengan korang. Ada orang suka makan tomato macam tu aje disebabkan kandungan nutrisi dan airnya yang tinggi. Sebenarnya ia memang bagus untuk melembapkan kulit dan sarat dengan mineral, kalsium, vit.A, C, flavonoid, vit.B kompleks, tiamin,  folat dan niacin. Kesemua nutrisi ni juga baik untuk mata jugak.

Tomato dan kecantikan.


Tomato juga bagus untuk melawan kesan kerosakan sel kulit oleh radikal bebas disebabkan kandungan antioksidan (lycopene dan zea-xanthin) di dalamnya. Ia juga bersifat anti kanser serta mampu pulihkan sel dan membina otot sebab ia mempunyai protein.

Rasanya ada orang yang suka menjadikan tomato sebagai masker sebab ia elok untuk merawat liang roma kulit yang terbuka.

"Caranya adalah dengan mencampurkan 4 sudu jus tomato dengan 1 sudu air, kemudian sapukan campuran tersebut pada keseluruhan muka dengan menggunakan kapas. Biarkan sekejap (15 minit) dan cuci."

Ada orang juga suka menggosok tomato pada kulit sampai jusnya menyerap ke dalam. Cara ini dapat menyerikan wajah kita sebab ia membantu meratakan warna kulit sekaligus kulit nampak lebih sihat dan berseri.

Oh ye, kalau korang nak tau, biji tomato pun berguna jugak sebab ia dapat membantu merawat macam mcam masalah kulit. Kisar buah tomato bersama bijinya dan sapu pada wajah sebelum tidur kemudia basuh muka pada keesokan harinya. Cara ni dapat membantu mengatasi masalah penuaan pramatang dan menjadikan kulit lebih sihat.

Ehh... tomato boleh rawat jerawat dan ruam panas? Ye, boleh.

"Caranya adalah dengan membelah tomato dan sapu pada muka/kulit yang bermasalah atau ambil isi tomato dan sapu pada muka. Biarkan selama 1 jam. Buat secara konsisten, inshaAllah,  ia akan bagi kita kesan yang ketara."


Tomato dan kecantikan.
Tomato dan kecantikan. Image credited to google.

Selain itu, buah ini jugak mampu mengawal pengeluaran minyak yang berlebihan pada muka kita. Ia juga boleh menjadikan kulit wajah lebih licin dan bersih. Tomato jugak boleh dijadikan sebagai pelindung semulajadi dan memberikan wajah lebih awet muda. Pokok pangkalnya, kena rajin mengamalkannya.

"Campuran jus tomato dan madu dapat memberikan kita kelembapan kulit dan menjadikan kulit wajah lebih berseri-seri."

"Jadikan tomato sebagai penyegar semulajadi setiap kali selepas mencuci muka kita. Kulit nampak lebih lembap dan shining."

Pendek kata, banyak kebaikan tomato ni kepada kecantikan. Apa yang penting kita rajin dan konsisten mengamalkan ia sebagai rutin harian kita.

Nak cantik kenalah rajin. Betul tak?


Sumber  : Ruangan hati (Harian Metro).

My pregnancy story : Monthly check-up, alhamdullilah 3 bulan sudah.

February 25, 2016 0 Comments
Assalamualaikum wbt....

My pregnancy story : Monthly check-up, alhamdullilah 3 bulan sudah. | Entri ni ditulis masa cikla tengah tunggu turn. Walaupun tak ramai, tapi biasalah kan kat klinik ni nurse tak ramai. Ada dua orang je. Ni pun tinggal sorang. Yang sorang lagi mungkin ada kerja luar. So, tunggu ajelah....









Kalau dah mengandung, inilah rutin setiap bulan yang kena dilalui. InshaAllah sampailah melahirkan nanti..... pagi ni cikla bawak si kenit ni. Nak tinggal kat rumah takde orang nak tengok. So, kenalah angkut sekali hero sorang ni....
Budak budak... bukannya suka tunggu lama lama. Mulalah dia bosan, usik itu usik ini. Kalau dulu dia ni memang takut dengan nurse, tapi sekarang dah tak heran dah dia. Macam kat rumah dah lagaknya... huhu....

Oklah korang. Jap lagi turn cikla... harap takde masalah.... sekian dulu, wassalam....

Elok ke minum air TEH HIJAU?

February 25, 2016 1 Comments
Elok ke minum air TEH HIJAU? | Assalamualaikum wbt. Korang suka minum teh hijau tak? Sejujurnya, dulu memang cikla tak minum teh jenis ni. Tapi, sejak ia diperkenalkan oleh encik suamiku, macam dah 'tersuka tanpa sengaja' pulak dengan teh ni. Walaupun rasanya yang pahit pahit kelat (kalau ikut tekak cikla lah), tapi memang banyak khasiatnya cik teh ni rupanya. *ooooo baru tau. Hehe.

Teh hijau ni sebenarnya berasal dari negara China dan India. Dikatakan teh adalah minuman yang paling banyak diminum. That's why, ia terkenal di seantero dunia. Tapi, almost 78% teh yang diminum adalah teh hitam (yang biasa tu) dan hanya 20% aje teh hijau diminum orang di seluruh dunia.

Cikla sebenarnya bukannya nak share banyak-banyak pasal asal usul teh hijau ni, yang cikla nak kongsikan adalah kebaikan teh hijau ni kepada orang yang meminumnya. Apa dia ye kelebihan teh ni. Jom kita selongkar sama-sama. Jom jom...

Apa kebaikan kalau kita minum teh hijau ni?


Orang cakap kalau kita minum teh hijau ni, kita akan berasa tenang. Ye ke? Sebab apa ek? Ini kerana dalam teh hijau ni ada catechin dan L-Theanine yang merangsang rasa tenang itu. Patutlah, setiap kali cikla minum teh hijau (biasanya yang sejuklah), rasa tenang je jiwa, sebab ni rupanya... *oooo... baru tau...

"catechin akan beri kesan pada sistem saraf utama dan benarkan tubuh kita bertenang, manakala L-Theanine pulak sejenis asid amino yang dikatakan mampu kurangkan stress....."

Dalam teh, memang ada antioksidan yang mampu serap tisu pada mata dan hasilkan aktiviti antioksidan. Kalau dalam teh hijau, catechin merupakan antioksidan yang dikatakan mudah diserap ke dalam tisu mata. Kebaikan catechin ni lagi, ia boleh mengurangkan keradangan pada badan kita dan kebolehan 'dia' kawal bakteria serta rendahkan kadar asid air liur dan plak gigi. So, ia mampu mencegah kaviti dan menghindarkan diri kita dari kesihatan mulut yang buruk.

Nak lagi kebaikan catechin ni? 


Ia juga dikatakan boleh menjadikan kulit lebih tahan dari sinaran UV dan menghindarkan kulit mengalami penuaan pramatang.

Apa lagi kelebihan teh hijau ye? 


Ada lagi, teh hijau dikatakan mampu beri kelegaan pada orang yang ada alahan sebab ia mengandungi EGCG (Epigallocatechin Gallate) yang bersifat antialergik. Selain itu, teh hijau ni boleh bantu untuk pastikan tahap kolesterol dalam badan berada dalam keadaan terkawal. Kalau teh biasa bagi kesan kuning pada gigi kalau selalu meminumnya, sebab ada asid tannin, tapi tak pada teh hijau, sebaliknya dengan meminum teh hijau akan beri kebaikan pada kesihatan gigi.

"minum teh hijau boleh mengurangkan risiko strok, tapi gaya hidup sihat lebih digalakkan. Selain itu, dengan meminum teh hijau mampu meningkatkan fungsi kognitif otak kita (daya ingatan)...."


Elok ke minum air TEH HIJAU?
Elok ke minum air TEH HIJAU?  Image credited to google.


Opsss... nanti ada pulak yang tanya.. boleh ke ibu hamil atau susukan anak minum teh hijau ni? Takpe takpe, cikla tolong jawab ye. Sebenarnya ibu hamil dan ibu menyusukan anak boleh minum teh hijau tapi tak lebih dari 1-2 cawan sehari, sebab catechin yang ada didalamnya boleh menyebabkan pengurangan ion besi diserap dari makanan yang diambil. Untuk mendapatkan khasiat teh hijau to the max, jangan tambah apa apa didalamnya seperti gula dan perasa lain. Lagi elok, minum teh hijau yang direndam sendiri, sebab teh hijau yang ditambah gula atau perasa, kandungan antioksidannya dah berkurang atau hilang terus. So, tak dapatlah kita nak menikmati kenaikan teh ni kan... betul tak? 

Nak rendam teh hijau pun ada caranya, iaitu rendam teh hijau dalam air bersuhu 80-90 °C dan proses rendaman pun tak boleh lama, lebih kurang 3 minit je. Sebabnya? Korang survey sendiri ye... hehe.. Wah wah, banyak jugak kelebihan teh hijau ni ye. So, lepas ni apa kata kita minum teh hijau pulak  demi mendapatkan kesihatan yang baik. Jom kita....

Semoga info dan tips ni akan beri kita manfaat ye....


Sumber : Ruangan Khasiat Alami (Majalah Wanita).

24 February 2016

Drama pilihan : Cinta hati abah. (Slot Samarinda TV3).

February 24, 2016 1 Comments
Assalamualaikum wbt.....

Drama pilihan : Cinta hati abah. (Slot Samarinda TV3). | Hai semua... cikla nak buat review drama pilihan cikla lah. Cikla memang follow drama ni dari awal episod 1 sampailah sekarang. Pada cikla drama ni memang best, sarat dengan kisah tauladan dan pengajaran yang patut dicontohi. Rasanya dalam masyarakat realiti, memang ada berlaku seperti apa yang dilakonkan dalam drama ni. Kisah anak yang menderhaka pada ibubapanya, tak menghormati sesama keluarga terutama adik beradik, selalu bergaduh, mengadu domba, berebut harta dan macam macam konfliklah.... Tak kurang juga dengan pengorbanan si anak yang sanggup berhenti belajar demi menjaga ayah yang uzur dan demi memberi laluan kepada adik untuk sambung belajar.... semuanya memang memberi kesan atau kesedaran pada kita yang menontonnya. Itu belum lagi 'geram' dengan watak watak antagonis dalam drama tu... eeeeee....

Oklah, jom kita baca sikit sinopsis drama ni. Sumber SINI.



Sumber image SINI


Drama:  Cinta hati abah.
Terbitan: Orangetree Production Sdn.Bhd.
Pengarah:  Azmi Hatta.
Pelakon utama: Esma Daniel (Pak Salleh), Nonny Nadirah (Baizura), Zara Zya (Intan), Sweet Farhana (Zaharah), Afiq Muiz (Marzuki), Idris Khan (Ikmal), Nor Albaniah (Mak Mon), Laila Nasir (Che Gayah) dan Encik. Jalil (Razak Ahmad).
Siaran: Isnin-Rabu (10-11 malam).

Sinopsis Drama Cinta Hati Abah;

Drama Cinta Hati Abah mengisahkan tentang Pak Salleh. Pak Salleh adalah seorang nelayan yang telah kematian isteri. Dia mempunyai tiga orang anak perempuan iaitu Baizura, Intan dan Zaharah. Ketiga-tiga anak perempuan Pak Salleh ini memang bijak tetapi mempunyai personaliti yang agak berbeza. Baizura adalah anak sulung Pak Salleh. Walaupun dia menjadi harapan kerana mempunyai masa depan yang cerah, Baizura agak materialistik orangnya. Baizura bercinta dengan Marzuki, anak seorang toke keropok. Anak kedua Pak Salleh bernama Intan. Sikapnya agak jauh berbeza dengan Baizura. Intan lebih merendah diri dan amat menyayangi ayahnya dan adiknya Zaharah. Zaharah juga seorang anak yang pintar dan dia berjaya mendapat peluang untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Bermacam dugaan yang akan dihadapi oleh Pak Salleh dalam membesarkan anak-anak daranya itu....

So, apakah kesudahannya? Memang tak sabar nak tengok drama 15 episod ni. Lagu soundtrack nya pun best jugak. Cikla agak penyanyi baru ni. Dah dah jom layan sat, cikla belanja video klipnya... (Sumber video SINI; youtube).




Pada pendapat cikla, cerita ni memang patut ditonton tau, sebab ia memang sarat dengan pengajaran yang boleh diambil iktibar....  bak kata orang kan, yang baik jadikan tauladan,  yang kurang baik jadikan sempadan..... Oklah, semoga terhibur ye teman teman semua.... thanks for reading. Sekian dulu, wassalam.....

23 February 2016

Giveaway Header Blog, Logo atau Cover Photo FB oleh Stanzaku.

February 23, 2016 5 Comments
Assalamualaikum wbt....

Giveaway Header Blog, Logo atau Cover Photo FB oleh Stanzaku. | Wah, macam menarik je giveaway ni. Moh kita join reramai....


http://www.stanzaku.com/2016/02/ga-header-blog-logo-atau-cover-photo-fb.html
Klik untuk join.


Syarat syarat adalah seperti berikut;

1) Buat satu entri. Tajuk entri tu mestilah mengandungi keyword 'Giveaway' DAN 'Stanzaku' DAN 'Logo' DAN/ATAU 'Header'. Korang gunalah kreativiti masing-masing tau.
2) Copy dan paste gambar serta LINK ke entri segmen ini. 

3) Follow blog STANZAKU.COM ni.
4) Jangan lupa komen link post kat ruangan komen bawah ni ye.


Pemenang akan dipilih dengan bantuan encik Random.org. Oklah, good luck pada yang join. Sekian dulu, wassalam....

-TAMAT SUDAH-

Salam takziah untuk adik!

February 23, 2016 6 Comments
Salam takziah untuk adik! | Assalamualaikum wbt..... Cikla baru je terima berita tentang adik cikla yang mengalami keguguran pagi tadi. Salam takziah untuk dia dan suaminya. Memang malam tadi adik cikla ada wasap cikla mengadu yang masa dia buang air kecil, macam bleeding.... lendir dengan darah. Dua kali jugaklah.... lepas tu dah takde. Perut pun tak sakit. Cikla memang cakap kat dia better pergi klinik or hospital untuk checkup kot kot ada apa apa masalah. Memang dia takde masalah mengandung sebelum ni. Ni kandungan ke-3....


Image credited to google.


Tup tup pagi tadi, dia wasap lagi bagitau darah keluar lagi dan perut sakit. Cikla agak sakit perut macam senggugut tu rasanya. Memang on the spot cikla suruh pergi jumpa doktor jugak. Sampai di klinik, doktor buat pemeriksaan dan scan, nampak memang macam ada masalah. Katanya, kantung ada tapi denyut jantung takde. Hati ibu mana kan tak sedih. Dalam hati masih terus berdoa agar semuanya selamat. Doktor terus suruh adik pergi hospital terus untuk buat pemerikasaan lanjut.

Sampai hospital, lepas buat checkup itu ini, rupanya betullah. Allah lebih sayangkan si kecil itu. Allah, hati ibu mana yang tak sedih kan. Allah meminjamkan kepada kita sekejap aje untuk merasai nikmatNya. Tak apalah dik, mungkin bukan rezeki. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ni. Semoga tabah dan sabar menghadapi ujian dan dugaan ni... be strong!!


Image credited to google.


Yang menjadi persoalan, apa sebabnya agaknya berlaku kan? Katanya dia takdelah buat kerja berat berat sangat sekadar memasak untuk keluarga, kemas rumah dan layan kerenah anak anak dia. Cuma dia selalu turun naik tangga sebab rumahnya tingkat tiga.... atau mungkin sebab stress. Orang cakap orang mengandung ni kena jaga emosi. Tak boleh sedih sedih... stress stress.... 

Al fatihah untuk anak syurga. Semoga kau tenang di sana nak! Pada adik cikla, semoga ikhlas dan redha hadapi semua ini. Kami sekeluarga tumpang sedih.... Kita merancang, tapi Allah yang menentukan......

*ya Allah, Kau lindungilah kandunganku ini. Semoga selamat sehinggalah melahirkan nanti. Amin....


Image credited to google.

PENCARIAN BLOGLIST THEATHRA.

February 23, 2016 6 Comments
Assalamualaikum wbt....

PENCARIAN BLOGLIST THEATHRA. | Jom join segmen ni. Klik ramai ramai kat banner tu....


http://theathra.blogspot.my/2016/02/pencarian-bloglist-theathra.html
Klik banner untuk join.


Syarat mudah lagi senang...

(1) Follow blog THEATHRA.BLOGSPOT.MY.
(2) Copy banner dan linkkan, lepas tu tinggalkan link di bahagian komen.
(3) DONE!

Dah dah... Jom join ramai ramai support adik kita ni... Yeayyyy... Oklah, selamat bersegmen semua... Sekian dulu, wassalam....

-TAMAT SUDAH-

22 February 2016

First Mini GiveAway MasitaEyta Mencari Followers Yang ke 150 & 10 New Bloglist.

February 22, 2016 4 Comments
Assalamualaikum wbt....

First Mini GiveAway MasitaEyta Mencari Followers Yang ke 150 & 10 New Bloglist. | Hai semua... Join giveaway ni jom... hadiahnya best wa cakap sama lu... Hihi....


http://masitaeyta.blogspot.my/2016/02/first-mini-giveaway-masitaeyta-mencari.html
Klik banner untuk join.


Syarat pun senang.... *done semua syarat.... Segmen berlangsung start 18 February till 31 March 2016. Oklah, selamat bersegmen semua and good luck...... Sekian dulu, wassalam......

-TAMAT SUDAH-

Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016.

February 22, 2016 9 Comments
 Assalamualaikum wbt....

Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016. Tak lama nak masuk bulan March, makanya senarai bloglist untuk January & February akan bertukar bila masuk bulan March. So nak cari bloglist baru untuk March dan April. Jemput sertai Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016.


Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016





Segmen simple sangat. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.


TAMAT : 28 FEBRUARY 2016


Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016
2. Copy & paste coding dalam kotak bawah ni di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016


Terima kasih atas sokongan semua ^__^



Oklah, selamat bersegmen semua. Sekian dulu, wassalam.....

-TAMAT SUDAH-

21 February 2016

Apakah kunci kebahagiaan hidup??

February 21, 2016 2 Comments
Assalamualaikum wbt....

Apakah kunci kebahagiaan hidup??| Siapa yang tak nak hidup bahagia kan? Semua orang mahukan hidupnya bahagia, walaupun mereka melalui pelbagai kesukaran dan dugaan. Jom cikla nak share 7 kunci kebahagiaan hidup menurut Saidina Ali bin Abi Thalib ra.

Kunci 1: Jangan membenci sesiapapun, walau ada yang menyalahi hakmu. Kita dilarang saling membenci lebih lebih lagi sesama Islam. Bagi cikla, perasaan benci ini akan menjadikan diri kita sentiasa berada dalam keresahan dan serba tak kena. Lagipun, sikap sebegini akan membuatkan orang akan menjauhkan diri dari kita. So, orang pun tak nak kawan dengan kita. 

Kunci 2: jangan memutus doa untuk saudara mukmim. Kita disarankan saling mendoakan sesama saudara kerana itu satu sikap yang baik. Jangan mendoakan yang tak elok untuk orang lain. Bagi cikla, kalau kita mendoakan yang elok untuk orang lain, orang lain akan mendoakan yang baik baik jugak untuk kita. 


Gambar hiasan.


Kunci 3: jangan pernah bersedih secara berlebihan walaupun masalah memuncak. Pada cikla, semua dugaan yang datang adalah tanda Allah sayang kita. Allah tak memberi dugaan itu kepada kita melainkan kita boleh menghadapi dugaan itu. Apa yang penting selalu bersangka baik kepadaNya.

Kunci 4: perbanyakkan memberi walaupun susah. Orang cakap tangan yang memberi, lebih baik dari yang menerima. Menolong orang jangan harap balasannya. Lagipun, orang cakap, rezeki kita kat orang... rezeki orang kat kita....

Kunci 5: hidup dalam kesederhanaan walaupun serba ada. Memang betul. Kita sepatutnya hidup dalam sederhana, sebab kita kena ingat semua yang ada pada kita itu hanyalah pinjaman semata. Jangan pernah sombong dengan nikmat yang diberi sebab itu   semua milik Allah....


Gambar hiasan.


Kunci 6: tersenyumlah walaupun hati sedang menangis. Tak ada siapa yang tak menghadapi dugaan. Kecil atau besar dugaan itu, hadapilah dengan senyuman. Kadang kadang senyuman itu tanda kita kuat dan tak pernah rasa 'down' atau menyerah.... senyumlah sebab ia ada penyubat kedukaan..... 

Kunci 7: berbuatlah kebaikan sekalipun banyak musibah. Jangan jadikan masalah atau musibah itu sebagai sebab untuk kita tak berbuat baik dengan orang lain. Teruskanlah menyebarkan kebaikan kepada orang sekeliling, sekalipun diri kita berada dalam kesusahan. Mungkin ganjaran yang kita dapat nanti setimpal dengan kebaikan yang kita lakukan... malah lebih lagi yang kita dapat.... 

Semoga bermanfaat...InshaAllah... Oklah, thanks for reading.. Sekian dulu, wassalam.....


Sumber from Facebook.com.
Image credited to google.




18 February 2016

Awesome Birthday Giveaway.

February 18, 2016 6 Comments
Assalamualaikum wbt...

Awesome Birthday Giveaway. | Wah, ada giveaway best lah... Jom join... 


http://sayasyiera.blogspot.my/2016/02/awesome-birthday-giveaway.html
Nak join? Klik banner tu...


Syarat pun senang dan hadiahnya pun menarik. Oklah, good luck semua yang join, and good pada diri sendiri... Hihi... Sekian dulu, wassalam..

-TAMAT SUDAH-

Kenapa hilangnya rezeki?

February 18, 2016 5 Comments
Assalamualaikum wbt.....

Kenapa 'hilangnya' rezeki? | Orang cakap jodoh, pertemuan, rezeki semuanya Allah yang tentukan. Ye, memang betul tu. Tapi, bagi cikla kita sebagai hambanya perlulah saling menjaga supaya rezeki itu sentiasa berdampingan dengan kita. Ada orang cepat menyalahkan Allah kalau sesuatu yang buruk terjadi kepada diri dan keluarganya. Sebenarnya, kita kena check diri kita dulu apakah yang menyebabkan ini berlaku. Jom cikla nak share apakah yang menyebabkan hilangnya rezeki terutama isteri, suami dan keluarga... marilah sama sama kita meneliti dan perbaiki mana yang kurang... 




Penyebab 1: Sering bergaduh. Rasanya situasi rumahtangga sekarang banyak berkeadaan seperti ini. Ada masalah sikit, bergaduh. Ada yang tak puas hati sikit, bertekak. Marah sikit sana, marah sini. Punca yang selalu menjadi penyebab adalah soal duit. Memanglah orang cakap sedangkan lidah lagi tergigit, tapi bergaduh bukanlah jalan penyelesaiannya. Bagi cikla ia umpama, mencurah minyak ke dalam api yang marak. Jalan penyelesaian terbaik, duduk berbincang dan cari persefahaman. 

Penyebab 2: Selalu merungut dan anggap anak anak sebagai beban. Anak adalah rezeki. Orang cakap setiap anak yang lahir membawa rezeki bersama mereka. Jangan rasa mereka sebagai beban tapi sentiada berusaha untuk mencari rezeki buat anak anak.... 

Penyebab 3: Selalu mengeluh sesama suami isteri dengan apa yang tak dimiliki. Kita sepatutnya menjauhkan diri dari sikap suka mengeluh. Sebaliknya, kita mestilah selalu bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Jangan bandingkan apa yang kita punya dengan orang lain. Itu rezeki masing masing. Bersyukurlah walau diberi rezeki yang sedikit sebab orang cakap itulah kunci kepada rezeki yang melimpah ruah. 




Penyebab 4: Kedekut dengan pasangan dan anak anak. Jangan tak tau ada orang yang terlalu berkira dengan keluarganya sendiri. Nak itu, berkira. Nak beli ni berkira. Anak mintak belikan mainan (bukan selalu pun anak mintak), berkira. Isteri minta duit lebih nak beli barang dapur, berkira.... pendek kata, semua benda dia nak berkira. Bukannya kita nak suruh dia ikut je apa yang mereka nak, tapi apa salahnya pertimbangkan dulu kan. Sepatutnya, perlu ada tolak ansur dan saling memahami sesama pasangan sebab rezeki yang Allah bagi untuk dikongsi bersama. So, jangan nak kedekut sangat.

Penyebab 5: Gagal kawal emosi dan cepat marah. Kalau ada masalah yang timbul, jangan cepat melenting dan meninggikan suara dengan pasangan. Bincang secara baik dan dengan suara yang lembut. Gunakan kata kata yang baik dan jangan mencemuh serta gunakan kata kata kesat tak kira kepada suami, isteri dan anak anak. So, secara tak langsung ini akan turut menjadi tauladsn kepada mereka supaya lebih 'cool' menyelesaikan masalah bila mereka dewasa kelak. 

Penyebab 6: Kurang bersabar. Sabar adalah kunci dalam menjadikan keluarga lebih harmoni dan tenang. Tangani kerenah isteri/suami serta anak anak dengan sabar dan nasihatilah dengan baik. Orang cakap, sekeras kerasa kerak nasi, diletak air lama lama lembut jugak. 


 


Penyebab 7: Kurang berdoa. Doa adalah yang terpenting. Sentiasa memohon semoga Allah sentiasa memberikan kkeluarga kita kebahagiaan dan menjauhkan kita dari sebarang musibah. Selalu mendoakan yang baik baik untuk keluarga dan sentiasa ingat mereka dalam setiap doa mereka....

Cikla harap kita semua akan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Apa yang penting kita selalu ingatkan Dia tak kira susah atau senang.... Oklah, semoga bermanfaat. Thanks for reading. Sekian dulu, wassalam....


Sumber: facebook.com.
Image credited to google.

Resepi ayam masak bali viral.

February 18, 2016 0 Comments
Resepi ayam masak bali viral.  | Assalamualaikum wbt. Hai korang. Dah lunch ke? Cikla belum, tapi masak dah settle. Landing landing jap, baru lepas amik anak sekolah kan. So, hari ni cikla nak share resepi yang pernah jadi viral kat laman sosial sebelum ni. La ni baru menyempat nak mencubanya. AYAM BALI VIRAL. Viral tu saja cikla tambah, tapi memang resepi ni viral pun kan.

Kebetulan ada lebihan ayam separuh cikla dah masak aritu, so tengok-tengok cukuplah. Lagipun kami tak ramai pun. Jadilah kan. Resepi asal cikla ambil dari blog Che Mat Gebu yang popular tu. Tapi, cikla olah sikit sebab ada bahan yang cikla takde. Nak lihat resepi asal, klik SINI.

Bila sekali imbas, ayam bali ni rupanya seakan-akan ayam masak merah. Cuma ada beberapa bahan yang ditambah, so rasanya dah tentu lain sikitlah. Dah dah, jom kita tengok dulu apakah bahannya....

Resepi ayam masak bali viral. 


Resepi ayam masak bali viral.
Resepi ayam masak bali viral. 

Bahan bahan;

1/2 ekor ayam (dibersihkan dan ditoskan, kemudian perap sekejap dengan garam dan serbuk kunyit).
6 batang serai (diketuk).
4 tangkai daun kari.
1 sudu besar kicap manis kipas udang.
3-4 sudu besar cili giling.
1/2 cawan air.
Minyak untuk menggoreng dan menumis. Gula dan garam secukup rasa.

Bahan kisar; 

3-4 biji bawang merah.
8 ulas bawang putih.
1 inci halia.
1/2 inci belacan. (Optional - cikla tak letak sebab takde).

Caranya pulak;

Panaskan minyak dalam kuali dan bila minyak dah panas, masukkan ayam dan goreng sebentar. Jangan garing sangat. Lebih elok masa goreng ayam, tutup kuali. Lepas tu, angkat ayam dan ketepikan. Kurangkan sedikit minyak gorengan ayam tadi, dan tumis serai bersama daun kari sekejap. Lepas tu, masukkan bahan kisar dan cili giling. Biarkan sampai garing dan cili masak. Kemudian, masukkan gula dan garam dan kacau lagi. Setelah itu, masukkan ayam dan air, kemudian kacau rata. Biar sampai kuah pekat. Bila kuah dah lekat, masukkan kicap manis, dan kacau rata. Perasakan lagi dengan garam dan gula, kemudian kacau. Kalau rasa dah ok, bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Selamat mencuba!

17 February 2016

Rahsia orang yang GAGAL?

February 17, 2016 2 Comments
Assalammualaikum wbt....

Rahsia orang yang GAGAL? | Aik, macam pelik je tajuk entry ni. Selalu kita dengar orang sibuk share rahsia orang yang berjaya. Tapi, cikla terbalik pulak, share rahsia orang gagal. Macam mana tu? Pelik tak, pelik tak... hahaha....




Dah dah, malas nak banyak banyak cerita, jom kita tengok apakah dia rahsia orang yang gagal, iaitu; 

suka dengar cakap orang dan hidup dari sudut pandangan orang lain. Sebenarnya bagi cikla lah kan, kalau kita nak berjaya jangan terlalu sangat dengar cakap orang, sebab situasi ini akan buat kita jadi macam tak yakin pada diri. Bila kita nak buat sesuatu, lepas tu orang komen itu ini, terus jadi macam 'down' dan terus give up. Nak dengar boleh, tapi ambil yang positif. Jadikan cakap orang tu sebagai pemangkin untuk terus ke depan sampai apa yang kita nak berada dalam genggaman kita..... kadang kadang orang memberikan pandangan itu ini, nak nak pulak pandangan negatif tu sebenarnya mereka iri hati. Memang ada spesis orang macam ni. Spesis orang yang tak suka dengan apa yang kita capai dan tak suka tengok orang berjaya. So, terima pandangan orang dan lihat serta pertimbangkan pandangan tersebut dari sudut positif dan negatif. 

cepat mengaku kalah dan tak percaya pada diri sendiri. Haaa... ni pun sikap tak berapa nak elok tau. Kalau kita nak capai sesuatu, kita mesti usaha, usaha dan usaha sampai berjaya. Jangan mudah mengalah dan yang paling penting percaya pada diri yang kita boleh. Kita kena percaya dan yakin pada diri kita sendiri sebelum kita nak orang lain percaya pada diri kita.... 

tak sanggup berkorban, takde komitmen dan takde pendirian. Ada orang cakap, kadang kadang untuk mencapai sesuatu kita perlu berkorban. Macam lirik lagu P.Ramlee... berkorban apa saja, harta ataupun nyawa... hehe.. tapi itu untuk orang bercinta sesuai kot... Tapi, point di sini tetap sama. Berkorban.... Mana tau, pengorbanan yang kita lakukan akan dibalas dengan 'hasil' yang sangat manis... Selain tu, komitmen dan pendirian yang tetap jugak penting kalau nak berjaya. Apa yang kita target apa yang nak capai dan pendirian kita tetap dan teguh walau apapun rintangan yang datang sampailah kita berjaya capai apa yang kita nak.




selalu cakap 'susahlah' dan kurang berusaha serta selalu bertangguh. Orang yang suka bertangguh dan berlengah lengah memang akan merugikan. Belum cuba lagi, dah cakap 'susahlah', 'macam tak yakin je', 'alah boleh ke'... memang tak tercapailah apa yang kita nak. Buat dulu, baru tau boleh ke tidak. Lagi satu, jangan berlengah. Kalau ada peluang untuk kita mencapai apa yang kita nak, rebut peluang tu jangan tunggu tunggu. Lambat lambat kang, orang lain masuk 'line'.. kan dah melepas.... haha.....

• ini sebab yang paling penting, iaitu jarang berdoa. Orang orang selalu cakap, USAHA TAWAKAL DOA. Kalau asyik berusaha je, tapi tak berdoa pun tak cukup jugak. Lagipun, bak kata pepatah, kita hanya merancang, Allah yang menentukan.  Ya, memang betul sangat tu. Semua yang berlaku, adalah dengan izinNya jua.... 

So, bagi cikla kalau kita nak capai sesuatu, kena yakin dan usaha nak mendapatkannya. Jangan hanya bercakap itu ni, macam tin kosong.. bising je lebih, tapi hasil takde. Jangan jadi macam mat jenin, hanya berangan angan tanpa berusaha nak mendapatkan apa yang diangankan. Never give up... and keep it up... Apa yang terpenting berdoalah supaya apa yang kita usahakan itu akan membuahkan hasil......

Oklah, thanks for reading. Semoga bermanfaat. Sekian dulu, wassalam.....


Sumber:  facebook.com
Image credited to google.

16 February 2016

Wanginya perfume MATAHARI by SheilaRusly.

February 16, 2016 4 Comments
Wanginya perfume MATAHARI by SheilaRusly. | Assalamualaikum wbt. Hai semua, cikla rasa macam nak buat reviewlah. Lagipun, dah lama kot cikla tak buat review kan. Rindu pulak rasa dihati. Cewahhh. Cikla sebenarnya nak share satu barang bagus ni kat korang, iaitu perfume MATAHARI by SheilaRusly

Korang mesti kenalkan dengan sis Sheila Rusly kita ni. Beliau merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit yang popular di Malaysia. Baru-baru ni, sis kita ni ada produce satu perfume jenamanya sendiri. Actually, sebelum ni dah banyak jugak cikla baca orang-orang dok promote perfume ni kat laman sosial. Baca punya baca, macam nak cuba pulak, kebetulan perfume yang cikla guna sebelum ni dah habis. Cikla memang pesen pakai sampai habis lepas tu baru beli baru, haha. 

Wanginya perfume MATAHARI by SheilaRusly.


Wanita dan wangian memang tak dapat dipisahkan. Betul tak? Orang cakap ibarat irama dan lagu. Amboi, bermadah pepatah pulak cikla. Haha. Ok-ok, nak dijadikan cerita, kebetulan adik cikla ada jual perfume. Memang dah berjodoh kot. Kalau korang nak try jugak boleh klik SINI untuk sebarang pertanyaan. *cehh, sempat promote tu... keh keh keh. Lepas selesai urusan bank in duit bagai, so dengan penuh debaran menunggu kedatangan perfume yang menjadi bualan seantero Malaysia ni.. *hamboi, ayat bodek ke apa ni? Haha...

Akhirnya, apa yang ditunggu-tunggu tiba juga. Perfume MATAHARI by SheilaRusly akhirnya berada dalam genggamanku. Hehe... *ayat kemain lagi. So, inilah rupa perfumenya..


Wanginya perfume MATAHARI by SheilaRusly.
Wanginya perfume MATAHARI by SheilaRusly.

Pada pendapat cikla, bau perfume ni memang wangi, dan baunya taklah kuat sangat sampai sakit hidung menghidunya. Orang cakap bau soft soft manja gitu. Bau-bau bunga. Spray sikit pun dah ok. Lagipun kita orang perempuan ni tak digalakkan berwangi-wangian sangatkan kecuali dihadapan mahram. So, nak spray pun ala-ala ajelah. Jangan bagai tak ingat pulak masa spray nanti, haha....

Wanginya perfume MATAHARI by SheilaRusly.
Wanginya perfume MATAHARI by SheilaRusly.

So, kat sini cikla nak share jugak beberapa tips macam mana nak buat bau perfume ni bertahan lebih lama di badan kita, iaitu;

  1. Digalakkan mandi dulu sebelum menggunakan perfume.
  2. Sapu pelembap ke kulit kita.
  3. Sembur perfume ke titik-titik nadi seperti titik nadi di pergelangan tangan, di belakang telinga, dan di belakang lutut.
  4. Sapu vaseline/olive oil pada titik titik nadi sebelum menyembur perfume.
  5. Simpan botol perfume di tempat yang sejuk dan gelap.


Wanginya perfume MATAHARI by SheilaRusly.
Wanginya perfume MATAHARI by SheilaRusly.

Di samping itu, antara kelebihan perfume ni yang cikla boleh kongsikan dengan korang adalah; ia mempunyai bauan yang soft + sweet + floral, perfume ni tahan hingga 12 jam, didatangkan dalam EDP 30ML, mudah dibawa letak je dalam handbag kita, setanding dengan jenama international dan yang paling penting boleh dibawa solat.

Dari segi harga pulak, cikla rasa ia adalah harga mampu milik iaitu hanya berharga RM45 (exclude postage) untuk semenanjung Malaysia dan RM48 (exclude postage) untuk Sabah Sarawak.

So, nak cakap banyak pun tak guna kan. Apa kata korang beli dan cuba sendiri. Semoga kita semua sentiasa wangi-wangi sepanjang masa... ❤❤❤

Sumber SINI.


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.