Apakah kunci kebahagiaan hidup?

By Cikla Shahril - February 21, 2016

Siapa yang tak nak hidup bahagia kan? Semua orang mahukan hidupnya bahagia, walaupun mereka melalui pelbagai kesukaran dan dugaan. 

Apakah kunci kebahagiaan hidup?
Apakah kunci kebahagiaan hidup? Kredit Google.

Jom cikla nak share 7 kunci kebahagiaan hidup menurut Saidina Ali bin Abi Thalib ra.

Kunci 1: Jangan membenci sesiapapun, walau ada yang menyalahi hakmu.

Kita dilarang saling membenci lebih lebih lagi sesama Islam. Bagi cikla, perasaan benci ini akan menjadikan diri kita sentiasa berada dalam keresahan dan serba tak kena. 

Lagipun, sikap sebegini akan membuatkan orang akan menjauhkan diri dari kita. So, orang pun tak nak kawan dengan kita.

Kunci 2: Jangan memutus doa untuk saudara mukmin.

Kita disarankan saling mendoakan sesama saudara kerana itu satu sikap yang baik. Jangan mendoakan yang tak elok untuk orang lain. Bagi cikla, kalau kita mendoakan yang elok untuk orang lain, orang lain akan mendoakan yang baik baik jugak untuk kita. 

Kunci 3: Jangan pernah bersedih secara berlebihan walaupun masalah memuncak.

Pada cikla, semua dugaan yang datang adalah tanda Allah sayang kita. Allah tak memberi dugaan itu kepada kita melainkan kita boleh menghadapi dugaan itu. Apa yang penting selalu bersangka baik kepadaNya.

Kunci 4: Perbanyakkan memberi walaupun susah.

Orang cakap tangan yang memberi, lebih baik dari yang menerima. Menolong orang jangan harap balasannya. Lagipun, orang cakap, rezeki kita kat orang, rezeki orang kat kita.

Kunci 5: Hidup dalam kesederhanaan walaupun serba ada.

Memang betul. Kita sepatutnya hidup dalam sederhana, sebab kita kena ingat semua yang ada pada kita itu hanyalah pinjaman semata. Jangan pernah sombong dengan nikmat yang diberi sebab itu   semua milik Allah.

Kunci 6: Tersenyumlah walaupun hati sedang menangis.

Tak ada siapa yang tak menghadapi dugaan. Kecil atau besar dugaan itu, hadapilah dengan senyuman. Kadang-kadang senyuman itu tanda kita kuat dan tak pernah rasa 'down' atau menyerah. Senyumlah, sebab ia ada penyubat kedukaan.

Kunci 7: Berbuatlah kebaikan sekalipun banyak musibah.

Jangan jadikan masalah atau musibah itu sebagai sebab untuk kita tak berbuat baik dengan orang lain. Teruskanlah menyebarkan kebaikan kepada orang sekeliling, sekalipun diri kita berada dalam kesusahan. Mungkin ganjaran yang kita dapat nanti setimpal dengan kebaikan yang kita lakukan. Malah, lebih lagi yang kita dapat.

Apakah kunci kebahagiaan hidup?
Apakah kunci kebahagiaan hidup? Kredit Google 

Semoga bermanfaat. InshaAllah.

Sumber from Facebook.com.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. yupp betul tu. InshaAllah semoga hidup kita sentiasa bahagia dan dibawah lindunganNya.
    btw jom join segmen pencarian bloglist theathra.
    http://theathra.blogspot.my/2016/02/pencarian-bloglist-theathra.html
    Terima kasih sebab support ;)

    ReplyDelete