Drama pilihan : Cinta hati abah. (Slot Samarinda TV3).

By Cikla Shahril - February 24, 2016

Cikla memang follow drama ni dari awal episod 1 sampailah sekarang. Pada cikla drama ni memang best, sarat dengan kisah tauladan dan pengajaran yang patut dicontohi. 

Rasanya dalam masyarakat realiti, memang ada berlaku seperti apa yang dilakonkan dalam drama ni.

Kisah anak yang menderhaka pada ibubapanya, tak menghormati sesama keluarga terutama adik beradik, selalu bergaduh, mengadu domba, berebut harta dan macam macam konfliklah. 

Tak kurang juga dengan pengorbanan si anak yang sanggup berhenti belajar demi menjaga ayah yang uzur dan demi memberi laluan kepada adik untuk sambung belajar, semuanya memang memberi kesan atau kesedaran pada kita yang menontonnya. Itu belum lagi 'geram' dengan watak watak antagonis dalam drama tu.

Jom kita baca sikit sinopsis drama ni. Sumber SINI.

Drama pilihan : Cinta hati abah. (Slot Samarinda TV3).
Drama pilihan : Cinta hati abah. (Slot Samarinda TV3). Sumber image SINI

Drama:  Cinta hati abah.
Terbitan: Orangetree Production Sdn.Bhd.
Pengarah:  Azmi Hatta.
Pelakon utama: Esma Daniel (Pak Salleh), Nonny Nadirah (Baizura), Zara Zya (Intan), Sweet Farhana (Zaharah), Afiq Muiz (Marzuki), Idris Khan (Ikmal), Nor Albaniah (Mak Mon), Laila Nasir (Che Gayah) dan Encik. Jalil (Razak Ahmad).
Siaran: Isnin-Rabu (10-11 malam).

Sinopsis Drama Cinta Hati Abah;

Drama Cinta Hati Abah mengisahkan tentang Pak Salleh. Pak Salleh adalah seorang nelayan yang telah kematian isteri. Dia mempunyai tiga orang anak perempuan iaitu Baizura, Intan dan Zaharah. 

Ketiga-tiga anak perempuan Pak Salleh ini memang bijak tetapi mempunyai personaliti yang agak berbeza. Baizura adalah anak sulung Pak Salleh. 

Walaupun dia menjadi harapan kerana mempunyai masa depan yang cerah, Baizura agak materialistik orangnya. Baizura bercinta dengan Marzuki, anak seorang taukeh keropok. 

Anak kedua Pak Salleh bernama Intan. Sikapnya agak jauh berbeza dengan Baizura. Intan lebih merendah diri dan amat menyayangi ayahnya dan adiknya Zaharah. 

Zaharah juga seorang anak yang pintar dan dia berjaya mendapat peluang untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Bermacam dugaan yang akan dihadapi oleh Pak Salleh dalam membesarkan anak-anak daranya itu. So, apakah kesudahannya? 

Memang tak sabar nak tengok drama 15 episod ni. Lagu soundtrack nya pun best jugak. Cikla agak penyanyi baru ni. Dah dah jom layan sat, cikla belanja video klipnya. (Sumber video SINI; youtube).


Pada pendapat cikla, cerita ni memang patut ditonton tau, sebab ia memang sarat dengan pengajaran yang boleh diambil iktibar. 

Bak kata orang kan, yang baik jadikan tauladan, yang kurang baik jadikan sempadan. Semoga terhibur ye teman teman semua.

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments

  1. cerita ni best sgt.....byk pengajaran boleh dpt..yg penting masing2 dpt bawa watak dengan jayanya kan??:)

    ReplyDelete