Sedapnya kuah rojak Pak Ali.

By Cikla Shahril - February 08, 2016

Korang nak tau, sejak sejak berbadan dua ni tekaknya mengidam macam-macam. Nak makan itulah, nak makan inilah. Tapi, bila dapat sikit aja yang masuk dalam perut ni, orang kata dapat rasa pun jadilah kan..

Sedapnya kuah rojak Pak Ali.
Sedapnya kuah rojak Pak Ali.

Kebetulan, semalam masa balik kampung kami singgah beli barang kat Tesco di situ. Adalah cikla beli buah sikit, buah jambu, kedondong dengan belimbing. So, hari ni lepas masak teringat pulak dengan buah-buah yang cikla beli semalam. Dah siap kupas kulit semua, apa lagi gaul dengan kuah rojak Pak Ali ni. Lepas tu, tabur pulak kacang tumbuk. Siap, simpan dalam fridge sekejap kasi sejuk, lepas tu barulah ngapppp.

Sedapnya kuah rojak Pak Ali.
Sedapnya kuah rojak Pak Ali. Buah-buahan yang sudah siap digaul dengan kuah rojak...

Sedapnya kuah rojak Pak Ali.
Sedapnya kuah rojak Pak Ali. Nampak menyelerakan, kan? Makan jom. 

Sebenarnya, kuah rojak ni kawan encik suami yang bagi. Dia beli kat Penang masa pergi majlis konvokesyen anak dia. Cikla rasanya dah ramai kot yang dah bercerita pasal keenakan kuah rojak ni. Rupanya, kuah rojak ni ada tiga jenis, iaitu perisa Original, pedas dan manis. Yang cikla makan ni perasa pedas. Sebab memang pedas dan rasa macam letak belacan. Makan banyak memang berasaplah telinga. Haha.

Untuk lebih info, klik SINI

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments