31 March 2016

Mencari wangian sesuai dengan diri? Ini tipsnya...

March 31, 2016 0 Comments
Mencari wangian sesuai dengan diriIni tipsnya... | Assalamualaikum wbt. Rasanya tak kira lelaki atau perempuan mesti nakkan wangian sesuai dengan diri mereka. Orang cakap ia turut mempengaruhi penampilan dan style peribadi seseorang itu di samping mampu menjadikan diri lebih berkeyakinan. Mana taknya, wangian boleh mengubah pandangan orang terhadap kita selain dari ia turut menghilangkan tekanan.

Jangan ingat  pilih wangian ni senang tau! Kalau korang nak tau, deria bau manusia adalah 150, 000 kali lebih sensitif berbanding dengan deria penglihatan. So, keadaan ini boleh mewujudkan emotional bonding dengan orang lain. Percaya tak? Hihi.

Apa itu wangian?


Wangian merupakan campuran kompleks antara bahan semulajadi dan sintetik dalam kandungan berbeza hingga bau tertentu terhasil. Jangan tak percaya, walaupun beberapa orang memakai wangian yang sama, tapi baunya tetap lain sebab ia akan bercampur dengan bau natural badan seseorang itu.


Mencari wangian sesuai dengan diri? Ini tipsnya...
Mencari wangian sesuai dengan diri? Ini tipsnya.... - Image credited to google.

Wangian ni ada jenis-jenisnya ke?


Wangian terbahagi kepada 3 jenis, iaitu;


  1. Parfum; ia adalah wangian paling kuat sebab kepekatan wangian di dalamnya lebih tinggi,  15-30%. Ini menjadikan ia boleh bertahan lebih lama sampai 6 jam walaupun dipakai sikit je.
  2. Eau De Parfum (EDT); ia lebih ringan sebab kepekatannya antara 8-15% je. So, ia hanya mampu bertahan antara 3-5 jam je. Kalau kepekatan antara 4-8%, baunya hanya mampu bertahan dalam 2-4 jam je.
  3. Eau De Toilette (EDC); ia lebih dikenali sebagai Cologne, sebab ia adalah wangian yang paling ringan. Ia hanya berkepekatan 3-5% je yang mampu bertahan sampai 2 jam sebelum disembur semula!

Mencari wangian sesuai dengan diri? Ini tipsnya... 


Ada tips ke nak pilih wangian ni? Mestilah ada. So, meh cikla nak share apakan tips yang mungkin kita boleh guna masa nak pilih wangian, tak kira wangian untuk lelaki atau perempuan. Ini tipsnya? 


  1. Diri kita sendiri sebagai penentu kepada jenis wangian yang sesuai; hal ini kerana otak kita akan memproses bau atau apa apa haruman yang boleh menjadikan diri kita kelihatan happy dan tenang, itulah wangian yang paling sesuai dengan kita.
  2. Sebolehnnya jangan biar orang lain memilih wangian untuk kita; sebab lastly memang takdenya kita nak pakai dengan alasan bau wangian tu tak sesuai dengan kita. Kan dah membazir. Lagipun, membazir itu amalan syaiton. Tak elok gitu. Betul tak??
  3. Cari info dari orang sekeliling pasal wangian yang kita nak tu, tapi kalau ramai orang yang bagi pandangan negatif, lupakan aje wangian tu. Cari aje wangian lain yang lebih sesuai.
  4. Sebaiknya jangan main beli je wangian atau ikut cakap orang lain tanpa mencuba dulu wangian tersebut. The best way is, uji dulu wangian itu adakah ia sesuai atau serasi dengan bau semulajadi badan kita melalui aktiviti yang kita lakukan sepanjang hari.
  5. Maksimum wangian yang boleh dicuba dalam satu masa adalah 4, sebab kalau banyak sangat takut salah pilih dan banyak sangat bau kan. Confius pulak nanti. Selagi tak dapat mana yang sesuai, jangan beli.
  6. Kalau nak cuba wangian, sembur pada bahagian lengan dan di bahagian dalam siku untuk dapatkan bau yang serasi Jangan sembur wangian pada kertas sebab baunya tak akan sama kalau ia disembur pada badan.
  7. Kalau boleh, sebelum nak cuba wangian, bau dulu sesuatu yang kuat macam kopi untuk elakkan deria bau kita jadi confius dan hilang fokus.

Mencari wangian sesuai dengan diri?? Ini tipsnya...
Mencari wangian sesuai dengan diri?  Ini tipsnya... Image credited to google.

Ada 'due date' ke wangian ni?


Kalau korang nak tau, wangian ni ada 3 kitaran jangka hayatnya, iaitu start dari semburan awal sampai ia tinggalkan bau yang paling basic dalam formulanya. Kalau bau yang muncul sebaik aje kita picit punat botolnya, ia lebih ringan dan hanya bertahan 15 minit sampai 2 jam je. Untuk pengetahuan korang, biasanya first bau yang boleh kita hidu adalah bau floral, sitrus, fruit, talcum dan rempah. Lepas tu, bau kedua kita dapat hidu dan ia merupakan elements penting dalam wangian tu, yang mana ia  bau floral, fruity or rempah yang lebih strong. Bau inilah akan bertahan antara 3-5 jam lepas disembur. Lastly, bau asas *lebih pekat dan attracted akan muncul dan ia boleh bertahan antara 5-10 jam, yang biasanya berbau gaharu, vanila, air, tar, kulit, tembakau atau musk.

Bagi cikla, bau wangian ni adalah terlalu subjektif dan tak sama untuk setiap orang sebab ia ikut taste orang tu. Rasanya bau yang 'selamat' tak kira untuk lelaki atsu perempuan adalah bau floral atau fruity.

Kalau orang yang mahu lebih berkeyakinan, better pilih bauan yang kuat sikit dan bersifat 'kayuan'. Baru nampak strong. Hehe...❤️


Sumber : Ruangan HATI, Harian Metro.

Benda wajib dibawa ketika pergi melancong....

March 31, 2016 5 Comments
Assalamualaikum wbt...

Benda wajib dibawa ketika pergi melancong.... | Seronoknya kan kalau setiap bulan dapat pergi melancong, tak kiralah melancong di dalam atau luar negara. Tapi, kalau ada budget lebih apa salahnya kan? Ada orang *terutama yang suka melancong memang akan membuat peruntukan atau tabungan untuk merealisasikan 'hobinya' itu. *yelah kan, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Betul tak?? Bagi cikla yang suka jugak melancong ni, hal yang paling 'malas' nak buat kalau nak pergi melancong adalah packing. Haha.. Ni anak dah 3, campur lagi cikla dengan suami paling sikit pun 2 beg. *kadang kadang nak balik kampung yang sekangkang anak kucing tu pun beg sampai 4.. Hehe.. Lagipun, kalau anak anak memang cikla akan bawak pakaian lebih untuk mereka, tau ajelah budak budak kan. Kadang kadang baru je naik kereta, separuh jalan dah comot. Huhu.... Itu belum lagi barang barang sampingan macam toiletries,  pampers anak, susu anak dan lain lain. Memang penuh satu bonet kereta.


Benda wajib dibawa ketika pergi melancong....
Akitiviti melancong memang menyeronokkan. - Image credited to google.


Dah dah.. Lupakan jap hal cikla. Hihi... Sebenarnya cikla nak share apakah barang barang wajib yang korang mesti bawak kalau pergi melancong. Orang cakap barang yang korang kena ada dan perlu di bawak kalau korang pergi melancong...


  • Tisu sanitasi; kalau ni cikla setuju jugak  kalau jadi barang wajib ada. Biasalah tempat awam, mesti ada kuman atau kotoran kan ‹‹baca entri Bakteria tersembunyi, ada di mana mana....›› So, lebih baik beringat kan. Bak kata orang tua, 'sediakan payung sebelum hujan... 
  • Penutup telinga dan mata; cikla rasa benda ni penting kalau kita travel jauh. Kalau dah jauh perjalanannya, inilah peluang kita nak rehat dan tidur lena tanpa gangguan. Betul tak??
  • Selendang bersaiz besar; dalam perjalanan mungkin ia berguna untuk kita jadikan bantal atau selimut kan...
  • Alat bantu dengar (earphone); benda ni penting jugak dan tak patut ditinggalkan. Mesti kita bosan dalam perjalanan kan, dengan adanya earphone ni paling tak kita boleh dengar lagu atau tengok video. Lagipun, ia memudahkan kita nak call keluarga atau rakan rakan semasa percutian kita.


Benda wajib dibawa ketika pergi melancong....
Berus gigi jugak menjadi salah satu benda penting. - Image credited to google.



  • Berus gigi; aik, penting jugak ke? Ye, memang penting. Cikla pun kalau pergi bercuti ke mana mana, memang ni tak pernah tinggal. Nampak macam ala benda remeh je, tapi penting sangat tau. Bukan apa, benda ni juga turut membantu menyegarkan nafas kita terutama selepas makan atau bangun tidur. Rasanya kat kedai pun ada jual travelling pack *ada berus gigi dan ubat gigi sekali khas utuk orang uang mahu pergi melancong.
  • Pen; benda ni penting jugak sebenarnya. Mana tau semasa perjalanan korang perlu mengisi apa apa borang atau dokumen. Paling tak pun, dengan adanya pen kita boleh catat perkara penting jugak. Jangan lupa note book kecik tu sekali.. One package.. Hehe...
  • Power bank; zaman sekarang ni rasanya semua orang ada benda ni kot. Senang nak cas tak kiralah handphone, iPad atau notebook. Apa yang penting, pastikan ia dicas penuh penuh sebelum pergi bercuti, kalau tak memang spoil mood la.. Mana taknya, baterry habis dah tak boleh nak amik gambar kenangan.. posing posing.. Haha...
  • Krim pelembap muka dan bibir; jangan ingat perempuan je perlu dua benda ni, lelaki pun perlu jugak tak. Nak nak pulak kalau kita pertama kali pergi melancong ke tempat yang bersuhu sejuk atau sebaliknya. Bukan apa, krim ni dapat membantu sulaya muka dan bibir kita sentiasa lembap dan tak merekah disebabkan perubahan cuaca yang kita tak sangka.... 

Cikla nak tambah sikit benda wajib yang kita perlu bawak *terutama untuk wanita kalau nak pergi melancong; ubat ubatan (contohnya panadol atau ubat tahan muntah) dan sanitary pad. Bukan apa, manalah tau masa kita kat tempat orang tiba tiba demam, paling tak dah ada panadol atau paracetamol sebagai persediaan. Lepas tu, tetiba pulak 'bendera merah', so tak perlu risau sebab kita standby dah apa yang sepatutnya kan... Kadang kadang benda yang kita ingat remeh temeh inilah yang penting... Betul tak? 

Oklah, semoga bermanfaat. Thanks for reading... Bak kata orang putih, 'sharing is caring'..... Sekian dulu, wassalam...


Sumber : Ruangan tip melancong, Harian Metro.

Doa hari ini : Doa untuk anak yang lambat bercakap.

March 31, 2016 2 Comments
Doa hari ini : Doa untuk anak yang lambat bercakap. | Assalamualaikum wbt. Risau jugak kan kalau anak kita lambat bercakap. Tengok dia aktif, takde sejarah keluarga yang lambat bercakap. Ermmm, apa masalah agaknya kan? Anak-anak cikla boleh dikatakan cepat bercakap almost 1 tahun lebih. Itupun perkataan yang senang, macam 'ma', 'ayam',  'susu', 'dah' dan ada lagi beberapa perkataan lain. Tapi, pelat sikit la. Hehe. 

Pada pendapat cikla, sebaiknya kalau boleh ibu bapa janganlah bandingkan 'perkembangan' anak kita dengan anak orang lain, sebab selalunya kebanyakan budak tak sama tahap perkembangannya. Ada budak yang cepat bercakap, tapi lambat berjalan. Ada pulak budak yang lambat bercakap, tapi 10 bulan dah boleh berjalan. Ada budak, cepat bercakap dan cepat berjalan. Itu semua depend

Sama jugak macam tumbuh gigi. Ada budak cepat tumbuh giginya. Tapi, kalau dah lambat sangat tu haruslah risau jugakkan. Dah nak masuk 3 tahun tapi still tak boleh bercakap. Apa kata kita praktikkan doa ni pada anak kita yang lambat bercakap, Insha Allah Allah akan permudahkan segalanya. Jom kita amalkan.

Doa hari ini : Doa untuk anak yang lambat bercakap. 


Bismillahirrahmanirrahim.

Doa hari ini : Doa untuk anak yang lambat bercakap.
Doa untuk anak yang lambat bercakap. - Image credited to facebook.com. 

Amin amin amin... Ya rabbal'alamin...

Semoga bermanfaat. ❤️❤️❤️

Perangai pelik ibu mengandung yang encik suami kena tahu!

March 31, 2016 0 Comments
Perangai pelik ibu mengandung yang encik suami kena tahu! | Assalamualaikum wbt. Hai ibu ibu mengandung sekalian. Sihat ke hari ni? Kalau sihat, alhamdullilah. Ermmm, emosi pulak? Macam mana? Ok tak? Hihi. Cikla ni sejak jadi 'ibu mengandung' ni, kira oklah. Sama macam masa cikla mengandung sebelum ni. Cuma emosi je, kadang-kadang ke darat, kadang-kacang ke laut. Bertabahlah ye. Setuju tak kalau cikla cakap ibu mengandung ni memang pelik sikit. Kebanyakannyalah. Perangainya kadang-kadang ok, kadang-kadang moody.

Masa cikla pertama kali mengandung, boleh dikatakan semua oklah. Mood pun ceria je, seingat cikla jaranglah cikla moody, emo ke. Happy dan gembira je. Mungkin mood nak dapat anak first barangkali. Yang best nya, mual pening loya mabuk semua takde. Makan pun selera je. Semua bedal. Start dari trimester pertama sampailah ketiga memang steady je. Tapi, bila mengandung anak kedua dan ketiga termasuklah yang keempat sekarang ni, awal-awal dah 'mabuk laut', makan takde selera, pening loya semua ada. Lepas tu asyik nak baring dan tidur je. Makan tu tak sedap, makan ni tak lalu. Huhu. Pembawakan budak lain lain kot.

Pendapat cikla, lain orang lain kot 'kerenah' atau pembawakan budak tu. Ada orang, mengandung start anak pertama sampailah anak yang seterusnya memang ok. Mabuk tak. Apa tak, steady je. Tapi ada orang awal awal lagi dah 'lembik'.

Perangai pelik ibu mengandung yang encik suami kena tahu! 


Perangai pelik ibu mengandung yang encik suami kena tahu!
Perangai pelik ibu mengandung yang encik suami kena tahu! Sumber Facebook.


Sebenarnya ada beberapa 'perangai pelik' ibu mengandung ni yang mungkin suami tak perasan. Oklah, jom cikla share apakah perangai pelik mereka ini yang encik suami patut tau dan amik tau.... 

Kuat tidur; kalau yang ni memang cikla mengaku. Hehe. Kadang-kadang tu, pagi-pagi lagi *kadang kadang baru pukul sepuluh sebelas mata dah mengantuk balik. Kalau waktu anak-anak sekolah, lepas breakfast mesti kena take a nap kejap. Lepas tu, baru rasa segar sikit, dan baru buat keje rumah. So, encik suami kalau tengok isteri tu asyik mengantuk. Nak tidur je, janganlah marah. Nak-nak pulak yang first time tu, bagi je mereka masa tidur walaupun sekejap. Memang tak boleh nak kata apa dah. Hihi. Mengidam; kalau bab mengidam ni, alhamdullilah setakat ni cikla takdelah mengidam yang pelik pelik dan susah-susah. Kesian pulak kat orang tu kan pening nak carikan. Hehe. Seingat cikla masa mengandung anak kedua cikla mengidam nak makan rojak mamak. Mengandung anak ketiga, mengidam nak minum air coconut shake. Tu je. Hehe.

Selera bertambah; rasanya kebanyakan ibu mengandung memang akan bertambah selera makannya. Kejap-kejap lapar, kejap-kejap nak mengunyah. Tak kiranya makan menu berat atau ringan. Semuanya teringin. Tengok rancangan jalan-jalan cari makan je kat tv tu, dah teringin nak makan nasi berianilah, nak makan ayam goleklah, nak minum laicikang lah. Haha. Misi pun memang galakkan makan lebih kan, *yelah makan untuk dua orang tu semua kena double triple. Hehe. So, suami kalau nampak isteri tu makan banyak dari biasa, jangan tegur. Orang tengah berselera tu. Layankan aje. Hehe. Jadi pelupa; ermmm, kalau yang ni cikla tak berapa pasti. Mungkin ada sesetengahnya kot. Tak semualah. Kalau cikla, setakat ni, alhamdullillah. Ingatan kuat lagi. Hehe.

Suka kunyah ais; betul jugak kot, cikla kadang kadang memang suka kunyah ais. Nak nak pulak musim panas sekarang ni. Sebab apa? Entahlah, mungkin pembawakan kot. *pembawakan lagi. Hehe. Mudah merajuk; Wah, Ini memang ketara. Kalau suami cakap kuat sikit, kita ingat dia marah. Padahal suaranya memang jenis kuat. Haha. Kalau apa yang kita pesan suami tak beli, merajuk lagi. Dialog biasa .... "La, ak beli ke? Bukan kita yang nak makan, adik baby dalam perut ni yang nak." Lepas tu merajuk, duduk sedih kat bucu katil. Haha. Suami kena faham itulah emosi ibu mengandung. Bak kata orang, masa macam nilah nak bermanja-manja. Tak gitu.


Perangai pelik ibu mengandung yang encik suami kena tahu!
Perangai pelik ibu mengandung yang encik suami kena tahu! Sumber Google.

Saiz kasut bertambah; kalau yang ni, seingat cikla saiz kasut mantain sama start dari awal mengandung sampailah due. Sebab tiga-tiga cikla mengandung memang kaki tak bengkak. Tapi tak taulah orang lain kan. Kalau seluar or kain tu memang tak muat masa mengandung. Tak dapat nak bergaya pakai kebaya. Hihi. Pakai dress mengandung or jubah ajelah. Cantik jugakkan. Cikla memang tak reti nak pakai seluar *walaupun ada yang sesuai untuk ibu mengandung sebab rasa macam 'ketat' je.  Huhu. Emosi berubah ubah; memang ya. Macam yang cikla cerita awal tadilah. Emosi ibu mengandung ni memang kita tak boleh nak jangka. Kadang kadang pagi dia ok, lepas tu tengah hari membawak ke petang dah lain macam. Haha. Tapi, ada masanya moodnya ok the whole day. Depend pada keadaan. Mungkin kalau dah penat sangat, mood memang macam tu. Orang tak mengandung pun sama. Betul tak? So, encik suami pandai-pandailah awak nak tackle mood isteri awak tu ye... 

Tak boleh masuk dapur; memang ada sesetengah perempuan ni kalau mengandung memang tak boleh nak bau makanan. Bau ikan... Mual. Bau orang tumis cili, nak muntah. Macam macamlah. Tapi macam cikla alhamdullilah, setakat ni takdelah sampai tak boleh nak masuk dapur. Cuma awal-awal mengandung je, takleh nak bau ikan. Hanyir. Kalau siang ikan, pakai mask. Haha... Tapi, sekarang *pregnant 4 bulan lebih ni dah ok dah. Cuma sometimes je tak leh bau orang menumis. Walauapapun ku gagahi jua. Kalau ada maid tak apalah kan.. Haha. Masalah kesihatan; orang mengandung ni hormon dia berubah ubah. Macam cikla, kalau 'ligat' sikit buat kerja mulalah badan sakit sakit. Nak demamlah. Lagi satu, sejak-sejak ni memang cikla takleh tidur kat bawah. Nanti siaplah, sakit pingganglah, lenguh sana lenguh sini. Makan pun takleh silap sikit. Nanti mulalah sakit perut, kena cerry berry. Adoii. Dugaan sungguh.... 

Bagi cikla, lain orang lain kot 'kerenah' masa mengandung. Tapi, cikla nak pesan pada orang sekeliling terutama suami, jangan ingat isteri mengandung ni mengada ngada tau. Korang tak tau dan tak rasa macam mana dugaan dan rasa 'membawa' perut ni. Itu belum lagi kalau dah cukup bulan. Nak usung perut ke sana ke mari. Dan pengalaman melahirkan yang tak boleh kita nak agak. Sebab orang cakap, lain anak lain pengalaman mengandung dan melahirkan. Kalau boleh tu, jaga baik-baik hati isteri tu, tolong mana yang patut. Kesian dia...

Oklah, dah habis dah 'membebel' haha. Semoga ibu ibu mengandung tabah hadapi dugaan dan semoga dipermudahkan semuanya, terutama masa melahirkan nanti. Amin..

Doakan cikla juga ye... ❤❤❤

30 March 2016

Bakteria tersembunyi, ada di mana-mana....

March 30, 2016 2 Comments
Bakteria tersembunyi, ada di mana mana.... | Assalamualaikum wbt. Bakteria oh bakteria. Ada bakteria baik, ada bakteria jahat. Yang cikla nak cerita ni pasal bakteria jahatlah. Kalau korang nak tau, kat mana-mana ada bakteria. Cuma kita tak nampak dia je. Nak-nak pulak kalau kita berada di luar rumah. Sebenarnya terdapat beberapa tempat favourite cik bakteria ni suka duduk. Manalah tau tempat tu jadi 'tempat kegemaran' kita jugak. Korang nak tau tak? Ok, jom cikla share info pasal ni....

Bakteria tersembunyi, ada di mana-mana.... 


Bakteria tersembunyi, ada di mana-mana....
Bakteria tersembunyi, ada di mana-mana....  Image credited to google.

Selalunya kalau kita pergi makan kat restoran atau kedai-kedai mamak, mesti ada order sheet kat atas meja kan? Kalau korang nak tau, kat situlah banyak bakteria tersembunyi ada. Korang bayangkanlah berapa ramai customer yang datang makan kat kedai tu kan? Kalau boleh, pastikan order sheet tu tak terkena pinggan, sudu or apa-apa yang korang nak gunakan untuk makan. Apa yang penting, lepas pesan makanan, korang pergilah cuci tangan tu. Cegah sebelum kena, itu lebih baik kan. Betul tak? 

Sesetengah kedai makan *tak semualah lebih suka menggunakan refill bottle untuk sos atau kicap yang telah digunakan. Kalau korang nak tau, refill bottle ni boleh membahayakan kesihatan, sebab ada kajian menunjukkan virus penyebab selsema/demam boleh melekat di permukaan keras selama 18 jam. Bayangkanlah. Bagi cikla, kalau nak jimat sangat pun, paling tak, pihak restoran mungkin boleh bersihkan atau cuci botol tu semua sebelum setiap kali mahu digunakan balik. 

Korang mesti perasan kan ada sesetengah restoran menghidangkan air dengan menghias hirisan buah buahan yang diletakkan di tepi bahagian gelas. Sebenarnya, hirisan buah ni boleh menjadi tempat pembiakan bakteria termauklah bakteria E-coli (penyebab keracunan makanan). Ada kajian dibuat menunjukkan hampir 70% hirisan buah lemon yang diletak di tepi gelas boleh menjadi punca bakteria penyebab penyakit. 

Selain itu, kebanyakan bekas sabun atau pencuci dalam tandas awam ada bakteria yang berbahaya. So, adalah digalakkan korang gunakan tisu semasa menekan botol sabun untuk elakkan sentuhan kulit kita dengan bekas tersebut. Kalau korang nak tau, kebanyakan bekas sabun tak pernah dicuci semula. So, ini permukaan botol akan menjadi tempat pembiakan bakteria dan banyak jugak 'tangan'yang gunakannya. Betul tak?

Bakteria tersembunyi, ada di mana-mana....
Bakteria tersembunyi, ada di mana-mana.... Amalan penggunaan hand sanitizer boleh elakkan bakteria dari merebak. Image credited to google.

Haa, kalau ni memang betul kot. Troli pasaraya. Bayangkanlah berapa ramai manusia yang menggunakan troli yang sama kan, nak-nak pulak kalau pasaraya besar. Tak salah kot, kalau kita lap pemegang troli dengan tisu antibakteria sebelum kita menggunakannya. Kalau boleh, tak payahlah nak try kalau ada jurujual makanan yang mereka promote kat situ sebab mungkin ada bakteria yang merebak dari tangan ke tangan. Ada kajian menunjukkan 2/3 orang pemegang troli mempunyai bakteria dan ia hampir sama dengan bakteria di tandas. Wah, scary pulak dengar.

Kalau dah namanya tandas mesti jadi tempat pembiakan kuman dan bakteria kan. Ini termasuklah tombol pintu tandas awam. So, lepas ni biasakankan diri kita gunakan tisu untuk bukak atau tutup pintu tandas. Biarlah orang nak cakap apa, asalkan diri kita terhindar dari penyakit dan risiko. Ye tak? Lepas dah guna tandas, biasakan diri basuh tangan bersih-bersih. Paling tak pun, guna hand sanitizer pun dah ok.

Orang kata mencegah lebih baik dari mengubati. Mungkin ada yang pandang 'senget' apa yang kita buat, tapi demi menghindarkan diri dari risiko penyakit, abaikan aje.

Semoga perkongsian ni memberi manfaat pada kita semua... 


Sumber : Ruangan info sihat.

29 March 2016

Lelaki berbeza sebelum dan selepas kahwin?

March 29, 2016 3 Comments
Lelaki berbeza sebelum dan selepas kahwin? | Assalamualaikum wbt. Korang agak sensitif tak tajuk kat atas tu? Ada orang cakap, orang lelaki ni masa bercinta dan selepas berkahwin, perangainya boleh berubah. Ye ke? Itu kena tanya tuan punya diri kot. Bagi cikla, tak semua lelaki macam tu. Ada yang sama je tak kira masa bercinta atau dah berkahwin. Kata orang, itu hal biasa bagi seorang lelaki.

Dalam satu artikel yang cikla baca ni (artikel dari ruangan Dunia Lelaki, Majalah Wanita), ada beberapa perangai lelaki sebelum dan sesudah mereka berkahwin. Maaflah kalau ada lelaki yang tak setuju. Huhu

Lelaki berbeza sebelum dan selepas kahwin?
Lelaki berbeza sebelum dan selepas kahwin? Image credited to google.


Lelaki berbeza sebelum dan selepas kahwin?


Lelaki dan minat; betul ke kalau dulu, maknanya sebelum berkahwin, diaorang selalu bercerita pasal minat mereka, nak-nak pulak suka cerita pasal keretalah, motorlah. Lepas tu, kita ni pun syok layan jelah cerita mereka. Tapi, bila dah kahwin, jangan terkejut kalau suami kita tak kenal nama ikan, bawang dan sebagainya. So, kitalah yang kena kenalkan semua ni pada mereka.

Kenali 'madu' anda; ehem ehem. Bukan 'madu' yang tu ye, tapi apa yang menjadi kegemaran dan kesayangan mereka selain dari kita. *of course. Kebanyakan lelaki sanggup perabih duit semata-mata untuk minatnya terhadap kereta/motor. Tukar itulah, tukar inilah. Upgrade itulah, upgrade inilah. Nanti bila dah kahwin, janganlah nak merajuk jeles tak tentu pasal kalau dia lebih memberi 'perhatian' pada 'kesayangannya' itu. Siaplah kalau kereta/motornya tercalar sikit, perasan aje. Tapi, elok jugak kan mereka ada hobi macam ni, kalau hobi yang lain macam alamatnya kita yang makan hati nanti. 

Kurang berbalas pesanan; kalau dulu masa bercinta, amboi asyik-asyik telefon, asyik-asyik mesej, asyik-asyik videocall. Rindulah katakan. Tapi bila dah kahwin, nak balas satu mesej pun amik masa sejam. Paling tak pun, dia akan baca tapi tak balas pun. Alasannya sibuk kerja, tak dan nak balas. Marah ke? Tak payahlah nak marah, merajuk bagai. Memang perangai lelaki macam tu kalau dah kahwin. *kebanyakannya tak semua tau.

Sado yang palsu; bila belum berkahwin, amboi siapa yang tak bangga kembang kempis hidung cik abang sado jalan sebelah kan. Tapi, bila dah kahwin, la abang sado kita ni takut lipas rupanya. Haha. Ada ke camni?

Air tangan ibu; kebanyakan lelaki sebelum berkahwin dah biasa makan di kedai atau makan masakan ibunya. So, kalau dah kahwin, kadang-kadang walaupun si isteri chef champion dalam bidang masakan sekalipun, kau hidanglah makanan satu meja, memang tak kena dengan selera mereka. Jangan marah kalau mereka membandingkan masakan kita dengan ibunya, bayangkanlah hampir 30 tahun dia makan masakan ibunya, so bagilah mereka masa untuk mereka menyesuaikan tekak mereka dengan masakan kita. Lagi bagus kalau kita belajar masakan cara ibu mereka. Bak kata orang; tak pandai masak takpe boleh belajar. Yang penting rajin dan usaha nak belajar.

Teman shopping; haaa... Yang ni memang obvious giler. Kalau masa bercinta, diaorang sanggup temankan kita shopping walaupun berjam jam *walaupun window shopping. Tapi, tunggulah lepas kahwin nanti, sejam shopping pun dia dah cakap lamalah, kita cerewetlah. Macam-macamlah. Betul tak?

Lelaki berbeza sebelum dan selepas kahwin?
Doa bahagia suami isteri. - Image credited to google.

Entahlah, tak taulah betul ke tak kan. Bagi cikla semua terpulang pada individu tu sendiri. Macam tak adil pulak kan nak kata sebelah pihak je. Betul tak? Ermmm, perempuan pulak macam mana?Sama ke sebelum dengan selepas kahwin?  Sapa nak jawab? Hihi... 🌹🌹

Masak lemak ayam bersama kentang.

March 29, 2016 0 Comments
Masak lemak ayam bersama kentang. | Assalamualaikum wbt. Hai semua, mesti korang dah lunch kan? Dah pukul berapa dah ni. Kalau belum, baik pergi lunch cepat. Hari ni cikla masak agak simple jugak. Bila menghadap ayam ni, yang terlintas dalam kepala menu paling senang adalah sup ayam ataupun ayam masak merah. Tapi, macam bosan pulak asyik menu sama je. So, hari ni cikla try masak lemak pulak.

Honestly, first time cikla masak menu ni. Resepi mak cikla, cikla olah sikit-sikit ikut selera sendiri. Hehe. Mungkin ada yang tau macam mana nak masak ni kan, tapi mungkin lain orang lain caranya. Apa yang penting, memasak dengan ikhlas dan penuh kasih sayang, gerenti sedap punyalah. Oklah, malas nak membebel panjang-panjang, jom kita tengok bahannya dulu.

*sukatan bahan ikut cikla tau. Sebab cikla tak ramai, dalam 3-4 orang makan gitu.

Masak lemak ayam bersama kentang. 


Masak lemak ayam bersama kentang.
Masak lemak ayam bersama kentang. 

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam (dipotong kecil, dibersihkan dan diperap sekejap dengan sedikit kunyit dan garam).
2 batang serai (ditumbuk). 
2 helai daun (kunyit disiat dua).
2 biji cili merah (dipotong dua).
4 biji kentang (potong dua). *kentangnya cikla rebus dulu.
1 kotak santan pekat.
1 keping asam keping.
2 camca teh serbuk ketumbar.
1 camca teh lada hitam.
Air, garam, gula dan perasa.
Sedikit minyak untuk menumis.

Bahan hiris/tumbuk:

1 biji bawang besar.
1-2 ulas bawang putih.
1/2 inci halia. 
5-6 biji cili api. *ikut suka kalau tak nak letak takpe, sebab nanti letak lada hitam sikit.

Jom kita tengok caranya pulak. Step by step. Memang senang je...

Panaskan panaskan minyak, kemudian tumis bahan hiris/tumbuk sampai kekuningan. Kemudian, masukkan serbuk ketumbar dan kacau sampai naik bau. Lepas tu, masukkan ayam dan biarkan sekejap sampai air ayam keluar. Setelah itu, masukkan serai, daun kunyit dan cili merah, gaul rata. Bila air ayam nampak kering, masukkan santan dan air (ikut kepekatan kuah yang disukai). Biarkan seketika sampai kuah menggelegak dan santan masak. Lepas tu, masukkan kentang yang dah direbus, asam keping, garam, gula dan perasa. Sesuaikan rasa dan biarkan sebentar. Selepas itu, tutup api dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.

*kalau masak masakan kuah berasaskan santan (tak kira apapun), masak guna api perlahan untuk elakkan santan pecah minyak. Nanti rupa kuah tak cantik. Hehe...

Macam mana? Senang kan? Pejam mata pun boleh buat. Ececeh... Hihi. Selamat mencuba.

Ukur baju di badan sendiri...

March 29, 2016 12 Comments
Assalamualaikum wbt....

Ukur baju di badan sendiri... | Rasanya sana sini sibuk bercerita pasal viral keluarga pengantin bergaduh dalam masjid disebabkan duit hantaran tak cukup. Ermm... Benda kalau dah viral, cepat aje tersebarnya. Satu Malaysia tau dah. Dalam paper Kosmo! pun dah keluar cerita ni.

Macam macam hal.  -  Image credited to Kosmo! · 


Pada pendapat cikla, ada dua hal yang cikla rasa memang memalukan, iaitu bergaduh di dalam masjid dan bergaduh sebab duit. Macam macam hal. Cikla ada tengok jugak video pergaduhan tu *kawan dalam group Whatsapp hantar memang kecoh jugaklah waktu tu. Masing masing time tu nampaknya memang dah naik angin...

Isu pasal duit hantaran sepatutnya kedua dua belah pihak boleh je kot berbincang dengan lebih matang. Bukan bergaduh macam tu. Dah macam budak budak dah..  Berkelahi...  Orang yang tak tau dah jadi tau. Sebenarnya perkara ni boleh dibawak berbincang, orang cakap settle belakang. Kan dah malu. Memanglah orang cakap zaman sekarang kalau nak kawin perlu belanja besar, tapi yang pihak perempuan pun kalau nak letak hantaran pun tengoklah macam mana kedudukan kewangan bakal menantu tu. Kalau dah orang tu kje security *tau jelah gaji security banyak mana kan janganlah kau letak hantaran tinggi tinggi. Kesianlah sikit kat kawan tu. Mana nak sediakan hantaran lagi, nak buat belanja kenduri belah dia lagi. Dah kan macam membebankan. Orang kata, kalau orang nak bina masjid permudahkan.. Jangan menyusahkan.... Tak kan nak berhutang berbaris sebab nak memenuhi kehendak pihak belah sana. Nanti bak dialog dalam cerita P.Ramlee.. "Anak dah enam, tapi hutang dengan benggali tak habis habis.... " huhu...


Image credited to facebook.com. 


Kita sebagai orang luar memanglah tak tau cerita sebenarnya kan tapi, apa yang berlaku sepatutnya tak patut berlaku. Kan dah malu semua, siap viral kat media sosial masuk paper lagi. Majlis kawin seharusnya jadi satu moment indah utnuk kedua dua belah pihak, tapi ini tak macam dah jadi peristiwa pahit pulak.

Isu pasal bergaduh dalam kawasan masjid pulak, bagi cikla memang hal ni tak patut berlaku. Masjid adalah rumah Allah, tempat orang Islam beribadat....  sepatutnya kita kena hormat, tak kira dalam apa jua keadaan pun. Bangsa lain perati je tau. Ni memang tak boleh dijadikan contoh..  Memang memalukan. So sad... Cikla harap kejadian macam ni tak kan berulang dan jadi tauladan pada yang lain.

Walaupun kita tak tau siapa yang betul siapa yang salah, tapi apa yang dilakukan tak patut berlaku. Mungkin ada hikmah, tapi hal sebegini memang memalukan, nak nak pulak ia berlaku dalam masyarakat Melayu Islam. Bak kata pepatah, "sebab nila setitik, rosak susu sebelanga... "

Oklah, cikla nak minta maaf kalau komen cikla pasal hal ni ada yang rasa tersinggung. Apa yang penting berbaliklah kepada Allah sebab hanya Dia Yang Maha Mengetahui...

Thanks for reading. Sekian dulu, wassalam....

Giveaway by Xechalogy.

March 29, 2016 4 Comments
Assalamualaikum wbt...

Giveaway by Xechalogy. | Pagi pagi ni jom join giveaway. Kita support adik kita ni.... Jom jom....


http://xechalogy.blogspot.my/2016/03/giveaway-by-xechalogy.html
Klik banner untuk join.


Giveaway start 28/3/2016 sampai 10/4/2016. So, banyak masa lagi. Jom join ramai ramai... Cikla nak tag Kak ANAJINGGA dan adik NAJWAZAHID untuk turut serta.

Oklah, happy giveaway semua. Good luck pada yang join dan pada diriku jugak.. Hihi... Sekian dulu, wassalam.....


-TAMAT SUDAH-

28 March 2016

Saat kelahiran Nabi Muhammad SAW diiringi 6 mukjizat.

March 28, 2016 0 Comments
Saat kelahiran Nabi Muhammad SAW diiringi 6 mukjizat. | Assalamualaikum wbt. Baginda Rasullullah SAW diputerakan pada 12 Rabiulawal tahun Gajah. Saat lahirnya baginda ke dunia ini, diiringi dengan keajaiban yang pastinya tak terfikir oleh manusia. Jom cikla nak share apakah mukjizat itu.

Saat kelahiran Nabi Muhammad SAW diiringi 6 mukjizat. 


Saat kelahiran Nabi Muhammad SAW diiringi 6 mukjizat.
Saat kelahiran Nabi Muhammad SAW diiringi 6 mukjizat. Image credited to google.

  1. Bonda Rasullullah tak letih selama mengandungkan baginda. Subahanallah, kita mesti tak kan kalau wanita yang mengandung mesti rasa letih kan. Tapi tidak bagi bonda baginda.
  2. Kita mesti tau kan, kalau kita nak melahirkan mesti rasa sakit kan, tapi bonda Nabi langsung tak merasa sakit macam mana wanita lain melahirkan bayi.
  3. Saat Rasullullah dilahirkan, baginda lahir dalam keadaan yang sudah dikhatankan, yang mana ia menandakan baginda dalam keadaan bersih dan suci.
  4. Semasa baginda lahir, syaitan dan jin tak boleh naik lagi ke langit untuk mendengar percakapan malaikat.
  5. Saat baginda Rasullullah lahir, susu Halimah dah tak keluar lagi. Namun dengan izin Allah, bila mulut baginda mendekat, keluarlah air susunya.
  6. Saat Rasullullah lahir, maka ada suara yang keluar dari Kaabah yang berbunyi; "Katakanlah telah datang kebenaran (Islam) dan tidak akan memulai kebatilanjuga tidak akan mengembalikan kekufuran..."

Saat kelahiran Nabi Muhammad SAW diiringi 6 mukjizat.
Laillahaillallah muhammadurrasullulah... - Image credited to google.

Sesungguhnya kelahiran Rasullullah SAW membawa rahmat ke seluruh alam. Baginda bukan sahaja dilahirkan untuk menyebabkan agama islam, malah kedatangan baginda telah menyatupadukan seluruh umat manusia.

Semoga perkongsian ini akan memberi ilmu kepada kita. InshaAllah. 


Sumber : Ruangan kisah teladan Rasullulah, Majalah Wanita. 

Wah, kuasa ciuman untuk si kecil?

March 28, 2016 0 Comments
Wah, kuasa ciuman untuk si kecil? | Assalamualaikum wbt. Ibubapa sememangnya digalakkan mencium baby mereka. Sebab apa? Sebab, kalau korang nak tau ciuman ni memang banyak manfaatnya pada si kecil. Jangan ingat cium isteri atau suami je ada manfaat, cium anak pun ada kebaikannya tau.

Ciuman bukan saja tanda sayang dan kasih si ibu atau bapa pada anaknya, tapi jangan tak percaya cium jugak dapat menghindarkan si kecil kita dari penyakit, sebab ia dikatakan dapat meningkatkan kadar imunisasi pada tubuh anak kita.


Wah, kuasa ciuman untuk si kecil?
Wah, kuasa ciuman untuk si kecil? Ciumlah baby kita setiap hari. Image credited to google.

Kenapa pulak ciuman boleh hindar penyakit dari si kecil?


Sebenarnya, bila si ibu mencium baby nya, hal ni secara tak langsung si ibu berupaya sebarkan sejenis bakteria baik tertentu pada baby. Bakteria ni dikatakan dapat bantu tingkatkan imunisasi tubuh baby supaya dapat mengelakkan diri dari penyakit seperti selsema. 

Selain itu, pelukan ibu jugak dikatakan dapat memberikan peningkatan terhadap pemulihan penyakit. Peluklah si kecil anda seerat mungkin, lagi bagus tau. Lagipun, bayi yang selalu dipeluk dan dicium oleh ibunya akan alami kadar mm jantung yang lebih cepat, so oksigen dalam darah akan bertambah dan si kecil akan cepat alami proses kesembuhan kalau dia sakit.


Wah, kuasa ciuman untuk si kecil?
Muahhhhhh... - Image credited to google.


Ciuman membuatkan si kecil rasa dikasihi.


Ya, betul tu. Ciuman akan membina emosi positif si kecil anda sejak dari dia kecik sampailah besar. Tengoklah nanti, bila dia dah besar, mesti nak minta cium jugak. Hehe. Manja jadinya. Selain tu, dia akan rasa dirinya disayangi dan ini akan menjadikan dia mudah membentuk jati diri dan keperibadiannya, sebab dia mudah dengar nasihat dan menerimanya dengan hati terbuka. Tambahan pula, kuasa ciuman menjadikan si kecil kita mudah dengar cakap dan lebih berdisiplin. InshaAllah... Tak percaya? Cubalah....

Pada cikla, cikla memang setuju dengan apa yang dibincangkan di atas. Macam anak cikla, kalau si kecik cikla tu tengah nangis, dia mesti datang kat cikla konon-konon nak mengadulah tu. Menangis memang kuat. Tak ingat punya jerit, hehe. Tapi, bila cikla dukung dia *tujuan memujuk dan cium dia, automatik tangisannya makin reda dan akhirnya diam. 

Begitulah kuasa ciuman pada si kecil kita...


Sumber : Ruangan Catatan Ibu Muda.

Bayi anda kembung perut? Jangan risau....

March 28, 2016 0 Comments
Bayi anda kembung perut? Jangan risau.... | Assalamualaikum wbt. Siapa yang ada anak kecik/bayi mesti pernah alami situasi ni kan? Masalah kembung perut. Kesian kat baby, mesti ada asyik nangis je kan sebab perutnya tak selesa. Meragam aje. Itu tak kena, I ni tak kena.

Tapi, jangan risau je mak-mak semua. Ni cikla nak share satu petua, inshaAllah dapat membantu masalah ini...

Bayi anda kembung perut? Jangan risau....
Bayi anda kembung perut? Jangan risau....  Image credited to google.

Bayi anda kembung perut? Jangan risau.... 


Layurkan daun sirih kat atas api, kemudian biar daun tu suam. Bila dah suam, tekapkan pada perut baby. InshaAllah, baby akan rasa selesa dan perutnya tak kembung lagi sebab baby akan kentut untuk buang angin.... 

Senang je kan petuanya. Semoga perkongsian ini dapat membantu. InshaAllah. Selamat mencuba. 


Sumber : Ruangan aneka petua, MW.

FIRST GIVEAWAY BY MISS OREN.

March 28, 2016 6 Comments
Assalamualaikum wbt....

FIRST GIVEAWAY BY MISS OREN. | Jom join first giveaway Miss Oren ni. Jom jom....


http://dotdotmissme.blogspot.com/2016/03/1st-giveaway-by-miss-oren.html
Klik banner untuk join.


Giveaway bermula dari 26 Mac 2016 sampai tarikh tamat diberitahu oleh Miss Oren kita ni. Apa lagi... Jom join ramai ramai.... Oklah, good luck pada yang join....Sekian dulu, wassalam....


-TAMAT SUDAH-

MENCANDAT SOTONG T-SHIRT GIVE AWAY.

March 28, 2016 5 Comments
Assalamualaikum wbt....

MENCANDAT SOTONG T-SHIRT GIVE AWAY. | Jom join giveaway ni.....

MENCANDAT SOTONG T-SHIRT GIVE AWAY

[by Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd]

Bersempena Musim Mencandat Sotong 2016 dan Tahun Melawat Kelantan 2016 , Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd (Peneraju Pakej Kelantan Tours) ADA menganjurkan Give away melalui Blog www.nazlee.com . Tujuan adalah untuk memperkenalkan kepada umum berkenaan pakej-pakej pelancongan yang disediakan oleh Xceltravel seperti di laman web rasmi mereka   xcelltravel.com 

Salah satu daripada pakej-pakej yang ingin diperkenalkan adalah PAKEJ MENCANDAT SOTONG 2016 (KELANTAN) . Jika korang yang berminat 'candat' boleh lah turun mencandat sotong, jika tak dapat turun mencandat tahun ini, kita semua berpeluang menyarung t-shirt mencandat sotong khas daripada penaja (gambar di bawah). Peluang mudah menang dengan cara menyertai MENCANDAT SOTONG T-SHIRT GIVE AWAY ; bermula pada 26 Mac 2016 sehingga 30 April 2016





Terdapat 10 helai t-shirt tersebut untuk dimenangi (10 pemenang) dengan mengikut syarat-syarat  mudah seperti berikut :

1) FOLLOW PAGE FACEBOOK Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd (https://www.facebook.com/xcelltravel/)

2) FOLLOW INSTAGRAM Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd (https://www.instagram.com/xcelltravelofficial/)

3) Buat 1 Entri blog

4) Penyertaan terbuka untuk Blogger Malaysia .

5) Tempoh GA bermula pada 26 Mac 2016 sehingga 30 April 2016

Ok, selamat bergiveaway !

Sekian dulu, wassalam....


-TAMAT SUDAH-

27 March 2016

Tanggungjawab....

March 27, 2016 0 Comments
Assalamualaikum wbt....

Tanggungjawab.... | Sebelum ni cikla ada baca di twitter, seorang hamba Allah ni up satu status yang berbunyi seperti berikut:


Image credited to twitter. 


Amboi... Terfikir jugak cikla. Mayb si peng'up status ni belum kawin lagi. Tu sebab pemikiran dia jadi macam tu.

Apa yang cikla nak komen pasal ni, bagi cikla ni bukannya soal tak boleh or tak pandai berdikari, tapi lebih kepada TANGGUNGJAWAB. Ya... Tanggungjawab si suami pada isterinya. Walaupun si isteri boleh buat tu semua sendiri, tapi kalau si suami tu masih punya rasa tanggungjawab dalam diri dia, mesti dia tak tergamak nak suruh isteri buat sendiri. Cuba bayangkan kalau isterinya yang mengandung *dengan perut terboyot boyot menguruskan anak masa nak pergi klinik tak kiralah bawak anak sakit or dia sendiri yang pergi checkup pregnant, nampak macam kesian kan? Start dari pendaftaran, sampailah ke bilik doktor *tau jelah prosedur checkup mengandung kan macam macam terpaksa mengusung anak ke sana ke sini. Yang si suami pulak, duduk senang lenang rileks dalam kereta tunggu sambil baca paper. Ish... Itu belum lagi kalau anak yang jenis 'ligat' *tak reti duduk diam lagilah kesian...  Ermmm....


Isteri 'jantung' rumahtangga. -  Image credited to facebook.com.  


Memang tak dinafikan cikla pun kadang kadang memang pergi sendiri *itupun kalau checkup kat klinik desa berhampiran rumah... sebab dekat tapi anak anak memang cikla tak bawak. Sebab kadang kadang budak budak ni kalau dah tunggu lama memang tak reti duk diam. Mulalah dia usik sana, usik sini... Nak cerita dengan misi pun terganggu. Elok tinggal kat umah je takyah bawk...  Hihi.. Tapi, kalau anak anak sakit memang suami cikla yang menguruskan. Cikla ikut sebab anak anak kalau sakit biasalah, mesti nak dekat dengan ibu dia je. Semua anak cikla macam tu... So, ayahnyalah yang uruskan pendaftaran semua...

So, jangan suka suka nak buat tanggapan pada isteri isteri yang sibuk ajak suami pergi sama ke klinik tak kiralah sama ada nak bawak anak sakit atau pergi checkup mengandung. Kesianlah sikit, anak yang dikandung pun bukannya anak orang lain, anak kau jugak... Ingat senang ke nak harungi cabaran dan dugaan mengandung selama 9 bulan tu. Macam macam tau.. Rasanya kalau si suami, agak agak boleh tahan ke? Maaflah, cikla bukan nak blame kaum suami, tapi ada segelintir suami yang bersikap selamba dek je nak nak pulak mengenai hal macam ni. Lepas tu, nak komplain...


Betul tu....  - Image credited to facebook.com. 


Oklah, semoga kita semua sentiasa memikul amanah dan tanggungjawab kita tak kiralah suami atau isteri dengan baik dan jujur. Janganlah bila tengok isteri tu boleh berdikari or diam je, mulalah tak peduli. Kesian sikit kat isteri tu...

Thanks for reading. Sekian dulu, wassalam...

Doa hari ini : Doa agar dijauhkan dari orang yang zalim.

March 27, 2016 0 Comments
Doa hari ini : Doa agar dijauhkan dari orang yang zalim. | Assalamualaikum wbt. Bagi cikla, zaman sekarang ni rasanya manusia dah semakin tak punya perasaan dan tak keterlaluan kalau cikla katakan ada yang dah semakin zalim. Baca aje berita berita dalam surat khabar dan tv, kejadian tembak, bunuh, tetak dengan parang dan macam macam lagilah. Seram dan seriau dengarkan. Nauzubillah. Minta-minta kita dijauhkan dari perkara yang tak baik. Amin.

So,  cikla nak share satu doa yang cikla rasa boleh jugak kalau kita nak jadikan amalan seharian. 

Doa hari ini : Doa agar dijauhkan dari orang yang zalim. 


Bismillahirrahmanirrahim....

Doa hari ini : Doa agar dijauhkan dari orang yang zalim.
Doa agar dijauhkan dari orang yang zalim. - Image credited to google.

Amin amin amin Ya rabbal'alamin. 

Semoga bermanfaat. 

26 March 2016

SEPAHTU sinar memang best!!!

March 26, 2016 0 Comments
Assalamualaikum wbt... 

SEPAHTU sinar memang best!!! | Sebelum ni kalau pagi pagi tu cikla selalu dengar celoteh Kak Engku, SY dengan Krill, dalam slot sinar pagi. Memang tak kering gusi dengar celoteh diaorang bertiga tu. Ada aje yang boleh dijadikan 'isu'... Tapi, kalau ada yang tak tau, sekarang ni ketiga tiga mereka tu telah digantikan dengan trio SEPAHTU sinar setiap hari Isnin hingga Jumaat, start pukul 6 pagi sampai 10 pagi. Trio yang dianggotai oleh Jep, Shuib dan Rahim. Mereka bertiga ni jugak tak kurang hebatnya dalam mengendalikan program tu. Cikla memang tak pernah miss dengar program ni setiap pagi. Sambil sambil buat kerja rumah, telinga pulak dengar celoteh dah cerita mereka kat radio tu. Memang kelakar diaorang ni. Lawak lawak... Hehe...


Trio SEPAHTU sinar. - Credit image HERE.


Rasanya siapa yang tak kenal diaorang bertiga ni kan? Popular tu... Diaorang bertiga ni memang dah membina keserasian sejak dari program Maharaja Lawak Mega lagi. So, keserasian mereka ini dilanjutkan lagi ke program inilah. Memang terserlah chemistry antara mereka ni.... Apa yang penting isi penyampaian mereka, walaupun dalam bentuk lawak jenaka tapi masih mempunyai informasi, peringatan untuk semua masyarakat dan yang paling penting lawak segar.... So, pendengar takdelah bosankan... Kalau serius sangat DJnya memang macam boring pulak orang nak dengar, betul tak? Walauapapun semoga kerjaya mereka lebih sukses... Oklah, thanks for reading. Sekian dulu, wassalam....

Menegur... sebab sayang!

March 26, 2016 0 Comments
Assalamualaikum wbt....

Menegur... sebab sayang! | Ada orang tak boleh nak terima kalau orang lain tegur dia. Yang cikla nak sembang sini adalah teguran yang baik. Nak nak pulak kalau yang menegur tu orang yang dia tak ngam. Macam macamlah anggapan dia. Dengkilah, tak boleh tengok dia senanglah, dan iri hati. Aisehhh... Susah jugak berhadapan dengan orang macam ni. Nanti tak ditegur makin parah pulak. Tegur salah tak tegur salah. Semua jadi serba salah kan... 

Bagi cikla, nak menegur pun mesti ada kekdahnya jugak. Bak kata orang tegur secara berhikmah. Jangan main hentam sajalah labu. Bahasa teguran itu sangat penting. Bukan apa, kalau bahasa yang kita gunaka tu lembut, tak kasar, penuh hormat, dia yang mendengarnya pun takdelah nak shock atau sakit hati. Mungkin, mula mula dia tak boleh nak terima, tapi lama lama? Tak mustahil dia boleh terima dan berubah. Macam pepatah orang tua, umpama kerak nasi, direndam dengan air lama lama lembut jugak...  Betul tak?


Image credited to Facebook.  


Kan elok sebab masih ada lagi yang sudi tegur kita, bayangkan kalau takde siapa yang sudi tegur kita. Rasa macam diri kita takde orang yang peduli dan sayang kan? Memang sedih.... Itu sebab kalau ada yang sudi tegur kesalahan kita, jangan cepat melenting. Fikir dengan tenang dan waras apakah yang kita buat tu betul atau salah. Orang yang tak suka terima teguran orang adalah orang yang sombong. Lagi teruk kalau dicop sebagai 'bodoh sombong'...

Pesan cikla, terimalah teguran dengan hati terbuka dan tenang. Jangan marah marah sebaliknya fikir positif, sebab takde manusia yang sempurna kat dunia ni. Kita sebenarnya memang saling memerlukan, *mana ada manusia yang boleh hidup sorang sorang... perlu saling ingat mengingati dan bertolak ansur. Barulah kehidupan kita akan sentiasa gembira dan tenang..  Jiwa tenang, hidup senang...

Oklah, thanks for reading. Sekian dulu, wassalam....

Zikir pembuka pintu rezeki.

March 26, 2016 0 Comments
Zikir pembuka pintu rezeki. | Assalamualaikum wbt. Hari ni dah sabtu dah. Sekejapnya masa berjalan kan? Rasanya macam baru je isnin. Ni dah sampai hujung minggu dah. Apa pun, alhamdullillah sebab masih diberi peluang menikmati nikmat nikmat Allah ni. Syukur syukur.

Setiap orang memang dah ditetapkan rezekinya. Jangan ingat rezeki tu hanya duit dan harta benda je tau, rezeki anak, rezeki jodoh, rezeki sihat pun rezeki jugak.

Jom cikla nak share zikir mudah, inshaAllah semoga murah rezeki kita semua.

Zikir pembuka pintu rezeki. 


Zikir pembuka pintu rezeki.
Zikir pembuka pintu rezeki. - Image credited to google.

Semoga zikir ini akan dijadikan amalan seharian kita. Selamat beramal... ❤️❤️❤️

25 March 2016

Cuka, ada gunanya...

March 25, 2016 2 Comments
Cuka, ada gunanya... | Assalamualaikum wbt... Sebenarnya, barang-barang yang ada di dapur tu berguna jugak untuk perkara lain selain digunakan dalam masakan. Salah satunya adalah cuka. Kalau korang nak tau, bahan ini juga boleh digunakan untuk membersihkan dapur.

Kalau kita masak, mesti ada minyak or kuah yang terpercik di sekitar tempat kita masak kan? So, jangan risau. Guna cuka je.... Lagipun cara ni selamat dan tentunya berkesan. InshaAllah..... 


Cuka, ada gunanya...
Cuka, ada gunanya...  - Image credited to google.

Cuka, ada gunanya... 


Senang je. Cuma campurkan 1 sudu cecair pencuci bersana cuka dan soda bikarbonat. Kemudian, kacau campuran itu dan boleh guna dah... Dah tu, semburkan aje ke semua permukaan yang dapur yang kotor termasuklah dinding dan atas kabinet dapur tempat kita masak tu.

Kalau korang nak bersihkan cermin, cukup campurkan cuka dengan air je. Dah tu, apa lagi kasi semburlah semua. Hihi... Mesti berkilat memancar mancar cermin korang.

Oklah, selamat mencuba dan selamat menyental. Hihi...

1st Giveaway by Semanis Anggur.

March 25, 2016 9 Comments
Assalamualaikum wbt...

 1st Giveaway by Semanis Anggur. | Jom join giveaway ni...




Atas permintaan rakan fa ni cik puan Semanis Anggur. Dengan lafas Bis'milahhirahmannirahim, fa melancarkan GA dari Semanis Anggur bermula hari ini. GA ni bertujuan mencari like dan follower yang ke 250..Harap korang sudi undi. Jommmm join GA !!


Hadiah :

Topup RM10 X 2 pemenang
Bloglist(May) Greenfarra X 5 blog
Bloglist(May) Semanis Anggur X 5 blog
BLOG REVIEW di Greenfarra X 2blog
BLOG REVIEW di Semanis Anggur X 2blog
*2 hadiah misteri kepada 2 pemenang misteri

Date : 24 Mac – 15 April 2016

KLIK BANNER UNTUK JOIN....




Apa lagi? Jom join... Lagi ramai lagi best. Meriah banyak... Hihi... Oklah, good luck pada yang join. Sekian dulu, wassalam.....

-TAMAT SUDAH-

Kebaikan Al Fatihah.

March 25, 2016 0 Comments
Kebaikan Al Fatihah. | Assalamualaikum wbt. Salam Jumaat yang penuh berkat. Pagi ni alhamdullilah, suasana nyaman dan sejuk je. Mungkin sebab hujan malam tadi. Syukurlah. Walaupun di kawasan utara Malaysia dikhabarkan keadaan cuaca yang panas, tapi alhamdullilah di tempat cikla ni cuaca takdelah panas terik sangat. Orang cakap ok-ok ajelah. Tapi kena sentiasa berjaga-jaga jugakena banyak minum air.

Sebenarnya cikla nak cerita sikit pasal surah Al Fatihah ni. Surah ini diturunkan di Makkah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir, yang mana ia mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah.

Untuk pengetahuan korang (mungkin ada yang tak tau), surah ini dinamakan Al-Fatihah (Pembukaan) sebab ia dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran. Ia juga dinamakan Ummul Quran (ام القــرآن - Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (ام الكتاب - Ibu Kitab) kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran itu sendiri,  dan ia juga dinamakan As-Sab'ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang ulang dalam sembahyang.

Kebaikan Al Fatihah.


Kebaikan Al Fatihah.
Kebaikan Al Fatihah. Sumber Google.

Surah Al Fatihah ni mempunyai banyak kelebihannya. Sebab tu, ia amat elok kalau kita jadikan amalan seharian kita,  sebab ia bukan hanya semata mata bacaan dalam sembahyang tapi kebaikannya lebih dari itu. Jom kita tengok apakah kebaikan surah ni...


Kebaikan Al Fatihah.
Kebaikan Al Fatihah. Sumber Facebook.

Semoga bermanfaat... ❤️❤️❤️


Sumber : SINI.


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.