15 March 2016

# macam-macam cerita

10 peribahasa moden hari ini.

10 peribahasa moden hari ini. | Assalamualaikum wbt. Hai korang, selamat hari Selasa. Cuti sekolah ni macam malas je nak buat semua benda. Rasa nak zzzzzzzz je kan pagi pagi camni...  Tapi biasalah anak anak cikla ni semuanya bangun awal.  Kadang kadang subuh dah bangun. So,  ibunya kenalah bangun awal jugak.  Haha... 

Cikla sebenarnya nak share peribahasa moden yang lawak.  Haha. Kelakar pulak bila baca peribahasa ni. Macam relevan pulak,  macam kena dengan zaman sekarang ni. Siap ada maknanya sekali tu. Hahaha.

10 peribahasa moden hari ini. 


  1. Bagaikan smartphone tiada data internet. Maksudnya : Orang yang mempunyai banyak ilmu tapi tidak dimanfaatkan ilmunya.
  2. Ibarat Whatsapp dan Facebook. Maksudnya : 2 orang yang bersahabat baik.
  3. Bagaikan Twitter tiada followers. Maksudnya : Melakukan kerja yang sia-sia.
  4. Bagaikan akaun Instagram tiada bergambar. Maksudnya : Orang yang tidak mendatangkan manfaat kepada sesiapa.
  5. Bagaikan Camera 360. Maksudnya : Orang yang suka menipu orang lain.
  6. Ibarat look arround menggunakan Wechat. Maksudnya : Orang yang rajin bersilaturrahim.
  7. Seperti ada Whatsapp tapi tak boleh download gambar. Maksudnya : Orang yang tidak dapat maklumat sepenuhnya.
  8. Ibarat status Facebook tiada orang like. Maksudnya : Orang yang tidak dipedulikan oleh orang lain.
  9. Sudah ada Whatsapp, Wechat berguna juga. Maksudnya : Orang yang sering memanfaatkan sesuatu.
  10. Bagaikan diviral di dalam YouTube. Maksudnya : Sesuatu berita yang telah dihebohkan.

Hahaha. Kelakar kan. Macam-macam orang ni boleh berfikir dan kaitkan itu dan ini.  Macam kena pulak tu.


Sumber :  Whatsapp Group.

3 comments:

  1. Tiada Button 'Like'
    tapi peribahasa moden ni lucu cuma tidak berdaftar dalam DBP kan? heheheh

    ReplyDelete
  2. amboi boleh tahan peribahasa sekarang..hahaha

    ReplyDelete


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.