Cuka, ada gunanya...

By Cikla Shahril - March 25, 2016

Sebenarnya, barang-barang yang ada di dapur tu berguna jugak untuk perkara lain selain digunakan dalam masakan. Salah satunya adalah cuka. Kalau korang nak tau, bahan ini juga boleh digunakan untuk membersihkan dapur. 

Kalau kita masak, mesti ada minyak or kuah yang terpercik di sekitar tempat kita masak kan? So, jangan risau. Guna cuka je. Lagipun cara ni selamat dan tentunya berkesan. InshaAllah.

Cuka, ada gunanya...
Cuka, ada gunanya... Kredit Google. 

Senang je. Cuma campurkan 1 sudu cecair pencuci bersana cuka dan soda bikarbonat. Kemudian, kacau campuran itu dan boleh guna dah. Dah tu, semburkan aje ke semua permukaan yang dapur yang kotor termasuklah dinding dan atas kabinet dapur tempat kita masak tu.

Kalau korang nak bersihkan cermin, cukup campurkan cuka dengan air je. Dah tu, apa lagi kasi semburlah semua. Hihi. Mesti berkilat memancar mancar cermin korang. Selamat mencuba dan selamat menyental. Hihi.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments