11 March 2016

# my story

Dah terlambat ke nak buat ais krim sumi??

Assalamualaikum wbt....

Dah terlambat ke nak buat ais krim sumi?? | Hamboi.. tajuk kemain lagi. Tapi, betul ke? Dah terlambat kot nak buat ais krim sumi. Sebab dah tak viral dah ais krim tu kat laman sosial. Haha. Boleh ke gitu? Sebenarnya cikla baru berkesempatan nak buat tau ais krim ni haaa... Encik suami dah beli bahannya lama dah, cuma sebelum ni anak anak cikla tiga tiga batuk selsema demam, tu yang macam tangguhkan dulu pembuatannya.. hihi...

So, hari ni macam terajin pulak nak buat. Tapi, tu la.. bila dah duk kat dapur tu, memang banyak "pengacau" nya. Siapa lagi kalau bukan si adik ammar tu. MasyaAllah...  memang riuh rendah dapur dibuatnya. Nak buat ais krim je pun. Riuhnya macam nak masak lembu sekor... huhu...




Selepas berhempas pulas... *cehhh, hayat.. drama lebih ni.. haha... akhirnya jadi jugak ais krim sumi ku. Resepi cikla amik dari fb. Thanks tuan punya resepi... tengok rupa macam menarik tertarik. Rasa, entahlah... haha...

Kalau korang nak tau, cikla buat separuh je ais krim sumi tu. Separuh lagi jadi ais krim non-sumi.. haha maaf tuan punya resepi. Derhaka kan resepi mu. Bak kata kak ana jingga... haha....

Oklah, thanks for reading. Sekian dulu, wassalam...

4 comments:

  1. tak lambat la..hehe..aiskrim ni bila2 pon buleh buat.. ye dok?

    ReplyDelete
  2. X trlewat lgi la kak hihi...lya x da try buat lgi

    ReplyDelete
  3. kita pon br buat sbtu lepas...koh3

    ReplyDelete


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.