Doa hari ini : Doa untuk anak yang lambat bercakap.

By Cikla Shahril - March 31, 2016

Risau jugak kan kalau anak kita lambat bercakap. Tengok dia aktif, takde sejarah keluarga yang lambat bercakap. Ermmm, apa masalah agaknya kan? Anak-anak cikla boleh dikatakan cepat bercakap almost 1 tahun lebih. 

Itupun perkataan yang senang, macam 'ma', 'ayam',  'susu', 'dah' dan ada lagi beberapa perkataan lain. Tapi, pelat sikit la. Hehe. 

Pada pendapat cikla, sebaiknya kalau boleh ibu bapa janganlah bandingkan 'perkembangan' anak kita dengan anak orang lain, sebab selalunya kebanyakan budak tak sama tahap perkembangannya. 

Ada budak yang cepat bercakap, tapi lambat berjalan. Ada pulak budak yang lambat bercakap, tapi 10 bulan dah boleh berjalan. Ada budak, cepat bercakap dan cepat berjalan. Itu semua depend

Sama jugak macam tumbuh gigi. Ada budak cepat tumbuh giginya. Tapi, kalau dah lambat sangat tu haruslah risau jugakkan. Dah nak masuk 3 tahun tapi still tak boleh bercakap. 

Apa kata kita praktikkan doa ni pada anak kita yang lambat bercakap, Insha Allah, Allah akan permudahkan segalanya. Jom kita amalkan.

Bismillahirrahmanirrahim.

Doa hari ini : Doa untuk anak yang lambat bercakap.
Doa untuk anak yang lambat bercakap. - Image credited to facebook.com. 

Aamiin aamiin aamiin. Ya rabbal'alamin.

Semoga bermanfaat. 

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. anak sedara dah 3 tahun tapi belum bercakap

    ReplyDelete
  2. Salam nak tanya kalau nak baca tu perlu tiup kat ubun² dia ke..ada juga saya dengar tarik sikit lidah dia tekan kat bawah tu sikit pastu baca doa ni..

    ReplyDelete