Equinox. Apa tu?

By Cikla Shahril - March 22, 2016

Mungkin cikla lambat kot bercerita pasal isu equinox ni. Sebab,  rasanya minggu lepas, rakyat Malaysia sibuk bercerita pasal fenomena equinox ni. Apa dia equinox ni sebenarnya ye. Kalau korang nak tau,  meh cikla nak kongsikan apakah dia si equinox. 

Fenomena equinox ini biasanya berlaku sebanyak 2 kali setiap tahun iaitu setiap bulan Mac dan September, di mana matahari akan berada tepat di atas garisan Khatulistiwa dengan suhu paling panas terutamanya di Semenanjung.

Kalau korang nak tau, bumi kita ni berputar mengelilingi matahari dengan posisi yang sedikit miring, sekitar 23.5° terhadap bidang lintasannya yang dikenal sebagai ekliptik

Sebab itulah matahari tidak selalu tepat berada di bahagian tengah bumi (garisan Khatulistiwa). Untuk jangka masa setengah tahun, matahari akan berada di bahagian atas kawasan utara Khatulistiwa.

Manakala, untuk setengah tahun berikutnya pulak, matahari akan berada di bahagian atas belahan selatan khatulistiwa. Ini akan menyebabkan terjadinya perbezaan musim di kawasan 4 musim belahan utara dan selatan. 

Bila belahan utara alami musim panas, belahan selatan akan alami musim sejuk, dan begitulah akan berlaku sebaliknya. Bila matahari duduk betul-betul kat di garisan Khatulistiwa, equinox akan berlaku, inilah dia.

Bayangkanlah matahari duduk tepat kat garisan Khatulistiwa ni. Ermmmm kejadian ini akan menjadikan keadaan menjadi lebih panas dan tak mustahil suhu boleh meningkat ke bacaan tertinggi,  40°C.

Walau bagaimanapun, bagi cikla kadang-kadang kita memang kena amik tau jugak pasal fenomena alam ni semua.  

Selain dari ia dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita, ia jugak dapat meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dan kagum dengan kejadian alam ciptaanNya. Mudah mudahan tangga iman kita akan meningkat dan jadi lebih kukuh lagi. Insha Allah. 

Semoga ni akan memberi sedikit ilmu yang bermanfaat pada kita. 

Sumber : SINI

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments

  1. Thnks atas prkongsiannya..kekdg kita buat x taw je kan

    ReplyDelete