17 March 2016

# diet dan sihat

Gejala kurang gula dalam darah.

Gejala kurang gula dalam darah. | Assalamualaikum wbt. Lebih gula masalah, kurang gula pun jadi masalah. Pada cikla, semuanya kena seimbang. Kali ni cikla nak share apakah gejala kurang gula dalam darah. Bukan apa, cikla rasa info ni penting untuk kita tau sebab tak mustahil kita akan mengalaminya. Sekurang kurangnya kita dah ada sedikit ilmu, betul tak?


Gejala kurang gula dalam darah.
Gejala kurang gula dalam darah. Sumber Google.

Gejala kurang gula dalam darah. 


Kurang gula dalam darah jugak dikenali sebagai hipoglisemia. Ia berlaku bila paras gula cecah bawah 3. 9 mmol/L, tapi kesan akan dapat dirasai bila paras gula mula capai paras 2.8 - 3.0 mmol/L. Pernah tak korang rasa tetiba berpeluh dan jantung rasa berdebar-debar? Haaa, kalau korang nak tau, itu adalah salah satu simptom yang kita kurang gula dalam darah. 

Antara simptom atau gejala lain adalah;

  1. Cepat rasa penat.
  2. Penglihatan jadi kabur atau alami perubahan visual macam aura/kilat, dan pertuturan jadi kurang jelas.
  3. Tak mampu beri perhatian pada kerja.
  4. Rasa menggigil dan sakit kepala.
  5. Kulit jadi pucat dan sejuk.
  6. Paling teruk; tak sedarkan diri atau alami sawan.

Apa punca-punca terjadinya gejala kurang gula dalam darah ini?


Mesti korang tau kan, sel-sel dalam badan manusia memang perlukan gula untuk jana tenaga. So, gula diperolehi dari proses penguraian daripada makanan berasaskan karbohidrat. Ia akan diserap ke dalam salur darah selepas makanan dicerna. 

Kalau seseorang tak makan dalam tempoh masa yang panjang (termasuklah ketika berpuasa), aras gula biasanya akan turun. Pesakit diabetes pulak boleh mengalami hipoglisemia bila mereka alami jangkitan kuman, kegagalan buah pinggang, tukar dos/jenis ubat, lebih dos insulin dan tak kurangkan dos ubat bila berpuasa.


Gejala kurang gula dalam darah.
Makan gula dapat mengawal kembali hipoglisemia. - Gambar Ihsan Google

Ada tak makanan yang boleh kawal hipoglisemia?


Jangan risau, memang ada makanan yang boleh kita ambil untuk kawal hipoglisemia ni, iaitu;

  1. 2 sudu kismis atau sebiji buah kurma. 
  2. Minum jus buah buahan.
  3. 1 sudu gula atau madu.
  4. Makan gula-gula manis.
  5. Ambil tablet glukos.

*just remind; periksa semula aras gula dalam darah selepas 15 minit mengambil gula untuk pastikan aras gula kembali stabil....

Semoga info di atas memberi kita sedikit ilmu sebagai persediaan kita kot kot ada ahli keluarga kita atau diri kita sendiri yang mengalaminya. 


Sumber : Ruangan Klinik Lelaki,  Majalah Wanita.

No comments:

Post a Comment


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.