Kebaikan Al Fatihah.

By Cikla Shahril - March 25, 2016

Pagi ni alhamdullilah, suasana nyaman dan sejuk je. Mungkin sebab hujan malam tadi. Syukurlah. Walaupun di kawasan utara Malaysia dikhabarkan keadaan cuaca yang panas, tapi alhamdullilah di tempat cikla ni cuaca takdelah panas terik sangat.

Orang cakap ok-ok ajelah. Tapi kena sentiasa berjaga-jaga jugakena banyak minum air.

Sebenarnya cikla nak cerita sikit pasal surah Al Fatihah ni. Surah ini diturunkan di Makkah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir, yang mana ia mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah.

Untuk pengetahuan korang (mungkin ada yang tak tau), surah ini dinamakan Al-Fatihah (Pembukaan) sebab ia dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran. Ia juga dinamakan Ummul Quran (ام القــرآن - Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (ام الكتاب - Ibu Kitab) kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran itu sendiri,  dan ia juga dinamakan As-Sab'ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang ulang dalam sembahyang.

Kebaikan Al Fatihah.
Kebaikan Al Fatihah. Sumber Google.

Surah Al Fatihah ni mempunyai banyak kelebihannya. Sebab tu, ia amat elok kalau kita jadikan amalan seharian kita,  sebab ia bukan hanya semata mata bacaan dalam sembahyang tapi kebaikannya lebih dari itu.

Jom kita tengok apakah kebaikan surah ni.

Kebaikan Al Fatihah.
Kebaikan Al Fatihah. Sumber Facebook.

Sumber : SINI.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments