17 March 2016

# penampilan diri

Kenapa lelaki pakai aksesori?

Kenapa lelaki pakai aksesori? | Assalamualaikum wbt. Psstt... Cikla nak tanya ni, korang kan khasnya kaum lelaki (kaum perempuan toksah tanya, memang dah jadi feveret diorang pakai aksesori ni), korang suka tak pakai aksesori macam cincin ke, gelang ke? Suka tak? Kenapa ek korang suka pakai aksesori ni semua? Macam suami cikla,  memang dia pakai cincin. Gelang takdelah,  tapi masa bercinta-cinta dulu rasanya cikla pernah nampak dia pakai sekejap. Rantai pun sama. Lepas kena tegur dengan kakak dia,  dia dah tak pakai dah rantai tu.  Haha... 

Menurut artikel yang cikla baca dalam Majalah Wanita 2016, sebenarnya kan ada beberapa sebab kenapa lelaki suka pakai cincin gelang ni semua.  Nak tau tak sebab apa?  Haaa. Kenalah baca sampai habis tau. Hehe.

Kenapa lelaki pakai aksesori?
Kenapa lelaki pakai aksesori? Sumber Google.

Kalau korang nak tau, lelaki yang memakai cincin secara tak langsung nak bagitau kat semua yang dia sudah berpunya, tak kiralah dia sudah bertunang atau berkahwin. Dalam erti kata lain, jangan kacau kacau sebab dia dah berpunya. Eh eh, betul ke? Itu kena tanya tuan punya badan.  Cewahhh. Orang cakap, cincin belah rotan lambang pertunangan, cincin yang bermata lambang ikatan perkahwinan. So,  jangan cuba cuba usha tau lelaki lelaki ni...

Kenapa lelaki pakai aksesori?
Kenapa lelaki pakai aksesori? Sumber Google.

Kalau korang nampak lelaki pakai gelang tangan perak, ia dianggap sebagai lambang maskulin bagi mereka.  Nampak macho jantan gitu. Pada mereka, pemakaian gelang seperti ni akan membantu mereka lebih yakin dengan penampilan mereka. Tapi ingat, lelaki dilarang pakai emas, itu sebab perak menjadi pilihan mereka.

Ada lelaki yang pakai gelang bermagnet sebagai aksesori mereka untuk tujuan perubatan, sebab ia dikatakan boleh membantu tingkatkan tahap kesihatan dalam lelaki. So, ia umpama 2 in 1 sebab pemakaiannya bertujuan untuk perubatan dan boleh juga dijadikan sebagai penyeri gaya mereka.

Kenapa lelaki pakai aksesori?
Kenapa lelaki pakai aksesori? Sumber Google 

Kadang-kadang kita nampak ada lelaki yang pakai rantai kan? Menurut artikel ini,  sebenarnya mereka memakai rantai mungkin disebabkan oleh lambang identiti sesebuah organisasi yang mereka sertai,  contohnya dalam ketenteraan. *betul ke abang abang askar semuaHihi.... Rantai ini mempunyai maklumat penting untuk memastikan identiti seseorsng tentera mudah dikenali, dan ia dipakai pada masa masa tertentu. 

Ada lelaki pakai aksesori adalah untuk menghargai, contohnya mereka memakai cincin pemberian insan tersayang. Mereka juga memakainya sebagai tanda mereka ingat kepada pasangan mereka dan paling pentinq tanda cinta dan setia. Wah wah, romantika sungguh....

So, bagi cikla semuanya pasti bersebab. Kalau perempuan pakai aksesori lebih kepada penampilan diri supaya nampak lebih anggun dan yakin.  Tapi, rasanya ada jugak perempuan yang pakai aksesori sebagai tanda hargai pemberian yang tersayang dan tanda setia. Semuanya bergantung pada diri masing-masing kan....

3 comments:

  1. tak minat lelaki pakai akseseori sebenarnya..hehe

    ReplyDelete
  2. mujur lah suami saya tak suka pakai aksesori.. pakai jam tangan pun dia tak suka.. jadi kalau shopping aksesori, semua utk saya je... hahahahahaha.. :)

    ReplyDelete
  3. setakat cincin tu, saya okay lg, kalo rantai gelang tu,, rasanya don't..hahaha

    ReplyDelete


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.