14 March 2016

# diet dan sihat

Nak terapi mata? Nah, tips murah dan mudah....

Nak terapi mata?  Nah, tips murah dan mudah.... | Assalamualaikum wbt. Zaman sekarang ni, kebanyakan orang yang selalu menghadap skrin komputer atau gajet menjadikan mata cepat lesu dan letih. Kalau kerja di office pun, rasanya semua memang menggunakan komputer. Paling tak pun laptop. So, memang tak dapat nak elaklah kan, kita memang "terpaksa" menghadapinya. 

Begitu jugak kalau kita kurang tidur. Bahagian bawah mata kita akan mula wujud lingkaran gelap. So, dah tak cantiklah kan. Mata pun nampak penat dan tak bermaya. Tapi, korang semua jangan risaulah.  Sebenarnya ada banyak cara macam mana nak rawat mata yang tak bermaya ni. Tak payah nak belanja duit banyak banyak pun. Kita dah boleh dapat mata yang diidamkan. Apa yang penting,  mata yang sihat dan fresh. Wah, apa dia cara yang tak payah keluar duit? *amboitak sabar nak tau yeInilah yang cikla nak share dengan korang semua.

Nak terapi mata?  Nah, tips murah dan mudah....  


Nak terapi mata?  Nah, tips murah dan mudah....
Nak terapi mata?  Nah, tips murah dan mudah....  Sumber Google.

Air suam; dengan menggunakan air suam je, kita dah boleh merawat mata kita. Caranya adalah dengan mengambil sehelai kain,  kemudian basahkan kain itu dengan air suam (sederhana panas). Jangan guna air panas sangat sebab ia akan merosakkan urat mata.Then, perah kain itu dan letakkan dekat mata korang. Biarkan selama 10 minit dan inshaAllah korang akan dapat rasa fresh. Bertenang dan rehatkan sebab ia mampu mempercepatkan proses menyegarkan mata.

Timun; rasanya ramai yang buat cara ni kot. Guna buah timun. Timun dikatakan mampu mejadikan mata kita menjadi segar dan ia dapat menghilangkan bengkak bawah mata. Cara adalah, ambil timun yang disimpan dalam peti sejuk, dan hiris timun sederhana nipis. Kemudian, letakkan timum itu ke atas kelopak mata (pastikan korang pejam mata dulu dan lakukan dalam keadaan baring). Biar selama 10 minit. Korang akan dapat rasa segar je mata korang dan yang bestnya bengkak bawah mata akan turut berkurangan. Kalau nak kesan yang bagus, buatlah secara kerap. InshaAllah, korang tak akan kecewa punyalah

Teh hijau; ajaibnya teh hijau ni, ia dikatakan dapat menghilangkan lingkaran gelap di bawah mata. Caranya mudah aje, rendam uncang teh hijau dengan air suam, kemudian letakkan uncang itu pada kelopak mata selama beberapa minit. Buat secara konsisten kalau nak dapatkan hasil yang superb.  Sesiapa yang mempunyai masalah lingkaran gelap bawah mata patut cuba cara ni. Lingkaran ni akan pudar dan lama lama hilang.

So, senangkan petua ni? Murah pun murah. Tak payah nak keluar belanja banyak-banyak. Tak susah pun kalau nak nampak cantik. Pergi dapur, dah ada pun bahannya. Ye tak?

Selamat mencuba. ❤❤❤


Sumber :  Harian Metro.

1 comment:


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.