08 March 2016

# infotips cantik

Penjagaan wajah cara orang Korea.

Penjagaan wajah cara orang Korea. | Assalamualaikum wbt. Wah, rasanya demam K-pop masih lagi hangat membara kat Malaysia ni kan. Tak kiralah muzik atau drama mereka, ramai peminat mereka kat Malaysia ni. Cikla bukanlah peminat tegar K-pop ni, tapi ikut jugaklah sikit-sikit pasal diaorang ni. Kalau adik cikla memang "hantu" rancangan Running Man tu. Kekadang cikla pun hairan tengok dia tergelak-gelak sesorang tengok rancangan tu. Apa da. Entah apa yang kelakar pun tak taulah.

Berbalik pada tajuk kat atas tu, sesiapa yang minat dengan artis Korea ni mesti tak sabar-sabar nak tau kan,  apalah rahsia diaorang ni bila tengok kulit wajah diaorang ni mulus halus putih melepak je. Nak-nak pulak orang perempuan. Teruja rasa di hati. Betul tak? Sebenarnya kalau kita nak dapatkan kulit wajah yang cantik tak semestinya kena keluarkan duit ribu riban beli produk mahal-mahal. Tak perlu ye dik non. Ada cara yang boleh kita cuba dan praktikkan tanpa wang demi mendapatkan wajah yang diidamkan... *semestinya bukan pembedahan plastik tau. Haha. Walaupun cikla rasa artis Korea ni sinonim dengan bedah-bedah ni kan...

Penjagaan wajah cara orang Korea. Apa rahsia itu agaknya ye?


Dalam majalah kecantikan Korea, aturan 10 saat sering dibangkitkan. Maknanya adalah, sejurus sahaja kita selesai mandi, pakai toner dalam masa 10 saat sebaik sahaja keluar dari bilik mandi. *Haaa kau! 10 saat tu. Tengok pantas tak pantas. Haha.... Alasannya adalah, kalau lagi lama masa kita tangguh, kulit wajah terdorong jadi lebih kering. Jadi, dengan secepat mungkin kita mengunci kelembapan kulit wajah kita akan dapat melindunginya sebab kalau korang nak tau, kulit wajahlah bahagian yang paling nipis dan sensitif. Kalau nak senang, simpan je toner korang dalam bilik mandi, sebab lagi pantas lagi bagus kan. Lepas korang mandi, zasssss boleh terus guna. Katakanlah korang takde toner, boleh jugak gantikan dengan krim pelembap. Lepas tu, boleh korang teruskan rutin korang memanjakan wajah korang dengan langkah seterusnya.

Pentingnya memakai mask. Kalau boleh, bawak je mask korang tu ke mana aje. Kalau korang nak tau, peminat kecantikan kat Korea memang "gila" dengan mask ni. Sebab pada mereka ia akan memberi macam macam kebaikan termasuklah akan melembapkan,  mengelupas dan mencerahkan wajah. Sebenarnya ada tips tau orang Korea ni guna mask untuk dapatkan hasil yang berkesan. Semua orang Korea akan bawak mask ni ke gym ataupun spa. Bila pori muka terbuka disebabkan wap panas yang wujud di sekeliling, letak mask tu kat muka. Ini sebabnya, bila liang pori wajah terbuka, so lebih senang kulit wajah menyerap semua nutrien yang ada dalam mask tersebut. Ermm, macam ada logik jugak cara ni kan. Nak tau berkesan ke tak? Cubalah...

Penjagaan wajah cara orang Korea.
Penjagaan wajah cara orang Korea. Sumber Google.

Penjagaan wajah cara orang Korea. Apa lagi rahsia diaorang ni?


Hishhh... memang ada lagi rahsianya. Haha. *gelak dulu. Tips yang ni mesti korang rasa macam nak percaya ke tak. Sebab, menurut mereka dengan menampar muka sekuatnya dapat memberikan kebaikan pada wajah. Bagi mereka teknik ni boleh disamakan dengan teknik urutan. *cikla agak tamparan manja kot. Gila ahh nak tampar kuat kuat. Haha... relakah korang ditamparHihiKalau korang nak tau jugak, kebanyakan wanita Korea akan menampar muka mereka sebanyak 50 kali *wahhhhekspresi terkezuttt, setiap hari selepas mencuci wajah mereka. Alasannya, adalah untuk melancarkan peredaran darah dan menegangkan otot wajah. Bagi mereka, lagi kuat tamparan lagi bagus sebab lagi baik hasil akan kita dapat. Haha. Jangan berpinar mata, merah lebam pulak muka asyik kena tampar je. Nak cantik punya pasal. Macam susah nak percaya kan. Hehe. 

Kalau tips yang ni rasanya orang Malaysia pun ada amalkan kot. Petua orang dulu-dulu. Cuci wajah kita dengan air beras. Air beras memang banyak kebaikan pada kulit. Caranya pun senang je, ambil dan rendam beras dalam air bersih selama 10-15 minit, kemudian kacau. Ambil air rendaman beras yang pekat tu (rupa macam susu), dan gunakan sebagai toner. Kesannya, ia dapat menegangkan wajah dan bersihkan kotoran. Cubalah, dan nikmatilah hasilnya. 

So, apa pendapat korang? Kalau korang rasa mana yang korang rasa nak try, silakanlah. Nanti share hasilnya dengan cikla ye. Hehe. Nak-nak pulak tips tampar menampar tu...


Sumber : Harian Metro Februari 2016.

4 comments:

  1. btul2. nak senang, ltak toner dkt cermin @ sink bilik air. lpas mandi boleh apply terus

    ReplyDelete
  2. X sanggup rasanya nak tampar n menampar hhaha..

    ReplyDelete
  3. rasenye tampar-tampar tu mcm tepuk2 je kot...gile tak sakit kalau tampar betul2. haha..

    ReplyDelete


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.