23 March 2016

# reviews

Review filem : Kungfu Panda 3.

Review filem : Kungfu Panda 3. | Assalamualaikum wbt. Ahad lepas, selang sehari cikla sekeluarga layan movie boboiboy ‹‹baca entri Review : Boboiboy the movie››, kami terjah panggung lagi sebab nak tengok movie Kungfu Panda 3 pulak. Memang dah terjebak dah ibunya ni dek sebab anak-anak sibuk ajak tengok. Yang ayahnya pun sibuk suruh anak cakap kat cikla nak tengok cerita ni. Konpius jap, ni anak ke ayah yang nak tengok ni? Hehe. Takpelah, sebelum balik umah, cikla bagi "can" lah tau. Siap dengan opah sekali ikut tengok. Haha, habislahhhhh.... 

Sebenarnya, cerita pasal si Po ni since dari kungfu panda 1 lagi cikla dah follow. Memang kelakar watak si panda ni. Ada je gelagat dan aksi dia yang mencuit hati. Dua filem sebelum ni cikla dengan suami je tengok kat panggung, cuma yang ketiga ni je first time angkut anak-anak sekali tengok. Takpelah, bagi depa merasa kan. Hehe....

Review filem : Kungfu Panda 3. 


Sebelum tu, jom kita baca sikit sinopsis pasal filem Kungfu Panda 3 ni. Sumber SINI.

Filem : Kungfu panda 3.
Terbitan : 20th Century Fox, DreamWorks Animation.
Pengarah : Jennifer Yuh Nelson, Alessandro Carloni.
Pemain watak suara : Jack Black, Bryan Cranston, Dustin Hoffman, Angelina Jolie, J.K. Simmons, Jackie Chan, Seth Rogen, Lucy Liu, David Cross, Kate Hudson, James Hong, Randall Duk Kim, Steele Gagnon, Liam Knight, Wayne Knight, Barbara Dirickson, Al Roker, Willie Geist, Fred Tatasciore, Pax Jolie-Pitt, Mike Mitchell, Kelly Cooney, Stephen Kearin, Mick Wingert, Ming Tsai, April Hong, Knox Jolie-Pitt, Zahara Jolie-Pitt, Shiloh Jolie-Pitt, Jean-Claude Van Damme, Radzi Chinyanganya, Lindsey Russell.

Sinopsis : Filem ini mengisahkan tentang Po yang akhirnya bertemu dengan ayah kandungnya setelah lama menghilangkan diri. Pertemuan itu telah membawa Po ke tempat asalnya iaitu perkampungan rahsia panda untuk bertemu keluarganya yang lain. Di satu kisah yang lain, muncul pula Kai, yang mula mengembara seluruh China untuk menewaskan semua kungfu master dan merampas "chi" mereka untuk kuasa dan kekuatannya. Bermulalah pengembaraan si Po dalam menewaskan si Kai. Apakah si Po berjaya dalam misinya untuk mengalahkan Kai dan menyelamatkan semua kungfu master yang ditangkap?

Review filem : Kungfu Panda 3.
Review filem : Kungfu Panda 3.
Sempat jugak budak-budak ni posing sebelum masuk. Tengok, punyalah excited memasing.

Pendapat cikla mengenai filem Kungfu Panda 3 ni?


Bagi cikla, macam biasalah watak si Po ni, yang kelam kabut dan kelakar. Gelagatnya sangat mencuit hati tak kira kanak-kanak atau orang dewasa. Cerita mengenai kesungguhan si Po yang berusaha untuk mengalahkan si Kai ni patut dicontohi. Dia tak mudah putus asa, dan ada satu scene tu dia sanggup korbankan diri dia demi menyelamatkan sahabat yang lain. Walaupun perangainya yang gila-gila ni, tapi dia tetap serius dan tekad nak mengalahkan musuh. Lagi satu pengajaran yang boleh kita contohi adalah keluarga panda yang bersatu hati untuk menyelamatkan Po yang terperangkap di alam roh. Akhirnya, Kai dapat dikalahkan dan Po kembali ke alam nyata sebagai Dragon Warrior yang sebenar. 

Memang menghiburkan filem ni, dan sesuai ditonton oleh semua tak kira kanak-kanak dan orang dewasa. Pendek kata, semua lapisan masyarakat sesuai tengok filem ni. Cikla bagi 8/10 bintang untuk filem ni. 

Korang yang belum tengok patut pergi tengok. Memang kelakar dan best..... 🌸🌸

2 comments:


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.