Sambal telur rebus.

By Cikla Shahril - March 24, 2016

Dah masak ke? *bagi yang surirumahlah. Cikla baru lepas siap masak ni. Hari ni masak simple je. Sambal telur rebus dengan masak taucu ikan bilis. Anak cikla yang sulung tu memang 'hantu' telur.  Haha, sebab kalau ada menu telur ni *paling dia suka telur sambal, memang dia dah tak pandang menu lain dah. Makan ni dengan nasi pun dah cukup. Memang bertambah-tambah dia makan. Cikla memang suka tengok budak-budak makan bertambah tambah ni. Takpe budak-budak makan banyak, biar cepat besar. Betul?

Jom cikla nak share resepi sambal telur rebus ni. Mungkin ada yang dah tau resepi ni kan, tapi resepi ni lain sikit sebab ikut versi cikla haha, boleh gitu. Selalunya kita tengok orang masak sambal telur, dia goreng dulu telurnya.  Tapi kali ni cikla tukar sikit, cikla rebus dulu telurnya. Ok jom kita tengok bahan bahannya dulu. Jom.

Sambal telur rebus.
Sambal telur rebus. 

Bahan-bahan:

6-8 biji telur ayam (direbus dan dibuang kulitnya).
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
Minyak untuk menggoreng.
2 sudu besar santan pekat.
1 keping asam keping.
1-2 sudu besar sos tomato.
Garam, gula dan perasa.

Bahan kisar:

8 biji cili merah.
1 biji bawang besar.
1-2 ulas bawang putih.
1/2 inci halia.
1-2 sudu kecil serbuk ketumbar.
Sedikit air.

*blender semua bahan di atas sampai lumat.

Cara-caranya pulak:

Telur rebus yang dah siap dikupas kulitnya digoreng sampai kekuningan. Selepas itu,  angkat telur dan ketepikan. Luakkan sikit minyak gorengan telur tadi, kemudian tumis bahan kisar sampai naik bau dan pecah minyak. Bila bahan kisar itu nampak garing, masukkan sedikit air dan biarkan seketika. Selepas itu, masukkan sos tomato dan kacau kejap. Kemudian, masukkan santan pekat, asam keping, garam, gula dan perasa. Sesuaikan rasa. Setelah itu, masukkan telur dan bawang yang dipotong bulat, dan kacau rata. Biar sekejap, dan bolehlah diangkat. 

Ermm, memang sedap sambal telur ni.  Nak-nak bila makan dengan nasi panas dengan kicap. Wah, terangkat habis. Tak sedar tambah berpinggan-pinggan. Selamat mencuba.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments