27 March 2016

# just sharing and remind

Tanggungjawab.

Tanggungjawab. | Assalamualaikum wbt. Sebelum ni cikla ada baca di twitter, seorang hamba Allah ni up satu status yang berbunyi seperti berikut:

Tanggungjawab.
Tanggungjawab. Image credited to twitter. 

Amboi... Terfikir jugak cikla. Mayb si peng'up status ni belum kawin lagi. Tu sebab pemikiran dia jadi macam tu.

Apa yang cikla nak komen pasal ni, bagi cikla ni bukannya soal tak boleh or tak pandai berdikari, tapi lebih kepada TANGGUNGJAWAB. Ya... Tanggungjawab si suami pada isterinya. Walaupun si isteri boleh buat tu semua sendiri, tapi kalau si suami tu masih punya rasa tanggungjawab dalam diri dia, mesti dia tak tergamak nak suruh isteri buat sendiri. Cuba bayangkan kalau isterinya yang mengandung *dengan perut terboyot boyot menguruskan anak masa nak pergi klinik tak kiralah bawak anak sakit or dia sendiri yang pergi checkup pregnant, nampak macam kesian kan? Start dari pendaftaran, sampailah ke bilik doktor *tau jelah prosedur checkup mengandung kan macam macam terpaksa mengusung anak ke sana ke sini. Yang si suami pulak, duduk senang lenang rileks dalam kereta tunggu sambil baca paper. Ish... Itu belum lagi kalau anak yang jenis 'ligat' *tak reti duduk diam lagilah kesian. Ermmm.

Tanggungjawab.
Isteri 'jantung' rumahtangga. -  Image credited to facebook.com.  

Memang tak dinafikan cikla pun kadang-kadang memang pergi sendiri *itupun kalau checkup kat klinik desa berhampiran rumah... sebab dekat tapi anak anak memang cikla tak bawak. Sebab kadang kadang budak budak ni kalau dah tunggu lama memang tak reti duk diam. Mulalah dia usik sana, usik sini... Nak cerita dengan misi pun terganggu. Elok tinggal kat umah je takyah bawk...  Hihi.. Tapi, kalau anak anak sakit memang suami cikla yang menguruskan. Cikla ikut sebab anak anak kalau sakit biasalah, mesti nak dekat dengan ibu dia je. Semua anak cikla macam tu... So, ayahnyalah yang uruskan pendaftaran semua...

So, jangan suka suka nak buat tanggapan pada isteri isteri yang sibuk ajak suami pergi sama ke klinik tak kiralah sama ada nak bawak anak sakit atau pergi checkup mengandung. Kesianlah sikit, anak yang dikandung pun bukannya anak orang lain, anak kau juga. Ingat senang ke nak harungi cabaran dan dugaan mengandung selama 9 bulan tu. Macam macam tau.. Rasanya kalau si suami, agak agak boleh tahan ke? Maaflah, cikla bukan nak blame kaum suami, tapi ada segelintir suami yang bersikap selamba dek je nak nak pulak mengenai hal macam ni. Lepas tu, nak komplain...

Tanggungjawab.
Betul tu....  - Image credited to facebook.com. 

Semoga kita semua sentiasa memikul amanah dan tanggungjawab kita tak kiralah suami atau isteri dengan baik dan jujur. Janganlah bila tengok isteri tu boleh berdikari or diam je, mulalah tak peduli. Kesian sikit kat isteri tu...


Thanks for reading. 

No comments:

Post a Comment


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.