08 March 2016

# resepi mudah

Tumis kacang botol bersama hati/pedal ayam.

Tumis kacang botol bersama hati/pedal ayam. | Assalamualaikum wbt. Hai semua. Rasanya macam dah lama je cikla tak share resepi kan? Cikla takdelah terror sangat memasak, tapi yang ringkas-ringkas tu bolehlah. Apa yang pasti sedap, nyummm nyummmm.

Korang pernah tengok or makan kacang botol tak? Rasanya orang selalu buat ulam je kacang botol ni. Cicah dengan sambal belacan. Tapi, cikla memang kurang suka sikit makan mentah. Cikla lebih suka ditumis. Lebih elok kacang botol yang kecik-kecik daripada yang besar, sebab biasanya yang besar-besar ni keras. Dah tua kata orang, tak sedap.

Jom kita tengok resepinya....

Tumis kacang botol bersama hati/pedal ayam.


Kacang botol, resepi, hati ayam, pedal ayam
Tumis kacang botol bersama hati/pedal ayam.

Bahan bahan

Kacang botol (kuantiti ikut suka).
Hati dan pedal ayam.
1/2 biji bawang merah (dihiris).
1 ulas bawang putih (dihiris).
1-2 biji cili merah @ cili api (dihiris).
Minyak, garam, gula dan perasa. 

Cara cara pulak;

Hiris nipis kacang botol. Cuci bersih-bersih kacang botol, toskan dan ketepikan. Panaskan minyak dan bila minyak panas, goreng hati dan pedal ayam separuh masak. Tak payah garing-garing sangat. Lepas tu, angkat dan ketepikan. Kurang sedikit minyak gorengan hati tu, kemudian tumis bahan dihiris sampai kekuningan. Selepas itu, masukkan kacang botol dan sedikti air. Biar kacang botol empuk. Tutup kuali untuk mempercepatkan proses mengempukkannya. *betul ke ayat ni? Hehe..... Bila kacang botol dah empuk, masukkan hati dan pedal ayam serta cili merah yang dihiris. Tambah garam gula dan perasa, kemudian gaul rata. Biarkan sebentar dan biarkan ia kering sikit. *kalau korang suka berkuah pun, it's ok... cikla lagi suka kering sikit, sedapGaul sekejap dan bolehlah dihidangkan. 

Memang sedap kalau makan dengan nasi panas. Tak payah lauk lain pun dah ok dah. Ratah macam tu pun sedap jugak. Ermmmm, sedapnyaaa.

Selamat mencuba. 

3 comments:

  1. sdap nyaaa..tp kita tak mkn sgt pedal..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg sedap. Kalau nak ganti hati/pedal dengan udang atau isi ayam pun boleh. Tapi kena goreng jugak...

      Delete
  2. Klau d gnti dgn udg pun sdp ni bab lya x mkn pedal ayam hhihi

    ReplyDelete


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.