30 April 2016

Wow, begitu hebatnya si limau purut ni...

April 30, 2016 4 Comments
Wow, begitu hebatnya si limau purut ni... | Assalamualaikum wbt. Siapa yang kenal limau purut, angkat hidung. Hehe. Tipulah kalau ada yang tak kenal kan. Kalau cikla, selalu guna daun limau purut kalau nak masak tomyam atau paprik. Kalau buahnya pulak, kadang-kadang cikla guna masa mandi dan cuci rambut. Memang wangi je baunya. Tapi, ada jugak orang gunakan daun limau purut ni sebagai pengawet makanan. Jom kita kenal kenal dengan si limau purut ni.

Nama botaninya adalah Citrus Hystrix dan dikenali jugak dengan nama inggeris Kaffir Lime. Ia merupakan tanaman semulajadi di kebanyakan negara Asia Tenggara termasuklah Malaysia. Kalau kat kampung-kampung, ia biasa ditanam di sekitar rumah sebab baunya yang wangi dan unik.

Daunnya mudah dikenali sebab warna daunnya hijau pekat dan berbentuk macam nombor lapan. Buahnya pun dapat dikenali dengan mudah sebab buah yang dah masak berwarna kuning berbentuk macam buah pir. Kulitnya pulak berkedut, tebal, dan isinya tak berapa berair.

Biasanya limau purut ni memang tak mengeluarkan jus yang banyak tapi setitis jusnya setanding dengan 10-15 titik bau dan rasa masam jus limau nipis. Ini kerana didalamnya mengandungi alkaloids, citronellol, limonene, nerol dan sebatian organik. 


Wow, begitu hebatnya si limau purut ni...
Wow, begitu hebatnya si limau purut ni...

Wow, begitu hebatnya si limau purut ni...


Ada kajian mengatakan limau purut mempunyai sifat antipertumbuhan kuman, boleh halang pembesaran sel kanser, kurangkan tanda-tanda alahan dan tekanan darah tinggi serta meningkatkan nafsu makan. Daunnya yang bersifat antihistsmin, antispasmodik dan hipertensif dikatakan boleh digosok pada gusi dan gigi untuk menyihatkan gigi. Ekstrak minyak daripada daunnya pula sering digunakan dalam sabun dan syampu. Air buah limau purut ni pulak boleh digunakan untuk mencuci pakaian, dan ia jugak digunakan sebagai peluntur semulajadi menghilang kotoran degil pada pakaian.

Aroma dari daunnya dikatakan boleh beri kesan rasa awet muda. Cuma tambahkan beberapa titis minyak atau hancurkan beberapa helsi daun limau purut dalam air mandian kita, dan ia turut digunakan sebagai bahan untuk mandi wap, di samping minyaknya digunakan untuk bantu masalah pencernaan dan membersihkan darah. Ekstrak minyak patinya jugak digunakan sebagai aromaterapi, nutraseutikal dan produk penjagaan diri. Limau purut juga boleh merawat luka, lebam dan kesan gigitan serangga berbisa dan merangsang peredaran darah.

Wah... Begitu banyak kelebihan limau purut ni kan. Kalau sebelum ni yang kita tau daun limau purut digunakan dalam masakan je, rupanya banyak lagi kegunaan dan kelebihannya kan.

Semoga perkongsian ni beri kita sedikit info pasal cik limau purut ni...❤❤


Sumber : Ruangan Khasiat Alami.

Pasangan kaki putar belit? Nak buat macam mana?

April 30, 2016 2 Comments
Pasangan kaki putar belit? Nak buat macam mana| Assalamualaikum wbt. Amboi, tajuk entri bukan main lagi ye. Main belit-belit pulak, ulaq sawa ka. Hehe. Tapi, memang tak dinafikan ada orang yang kaki putar belit kan. Nak-nak pulak kalau pasangan yang dah berkahwin. Macam manalah agaknya mereka 'menangani' orang macam ni kan. Kesian kan?  Asyik kena 'kencing' je kata orang sekarang. Erm, orang cakap masa bercinta semuanya indah saja. Bila dah kawin yang indah hilang entah ke mana. Tapi kalau dah sayang, semuanya ditelan walaupun pahit. Betul tak?

Memang tak dinafikan memang sedih kalau kita tau kita 'dibelit' oleh pasangan kita. Depan kita pijak semut pun tak mati, tapi belakang kita? Allah ajelah yang tahu apa yang berlaku. MasyaAllah. Mana ada orang yang sanggup ditipu dan menjadi pak turut. *mungkin ada segelintir. Tak pe, jangan risau. Tak mau sedih-sedih. Apa kata kita cuba cara ni...

Pasangan kaki putar belit? Nak buat macam mana?


Kalau kita sedar yang pasangan kita macam dah berubah je, tak salah kot sekali sekala kita jadi 'penyiasat' dan siasat kenapa dia jadi macam tu. Tak kiralah suami atau isteri, biasanya gerak hati ni selalunya betul, sebab Allah anugerahkan deria keenam untuk kita rasai dengan naluri setelah terjalinnya ikatan dua hati. Bila dah siasat dah 'bukti' terkumpul berbincanglah secara demokrasi. Letak 'emosi' negatif sejauh mungkin, sebab kalau kita terlalu beremosi dah tentu pertelingkahan berlaku. Sudahnya kita tak dapat tau apa yang sebenarnya berlaku dan si dia pun langsung tak mengaku semua perbuatannya. 

Tanyalah kepada pasangan dengan suara yang sederhana dan ajukan soalan dengan baik. Jangan emosi dengan meninggikan suara. Macam cikla cakap sebelum ni, cuba kawal rasa marah geram dan semua perasaan negatif yang timbul. Memanglah tak boleh nak elak rasa semua tu, tapi dengan cara ni (buang emosi marahjauh-jauh), pasangan kita mungkin akan menjawab semua pertanyaan kita. Kalau dia terus menipu, lakukan sesi soal jawab dalam posisi berhadapan. *kita dan pasangan menghadap muka masing-masing. Bila dia jawab soalan kita, perhatikan semua gerak geri dan riak mukanya. Orang cakap apa yang tersirat boleh diterjemahkan melalui bahasa tubuh. Kalau dia masih berdalih, apa lagi keluarkan semua 'bukti' yang dah dikumpulkan. Tengok gelabah ke tidak dia masa tu. Huhu....

Ambil cara dengan 'berdiam diri'. Ia nampak mudah tapi amat memerlukan kekuatan mental, fizikal, spiritual dan emosi yang sangat utuh. Walaupun, kita tau apa yang berlaku, tapi tindakan yang diambil hanyalah 'pejamkam mata, pekakkan telinga'. Alasannya sebab tak nak bergaduh. Tapi, kesannya tentu kepada emosi kita jugak kan. Tapi, sampai bila kita boleh bertahan. Bak kata orang, 'lama-lama meletus jugak gunung berapi'. Fikirkanlah ye. Sebenarnya, kita tak kan mampu 'simpan' masalah ni sorang-sorang. So, kongsilah masalah dengan orang yang boleh dipercayai. Walaupun mereka tak dapat nak bantu pun, sekurang-kurangnya ringan sikit 'beban' yang kita tanggung....

Pasangan kaki putar belit? Nak buat macam mana?
Pasangan kaki putar belit? Nak buat macam mana? Image credited to google.

Beri peluang kedua, walaupun ia perit. Walaupun kita memberi banyak peluang kepadanya tapi dia masih tak berubah, manalah tau peluang kesepuluh dia terbuka hati untuk berubah. Memanglah kita sakit hati kan, tapi apa salahnya kita berdoa supaya dia akan berubah menjadi lebih baik. Tapi, kalau kita tekad untuk tak berpaling lagi padanya teruskanlah niat tu sebab kadang-kadang dalam keadaan tertentu kita 'terpaksa' melakukannya jua. Mungkin ini akan menjadi pengajaran pada dia juga. So, semuanya di tangan kita.

Bagi cikla, memang takde manusia yang sempurna melainkan Dia. Tapi, orang cakap sabar itu ada batasnya. Selama mana kita boleh bersabar dan 'menghadap' perangai pasangan yang macam tu. Fikirlah dan ambil jalan penyelesaian yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak.

Kalau boleh kita tak nak wujud dendam atau sakit hati di kemudian hari. So, fikir fikirkanlah ye... ❤


Sumber : Ruangan Psikologi Perkahwinan.

Seorang lelaki matang.....

April 30, 2016 1 Comments
Seorang lelaki matang..... | Assalamualaikum wbt. Ada perempuan suka memilih lelaki yang lebih matang dan berusia darinya untuk dijadikan teman hidup. Kalau cikla pulak, jodoh cikla adalah dengan lelaki sebaya. 

Korang macam mana ye? Lelaki seusia, matang atau lebih muda yang jadi pilihan? Tapi kan, kenapalah agaknya perempuan ni sukakan lelaki matang ye. Jom baca ni, kalau nak tau sebabnya....

Seorang lelaki matang..... 


Seorang lelaki matang.....
Seorang lelaki matang..... Image credited to google.

❤ Seorang lelaki matang tau apa yang dia mahukan, dan mereka akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan apa yang dimahukannya serta memberi keutamaan kepada pasangannya terlebih dahulu. 

❤ Seorang lelaki matang akan serius memikirkan tentang masa depan dan cuba sedaya upaya membina kehidupan yang lebih baik. 


❤ Seorang lelaki matang selalunya akan mencari perempuan yang pandai berdikari, menyokong dirinya, bijak dan mampu beri mereka masa depan yang lebih baik. 

❤ Seorang lelaki matang banyak dan selalu mencari inisiatif untuk mendekati perempuan idaman mereka dengan cara yang romantik, cool dan sopan. Mereka tak suka 'main terjah' je dan gelojoh.

❤ Seorang lelaki matang tahu bila masa yang sesuai untuk mereka bersosial dan melepak.

❤ Seorang lelaki matang lebih indah dan bijak dalam berkata kata. Ayat yang digunakan mesti terselit 'ayat ayat power' yang mudah membuatkan perempuan terpesona dan terpikat.

❤ Seorang lelaki matang sedar akan komitmen mereka pada tanggungjawab dan mereka dah bersedia dengan pelbagai komitmen hidup.

❤ Seorang lelaki matang mempunyai sifat dan sikap lebih membimbing.

Wah wah, kalau macam tu naiklah saham lelaki lelaki matang kat luar sana tu ye. Oklah, just info aje ni dan pembacaan kita bersama. 


Sumber : Ruangan Dunia Lelaki.

Nak tau cara bakar 100 kalori sehari? Jom baca ni...

April 30, 2016 1 Comments
Nak tau cara bakar 100 kalori sehari? Jom baca ni... | Assalamualaikum wbt. Semua orang mesti nakkan bentuk badan yang ideal kan? Tapi, macam macam dah kita buat untuk dapatkan apa yang kita inginkan. Ada yang berjaya, tak kurang jugak ada yang gagal. Kadang-kadang sampai dah naik give up kan. Buat tu tak jalan, buat ni takde perubahan. Pening-pening. 

Dah-dah, toksah nak pening-pening bagai semua, meh baca apa yang cikla nak cerita ni. 'Bakar 100 kalori sehari...' Kalau korang nakkan apa yang korang impikan, kena usaha dan paling penting rajin. Jom baca....

Nak tau cara bakar 100 kalori sehari? Jom baca ni...


Nak tau cara bakar 100 kalori sehari? Jom baca ni...
Nak tau cara bakar 100 kalori sehari? Jom baca ni... Sumber Google.

Jangan tak sangka dengan menelefon sambil berjalan dapat membakar kalori. Kalau kita menelefon selama 1 jam *amboi lama tu, kira kira 100 kalori terbakar. Wah, banyak jugak tu. Untuk menguatkan 'dakwaan' ini, ada kajian mengatakan wanita yang kerjanya bercakap di telefon sambil berjalan mengelilingi pejabatnya mampu membakar sejumlah kalori. So, apa lagi, cubalah. Hehe. 

Berjalan jauh, contohnya kalau nak pergi makan masa rehat, apa kata kita berjalan kaki je dari pejabat ke kafe. Walaupun tak jauh, sekurang-kurangnya kita berusaha untuk membakar lebih banyak kalori dengan berjalan.

Yang ni macam kelakar pulak. Tapi korang cubalah. Tukar kerusi pejabat korang dengan bola gimnasium. Ia bukan saja dapat membakar kalori, malah dapat perbaiki postur, keseimbangan dan pembentukan tulang belakang. Kita jugak boleh bangun untuk bergerak ke meja officemate korang atau dengan cara menolak kerusi beroda ke arah meja mereka...

Untuk suri rumah khasnya, kalau korang nak tau dengan mengemas rumah selama 40 minit akan membakar 100 kalori dalam sehari. So, rajin-rajinlah kemas rumah ye, dan jadikanlah ia amalan. Kalau anak buat sepah jangan marah-marah. Kemas aje. Paling tak pun, kalori korang akan terbakar dengan mudah. Betul tak? Hehe.

Membasuh, melipat dan menggosok baju selama 45 minit setiap hari boleh membakar 100 kalori. Tengok macam tak percaya kan, bukan susah pun kerja-kerja tu semua. Tak perlu nak 'workout' bagai. Kan kan. Patutlah cikla rasa macam 'kuruih' je. Hehe...

Ha.. Kalau korang nak bakar kalori, rajin-rajinlah mengemas katil ye sebab dengan hanya mengemas katil, bantal, menukar sarung bantal dan tilam selama 50 minit aje, 100 kalori boleh terbakar. Senang dan mudah kan?  So, jangan malas malas kemas katil tau lepas ni. Kalau nak lebih kalori terbakar tolong kemaskan katil ahli keluarga yang lain pun boleh.

Semasa memasak di dapur, cubalah luangkan masa 40 minit untuk memotong sayur. Sebab ia juga akan membakar 100 kalori. Itu belum lagi, kita potong ikan, dan memasak semua hidangan, mesti lagi banyak kalori terbakar kan? Tengok, sambil memasak untuk keluarga, kalori pun terbakar jugak. Keluarga kenyang, kita pun dapat 'manfaat'nya. Macam orang cakap... 'sambil menyelam, minum air.... ' Tak gitu.

Dengan bermain pool/snooker selama kira kira 40 minit jugak mampu membakar 100 kalori. Haaa.. Siapa yang minat main snooker ni bolehlah teruskan hobi anda itu, sebab beri manfaat jugak rupanya. Wah, cikla rasa mesti ramai yang minat main bowling kan? Bermain bowling selama 30 minit boleh membakar sebanyak 100 kalori. Tapi, masa main bowling tu, kurangkanlah pengambilan snek ye, sebab barulah pembakaran lemak tu sempurna.

Nak tau cara bakar 100 kalori sehari? Jom baca ni...
Nak tau cara bakar 100 kalori sehari? Jom baca ni... Sumber Google.

Hmmm.. Yang ni macam tak percaya jugak, tapi ini merupakan cara termudah untuk membakar kalori kita. Hanya dengan berdiri selama 20 minit selang beberapa jam masa di pejabat ataupun di rumah dapat membakar 100 kalori. Waduh waduh. Kalau yang ni rasanya semua wanita mesti suka punyalah. Cikla pun suka juga. Apa lagi kalau bukan shopping. Yeayyy... Paling tak pun dengan window shopping kita dapat membakar 100 kalori hanya selama 40 minit. Wah wah, senangnya. Apa lagi, jom window shopping. Hihi...

Kebanyakan orang suka guna troli masa beli barang kan? Apa kata sesekali guna bakul pulak. Kalau korang nak tau, dengan membawa bakul selama 30 minit dapat membakar 100 kalori. Walaupun nampak macam 'payah' je lebih lebih lagi kalau barangnya banyak, tapi, cubalah. Hasilnya pasti tak mengecewakan.....

Aik, tidur pun kalori boleh terbakar? Biar betul ni. Betul ni korang. 100 kalori boleh terbakar masa kita tidur kalau kita menambah 900 gm atau 2 kg berat otot kita. Maknanya apa ye?? Maknanya kita tambahkan pengambilan protein dan bersenam di gym. Tapi jangan terlebih tidur pulak sebab badan akan jadi lemah dan lesu.

Siapa suka menari? Eloklah tu, sebab selain dapat membentuk tubuh, menari jugak boleh membakar kalori dengan cepat. Menarilah selama 20 minit, 100 kalori korang akan terbakar. Patutlah kebanyakan penari kita tengok slim je. Ini rahsia mereka rupanya... Hihi...

So, selamat membakar kalori ye korang. Konsisten dalam apa yang kita buat. Jangan mudah putus asa. Cuba cuba dan cuba. Fikirkan hasil yang akan kita dapat nanti. 


Sumber : Ruangan Kelab Diet.

29 April 2016

Melulur... Cerahkan kulit.

April 29, 2016 2 Comments
Melulur... Cerahkan kulit. | Assalamualaikum wbt. Korang rajin melulur tak? Tak kiralah selalu atau jarang-jarang. Sejujurnya, cikla memang jarang sangat melulur ni. Masa takde kot. Hehe. Alasan yang klise. Kalau ada duit lebih pergi aje ke spa. Kalau rajin, buat aje sendiri di rumah. Kalau korang nak tau, dengan bahan-bahan semulajadi/alami kita boleh gunakan sebagai bahan asas untuk melulur. 

Jom baca apa yang cikla nak kongsikan ni....

Melulur... Cerahkan kulit. 


Guna kulit buah rambai; kulit buah ni sebenarnya mempunyai pelbagai khasiat bagi merawat masalah kulit. Caranya adalah dengan menjemur kulit ni sampai kering, kemudian kisar sampai hancur. Selepas tu, campurkan dengan air mawar, dan jadikan ia lulur. Kulit kita akan jadi lebih halus, lembut dan cerah. Cubalah....

Beras pulut; beras pulut dikatakan menjadi rahsia kulit menjadi halus dan gebu. Caranya adalah dengan kisar beras pulut sehingga hancur, dan lulur ke seluruh badan terutamanya bahagian intim. Ia akan dapat membantu menghaluskan kulit dan memudarkan kesan gelap di celah peha dan bawah lengan. Lakukan ia 2 kali seminggu.


Melulur... Cerahkan kulit.
Sebenarnya, melulur badan jugak penting. - Image credited to google.


Campuran susu dan minyak zaitun; Ia dikatakan dapat memberikan kulit kita cerah sekata. Caranya adalah dengan mencampurkan susu tepung, minyak zaitun, garam dan gula, kemudian gaul sebati dengan sedikit air. Selepas itu, lulurkan badan kita dengan campuran itu dan biarkan ia kering sebelum dibilas dengan air bersih. Buatlah dengan kerap, hasilnya kulit akan beransur sihat sebab semua kotoran akan tertanggal.

Oat dan biji bunga matahari; Caranya adalah kisar biji bunga matahari, kemudian parut kulit lemon. Selepas itu campurkan bersama minyak aromaterapi, minyak almond, kulit lemon yang diparut dan garam kasar. Campurkan kesemua bahan termasuklah oat dan gaul sebati sebelum dilulurkan pada badan. Biar seketika dan cuci dengan air bersih. Ia dikatakan boleh menjadikan kulit sentiasa lembap dan mengelakkan kekeringan kulit.

Rajin-rajinkanlah membelai dan memanjakan diri kita. Apa yang penting gunakan bahan semulajadi sebab ia lebih selamat. 

Selamat mencuba!


Sumber : Ruangan Tips Cantik. 

Nak tambahkan susu badan? Cuba petua ni...

April 29, 2016 0 Comments
Nak tambahkan susu badan? Cuba petua ni... | Assalamualaikum wbt. Ada sesetengah ibu yang menyusukan anak mengalami masalah kurang susu badan. Nak-nak pulak anaknya jenis kuat menyusu, memang kadang-kadang stress dibuatnya. Tapi, tak naklah stress stress tau. Banyak je kan petua yang boleh kita cuba untuk tambahkan susu badan.

Antaranya inilah. Mana tau serasi dan tambahkan susu badan ibu ibu semua. Cubalah.....


Nak tambahkan susu badan? Cuba petua ni...  Image credited to google.

Nak tambahkan susu badan? Cuba petua ni... 


Ambil daun kucai dan ikan bilis secukupnya. Selepas dibersihkan, rebus keduanya. Kemudian, makan bersama dengan nasi panas. Kalau nak dapatkan hasil yang cepat, amalkan selalu. ❤❤❤


Sumber : Ruangan Petua.

Mahu kekal sihat dan awet muda? Lakukan ni.

April 29, 2016 1 Comments
Mahu kekal sihat dan awet muda? Lakukan ni. | Assalamualaikum wbt. Siapa  tak nak sentiasa sihat dan semestinya mahu kekal sihat dan awet muda sentiasa kan? Hehe. Cikla pun nak. Lagi-lagi, bab yang nampak muda gitu. Ahaksss. Sebenarnya kita boleh lakukan ini hanya dengan secara semulajadi. Tak payah nak guna bahan kimia ni semua. Belum tentu selamat untuk kita kan. Dengan kesan sampingan lagi. Betul tak?

Jom kita baca apa yang boleh kita buat sebagai rutin harian kita untuk mengekalkan kesihatan dan semestinya awet muda.

Mahu kekal sihat dan awet muda? Lakukan ni.


Senyum selalu dan ketawa.  Kalau korang nak tau ketawa selama 30 minit boleh membantu kita mendapatkan kulit yang muda. Memang macam kelakar dan susah nak percaya kan? Hehe. Tapi, memang ada kajian dibuat mengenai kaitan antara ketawa dan penjagaan kulit. Sebenarnya, bila kita ketawa ini akan merehatkan otot badan dan kesannya badan kita akan bebas tekanan. Bila tak ada tekanan dalam badan, kulit akan kekal sihat dan nampak 'muda remaja'.

Rajin-rajinlah melakukan urutan kulit untuk kekalkan teksturnya di samping melancarkan peredaran darah. Gunakan minyak yang baik atau krim biasa untuk mengurut wajah. Kalau umur semakin meningkat, keanjalan kulit akan berkurang, maka timbullah garis garis halus dan kedutan.


Mahu kekal sihat dan awet muda? Lakukan ni.
Mahu kekal sihat dan awet muda? Lakukan ni. Image credited to google.


Sentiasa berfikiran positif sebab ia memang beri kesan pada kulit. Emosi negatif akan menyebabkan stress dalam badan, dan ini beri kesan pada kulit jugak. So, sentiasa optimis dan terus nampak muda dari hari ke hari... Yeahhh.... baca juga entri Stress oh stress!!›

Selain itu, mengamalkan diet sihat dan seimbang lebih-lebih lagi diet yang kaya dengan mineral dan vitamin memang penting. Ia termasuklah buahan dan sayuran. Elakkan ambil gula berlebihan sebab ia akan menyebabkan 'kedutan' pada kulit dan minuman berkafein. Apa kata gantikan gula dengan madu. Tak pun stevia. Jom kita ubah rutin kita hari ni. Jom jom...

Tak dinafikan sapuan gel aloe vera di wajah memang 'power' untuk mengekalkan kulit wajah muda semulajadi. Kalau korang nak tau, aloe vera membantu memperbaharui kulit dan kurangkan bintik bintik hitam dan kedutan pra matang. Jus aloe vera juga bagus untuk 'pembersihan' dalaman badan.

Dengan mengamalkan vitamin E, ia akan beri kebaikan pada kulit kita. Vitamin E bukan saja boleh didapati dalam bentuk tablet, tapi ada jugak dalam bentuk kapsul dan minyak. Minyak vitamin E semulajadi dapat membantu kurangkan bintik-bintik dan kedutan pada wajah. Caranya dengan mencampurkan sedikit minyak vitamin E dengan minyak badam dan sapukan pada kulit. Lakukan 4-5 hari sekali. InshaAllah dalam tempoh sebulan, kesaannya kita boleh nampak dah. Kulit akan jadi lebih licin dan muda. Cubalah.....


Mahu kekal sihat dan awet muda? Lakukan ni.
Mahu kekal sihat dan awet muda? Lakukan ni.  - Image credited to google.

Dalam apa jua keadaan, senaman memang penting, sebab ia membantu mengeluarkan toksin dari badan, dan kesannya kita boleh nampak pada kulit kita. Buatlah senaman paling tak pun 20-30 minit tak kiralah apa pun bentuk senamannya. Jogging dan berjalan pun boleh jugak. Lagipun, ia akan membantu meningkatkan peredaran darah dan halang/melambatkan tanda penuaan.

Solekan nipis sebenarnya nampak wajah lebih fresh dan natural. Jangan lupa gunakan krim pada wajah dan minimumkan penggunaan bedak asas yang terlalu tebal sebab ia akan beri kesan buruk pada kulit kita. Kalau guna asas solekan organik lebih elok sebab ia dapat kekalkan 'kemudaan' kulit dan nampak lebih segar. ‹Klik SINI untuk dapatkan lebih tips solekan›

Bagi cikla apa yang penting kena rajin dan usaha. Buatlah apa aje, tapi kalau dah malas tu tak dapek nak nolongnya.... Betul tak? 

So, jom kita merajinkan diri untuk membelai diri kita.  Nanti yang cantik molek awak jugakkan... Hehe... 

Sumber : Ruangan Info Sihat.

28 April 2016

Pelangi waktu malam?

April 28, 2016 1 Comments
Pelangi waktu malam| Assalamualaikum wbt... Apa yang kita tau kalau nak tengok pelangi kena waktu siang sebab ia memerlukan sinaran matahari bila adanya gerimis atau selepas hujan berhenti. Tapi, ini memang pelik tapi benar. Ada ke pelangi waktu malam? Macam mana boleh jadi camtu pulak ye.. Hmmm.... Sebenarnya ini memang betul betul berlaku, dan ia dikenali sebagai Moonbow.

Macam pelangi waktu malam atau 'Moonbow' ni berlaku?

Ia berlaku hasil pantulan, pembiasan dan penyebaran cahaya dari bulan yang bertindakbalas dengan titisan air hujan. *masa sekolah dulu pernah jugak belajar pasal pantulan pembiasan ni semua. Masa terbaik kalau nak tengok Moonbow adalah masa bukan penuh sebab cahaya diperlukan dalam jumlah yang banyak untuk menghasilkan pelangi. Bulan pulak kena berada pada titik rendah *kedudukan 42° di langit pada waktu malam selepas hujan. Tapi, Moonbow lain sikit dari pelangi yang terhasil dari pembiasan cahaya matahari sebab Moonbow nampak macam warna putih dan tak jelas sangat kalau dilihat pada mata kasar.


Pelangi waktu malam?
Pelangi waktu malam? Image credited to google.

Ada cara terbaik ke nak tengok pelangi waktu malam atau Moonbow?

Memang ada, iaitu dengan melihat pada  air terjun dengan kedudukan kita berdiri antara air terjun dan bulan penuh di belakang kita.

Di mana lokasi popular yang selalu berlaku fenomena pelangi waktu malam atau Moonbow?


Fenomena ni selalu terjadi di Yosemite Falls *yang paling popular, California, Cumberland Falls, Kentucky, USA dan di Victoria Falls, Afrika. Musim luruh dan panas adalah masa sesuai untuk saksikan spektrum cahaya Moonbow.

Sesungguhnya sungguh besarnya kuasa Allah. Jika Dia berkehendakkan sesuatu terjadi, makan terjadilah. Nikmatilah dan syukurilah nikmat keindahan alam kurniaanNya. Moga kita akan lebih menginsafi akan kebesaran dan keagunganNya. InshaAllah...


Sumber : Ruangan Cerita Pelik Seluruh Dunia. 

Stress oh stress!

April 28, 2016 2 Comments
Stress oh stress! | Assalamualaikum wbt. Bagi cikla dah jadi lumrah manusia memang berhadapan dengan stress. Tipulah kalau ada orang cakap dia tak pernah alami stress. Cikla tak percaya. Sikit atau banyak mesti kita pernah mengalaminya. Betul tak?? 

Stress yang terlampau akan beri kesan pada kesihatan kita tak kiralah kesihatan mental atau emosi. Kita perlu mencari 'pelega' stress supaya kita dapat mengawalnya.

Stress oh stress!


Jom cikla nak share beberapa cara 'pelega' stress yang mungkin boleh dilakukan untuk mengurangkan stress yang dialami....

  • Lakukan meditasi dengan cara duduk dalam keadaan tegak dan letak kedua dua belah kaki ke  lantai. Kemudian, pejamkan mata, fokus tumpuan kita dan dalam nada perlahan ulang berkali kali kata kata yang positif. Letak sebelah tangan di perut supaya perkataan yang diucapkan sama dengan pernafasan. Biarkan apa yang mengganggu kita itu 'pergi' dengan sendirinya....
  • Lakukan pernafasan dalaman selama 5 minit dan fokus. Duduk tegak dan pejam mata sambil tangan diletakkan di perut. Bernafas perlahan melalui hidung, rasa pernafasan itu mula dari perut kemudian terus naik ke kepala. Ulangi masa kita bernafas melalui perut.
  • Sedar apa yang berlaku di sekeliling kita dan berpijak pada bumi yang nyata. Luangkan masa dan fokus terhadap deria kita, inshaAllah rasa stress akan berkurang.
  • Bersosiallah, cari kawan berbual sekurang kurangnya bercakap di telefon. Kongsilah apa yang kita rasa *tapi pastikan teman yang boleh dipercayailah. Hubungan dengan sahabat pun jadi lebih erat.
  • Guna mental untuk imbas sejauh mana stress beri kesan pada badan kita setiap hati. Baring atau duduk tegak, mulakan pada ibu jari kaki dan terus naik ke kulit kepala untuk kesan bagaimana badan kita sedang rasa.

Stress oh stress!
Stress oh stress! Tanganilah stress dengan bijak. - Image credited to google.

  • Letak balutan suam panas pada sekeliling leher dan bahu selama 10 minit. Sambil tu, pejam mata dan rehatkan muka, leher, bahagian atas dada, dan otot belakang. Alih balutan itu, kemudian gula bola tenis atau penggulung busa untuk melakukan urutan stress.
  • Ketawalah dengan kuat, sebab ia dikatakan boleh meringankan beban otak. Ia juga boleh merendahkan cortisol *hormon tekanan tubuh, dan mampu merangsang kimia otak iaitu endorphin. Tenangkan diri dengan menonton rancangan kesukaan kita, paling tak pun baca novel kegemaran.
  • Yang ni betul kot. Dengan mendengar muzik yang menenangkan boleh merendahkan tekanan darah, kadar denyutan jantung dan rasa gelisah. Kalau tak pun, lebih elok dengar alunan ayat suci Al Quran. Itu lebih menenangkan kan?
  • Bersenamlah, sebab ia boleh kurangkan kemurungan dan rasa gelisah. Paling tak pun beryoga atau walking walking pun boleh.
  • Bersyukurlah. Kalau boleh tulislah perkara perkara yang menggembirakan kita *macam tulis diarilah sebagai tanda kita mengingati apa yang berlaku dalam hidup kita. Nikmatilah hidup ni dengan penuh raa syukur.

Semoga kita semua terhindar dari stress yang melampau. Kalau stress pun, tanganilah ia dengan bijak. ❤


Sumber : Ruangan Kesihatan. 

27 April 2016

Tumbuhan penghalau nyamuk?

April 27, 2016 4 Comments
Tumbuhan penghalau nyamuk| Assalamualaikum wbt. Memang tak dinafikan yang gigitan nyamuk boleh membahayakan kesihatan kita, terutamanya nyamuk aedes yang menyebabkan demam denggi. Kebanyakan orang akan menggunakan bahan kimia macam aerosol atau fogging secara besar-besaran untuk menghalau nyamuk. Penggunaan bahan ini dah tentu akan menimbulkan bau yang tak best kan. 

Sebenarnya, kalau korang nak tau kita boleh gunakan tumbuhan atau bahan semulajadi untuk mengusir nyamuk. Dah lah ia selamat, malah udara pun segar je. Betul tak? Jom kita baca tumbuhan apakah yang kita boleh guna sebagai ganti bahan kimia untuk mengusir nyamuk nyamuk ni semua....

Tumbuhan penghalau nyamuk?


1.  Pokok Jeremin;


Tumbuhan penghalau nyamuk
Pokok Jeremin. - Image credited to google.

Pokok ini hasilkan bau yang kuat seperti aerosol bila ada yang sentuh daunnya. Sentuhan itu akan keluarkan serbuk halus seperti asap dan ia boleh menghalau nyamuk. Pokok ni mudah nak jaga sebab tak perlukan banyak air, tapi ia sesuai ditanam di tempat redup dan tak sesuai di tempat yang terlalu terdedah dengan cahaya matahari.


2. Bunga lavender;


Tumbuhan penghalau nyamuk
Bunga lavender. - Image credited to google.

Kita selalu jumpa bau lavender ni dalam losyen, haruman rumah dan perfume kan. Tapi, kalau korang nak tau, bau ni tak disukai oleh sang nyamuk, sebab ia mengandungi zat linalool dan lunalyl acetate yang diproses menjadi ubat anti nyamuk. Ambil saja bunga lavender ni dan hiaskan dalam rumah, nyamuk lari... Bau pun wangi lagi.. Natural...


3. Serai wangi;


Tumbuhan penghalau nyamuk
Serai wangi. - Image credited to google.

Kalau yang ni cikla memang pernah tengok. Rupa macam serai biasa yang orang buat masak tu. Dah namanya serai kan. Hehe... Tapi ada jugak orang buat masak kot serai wangi ni. Serai ni akan zat geraniol dan sitronelol iaitu bahan aktif yang tak disukai serangga termasuklah nyamuk. Jadikan ekstrak serai wangi ni sebagai losyen yang boleh menghalau nyamuk.


4. Akar wangi;


Tumbuhan penghalau nyamuk
Akar wangi. - Image credited to google.

Kalau korang nak tau, nyamuk aedes "amat takut" dengan tumbuhan ni sebab ia mampu hasilkan bau yang menyengat. Ia akan menyebabkan nyamuk tak hinggap pun kat akar wangi ni. Begitu 'power'nya akar ni kan?? Hehe....


5. Pokok tapak dara;


Pokok tapak dara.
Pokok tapak dara. Image creadited to Google.


Amboi... Nama pokok kemain lagi naa.. Hehe..  Rupanya pokok kemunting cina. Huhu. Taulah Cikla kalau pokok ni. Pokok ni juga dikenali sebagai geranium dan ia sangat popular digunakan untuk menghalau nyamuk. Bau zat citronella yang dihasilkan amat tak disukai oleh makhluk itu. Persekitaran yang berangin dapat membantu menyebarkan zat ini untuk menghalau nyamuk.


6. Zodia;


Tumbuhan penghalau nyamuk
Pokok zodia. - Image credited to google. 


Pokok ni *nama saintifiknya evodia suaveolens mampu mengeluarkan bauan yang dapat mengusir nyamuk bila daunnya saling bergeser bila ditiup angin. Ia boleh dijadikan racun serangga dan penjagaannya pun senang, hanya perlu menyiramnya dua hari sekali.

Kadang kadang bahan semulajadi ni lebih berkesan dari bahan kimia kan. Kalau nak tau berkesan ke tak, cubalah....


Sumber : Ruangan Seni Laman, Majalah Harmoni.

Masih intim walaupun bertahun-tahun berkahwin, apa rahsianya?

April 27, 2016 2 Comments
Masih intim walaupun bertahun-tahun berkahwin, apa rahsianya? | Assalamualaikum wbt. Rasanya dah banyak entei cikla kongsikan mengenai tips suami isteri, cara kekalkan hubungan dan sebagainya. Tak pelah kan, orang cakap sharing is caring. Just remind sebab perkara baik kan. Lagipun, ini untuk peringatan untuk cikla dan suami jugak. Kadang-kadang kita mesti pernah nampak yang pasangan ni dah berumur pun, tapi masih lagi romantik, jalan pegang tangan dan sweet sangat. Mereka pun nampak saling mengambil berat dan care antara satu sama lain. Apalah rahsia mereka agaknya kan?

Sebenarnya, bagi cikla bukan senang nak kekalkan hubungan yang harmoni, romantik  sebab ia sememangnya memerlukan pengorbanan, sabar, saling percaya dan hormat antara pasangan.

Masih intim walaupun bertahun-tahun berkahwin, apa rahsianya?


Masih intim walaupun bertahun-tahun berkahwin, apa rahsianya?
Masih intim walaupun bertahun-tahun berkahwin, apa rahsianya? Image credited to google.

Jadilah pendengar yang baik, iaitu mendengar  apa yang hendak dikatakan atau dikongsikan oleh pasangan kita, sebab tak mustahil dia akan mendengar pulak apa yang kita nak katakan. Berbincanglah secara terbuka kalau ada apa-apa masalah yang timbul. Jangan sorok-sorok dan pendam je. Nanti masalah tak selesai malah jadi lagi rumit.

Lelaki sebenarnya tak suka akan celoteh wanita nak-nak pulak pasal hal remeh temeh. Kan lagi elok bercerita atau berborak pasal hal yang menjadi kegemarannya atau berkaitan dengan minat kita untuk membantu dia meningkatkan ekonomi keluarga. Jangan merendah-rendahkan pasangan dan tak salah kalau kita mengatakan kepada dia betapa pentingnya dia dalam hidup kita.

Jangan sesekali mengatakan menyesal mengahwininya, sebab bila kita berkats begitu dia pun akan merasa demikian walaupun dia tak cakap. Lagipun, kalau cakap macam tu menunjukkan kita ni pendek akal dan lemah dalam menghadapi dugaan yang datang. Cepat menyerah, apa yang sepatutnya dilakukan adalah berusaha untuk menunjukkan kita gembira mengahwininya.

Elakkan pergaduhan dan kalau boleh jangan mulakannya. Kalau pasangan kita menegur, diam ajelah sebab orang cakap kalau 'api sama api' bertemu nanti bertambah marak jadinya. So, tunggu dia cool dulu sebelum bertanyakan apa sebenarnya yang dia tak suka tentang apa yang kita lakukan. Ucaplah kata maaf kalau kita buat salah, elakkan dari sikap sentiasa menyalahkan. Tak salah pun kalau kita yang memulakan maaf, lagipun orang kata bukan tanda kita lemah atau mengalah, tapi berani mengakui kesalahan.

Hidup bukan hanya di dunia tapi di akhirat jugak. Berbuat baik pada pasangan akan menjamin kesejahteraan kita di akhirat kelak. Jalankan tanggungjawab yang baik kepada pasangan.... Menerima pasangan seadanya. Setiap orang pasti ada kelebihan dan kekurangan. Begitu jugak dengan diri kita. Terimalah dirinya apa adanya, dan kalau dia nak berubah menjadi lebih baik, berilah sokongan dan kata kata semangat.

Bagi cikla, apa yang telah 'dijodohkan' untuk kita, terimalah dengan hati terbuka dan seadanya. Jangan mudah mengkritik dan menyalahkan sebab setiap manusia dijadikan berpasang-pasangan dan saling melengkapi. 

Bersyukurlah dengan anugerah ini. ❤❤❤


Sumber : Ruangan Kamar Suami Isteri.

26 April 2016

Dengkuran tanda berpenyakit?

April 26, 2016 2 Comments
Dengkuran tanda berpenyakit? | Assalamualaikum wbt. Kita memang biasa dengar orang tidur berdengkur kan? Biasanya lelakilah kuat berdengkur. Hehe. Ye ke? Jangan marah naaaa cik abang cik abang semua. Lagipun, ada kajian mengatakan 60% masalah dengkuran berlaku pada lelaki, dan 40% pula berlaku pada wanita.

Apa itu dengkuran? 


Dengkuran adalah bunyi yang terhasil bila saluran pernafasan tersekat atau terhalang masa tidur. Kalau korang nak tau, masa kita tidur otot pada lelangit lembut, lidah dan kerongkong akan berehat. Kalau tisu dalam kerongkong dalam keadaan terlalu rehat, ia akan bergetar. Getaran inilah yang halang dan menyempitkan laluan udara. So, keadaan ini akan menyebabkan tekanan dalam kerongkong tinggi, dan bila tekanan semakin tinggi, semakin kuat getaran tisu dalam kerongkong. So, terjadilah dengkuran.

Mulut secara automatik akan terbuka untuk membolehkan udara lebih banyak masuk. Masalah dengkuran ni lebih banyak berlaku pada orang gemuk sebab adanya banyak tisu lemak pada saluran pernafasan. Kanak-kanak pun boleh alami dengkur tapi biasanya ia disebabkan oleh masalah tonsil atau adenoid *pengumpulan tisu limfatik pada bahagian belakang hidung. Untuk mengatasinya adalah dengan membuang tonsil yang bengkak itu.

Dengkuran tanda berpenyakit?
Dengkuran tanda berpenyakit? Bunyi dengkuran sememangnya mengganggu. - Image credited to google.

Ada faktor lain ke yang menyebabkan dengkuran berlaku? 


Memang ada, iaitu;

  1. Bentuk mulut samada lelangit lembut terlalu rendah, uvula panjang, lidah terlalu besar dan tonsil bersaiz besar. Ini semua boleh halang saluran udara.
  2. Kegemukan juga akan menyebabkan saiz empat bahagian bertambah. Akibatnya dengkuran bertambah teruk.
  3. Terlalu letih dan minum banyak minuman keras sebelum tidur.
  4. Masalah saluran pernafasan dan masalah apnea tidur.

*seseorang yang alami apnea tidur bila pernafasannya terhenti seketika masa dia tidur. Dengkuran yang kuat jugak terhenti seketika *biasanya lebih kurang 10 saat. Pernafasan yang terhenti ni akan menyebabkan kekurangan oksigen dan karbon dioksida berlebihan, so orang itu akan terjaga diikuti dengan dengkuran kuat.

Ia dikenali dengan nama apnea tidur obstruktif (OSA) dan ia biasanya ada rentak rentak tertentu.

Dengkuran tanda berpenyakit?


Dengkuran bukanlah penyakit tapi ia dikelaskan sebagai masalah perubatan, terutama kepada orang yang alami apnea tidur sebab ia mungkin boleh sebabkan strok atau tekanan darah tinggi. Tapi, rasanya ramai yang anggap ia bukanlah satu masalah. Antara gejala biasa akibat dengkur adalah letih, mengantuk, daya tumpuan terjejas, cepat marah dan stress.

Kalau orang itu alami OSA, bila pernafasan terhenti, badan akan kekurangan oksigen, dan ini akan beri tekanan pada jantung untuk berfungsi dengan cekap. Kalau lebih kerap nafas terhenti, tekanan darah jadi lebih tingi dan ini boleh menyebabkan strok dan serangan jantung. Ada kajian mengatakan orang yang berdengkur kuat berisiko 34% untuk alami serangan jantung dan 67% strok. Wahh, takutnya kan...

Apa gejala APNEA TIDUR?


  1. Rasa sangat mengantuk pada siang hari.
  2. Dengkuran terganggu.
  3. Insiden tercekik di tengah malam. *masa tidur sebab tak cukup oksigen dalam badan.
  4. Tidur tak lena dan kerap kencing malam *nokturia.
  5. Tak boleh tumpukan perhatian dan alami masalah daya ingatan.
  6. Alami kemurungan, mudah terganggu dan keinginan seksual menurun.
  7. Mengganggu kualiti tidur dan hidup pasangan sebab mereka asyik terjaga akibat dengkuran kuat.

Dengkuran tanda berpenyakit?
Dengkuran tanda berpenyakit? Image credited to http://www.drwiitala.com/

Ada rawatan ke nak atasi dengkuran ni? 


Ada. Jangan risau. Jom kita baca...

  1. Ubah gaya hidup dan kurangkan berat badan *kalau terlalu gemuk
  2. Elak minum minuman keras dan mengandungi kafein serta jangan merokok sebelum tidur. 
  3. Ubah posisi tidur. 
  4. Jangan bersenam sebelum tidur sebab ia akan menjadikan kita berasa lebih segar dan susah nak tidur. 
  5. Elak dari kita 'terhutang tidur' seperti menonton tv sampai larut malam, layari internet. 
  6. Sentiasa menitikberatkan kebersihan kawasan tempat tidur dan dalam keadaan menenangkan. 
  7. Guna pelekap khas pada hidung yang boleh membantu membuka saluran pernafasan jadi lebih besar dan gunakan semburan hidung. 
  8. Jangan ambil pil tidur walaupun kita mempunyai masalah tidur, sebab pil tidur akan menjadikan otot anak tekak jadi lebih rehat dan kesannya, dengkuran bertambah kuat.

Kadang-kadang perkara yang kita nampak remeh dan biasa tu sebenarnya beri kesan yang serius, so jangan pandang ringan tau.

Semoga info ni beri manfaat pada kita.  ❤❤


Sumber : Ruangan Info Sihat.

Nak wajah cerah sekata? Cuba petua ni...

April 26, 2016 4 Comments
Nak wajah cerah sekata? Cuba petua ni... | Assalamualaikum wbt. Kalau korang nak tau, buah buahan mempunyai seribu khasiat untuk kesihatan malah untuk kecantikan jugak. Ia boleh dijadikan masker untuk mencantikkan kulit wajah kita. Ada orang mempunyai kulit wajah yang tak sekata. Apa kata cuba petua ni...

Nak wajah cerah sekata? Cuba petua ni...
Nak wajah cerah sekata? Cuba petua ni... Image credited to google.

Nak wajah cerah sekata? Cuba petua ni... 


Ambil buah limau nipis dan perah untuk mendapatkan patinya. Kemudian, campurkan pati itu dengan putih telur, dan sapukan pada wajah. Biarkan kering sebelum dibilas dengan air bersih. Buat seminggu dua kali dan inshaAllah kulit wajah kita akan menjadi cerah sekata.

Selamat mencuba. 


Sumber : Ruangan Tip Cantik.

25 April 2016

Gejala serius sewaktu hamil, please alert!

April 25, 2016 8 Comments
Gejala serius sewaktu hamil, please alert! | Assalamualaikum wbt. Dalam tempoh 9 bulan si ibu mengandung, mesti si ibu mahukan anak dalam kandungan sentiasa sihat dan membesar tanpa sebarang masalah. Tapi, bak kata orang kita hanya merancang, Allah menentukan.

Kita tak kan dapat elak jika pada setiap trimester kita terpaksa menghadapi dengan gejala-gejala yang serius. Apa yang penting, kita kena sentiasa alert dan berhati-hati kalau ada gejala sebegini, iaitu;

Gejala serius sewaktu hamil, please alert!


Sakit/pening kepala yang berdenyut-denyut, dan ia berterusan walaupun kita dah berehat panjang. Kalau korang nak tau, ia berlaku mungkin disebabkan oleh penyempitan pembuluh darah akibat hipertensi, pra eklampsia atau keracunan semasa hamil. Sakit kepala yang teruk boleh menyebabkan tekanan darah menjadi setinggi 140/100mg *wahhhh... tinggi tu. Bila tekanan darah menjadi tinggi, ia boleh mengakibatkan pandangan menjadi kabur, bengkak pada muka dan kehadiran protein dalam air kencing. 

Penglihatan menjadi kabur, biasanya pada trimester kedua. Kita mungkin akan alami gangguan penglihatan sama ada pandangan jadi redup, wujud imej bintik-bintik dan lampu sinarnya terasa silau. Kalau tak diatasi, ia akan menyebabkan pra eklampsia berkembang menjadi eklampsia. Gejala lain adalah kejang, bengkak peparu, pendarahan otak dan yang paling bahaya boleh sebabkan kematian. 

Sewaktu mengandung, badan kita akan hasilkan cecair lebih banyak dari biasa, sebab untuk lindungi kehamilan, cegah reaksi tubuh ibu terhadap janin, kurangkan antibodi si ibu dan mempertahankan air ketuban supaya janin bebas bergerak pada keadaan suhu yang terkawal. Penambahan cecair ni akam menyebabkan berlakunya bengkak pada beberapa bahagian tubuh seperti tangan, leher, wajah dan kaki, dan ia mula kelihatan seawal 20 minggu. Jangan pandang remeh hal ni, lebih-lebih lagi kalau alami pembengkakan wajah sebab ia mungkin petanda pra eklampsia, nak-nak pulak kalau tekanan darah tinggi sampai 140/100mg. Berhati hati ye....


Gejala serius sewaktu hamil, please alert!
Gejala serius sewaktu hamil, please alert! Image credited to google 

Kalau kita alami pedih ulu hati dan perut yang teruk, jangan pandang ringan. Biasanya pedih ulu hati dan perut ni akan hilang selepas bersalin. Tapi, kalau rasa sakitnya teruk, dikhuatiri ia berkaitan dengan gastrik, usus/apendiks, jangkitan pada salur kencing, penyakit pundi hempedu dan jangkitan pelvis. Bahaya kan?

Biasanya, kalau usia kandungan dah masuk 22 minggu, ibu mesti dapat rasa pergerakan janin dalam perut, kira-kira 10 kali dalam tempoh 12 jam. Tapi, kalau pergerakan itu kurang atau takde langsung, si ibu perlulah segera ke hospital sebab ia mungkin petanda sesuatu berlaku pada janin atau berlaku kematian.

Kalau keluar cecair atau pendarahan, ini petanda bahaya berlaku pada kandungan. Kalau pendarahan berlaku pada usia kandungan kurang dari 12 minggu, dikhuatiri akan berlaku keguguran. Kalau pendarahan berlaku pada usia kandungan 22 minggu, itu petanda kemungkinan berlaku plasenta previa dan solusio plasenta. *kalau korang nak tau lebih pasal ni boleh gogel, or tanya pada yang pakar ye.

Walauapapun, jaga diri tau ibu ibu yang sedang hamil sekarang. Semuanya demi anak yang dikandung. Semoga dipermudahkan kelahiran nanti ye. Doakan cikla jugak... ❤❤❤

* Eklampsia adalah sawan yang berlaku masa usia kandungan 20 minggu ke atas.
* Pra eklampsia adalah tanda tanda awal sebelum berlakunya sawan, seperti tekanan darah yang tinggi 140/90mg, mengandungi protein dalam air kencing, sakit ulu hati, blurred vision, bengkak kaki or muka (sembap).


Sumber : Ruangan Catatan Kehamilan.

24 April 2016

Serlah kecantikanmu dengan tidur malam.

April 24, 2016 3 Comments
Serlah kecantikanmu dengan tidur malam| Assalamualaikum wbt. Ramai orang cakap, tidur yang cukup memang penting. Ia akan membuatkan kita lebih segar, bertenaga dan meredakan tekanan yang dialami dalam melakukan tugas seharian. Tidur sekitar 7-8 jam diperlukan oleh individu dewasa sebab ini akan beri masa pada otot badan dan minda kita untuk berehat. Sebenarnya tidur yang cukup bukan saja beri kesan yang baik pada kesihatan malah pada kecantikan jugak. Natural beauty kata orang.

Jom baca, cikla nak share apakah kebaikan yang kita boleh dapat dengan tidur malam yang cukup.

Serlah kecantikanmu dengan tidur malam.


Tidur yang cukup dapat meningkatkan pemikiran dan memori kita sebab mendapat rehat yang cukup. Ia juga penting untuk memastikan daya ingatan kita kuat dan elakkan lupa. Kalau korang nak tau, waktu tidur sebenarnya mempengaruhi berat badan ideal seseorang. Ada kajian mengatakan orang yang mendapat tidur yang cukup lebih senang menurunkan berat badan. So, jangan pandang ringan tau. Hehe...

Selain itu, tidur yang cukup dapat mengurangkan tekanan yang dialami. Tekanan yang tak dikawal akan menyebabkan kita berisiko mendapat penyakit jantung. Kalau kita tak cukup tidur, dikhuatiri akan mengganggu tumpuan kita, tak kiralah ketika kita berada di tempat kerja atau lebih bahaya jika sedang memandu. Bahaya tau. Selain tu, kurang tidur akan menyebabkan kita mudah penat dan mengundang kemalangan.. So, berhati hatilah....

Sebenarnya, kalau kita cukup tidur akan menjadikan kita nampak lebih segar dan gembira. Tidur yang cukup akan membuatkan kita rasa happy dan terhindar dari kemurungan.


Serlah kecantikanmu dengan tidur malam.
Serlah kecantikanmu dengan tidur malam. Image credited to google.

Bagi cikla, kita memang kena ambil serius soal waktu tidur. Jangan pandang rendah pasal hal ni. Lagipun, kalau tidur kita cukup, ia bukan saja baik untuk kesihatan malah ia akan menyerlahkan kecantikan semulajadi kita. 

So, jangan kurang tidur tau... 


Sumber : Ruangan Hati.

Tips menjaga keharmonian rumah tangga.

April 24, 2016 2 Comments
Tips menjaga keharmonian rumah tangga. | Assalamualaikum wbt. Orang cakap, 'sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri...' Kadang-kadang mesti ada perselisihan pendapat kan? Tipulah kalau nak cakap 'cool' aje kan, mesti ada 'hot' nya sikit kadang-kadang. Betul tak?  Tapi, kalau konflik yang timbul kenalah selesaikan cepat-cepat, jangan biar lama-lama. Takut nanti melarat jadi makin parah. 

Lagipun, orang cakap kalau kita bina rumahtangga tu mesti kita nak sampai ke akhir hayat, sampai ke syurga kata orang sekarang. Seharusnya suasana 'indah' masa bercinta mestilah dikekalkan sampai kita berumahtangga. Jangan masa bercinta je indah, bila kawin dah tak indah dah. Taknaklah macam tu kan. Lepas tu, amik langkah pendek akal dengan bercerai. Nanti yang jadi mangsa anak-anak. Kesian kat mereka. 

Bagi cikla, bukan saja suami, isteri pun kena berusaha menjaga hubungan ni. Pendek kata, dua-dua ada tanggungjawab untuk jaga hubungan...

Tips menjaga keharmonian rumah tangga.
Tips menjaga keharmonian rumah tangga. Image credited to google.

Apakah tips yang boleh suami dan isteri lakukan untuk menjaga keharmonian rumahtangga. 


Menjaga hubungan dengan Allah; ini adalah perkara utama yang kita kena jaga. Si suami ajaklah isteri solat berjemaah dan ajarlah isteri tentang adab-adab sungguhpun isteri sudah mengetahuinya. Memang dah jadi tanggungjawab suami membimbing isteri dan isteri hendaklah menurut apa yang suami ajarkan.

Jagalah aib masing-masing, tak kira suami atau isteri. Bukan tak boleh nak berfikiran terbuka, tapi semuanya ada batasnya. Ini tak, semua nak dikongsi sampaikan aib suami isteri pun tak reti nak jaga. Konon-konon nak dapatkan pendapat orang lain, sudahnya kesan buruk jugak yang didapatnya. So, beringatlah......

Zaman sekarang ni memang boleh dikatakan zaman viral. So, elakkanlah mem'viral' kan masalah suami isteri di media sosial. Memang tak dinafikan banyak group atau portal yang mungkin dijadikan tempat untuk berkongsi masalah, tapi kena ingat jugak itu semua ada baik dan buruknya. Kata orang bukan kasi settle masalah, lagi menambah masalah adalah....

Ada sesetengah orang suka kongsi 'kebaikan' suami di media sosial. Bukan tak boleh, tapi macam cikla cakap, semuanya kena ada had. Siapa yang tak bangga dan rasa bertuah mempunyai suami yang baik dan rajin menolong tapi dengan berkongsi tu semua kat media sosial, ia sebenarnya akan mengundang masalah lain. Manalah tau, kot-kot ada wanita lain yang berminat untuk berkenalan dengan suami *disebabkan kebaikan suami yang dikongsikan lepas tu dia pun hantarlah private message kat suami. Bukan nak fikir yang buruk, tapi itu lebih baik kan sebelum nasi menjadi bubur, baik cegah dahulu.... *remind to me too...

Si suami pulak, ringan-ringankanlah tulang awak tu tolong isteri buat kerja rumah tak kiralah isteri tu berkerja atau suri rumah tangga. Rasa sejuk je hati isteri kalau suaminya ringan tulang bantu dia. Nak
-nak pulak isteri yang berkerja, kerja pejabat lagi. Lepas tu balik rumah, nak urus rumah lagi. Layan kerenah anak kecil lagi. Si suami pulak, balik kerja rileks je depan tv sambil main facebook. Isteri tunggang langgang kat dapur. So, tolong prihatin dan kesian kat isteri tu tau. Tolonglah apa yang patut.

Tips menjaga keharmonian rumah tangga.
Tips menjaga keharmonian rumah tangga. Image credited to google.

Si isteri pulak, kalau suami tu rajin tolong janganlah kritik atau komen hasil kerja suami tu. Contohnya, tak puas hati dengan cara suami melipat kain atau sidai kain. Kalau nak tegur pun, tegurlah dengan baik atau dalam nada bergurau. Takdelah suami tu sentap, lepas tu dah merajuk tak nak tolong lagi dah. Lebih sadis lagi, si isteri siap share kat laman sosial. Memang tak eloklah macam tu. Isteri.. Utamakanlah kewajian kita terhadap suami. Tugas isteri menjaga keperluan suami, jaga makan minum, pakai dan lain-lain. Jangan asyik menghadap laptop atau phone je, sampai suami dan anak terabai....

Jangan lupa ucapkan terima kasih pada pasangan. Kata kata keramat tu. Ucapkanlah. Walaupun dia hanya membantu sikit je. Bukan susah pun kan. Ucapan ni akan menjadikan suami atau isteri rasa lebih dihargai dan disayangi. Puji, ini pun satu amalan yang bagus. Si suami, apa salahnya puji masakan isteri. Dah tentu berbunga-bunga je hati isteri dengar kan. Begitu juga dengan isteri, pujilah suami kita dengan kata yang elok. Jangan sampai orang lain yang puji, nanti lain pulak tanggapannya kan...

Peluk dan cium pasangan. Ini memang magis tau, sebab ada kajian mengatakan dengan memeluk pasangan akan dapat mengurangksn stress. Betul ke? Nak tau, buatlah. Kalau korang nak tau, pelukan yang dibuat sebelum tidur selama 10 minit (tanpa diteruskan dengan hubungan intim) akan melepaskan semua rasa negatif yang tersimpan dalam hati sepanjang hari. Semuanya akan 'terbebas' dengan hanya satu pelukan.

Bagi cikla, memang pelukan sangat diperlukan dalam hubungan suami isteri jangan ingat pelukan itu intro nak mulakan hubungan intim, tapi ia juga melibatkan hubungan 'perasaan' dan emosi antara pasangan. ❤❤❤


Sumber : Harian Metro.

23 April 2016

Alhamdulillah, adik dah bertambah pulih, walaupun.....

April 23, 2016 6 Comments
Alhamdulillah, adik dah bertambah pulih, walaupun..... | Assalamualaikum wbt. *Live update from Hospital Shah Alam..... Sebelum ni, cikla ada up entri mengenai adik cikla yang ditimpa kemalangan minggu lepas. ‹‹baca SINI dan SINI untuk baca entri lepas››

Selepas seminggu dirawat, alhamdulillah adik dah nampak ok. Memang kali ni nampak macam teruk je, cuba korang tengok gambar ni...


Uishhh... Macam ngeri je.. Huhu... 

Memang dashyat kan?? Takutnya.... 

Uishhh.. Cikla tengok pun macam ngeri je. Dengan jahit sana sini. Rasanya dekat 20 jahitan jugaklah. Pastu besi lagi tercacak. Seriau pulak tengok. Doktor cakap mau 3 bulan lebih untuk pulih sedikit demi sedikit. Raya memang takdelah ke mana jawabnya.. Hehe... Takpelah, janji sihat betul-betul. Untuk pulih sepenuhnya mau makan masa juga. Kaki tu... Penting nak bergerak sana sini. Dah jadi camni, barulah sedar kan betapa pentingnya kaki... Huhu....

Kepada adik cikla, sabar ajelah. Dugaan untuk awak tu. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ni. Jadikan pengajaran dan pelajaran supaya lebih berhati-hati lepas ni. Mungkin awak harus belajar lebih 'menghargai' mungkin. Apa yang penting, sabar dan berdoa supaya Allah permudahkan awak melalui semua ini..

Korang doakan adik cikla ye. Thanks thanks thanks... ❤❤❤


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.