Alat bantuan kelahiran.

By Cikla Shahril - April 06, 2016

Cikla percaya semua ibu yang melahirkan anak mesti nakkan proses bersalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah kan? Tapi, kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Orang kata, bila si ibu berada dalam labour room tu, kena sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. 

Tengok, begitu besarnya pengorbanan ibu untuk melahirkan zuriatnya. Ada yang bertarung nyawa dan berusaha segigihnya demi melahirkan anak yang sihat dan tanpa ada masalah.

Sebenarnya, dalam sesetengah 'keadaan', proses kelahiran itu perlu dibantu, sebab supaya baby dapat dilahirkan dengan mudah dan untuk elak sebarang komplikasi lain. 

So, pada pendapat cikla, si ibu kena jugak amik tau apakah alatan yang mungkin digunakan sebagai tujuan memudahkan kelahiran baby kita.

Sebelum tu, jom kita baca, mengapa kita perlu menggunakan alatan ni semua untuk membantu proses kelahiran.

  • bila baby alami kekurangan oksigen masa proses meneran.
  • bila si ibu mula keletihan dan takde upaya nak meneran lagi.
  • bila baby tak membuat sebarang kemajuan dalam pelebaran pelvis.

Dua alatan yang biasa digunakan untuk membantu kelahiran adalah;

Alat bantuan kelahiran.
Alat bantuan kelahiran. Sumber Google.

Forsep;

Ia digambarkan macam senduk salad/penyepit gula tiub yang besar *wah, macam tu bentuknya rupanya yang terdiri dari besi tahan karat dengan 2 bahagian bersilang, dengan bahagian hujungnya yang melengkung untuk membolehkan ia memeluk kepala baby

Sebelum menggunakannya, doktor akan pastikan kedudukan baby berada dalam keadaan baik. Si ibu akan meletakkan kaki ke dalam penyandar di tepi katil *posisi litotomi dan bahagian hujung katil akan ditanggalkan.

Tiub kecik *kateter yang terikat pada beg dimasukkan ke dalam pundi kencing si ibu untuk mengosongkan isiannya. 

Kaki si ibu akan ditutup dengan cadar yang disteril dan si ibu akan diberi ubat pelega kesakitan. *mungkin dibius setempat dalam farajepidural atau bius spinal

Doktor akan melakukan episiotomi untuk melebarkan pembukaan serviks, so that forsep boleh diletak di keliling kepala baby

Bila forsep siap dipasang, dan kontraksi datang, doktor akan menarik kepala baby sambil si ibu meneran untuk bantu baby meluncur keluar.

Vakum;

Ia adalah mangkuk yang disambung pada pam vakum yang kecil serta ada pemegang yang boleh ditarik. Mangkuk inilah yang akan diletakkan atas kepala baby

Ada beberapa jenis mangkuk vakum yang digunakan ikut posisi baby masa nak digunakan, iaitu; 

(1) Mangkuk plastik lembut yang mana ia kurang sebabkan kecederaan pada kepala baby, tapi mudah terlucut. 
(2) Mangkuk plastik separa tegar yang biasanya paling berkesan. 
(3) Mangkuk logam yang mana ia tak akan terlucut tapi berpotensi menyebabkan trauma ke atas kepala baby.

Mangkuk vakum akan diletakkan ke atas kepala baby, so ia akan mengurangkan penggunan ruang yang banyak. 

Doktor akan sedut keluar udara dari mangkuk vakum dengan menggunakan pam vakum *ia digerakkan oleh kaki atau pam tangan. 

Bila mangkuk dah terpasang kemas, doktor akan suruh ibu meneran, dan bila berlaku kontraksi doktor akan menarik mangkuk untuk mudahkan baby meluncur keluar. 

Biasanya doktor guna vakum untuk mengurangkan kesakitan yang dialami oleh si ibu semasa atau selepas melahirkan.

Bagi cikla, sebolehnya kita naklah bersalin normal kan sebab tak kiralah forsep atau vakum, macam seriau je. 

Alhamdullillah, ketiga-tiga anak cikla memang dilahirkan secara normal cuma yang si Ammar *nombor 3 tu je 'terlewat' sikit, sampai dah terberak dalam perut. 

Doakan cikla melahirkan yang keempat ini tanpa masalah dan baby sihat dan sempurna. Aamiin. 

Sumber : Ruangan Catatan Kehamilan.

  • Share:

You Might Also Like

5 Comments

  1. Terima kasih pengkongsian artikel tersebut..:-)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah 2 anak saya juga normal... *seriau pula baca*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullillah.. Tu la kan.. Mcm ngeri pun ada.

      Delete