Drama pilihan : Tundukkan playboy itu. - minggu akhir.

By Cikla Shahril - April 04, 2016

Agak-agak ada tak peminat drama ni kat sini? Cikla dulu masa memula drama ni keluar, takdelah follow sangat ceritanya *awal awal dululah. Sebab, first impression bila tengok 'tajuk' drama ni je dah macam. 'Erkk. Apa ni? Tundukkan playboy?' 

Cikla pun dah dapat agak jalan ceritanya. Cerita pasal anak orang kaya bercinta dengan anak orang miskin, lepas tu ada halangan. Tapi, at last kawin jugak and thay live happily ever after. Kan kan, betul tak?

Lepas tu, mesti ada orang jahat yang nak rampas harta dan rebut hero dari heroin. Hehehe. Awal-awal episod memang cikla tak follow sangat, cuma 2 minggu kebelakangan ni, *since haraaz kena tangkap basah dengan Elfira, lepas tu dia lari bawak diri tinggalkan nurin tu yang cikla rasa macam nak tau je apa kesudahannya. Heronya  pun boleh di kira freshies lagi lah *Hafidz Roshdi.

Heroinnya si Uqasha Senrose kira pelakon berpengalaman jugk kan. Jujur, cikla jarang jugak tengok drama lakonan mereka ni. 

Kalau si Hafidz ni first cikla tengok dia berlakon cerita drama Aku Pilih Kamu tu. ‹‹baca entri Drama Pilihan : Aku pilih kamu (slot samarinda TV3).›› So, jomlah kita baca sinopsis cerita ni sikit... (Sumber :  SINI).

Drama pilihan : Tundukkan playboy itu. - minggu akhir.
Drama pilihan : Tundukkan playboy itu. - minggu akhir. Sumber image : SINI

DRAMA : TUNDUKKAN PLAYBOY ITU. (Slot Akasia TV3).
EPISOD : 30 episod. (Isnin–Khamis/6.58 petang).
PENGARAH : Khairul Amri Haji Khalid (KEOI)
TERBITAN : A-Ten Alliance (M) Sdn Bhd.
PELAKON : Hafidz Roshdi, Uqasha Senrose, Alif Satar, Ridzuan Hashim, Mawar Rashid, Marisa Yasmin, Maria Farida, Navilya Husna, Ziha Salleh, Faradiella Mokhtar, Shaza, Faris Zoren, Nazmi Nordin, Amylia, Abdul Manan Sulaiman, Mahmud Ali Bshah, Ben Asri, Syahera Manrose, Syahera Manrose, Alex Faizal, Wan Raja.

SINOPSIS TUNDUKKAN PLAYBOY ITU;

Mengisahkan Harraz Naufal (Hafidz Roshdi) seorang jejaka kaya yang suka bermain cinta dan membuang masa dengan hiburan. Perangainya pula sukar difahami sama ada sebagai seorang majikan mahupun sebagai seorang anak. 

Adakalanya dia manja, adakalanya juga dia seorang yang panas baran. Sikapnya berubah-ubah dan sukar untuk difahami. 

Walau bagaimanapun dia seorang yang bertanggungjawab apabila menerajui syarikat selaku Ketua Pegawai Eksekutif Harraz Holding. Dia sentiasa tepat pada masa dan berusaha menjayakan syarikatnya.

Tan Sri Mukhriz (Ridzuan Hashim) dan Puan Sri Rosell (Maria Farida) sebagai ibu bapa Harraz yakin bahawa sudah tiba masanya untuk seseorang yang istimewa hadir dalam hidup Harraz bagi menundukkan sikap playboy anak lelakinya itu. Tan Sri Mukhriz bertemu Suffian (Mahmud Ali Bashah) rakan lamanya. 

Di dalam pertemuan itu, Tan Sri Mukhriz bertemu Nurin Arissa (Uqasha Senrose), anak Suffian yang dirasakan mempunyai sesuatu yang istimewa. Nurin yang baru tamat pengajian sarjana dalam bidang arkitek ditawarkan untuk bekerja di syarikat Harraz.

Nurin yang memang menunggu peluang kerja bersedia untuk ditemuduga Harraz namun kecewa apabila Harraz meletakkan syarat untuk dia membuka tudung sebelum diterima bekerja atas alasan syarikatnya bertaraf antarabangsa. Nurin tetap dengan pendiriannya dan walau berat hati dia menolak syarat Harraz. 

Tan Sri Mukhriz yang cuba membela Nurin memaksa Harraz untuk menerima Nurin sebagai arkitek baru di syarikat mereka. Harraz terpaksa akur dan dalam masa yang sama makin marah pada ayahnya dan semakin membenci Nurin.

Ada saja cubaan Harraz untuk menyusahkan Nurin di tempat kerja. Berbeza pula dengan Farhan (Alif Satar), sepupu Harraz. 

Dia bagaikan jatuh cinta pandang pertama apabila melihat Nurin. Hanya Farhan sahaja yang membantu Nurin dalam pekerjaannya sambil merahsiakan hubungan persaudaraannya bersama Harraz. 

Semakin lama Nurin berkhidmat di syarikat itu, Harraz mula menyedari bahawa Nurin sememangnya pekerja yang cekap dan berkebolehan. 

Hati Harraz mula berubah namun dia tidak faham akan apa yang dialaminya kerana gadis bertudung sememangnya bukan citarasa Harraz.

Pada suatu hari, Nurin terpaksa membantu rakannya, Nashrain Lee (Ben Asri) seorang pereka fesyen yang kekurangan seorang model. 

Nurin memakai persalinan muslimah beserta niqab yang menutup sebahagian wajahnya. Majlis pertunjukkan fesyen itu turut dihadiri Harraz. 

Bagaikan magis, seiring Nurin melangkah ke pentas peragaan, Harraz terpaut dengan panahan mata Nurin tanpa menyedari bahawa itu sememangnya Nurin. Sejak dari itu, Harraz berusaha mengenali dan menjejaki model tersebut.

Dalam waktu yang sama hubungan Nurin dan Harraz semakin akrab dan berita itu tidak disenangi Elfira (Mawar Rashid) yang memburu cinta Harraz. 

Mampukah Nurin menundukkan sikap playboy ‘Harraz’? Adakah Harraz bakal memahami erti sebenar cinta? Dan apakah yang bakal Elfira lakukan bagi memusnahkan kerjaya Nurin?

Wah, panjang pulak sinopsisnya ye. Hehe. 

Pada cikla, ada pengajaran dari cerita ni iaitu macam mana jahat pun seseorang itu, suatu hari nanti dia pasti berubah dah bertaubat. 

Bagi peluang pada mereka yang ingin berubah menjadi lebih baik. Lagipun takde manusia yang sempurna, dan takde manusia yang tak pernah buat silap. 

Hish, agak-agak apakah ending cerita ni kan? Macam dah boleh agak je. Happy ending katanya. Minggu ni minggu akhir tau. 

*drama-drama jugak, sembahyang Maghrib jangan lupa.

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. salam...done follow blog ni :) nice entry bila klik sini... ^_^

    sambil2 tu jom jenguk & join contest dari yaya ni..

    Contest : 'Jemputan ke Majlis Pertunangan Yaya dan Anis'

    http://www.yayacendana.com/2016/04/contest-jemputan-ke-majlis-pertunangan.html

    tq ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks yaya sudi singgah dah follow sini...

      Delete
  2. Tengok sebab hero dia jee..hensemm hehe

    ReplyDelete