Dunia lelaki : warna dan penampilan berkait rapat ke?

By Cikla Shahril - April 03, 2016

Ada lelaki yang terlalu memilih warna pakaian yang mereka nak pakai. Ada pendapat mengatakan lelaki ni lebih suka pakai pakaian warna gelap *hitam, kelabu, coklat untuk menguatkan maskulin mereka. Ye ke? 

Mungkin betul kot, sebab macam suami cikla, cikla perasan jugak, kebanyakan pakaian yang dia ada *tak kira t-shirt atau kemeja warnanya gelap, contohnya hitam, biru gelap, coklat gelap. 

Ada juga yang cakap warna pakaian yang dipilih pun ikut mood. Walaupun kadang-kadang kita tengok ada je lelaki yang pakai pakaian berwarna cerah macam pink, tapi ada jugak segelintir yang mengelak untuk pakai pakaian warna sebegitu.

Selalunya, penampilan seseorang itu tak kira lelaki atau perempuan adalah berkaitan dengan mood mereka. Kalau dia tengah happy, ia lebih cenderung memakai pakaian warna ceria. Begitulah sebaliknya. Ye ke? 

Tapi, sebenarnya bagi seorang lelaki warna tak mempengaruhi sangat sebab mereka lebih pentingkan keselesaan. 

Kalau baju itu yang selesa, maka itulah yang akan dipakainya. Mungkin betul jugak, kadang-kadang kita tengok warna baju yang dipakai memang tak sesuai, tapi disebabkan material baju itu yang serap peluh dan selesa.

Tapi, lain cerita pulak kalau berkaitan dengan 'pelik'. Contohya, kalau seseorang lelaki itu yang tak pernah memakai pakaian berwarna pink, so dia tak kan pakai warna sebegitu untuk elak orang sekeliling tengok dia pelik. 

Kalau dia pakai pun, mungkin dia akan pakai ketika berada dalam rumah. Kalau keluar, memang takdelah. 

Selain tu, lelaki yang mementingkan personaliti mungkin tak akan memakai warna warna 'jambu' atau lembut untuk menyerlahkan personaliti mereka dan nampak gagah perkasa. Pada mhereka warna macam tu hanya sesuai untuk perempuan sahaja.

Kesimpulannya, cikla rasa kebanyakan lelaki sukakan warna-warna asas *hitam, putih, merah, kelabu dan biru. Bagi mereka warna warna ni lebih senang digayakan dan semestinya kelihatan lebih maskulin. 

Sumber : Ruangan Keterampilan.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments