Gelap celah peha... macam mana nak hilangkan?

By Cikla Shahril - April 08, 2016

Rasanya memang dah jadi fitrah seorang perempuan, sentiasa menjaga kecantikan diri, bak kata orang dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki. Bahagian yang 'tersorok' *celah peha, ketiak, peha jugak perlu diambil kira. Jangan biarkan bahagian-bahagian ini menjadi 'hitam' dan berparut. Dah tak cantik kan. So, jom baca apa yang cikla nak kongsikan.

Guna pencuci khas, scrub dan losyen pencerah.

Guna pencuci khas *memutihkan celah peha yang boleh membersih dan melindungi bahagian itu, di samping hilangkan kesan gelap/hitam pada bahagian itu. Selain itu, guna scrub *sekurang kurangnya 2 kali seminggu dengan menggosok celah peha perlahan lahan *jangan kuat sangat sebab boleh cederakan kulit untuk buang sel kulit mati. 

Guna losyen pencerah/krim khas yang dapat merawat masalah yang dialami. Pastikan krim tak beri kesan sampingan pada kulit. Kalau kesan gelap di celah peha itu serius, dapatkan nasihat pakar/ahli farmasi.

Jaga kebersihan, kerap tukar tuala wanita ketika datang bulan dan buang tabiat suka menggaru.

Selepas mandi lap kering kering seluruh badan terutama pada celah peha. Pakai pakaian bersih dan elakkan pakai seluar yang ketat *atau girdle kecil sebab ia akan menjadikan peha bergesel dan kulit akan melecet. 

Semasa datang bulan, tukar tuala wanita sekerapnya untuk menjaga kebersihan bahagian sulit. Jangan biarkan tuala terlalu penuh sampai terkena seluar dalam, so ni akan sebabkan jangkitan dan kulit jadi gatal. Rajin rajinkan dirimu. Ok.

Selain tu, kalau korang terasa gatal di kawasan tu, elakkan menggaru terlalu kuat sampai melecet. *tapi kadang kadang kalau dah gatal memang tak sedar kan... Just gosok je dengan kain/tuala dengan lembut. Bukan apa, kesan menggaru ni akan tinggalkan parut dan kulit jadi lebih gelap dan menggerutu. Selain dari ubat or cara di atas, ada jugak petua yang boleh kita cuba untuk atasi masalah ini. Caranya;

Gelap celah peha... macam mana nak hilangkan?
Gelap celah peha... macam mana nak hilangkan? Image credited to google.

Ambil buah betik yang hampir masak, dan parut halus untuk dibuat masker. Lumurkan masker betik itu pada celah peha, leher dan ketiak. Biar sekejap sebelum dibilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu, InshaAllah kulit akan beransur cerah. Cubalah.

Atau; 

Gelap celah peha... macam mana nak hilangkan?
Gelap celah peha... macam mana nak hilangkan? Image credited to google.

Ambil segenggam beras dan kisar sampai halus. Kemudian, campurkan besar yang dikisar itu dengan sirih yang ditumbuk lumat. Adun campuran sebati, untuk dijadikan lulur. Lumur campuran pada badan, terutama pada bahagian bermasalah dengan menggosok perlahan untuk membuang sel mati dan daki. 

Amalkan selalu, InshaAllah kulit akan jadi halus dan cerah.

Apa yang penting 'kerajinan' kita dalam membelai tubuh badan kita. Ia bukan saja mudah malah  menjimatkan wang.

Sumber : Ruangan Tips Cantik.

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments